:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Wednesday, November 01, 2006
  Hey Kawan! Movie Updates!
**MAY CONTAIN SPOILERS, DUDES**

Feast (2005)

F_cking Awesome! – Harry Knowles. Gambar drp film dot gildia dot pl

Pertama sekali, aku nak ingatkan korang. Kalau rasa cam nak tengok filem nih, pastikan korang dah makan atau kalau lum makan pun lagi baik. Jangan jadi macam aku. Aku nonton filem nih sambil makan Maggi Tomyam. Kembang semacam jek tekak pastuh (especially bila tengok si Beer Guy tuh)

Bertitik tolak daripada sebuah rancangan reality ‘Project Greenlight’ filem ni diterbitkan bersama oleh Matt Damon, Ben Affleck dan Wes Craven, serta diarahkan oleh first time director iaitu John Gulager. Jalan citernya, cukuplah kalau aku kata macam From Dusk Till Dawn (minus the well-known faces dan gantikan semua pontianak dengan makhluk ganas yang tak dikenali- walaupun sekali imbas aku tengok macam watak Venom drp siri Spiderman) + filem Bad Taste Peter Jackson (the gore part, cuma tak sekelakar filem PJ tuh) dan tambahkan sedikit perencah2 dari filem2 gore dan slasher macam Dead Alive atau Evil Dead.

Kisahnya, sekumpulan manusia dalam sebuah pub terpaksa menyelamatkan diri daripada satu makhluk ganas yang ingin memakan mereka. Aku suka gila part pengenalan kepada watak2 dalam filem ni. Siap dengan fun fact dan life expectancy! (even though not spoiler-ish, tapi aku rasa ianya menambahkan factor kelakar dalam elemen2 seram tuh). Dan, dan, MONSTER SEX! (I mean, wtf?, this is more hilarious than puppet sex in Team America!)

Aku, seperti juga Harry Knowles (pengasas laman web Ain’t It Cool News) yang menggemari filem ni, bagi ****/*****.


Gong (2006)

What’s with the icy stares anyway?

“Siapa mati dalam citer nih?”

Soalan pertama dari my SO. Agak susah aku nak jawab sebab ini filem Malaysia, yang terkenal dengan unsur2 realiti dan kalau ada hantu atau unsur2 spiritual pun, semestinya berlaku dalam mimpi aje.

Kisahnya, lima orang student performing arts drp UITM (apsal? Takde universiti lain ke? Ececececece…) yang dipilih mengikuti lawatan sambil belajar ke Indonesia. Oleh kerana ada seorang drp mereka yang uber-bitch dan berlagak gila mencuri sebuah gong misteri daripada muzium, kesemua mereka dihantui oleh suatu kuasa mistik yang well, tak dapat bersemadi dengan aman.

Aku suka watak Ika lakonan Elyana, well, simply because dia tak terbawak2 bercakap dalam dialek Indonesia (for me, is pretty irritating, dan sangat2 mengingatkan aku kepada Raja Ema dalam filem Mawar Merah). Tak perlu semua tu, imho. Diorang tak tukar dialek pun sebab nak masuk ke panggung kita :P Dan, apsal aku takde dengar pun sesiapa komplen pasal perempuan berkemban dalam filem arahan Sandosh Kesavan nih? Ye, tuan2 dan puan2, Sharifah Sofea ada adegan mandi berkemban, but sadly, nothing happened to her. Dan compared to babak mandi bunga Ramona Rahman dalam Fenomena, babak ni fell flat (literally) dan takde membangkitkan apa2 perasaan kecuali untuk mengunyah beberapa ketul London Almond lagi.

Aku bagi ***/*****. Okay la, at least ada Sharifah SOOfea dan Jehan Miskin.

Dan bercakap tentang student2 AD…

Art School Confidential (2005)

Sophia Myles memang gorgeous. Gambar drp enews dot org

Daripada pembikin filem cult Ghost World, Terry Zwigoff dan Daniel Clowes, filem ni mengisahkan tentang seorang remaja lelaki berbakat besar, Jerome Platz (lakonan Max Minghella, ooohhhh those eyebrows!!!), yang sejak kecik lagi bercita2 ingin menjadi seorang pelukis terkenal. Apabila dia berjaya memasuki sebuah art school yang berprestij, barulah dia tahu realiti sebenar dalam dunia seni, dan betapa sukarnya untuk mencipta nama jika tidak mengenali sesiapa. Dan jika tidak berjaya membezakan diri daripada puluhan ribu lagi pelajar2 seni yang lain.

Ahhh, aku rasa agak lega kerana mengambil jurusan yang totally different yang mana bakat dan kebolehan dapat diukur bukan secara abstrak.

Just because…(pic from wikipedia)

Aku bagi ****/*****. A great insight into the world of art students. And Max Minghella is soooo cute! (aku baru tau yang beliau merupakan anak kepada pengarah terkenal Anthony Minghella (Cold Mountain, The English Patient) dan ibunya seorang berbangsa Cina. Man, mak suka betul tengok budak2 mix nih!

Film Geek (2005)

Scotty Pelk memberi two thumbs up kepada filemnya sendiri

“Cis, ko dah buang masa dua jam dalam hidup aku” – Adik aku, Onn.

Haha! Akhirnya! Sebuah filem yang dibuat khas untuk peminat2 filem macam aku (walaupun aku dok terbayangkan Harry Knowles atau Nazim Masnawi sepanjang menonton filem nih). Phew, at last, ada pun seorang insan yang lebih socially inept drp aku, yay!

Citer ni mengisahkan tentang Scotty Pelk (lakonan Melik Melkasian- entah, aku pun tak pernah dengar nama dia ni), yang merupakan seorang sangat2 meminati filem. Bekerja sebagai seorang kerani di sebuah kedai video, beliau telah dibuang kerja kerana minat dan pengetahuannya yang terlalu mendalam tentang filem telah menjengkelkan semua orang, termasuk rakan2 setugas serta pelanggan2. Dalam kesedihan dibuang kerja, beliau terjumpa dengan seorang gadis, Niko, yang baru jek clash ngan bf-nya, tetapi juga sama2 meminati filem seperti Scotty (walaupun dia adalah seorang babe yang sangat happening, as compared to our geeky hero yang takde kerja lain selain drp menonton filem dan ahem, masturbating all day). Dan aku rasa agak pelik kerana Scotty juga mempunyai sebuah website tentang filem, dan takde visitor sejak tahun 1998, I mean, come on la, takkan la seorang insan pun tau kewujudan websitenya tuh?

Perasan gila.

Babak best: Setiap kali Scotty berbicara tentang filem atau menunjukkan skill dan pengetahuannya yang sangat mendalam tentang filem.

Aku bagi: ****/*****. A good effort to portray a somewhat celluloid version of me (minus the masturbating part, of course). Walaupun endingnya agak lame, I mean, duh, kau dah jadi rebound guy, Scotty, takkan kau nak terima Niko balik? And the music? Man, so friggin’ irritating! Maksud aku, muzik latarnya lebih sesuai untuk filem2 seperti animasi Sang Kancil dan Buaya or some kiddie craps like that.

Gambar2 drp laman web rasminya :
www.scottysfilmpage.com

Looking for Comedy In the Muslim World (2005)

RM8 yang membazir

Lame, lame, lame. Satu pesanan untuk Albert Brooks (tuan pengarah dan penulis)- sila buat home work sebelum membikin satu2 filem camnih. Kalau nak mencari populasi umat Islam yang ramai, jangan le ke India atau Pakistan. Siapa cikgu geografi ko, meh aku tenyeh sikit kepala dia tu. *sigh* memang membuang masa aku jek menonton filem nih.

Dalam filem ni, Albert Brooks (yang melakonkan watak diri sendiri), telah diberi tugasan oleh Kerajaan US of A untuk mengkaji apa yang membuat umat Islam KETAWA. Yes, ladies and gentlemen, KETAWA. I mean, wtf? Diaorang ingat kita ni some sort of other species yang mempunyai hormon2 serta anatomi yang berbeza daripada diorang? Lame, lame. Dan apa yang membimbangkan koboi kita sorang nih, ialah bagaimana dia nak siapkan laporan 500 muka surat tuh. Hah. Padan muka dia tak nampak Taj Mahal walaupun berkali2 lalu di tempat tuh. Oh ya, bagi mereka yang tidak mengenali siapa tu Albert Brooks, dia ni melakonkan watak Marlin, bapa kepada Nemo, ikan clownfish yang kena culik oleh seorang doktor gigi dalam Finding Nemo. Kesian, member terpaksa memperkenalkan diri macam ni *geleng kepala*

Aku tak tergamak nak bagi bintang, but what the heck, ambiklah satu * nih. Oh ya, endingnya seperti nak tiru ending Lost In Translation, di mana si koboi nak berpisah dengan wanita India bernama Maya yang membantunya dalam tugasan ini, tapi hehe, lame gila.

Labels:

 
Comments:
Surf the most comprehensive Kahwin website in Malaysia... http://ekahwin.tripod.com
Planning to get married has never been easier.
 
Please man, jangan letak nama2 tu kat sini...
 
Oh yeah, lupa nak bagitau. Aku sekarang kat KLCC (Convention Centre) for the 2006 National Accountants Conference. As usual, rasa mcm misplaced misfit tu tetap ada....
 
aku dh tgk Gong. Aku suka Elyana dan Sharifah sOOfea. Hate the movie though. If only they make the berkemban scene more longer or more elaborate, gratuitious close-ups, than I'll be satisfied.

That Scotty Pelk guy sounded just like me. including the masturbation part.
 
Waaah, best² sungguh filem kau tengok ni!

Feast: Yes, ada Krista Allen kan? Kena tengok nanti! But only after aku layan balik koleksi Emmanuelle aku. Yeaaah!

Gong: Heard that Sharifah SOOfea bath scene is good, betul ke? And yes, Elyana is a great actress – subtle at times, explosive at others.

Art Confidential: Wow, this is weird. I dislike the film. Max Minghella is very bland, and the film got nowhere to go. Dekat sejam tunggu barulah sampai situ.

Film Geek: "...aku dok terbayangkan... Nazim Masnawi sepanjang menonton filem nih." Lancaaauuu!!!

L4CitMW: Yelah, dood. This film is lame as fuck. Tak bold dan tak offensive langsung! And all the self-deprecating humour in Curb Your Enthusiasm jauh sejuta kali ganda lagi lawak dari failure ni.
 
Aku tgk Gong setakat SS mandi aje...coz this film sucks...!
 
feast ada krista allen? Wooo.. Before or after the breast reduction surgery?

Anyway Nazim, koleksi Emmanuelle aku dah masuk 20 movie lebih.. sampai aku sendiri pun confuse dgn pelakon2nya. Tapi Krista Allen dan Emmanuelle in Space jugak yg paling best, dgn plot yg paling menarik.. hehe.
 
NM: Krista Allen? Oh, dia memegang watak ibu tunggal Tuffy (Toughie, geddit?) No worthy sex scenes in this film, man. Everything moved so fast. On SS’s bath scene, aku dah kasi tau dalam entri tuh- it, ooops, THEY fell flat (literally). Takde sizzles whatsoever, imho, tapi tak tau la taste ko. Damnit, Art School Confidential start sejak Max Minghella muncul di skrin TV. So, dude, whaddayathink of that nude model? Wink, wink (model lelaki pertama maksud aku, bukan Sophia Myles, hehe…). And dude, jangan comparekan Larry David dengan sesiapa. He’s a class of his own. Even Seinfeld pun takleh lawan lawak bangang selamba dia.

And what’s with this Emmanuelle biznatch, man?
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites