Of Nerds and Ligers
Aku suka Napoleon Dynamite (ND). Jangan tanya kenapa. If you have seen the film, you’ll get what I mean. Or not. Tanpa dibarisi nama-nama besar Hollywood, ND pertama kali ditayangkan di Festival Filem Sundance 2004. Filem arahan Jared Hess ini dibintangi oleh Jon Heder sebagai ND, seorang muka baru yang bakal menjadi icon bagi nerd-nerd sedunia.
Napoleon Dynamite merupakan pelajar Sekolah Tinggi Preston, Idaho (sebuah kawasan ‘desa’ Amerika), seorang nerd yang mempunyai imaginasi tinggi. Dia tinggal bersama neneknya yang rugged (bayangkan kd Lang berusia 55 tahun) dan abangya Kip (lakonan Aaron Ruell), si nerd kaki chatting di internet yang bercita-cita menjadi seorang cage-fighter. Kegemaran ND ialah melukis makhluk-makhluk fantasi, selain suka ‘menggoreng’ kengkawannya dengan kisah-kisah yang over the top. ('I went to Alaska with my uncle, hunting wolverines', katanya apabila ditanya tentang cuti musim panas). Napoleon sering dibuli, namun itu tidak menjadi masalah bagi ND. Dengan mata dan mulut yang separa tertutup, dia tidak kisah apa pandangan orang lain tentangnya.
5 perkara yang aku suka tentang filem Napoleon Dynamite:-
* Opening credits yang kreatif
Dibuat dengan stail MTV, aku rasa ini adalah salah satu opening credit yang paling cute pernah aku tengok.
* Skit Napoleon untuk kempen presiden Pedro
Wow! Babak ni betul-betul menukar Napoleon daripada seorang nerd kepada Geek God. Berlatarkan lagu dendangan Jamiroquai (salah satu artis favorit aku), Napoleon telah membuktikan yang dia juga mempunyai Skills yang boleh membuatkan gadis-gadis tertarik kepadanya (‘Girls only want boyfriends who have great skills.’)
* Deb
Deb, salah satu watak perempuan yang prominen dalam ND, dilakonkan oleh Tina Majorino. Kali pertama aku melihatnya, aku rasa macam pernah melihat gadis comel ini suatu ketika dulu. Oh, dialah Alice dalam Alice in Wonderland (siri TV). Deb, seperti juga Napoleon, merupakan seorang outcast dan misfit.
* One- liners yang ntahapahapantah
Yess…., Sweet! Dialog2 dalam ND susah aku nak kategorikan. Lawak? Selamba? Kreatif? You gotta hear it to believe it! Sering menjadi ikutan Ikmal.
* It reminds me of me
Okay, okay,aku bukanlah social outcast ataupun nerd di tahap melampau, tapi aku bukan juga dalam kategori ‘in’ crowd. Napoleon telah pun membuktikan bahawa kita tidak perlu membuktikan apa-apa untuk berjaya dalam hidup. Seriously.
The Geek Shall Inherit the World!
PS : Mungkin korang akan bertanya, kenapa aku tak mention Uncle Rico, LaFawnDuh, Summer Wheatley dan Tina si llama? Hehe, silalah ke website/fansite lain. Ini blog aku, suka hati aku le...
Labels: Films