Thursday Thirteen #1

13 perkara tentang Ramadhan Al- Mubarak
1. Tarawikh
Sejak mendirikan rumahtangga, aku tak pernah ada chan pun nak gi terawih di surau, sebab anak aku kecik lagi, dan takde orang nak tengokkan, so kalau rajin aku akan berterawih di rumah. Biasanya aku buat 8 + 3 aje. Jangan lupa juga solat2 sunat yang lain serta solat wajib. (Yang itu no excuse)
2. Iqra’
Kalau bulan2 biasa macam liat aje nak baca Quran, ini la masa yang paling tepat untuk mengembalikan hubungan rapat dengan kitabullah. Daripada baca benda2 merapu seperti majalah atau buku cerita, lebih baik baca Quran dan terjemahannya. Masa terbaik bagi aku ialah lepas solat Maghrib sebelum menunggu waktu Isyak. Itu pun kalau Ikmal tak mengganggu minta itu ini. Tetapi kalau boleh, cuba amalkan selepas setiap solat.
3. Pasar juadah
I have a love hate relationship with pasar juadah ni. Suka sebab boleh beli hidangan2 yang jarang kita jumpa (my faves are siput masak lemak, bubur lambuk, mee yang berkuah mcm mee rebus atau laksa) dan nyampah sebab susah nak parking, sesak sangat dan kekadang masakan tu, macam tangkap muat aje. Kamon la bang, jangan la utamakan keuntungan aje.
4. Sabar
Entah ngapa, tahap kesabaran aku selalu sangat dicabar bila masuk bulan puasa ni. Tren lambat, badan letih, amoi minum ice blended coffee ngan selamba depan aku, Wentworth Miller, semua dugaan rasanya macam berlipat kali ganda setiap kali masuk bulan Ramadhan. Mungkin sebagai tanda agar kita menguatkan lagi tahap kesabaran dan keimanan di bulan yang mulia ini.
5. Sahur
Kalau dulu aku tak kisah, makan roti pun takpe, tapi sejak dah kawin, kenalah masak nasi ngan lauk ygn simple2. Alangkah bestnya kalau ada orang tolong aku siapkan sahur setiap malam…
6. Peak period
Entah mengapa setiap tahun sejak aku mula memasuki alam pekerjaan, setiap kali Ramadhan itu lah masa yang paling sibuk. Masa di audit firm dulu, rasanya setiap kali Ramadhan aku kena bertugas outstation, kejap kat Pahang, kat Kedah, tapi la ni, Alhamdulillah tak seteruk dulu, walaupun deadline tetap ada di hujung2 tahun nih. (i.e. untuk penyediaan bajet/ audit)
7. Lagu Raya
Aku suka dengar lagu2 raya, tapi tidaklah semasa baru dua tiga hari puasa. Tak seswai gitu. Hayati Ramadhan dan amalan2 di dalamnya sebelum bergembira menyambut datangnya Syawal. Insya Allah, raya takkan lari…
8. Kurangkan bercakap
Jika kita masih terlalu banyak bercakap, tendency untuk termengumpat tu memang ada, jadi, kurangkan sedikit berkata2 benda2 yang tak berfaedah, terutamanya mengumpat. Sia2 jek puasa kalau mulut tak habis mengomel dan mengata orang. (Mungkin aku kena minta maaf dengan Ina lepas nih…)
9. Banyakkanlah bersedekah
Teringat aku kat satu email ni…
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya: "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol, tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ". Moral of the story : Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat masjid. Or surau, tambah la sikit, insya Allah, berpanjangan...
10. Berbuka puasa tak bermakna buka semua!
Rasa mcm nak telefon aje 8tv dan sound skit hos baru Quickie tu.
Camni citernya:
Rina Omar memberitahu rancangan seterusnya pada malam itu ialah Baywatch, tapi tak sesuai ditonton bagi mereka yang berpuasa (or Muslim in general ?), tapi si budak baru yang ganti Adam tu kata – “Takpe what. Kan dah berbuka ?” WTF? (Ya Allah, there goes my puasa point). Adakah ini bermakna, lepas berbuka kita bebas melakukan apa saja? Tak betul tu…
11. Membazir itu saudara syaitan
Dengan keadaan ekonomi sekarang ni yang mana harga minyak naik, ayam naik, sayur naik, blood pressure naik kecuali gaji aje yang tak naik2, ada baiknya kita berjimat dalam berbelanja. Jangan boros, dan bersederhanalah dalam segala perbelanjaan. Terutama dalam pembelian juadah berbuka puasa. Masa puasa, semuanya nampak enak2 belaka, boleh beli, apa salahnya, tapi belilah dengan berpada2.
12. Mangsa mercun
Setiap tahun mesti ada. Tanpa gagal. Apa nak jadi dengan anak2 Melayu kita nih? Parents, tengok2 sikit apa anak2 anda buat di waktu malam.
13. Post Ramadhan attitude change
Harap2 amalan yang selalu diamalkan dalam bulan Ramadhan akan berterusan hingga Ramadhan yang akan datang. Begitu juga perubahan dari segi tingkah laku, percakapan, akhlak dan sebagainya. Mohon kepada Allah agar kita dapat fully utilize Ramadhan kali ini dan ditemukan dengan Ramadhan yang akan datang in one piece, untuk meneruskan sisa2 hidup di dunia yang sementara ni.Labels: Meme, Renungan, Thursday Thirteen
Salam Semua!
Sebenarnya aku masih lagi rasa malas nak continue. Banyak perkara yg sedih terjadi dalam dunia ni, terutama di Timur Tengah, dan aku harap kita sama2 dapat berdoa demi keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia. Terutama di Lebanon. Rasa terpanggil untuk berkongsi e-mail tentang Surah Al-Fil ni.
Alhamdulillah, kita jauh dari peperangan yang melanda di Asia Barat. Tetapi, hati meronta-ronta mengenangkan saudara-saudara kita di sana. Mungkin ada yang berkata "Kalau lah aku ada sebuah jet pejuang, akan ku bedil kafirun Yahudi". Mungkin ada yang berkata "Kalaulah aku ada magik, akan ku hapuskan rejim zionis satu persatu" Dan bermacam-macam lagi, ramai yang mengharapkan kemenangan Islam.
RAHSIA MUKJIZAT AL QURAN
Mari kita bertafakur, Dengan penuh keyakinan, fahami terjemahan dan maksud surah Al-Fil. Bacakan surah tersebut dibibir dengan hati mengingati peristiwa kehancuran tentera bergajah.
KEMUDIAN BERDOALAH BEGINI
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah, turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Lubnan, hancurkanlah rejim zionis, amin...." (kemudian dibaca surah Al Fil sambil membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dihancurkan dengan Izin Allah).
That is at least what we can do.
Kat Malaysia pun tak kurang kerenahnya. Kumpulan Artikel 11 (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa kurang 5 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak.Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (013-3998718) untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini. Apa bahayanya...?
Semua anak-anak selepas berumur 18 tahun bebas menukar agama, keluar masuk mana-mana agama macam masuk panggung wayang. Mereka punyai hak untuk menukar perkataan agama di kad pengenalan, cuma mengisi borang di kaunter saja. Kalau sekarang, mereka yang mahu menukar agama, (menjadi murtad) perlu memohon di jabatan Agama atau pihak berwajib. Diproses, kemudian dikaunselling untuk beberapa tempoh oleh beberapa siri ustaz-ustaz yang berwibawa untuk menyelamatkan akidah orang-orang yang terkeliru ini.. Namun jika sekiranya kumpulan Artikel 11 atau IFC ini menang tiada lagi benteng rasmi terakhir kita.. Cuma itu yang kita ada sekarang.
Lahirlah keluarga -keluarga yang mempunyai pelbagai anutan dalamnya. Seperti di Jogjakarta, hari ini semua Islam, esok ayah dan anak Hindu, lusa emak Kristian. Kubur boleh campur sebab dah tak ada pemisahan akidah yang sahih, itulah pengalaman kami di sana tempohari.
Banyak lagi hak-hak orang Islam yang tercabar dan akan di batalkan.
Apabila Rasulullah s.a.w. membawa risalah Islam, dan telah jelas pemisahan antara kebenaran dengan kebatilan, maka kebenaran itu perlu dipertahankan, perlu dibela dengan sebaik-baiknya. Bagi muslim, Islam adalah satu sistem yang datang untuk kesejahteraan semua manusia, malah seluruh alam.. tak kiralah samada untuk Muslim atau bukan Muslim.
Islam tidak membenarkan umatnya didakwah atau diajak oleh orang bukan Islam atau orang kafir adalah kerana tidak mahu kita jatuh semula dalam kebatilan dan kesalahan. Di sinilah ada undang-undang untuk menjaga kebenaran itu.
Islam sayang kepada mereka yang beriman, menjaga mereka, sebab kebenaran adalah sesuatu yang perlu dijaga.
Bagi mereka yang sudah mendapat kebenaran dan cahaya yakni beriman, kemudian menolaknya, mengambil yang batil, mereka ini setelah dinasihati tapi terus mengkhianati kebenaran tersebut yakni Islam, maka wajarlah mereka dikategorikan sebagai pengkhianat. Dan pengkhianat kepada kebenaran ini wajarlah mendapat haknya... yakni perlu dihukum. Dalam mana-mana golongan pun, pengkhianat adalah lebih buruk dari musuh. Sebab, musuh Islam mungkin belum mengenal apa itu kebenaran, tetapi pengkhianat adalah mereka yang menganiaya diri dan membahayakan orang lain, menggancam orang ramai dan Islam itu sendiri.
Apa yang kita ada sekarang dalam realiti di negara kita ialah sedikit ruang yang tertinggal untuk dipertahankan.
Setiap Muslim yang bercita-cita untuk murtad perlu menjalani proses tertentu untuk menyelamatkan akidah mereka yang mungkin terkeliru.. dan realitinya tidak sedikit yang dapat diselamatkan.
Janganlah kita berpeluk tubuh.. masa untuk menjadi penonton atau orang yang tertidur tiada lagi...! Ketahuilah apa yang sedang berlaku di Mahkamah Persekutuan hari ini adalah masalah kita dan masa depan aqidah anak-anak kita.
I got this thru e-mail, dan aku rasa bertanggungjawab utk menyebarkannya kepada semua kerana isu ini amat serius. Aku betul2 bimbang dengan apa yg terjadi sejak kebelakangan ini.
Oh ya, sekalung takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Hani Mohsin dan Boy dr kumpulan Naked Butterfly/ Punisher yg meninggal dunia akibat terkena kejutan elektrik di rumahnya- tp sebab mungkin arwah seorang pemuzik underground, takde pun liputan yg dibuat tentang kematiannya (Thanks to Joe Kidd for the news). Al-Fatihah utk mereka dan semua umat Islam yg telah pergi. Kita ni, tak tau pula bila akan dipanggil (dan aku takut sangat kalau dipanggil secara mengejut, tanpa sempat bertaubat dan meninggalkan sebarang pesan kepada keluarga tersayang).
Berita baik. Tahniah to Lin! Kau menang lagi yek! Lin, member aku yg suka join kontezz tu, menang RM5k dalam contest Marigold. Lepaih ni boleh la belanja aku anak beranak yek! You go, girl!
Satu lagi. I’m bringing back in all my Prison Break related posts, whether you like it or not. This is my blog dan aku rasa aku ada hak utk tulis apa2 aje yg terlintas dalam kepala aku ni. Tapi aku akan tone down a little la, and not to be too fanatical about You-Know-Who la. Dan kalau2 ada yg rasa tak puas hati, sila bagitau straight to my face here.
Tangan aku dah gatal gila nak sambung ni....
Labels: Personal, Renungan
Marriage and Parenthood Tips Part i
Dapat artikel ni via e-mail tadi, dan rasa terpanggil utk berkongsi…
Petua rumah tangga bahagia
Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan (aku, bertiga-tigaan), beriadah dan mandi bersama (takleh, bilik air kecik sgt).
Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. (Man, I always wake up with a sore neck…)
Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri. (Matila mak…)
Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya. (How the hell am I gonna watch all those DVD’s?! Juz kidding…)
Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. (Tak sempat bulan madu pun, kawin masa peak period audit firm…)

Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak. (Alhamdulillah, Abah Ikmal ada bersama2 aku dalam labour room).
Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk). (Nauzubillahiminzaalik…)
Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri. (Same goes with the wife)
Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung. (Blogging?)
Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. (Which explains why aku serabai gila bila ke ofis…)
Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
Pasangan berusia, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. (Noted)
Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.
Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga. (Aku bulan macho dan brutal)
Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. (Lembut tapi tegas, man, aku kena belajar…)
Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan. (Cara aku- letakkan sejadah kecik di sebelah (but make sure jgn terlalu rapat, utk anak2 lelaki yg belum bersunat), dan biarkan si anak mengikut mama & abahnya solat. Malam tadi, Ikmal sampai tertido atas sejadah masa ikut solat Isyak, mungkin sbb penat sangat main agaknya).
Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.Sekian saja utk kali ini, yg baik dr Allah, yg buruk dari saya, tapi hakikatnya dari Allah s.w.t juga...
Labels: Family, Renungan
Bukan Post Biasa
As’kum everybody,
Sorry for the long silence. (No, I don’t think I should say sorry, right Rem ?). Raya tahun ni, kami dikejutkan dengan kematian father in law aku. Right on Ikmal's third birthday. Seriously, aku tak pernah dikejutkan dgn kematian family members yg terdekat, and it really hits me, mentally, physically & spiritually. I was really2 down for the past couple of days (we live two doors down to each other, and my IL’s have been taking care of Ikmal ever since he was a baby). Every silent moment makes my tears flow, even as I type this entry in my cubicle. Hidup aku mcm tak keruan sbb terfikir mcm2 – who’s gonna take care of my son? My MIL ? Will my life ever gonna be the same again? What would happen to my parents if one of them died and what’s gonna happen to my siblings ? Bermcm2 benda bermain dalam fikiran aku. Alhamdulillah, aku masih ada Ikmal, yg banyak memberikan semangat utk teruskan kehidupan.
So, my dear friends/ constant readers, harap dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah FIL aku – Tuan Hj Othman Mohd Ali, dan semua umat Islam (terutama yg rapat dgn kita), semoga mereka tenang di sana. Kita yg hidup ni pun tak tau bila Allah s.w.t akan panggil mengadap. Doakan agar kita semua pergi dgn bekalan yg cukup utk menghadapi hari kemudian.
Kebetulan, this was in my inbox bila aku masuk kerja balik this morning…
SUARA YANG DIDENGAR MAYAT
Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:
1.Keluarga
2.Hartanya
3.Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan,
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan…
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Ghaib Tak Bersuara"
Ketika Mayat Siap Dikafan...
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan…
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."
Ketika mayat diusung...
Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."
Ketika Mayat Siap Dishalatkan....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."
Ketika mayatdibaringkan Di Liang Lahat....
Terdengar Suara Memekik Dari Langit,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."
Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian....Allah Berkata Kepadanya,
“Wahai Hamba-Ku.....
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
Hari Ini,....
Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman,
"Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"
Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW. Menganjurkan kita untuk senantiasa mengingati mati.
Dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda, ertinya,
“Cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!”
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amin....
Labels: Personal, Renungan
Girl, You'll Be A Woman Soon...
Sempena Hari Wanita Sedunia (juga my mom's birthday !)Allah berfirman didalam sebuah hadith Qudsi,"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada." 
Kalau aku ada anak perempuan, aku nak namakan Mia atau Sofia. Tak kira la kalau Abah Ikmal tak setuju...
Labels: Motherhood, Renungan
Anak Itu Ibarat Sehelai Kain Putih...
Jika anak kita hidup dalam…
…kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.
…kekasaran, dia akan belajar melawan.
…ketakutan, dia belajar menjadi pengecut.
…iri hati, dia belajar berasa bersalah.…kesabaran, dia belajar menjadi penyabar.
…galakan, dia belajar menjadi yakin.
…pujian, dia belajar menghargai.
…penerimaan, dia belajar menyayangi.
…persetujuan, dia belajar menyayangi dirinya.
…pengiktirafan, dia belajar ada baiknya mempunyai matlamat.
…kejujuran, dia belajar erti kebenaran.
…keadilan, dia belajar berlaku adil.
…keselamatan, dia belajar untuk yakin pada dirinya dan pada orang lain.
…kemesraan, dia belajar bahawa dunia ini adalah tempat yang paling sesuai untuk hidup.

(Jika anak anda hidup dalam air, dia akan jadi duyung yg cute...)
Dalam suasana apakah anda dan anak anda hidup?
Labels: Motherhood, Renungan
(There's No) Upside of Anger
Aku – mmg short-tempered. Dan kurang sabar.
Dari dulu lagi.
Korang tgk The Apprentice? Si Chris tu?
Yeah. I’m just like him, only, I don’t chew tobacco.
Don’t ask me why, coz if you are standing in my (battered) shoes for a day, and walk a mile in it, you’ll know why. (Aku taknak citer kat sini) And aku tau, it’s taking a toll on my family, especially Ikmal, yg selalu jadi mangsa tarik telinga atau tengking aku.
Last Friday night, Abah Ikmal took us to his office (right in the middle of the so-called red light district of KL), coz he needed to take home some of his unfinished assignments. Yeah, as usual, aku ngan Ikmal akan lepak2 sambil bermain apa yg patut, y’know, like, pushing him around in the office trolley, or simply drawing doodles on recycled papers. But that night, I was preoccupied on something else, that I forgot about him for a moment. Aku tgk kiri kanan, eh, mana anak aku? Berlari2 aku gi cari dia kat all the rooms.
And there he was.
One leg on a swivel chair. One leg on an office printer on a table. Just beside the big office window on this fifth floor. And his head, curly hair and all, nearly (I mean, nearly) out of the window! Aku tak tau camne dia boleh bukak tingkap office yg berat tu. Berderau darah aku! Aku jerit kat dia, tapi dia cool jek dan kata kat aku – Mama, keta!
I took him down and since then, I never take my eyes off him. Walaupun itu bermakna aku terpaksa marathon mengejar dia ke sana ke mari. Yeah, he’s at that stage di mana kau terpaksa tahan sabar dgn kerenahnya yg kekdg meletakkan aku at wit’s end. Yup, aku akan belajar bersabar, dan try to control my temper. Coz temper, for me, is a valuable thing. Just don’t lose it. Especially on my loved ones.
(Aktif sgt, sampai tertidur bila time nak mandi petang!)
Teringat aku kat satu e-mail ni (Thanks Ali!)
BE PATIENT !
This is a true story, which happened in the States. A man came out of his home to admire his new truck. To his puzzlement, his three-year-old son was happily hammering dents into the shiny paint of the truck. The man ran to his son, knocked him away, and hammered the little boy's hands into pulp as punishment. When the father calmed down, he rushed his son to the hospital. Although the doctor tried desperately to save the crushed bones, he finally had to amputate the fingers from both the boy's hands. When the boy woke up from the surgery & saw his bandaged stubs, he innocently said, "Daddy, I'm sorry about your truck." Then he asked, "but, when are my fingers going to grow back?" The father went home & committed suicide.
Think about this story the next time someone steps on your feet or u wish to take revenge. Think first before u lose your patience with someone u love. Trucks can be repaired. Broken bones & hurt feelings often can't. Too often we fail to recognize the difference between the person and the performance. We, forget that forgiveness is greater than revenge. People make mistakes. We are allowed to make mistakes. But the actions we take while in a rage will haunt us forever.
Labels: Ikmal, Motherhood, Renungan