Kisah Penyu dan Katak
OH HAI AGAIN YU OLS!
Assalamualaikum & g’day mates!
Setelah lama menyepi, aku start balik dengan well, kisah dengan anak2!
Kisah i
Seperti biasa, sebelum solat maghrib, aku akan melayan sekejap si abang dan si adik menonton rancangan2 National Geographic di TV1 (Dua ibu jari utk RTM kerana menyiarkan rancangan2 ilmiah utk golongan2 marhaen yang tak mampu melanggan Astro walaupun agak mengacau waktu umat Islam nak menunaikan solat maghrib). Kebetulan semalam, kisah penyu di perairan Belize. Mungkin satu trait yg aku warisi dr arwah ayah, aku terangkan dengan panjang lebar tentang kitar hidup penyu kepada Ikmal sambil menonton TV.
(TV menunjukkan futej anak2 penyu yang baru keluar dari dalam pasir selepas menetas dari telur dan terus merangkak dan berenang ke lautan)

Aku: Ikmal tengok tu, kesian anak penyu. Mama dia tinggalkan aje lepas bertelur, dia kena jaga diri sendiri, hidup sendiri, cari makan sendiri. Kadang2 ada binatang lain makan dia. Kesian kan ?
Ikmal: Mama, macam mana dengan rumah sewa?
Alahai Ikmal.
Aku tengok aje dia yg masih terpaku pada TV.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyu, silalah ke
http://www.worldwildlife.org/species/finder/marineturtles/marineturtles.html
Apa yg kita boleh lakukan utk memelihara spesis penyu?
Antaranya, jangan gunakan beg plastik sebab most of it mungkin akan end up dalam laut dan membahayakan haiwan2 akuatik, jangan makan telur penyu dan jangan beli cenderamata yang diperbuat daripada penyu.
Sigh… kadang2 ada juga manusia yang ikut resmi penyu, lepas beranak, letak aje kat memana, dengan harapan ada org lain boleh menjaga….
Kisah ii
Entah angin apa yang melanda hari tu, aku decide untuk update wardrobe setelah sekian lama memakai baju kurung ke pejabat. I took a day off, hantar Nabil ke babysitter dan spent the whole day to myself. Aku end up dgn a few blouses, frocks, slacks, skirts, new court shoes and a handbag. Pendek kata, benda2 yang tak pernah aku bayangkan akan pakai, kuikuikui….(hey, pada sesetengah orang, ia perkara biasa, tapi pada aku, it’s a freakin big deal okay…).
So pagi tu aku gosok this frock. Nak pakai dgn slack. Ikmal yang sedang bersarapan, lengkap berbaju sekolah memerhati dari jauh.
Ikmal: Mama gosok apa tu?
Aku: Ni hah, mama baru beli frock.
Ikmal: Huh? (sambil membelek2 baju tu dengan lebih dekat) Takde pun katak!
Aku: (dalam hati) Ish ish, anak aku ni….

Ps: Handbag tu aku dah bagi kat adik aku. Aku tahan pakai 3 hari aje. Aku terpaksa akur, sesetangah perempuan memang tidak dilahirkan untuk memakai handbag.
Oh ya, Ikmal dapat #10 dalam kelas. Aku hadiahkan dia seekor Bumblebee yang dibeli di Petronas, dan juga majalah Top Gear Malaysia bulan Julai yang berharga RM10 (sebagai alasan dia dapat nombor 10).
Dan tahniah juga untuk aku, kerana dah mencecah milestone setahun setengah tempoh penyusuan dengan susu ibu, walaupun tak secara ekslusif! Way to go Zacko!!!!
Labels: Ikmal, Nabil
Halp!
Malam semalam aku letih betul.
Cadang2 nak tunggu episod terakhir The Dresden Files kat TV2, tapi adoi, letih betul.
Petang tu aku bawak the boys gi pasar malam.
Baby sling aku basuh pulak, terpaksa la aku dokong si guni beras tuh.
Mak aii, masukkan dalam kereta je aku rasa lenguh btul!
Penat pun satu jugak, sbb dah beberapa malam aku tido kul 2-3 pagi.
Bukan sbb tgk tv ke hapa, tapi sbb momentum dah lari.
Si Nabil la ni tido dekat2 kul 12, so lepas dia tido baru la aku boleh start buat kerja rumah.

Ok , back to last night.
Aku antara jaga tak jaga dok depan TV sambil main ngan Nabil. Ikmal dah tido dah. Tetiba aku dgr dia nangis. Uih, aku bingkas bangun. (rupa2nya aku terlelap kejap). Aku cari Nabil (masa tu lupa pakai spek, so aku tak berapa nampak. Nasib baik tak terhantuk kat tangga).
Aku berlari cari dia.
Kat bilik air takde.
Kat anak tangga takde.
Kat luar takde.
Aku terus mencari, hati aku dah berdebar gila dah.
Menggigil!

Rupa2nya dia dah dekat depan pintu bilik tingkat atas.
Menangis sebab tak reti nak turun tangga.
Bila masa ntah dia panjat tangga sampai ke atas aku pun tak sedar.
Aku peluk dia kuat2.
Menggigil aku sampai pagi nih.
Ah, the joy of motherhood….

Labels: Ikmal, Motherhood, Nabil
Apa Cerita Nabil? 7m+ and other stories
Apa khabar boob-monster? Yipee, August is your national breastfeeding month!
Nabil dah 7 bulan sekarang. Baru aje minggu lepas ambik suntikan Hepatitis B yang due utk 5-6 months. Lambat sikit, sebab hari tu dia demam ngan kuar rashes (doktor suruh berjaga2 sebab takut denggi, tapi aku lagi risau takut HFM disease atau measles). Alhamdulillah, nasib baik tak apa2. Berat sekarang 7.3kg (masa 4 bulan hari tu 6.1kg). Huyoh!
Nabil suka sangat main rantai aku masa bf-ing so I bought him some beaded necklaces utk distract dia. Selain daripada menyelamatkan rantai emas/ loket drp rosak, manik2 yang berwarna-warni boleh juga menarik perhatian baby dan merangsang otaknya untuk berfikir. (Like, what’s for dinner tonight, oh, lemme guess, milk again *rolls eyes* )
Lookit what the cat dragged in!
Hah! Akhirnya sampai jugak ke tangan aku! An autographed photo of Jensen Ackles aka that short Winchester boy. Nak satu? Email aje ke JensenAckles [at] studiofanmail [dot] com. Jangan lupa sertakan nama penuh dan alamat surat menyurat, and voila! dalam masa tak sampai sebulan, ia akan dihantar ke rumah kau. If you asked me, aku akan kata, pergh, efisyen betul! Kalau berurusan dengan kompeni kat Malaysia ni, belum tentu 4-6 minggu kau akan dapat apa yang kau mintak.
Satu lagi bangkai ialah certain pekerja Pos Malaysia yang selalu hantar surat ke rumah aku. Ada ke dia gi lipat poskad2 aku! Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali dah! Hari tu aku call hotline Pos Malaysia, dan dah buat aduan ttg ni (siap ada orang dari sana datang ke rumah untuk make sure yang postbox tu dalam keadaan baik), tapi beberapa hari lepas tu, dia buat balik.
Tensennya!Labels: Breastfeeding is LOVE, Nabil, Personal
I CAN HAS UPDATEZ ?
Nabil is 4m+ now. Dah cucuk imunisasi ikut schedule. Berat sekarang – 6.1 kg. Since aku belum lagi bersihkan baby stroller Ikmal (yang dah dekat 5 tahun bersarang dalam plastik), setiap kali outing dengan dia mcm pikul seguni beras Faiza Taj Mahal. Lenguh mak!

Aku dah start imtroducekan solid, walaupun sekarang ni, umur yang sesuai ialah 6 bulan ke atas. (Phew, macam2 dah berubah sejak aku lahirkan Ikmal dulu- masa tu, umur sesuai utk start weaning ialah 4 bulan ke atas).

On the other hand…
Tahniah buat Faizal Tahir!!!! Sukanya aku tempoh peng’gam’annya dah habis and also award yang melambak2 kat AIM! Chill dude! Don’t get over-excited this time. And kudos juga buat Elyana yang ‘berjaya’ menjawab teguran seorang penulis di akhbar melayu hari ahad hari tu, pasal isu dia tak berkasut. Aku setuju sangat dengan dia, bukan dia bukak baju pun! Lagipun, aku selalu aje berkaki ayam di pejabat, sebab lebih senang. (well, literally la, walaupun aku pakai stoking).

Oh ya, aku dah ada di Facebook. Kalau sesapa terasa nak add, sila la bagi short message macam mana korang boleh kenal aku. Mass adding is soooo Friendster! Email mak – zackzip at hotmail dot com.
Hmm… what else ye…pic spam!!! (who’s who and what’s what on my list right now)…
MCR’s DVD, out 24th June. Squee!!!
The Dark Knight + Wanted. (Whatta hell la Wanted ni. Asyik2 keluar gambar Angie Jolie. AFAIC, hero filem ni James frakkin McAvoy. Promoting her instead of him, pada aku adalah seumpama mempromote Obi Wan Kenobi dalam filem Star Wars. Apa hal?
This dudes right here…
Funny dudes are, uhm, Funny! Shyboyswin dot blogspot dot com

Damn, aku tak pernah tengok Dean Winchester secomel nih…

Uhm, apa lagi ye, oh, Panic At The Disco a.k.a Menggelabah di Pusat hiburan. Ack! Walaupun aku masih lagi belum mendengar lelagu dalam album Pretty. Odd tu, imej baru diorang ni kinda freaked me out. What’s with all the flowers bagai tu? Mat Bunga at the Disco? Tak seswai langsung….

Later!Labels: Films, Music, Nabil
Kisah Hero-Hero di Masa Hadapan

Jalan inikan membantuHari esok siapa yg tahuKata ibu dengar sahajaCerita hanya kita berdua
Pagi yg gelap kini sudah terangAku adik mu dan engkau abangKu amat merindui kan muPagi yg gelap kini sudah terangAku adik mu dan engkau abangIngin ku ulang kemasa dulu…
Pagi Yang Gelap ~ Hujan (my current favourite song)
(Lirik lagu ni harap2 takde kena mengena dengan anak2 aku but it’s waaaay too catchy I just have to put it here.)
Nabil macam dah tak larat nak bukak mata lepas kena injection masa dua bulan hari tu. Alhamdulillah, dia tak demam, cuma cranky sikit (cranky dalam konteks Nabil ialah tak nak tidur, otherwise, memang kerja dia tidur sepanjang hari/ malam – kata orang, membesar dalam tidur.). Aku cuba untuk breastfeed dia selama yang mungkin (yup, aku pam kat ofis) tapi baby sitter dah pun selang-selikan dengan susu formula (aku rasa makcik tu dah start bagi dia makan nestum atau bubur le gamaknya, sebab dua hari lepas masa aku ambik dia, mulut dia comot macam baru lepas makan. Badannya sekarang, kusssemangat! Dah 5.3 kgs ! (timbang masa cucuk hari tu). Drypers pun dah pakai saiz M dah ni.

Nabil is a happy baby. Happy sebab dia dah pandai mengagah. Suka sangat ketawa dan sangat suka memerhati sekeliling. Aku tak biasakan anak2 aku dengan mainan2 mahal, (well, kata orang, you are your baby’s best toy!) tapi aku suka stimulate otak dia dengan berbual2, buat muka dan tunjukkan dia imej2 high-contrast macam nih. InsyaAllah, kalau kau selalu bermain2 dengan dia, kau akan dapat lihat perbezaannya dengan bayi2 lain. Oh ya, selalu la berbual dengan dia semasa kat dalam perut lagi, Insya Allah, dia dengar suara kita dan seakan faham apa yang kita cakapkan pada dia.
Si abang dah boleh di harap untuk tolong tengok2kan si adik. Tapi kuat mengacau gak si Ikmal ni. Aku tak tau la apa dia fikir. Kekadang aku tengok dia usik2 si Nabil, lepas tu lari ke belakang sambil tutup telinga. Macam main mercun atau meriam buluh. Sigh…PS: Cikgu Ikmal suruh dia potong rambut pendek dan taruk minyak. Habih dah tak kerinting lagi dah.Labels: Ikmal, Motherhood, Nabil
Big Moms Don’t Cry
Nabil Hakimy ~ Two months later....
Okay pada sesiapa yang masih belum tau ceritanya, aku ‘turun tanda’ masa kat pejabat, sehari sebelum Krismas 2007. Masa tu memang belum ada sakit2 lagi, well, kontraksi tu memang dah ada dalam seminggu dua, tapi aku dismiss je, sebab at the same time aku ada gastrik dan sakit pinggang sekali. My colleagues hantar terus ke hospital tengah hari tu, dan tepat 9.09 malam, baby keluar. Alhamdulillah, lahir normal, dan kali ni doctor tak bagi painkiller sebab katanya, takut baby dan mama dia ‘tidur’. Sakit? Well, memang la. Bak kata cousin aku, “Dude, it’s not like dosa2 kau tak gugur kalau kau opt for epidural.” Like duh. Aku suka tengok House and the last thing I want is somebody to punch a hole into my spine. Well. Okay, aku memang penakut. Dan ada juga berita sedih malam tu. Salah seorang nurse yang bertugas hari tu (yang juga merupakan salah seorang team member yang sama2 memberi perangsang dan sokongan masa aku bersalin tu), terlibat dalam satu kemalangan sewaktu pulang selepas habis shift pada malam tu. Kalau tak salah aku, namanya Suzana. Beliau sedang sarat mengandung, dan kemalangan tu telah meragut nyawa suaminya. Kengkawan, kalau boleh, marilah kita sesama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Hari ni pertama kali aku menghantar Nabil ke rumah baby sitter (which happens to be my sister-in-law’s mother) untuk training sebelum aku start kerja hari Isnin nih. And like the sappy cry-baby me, I’m still in tears right now. Aku dah start rindu kat dia, dan setelah sekian lama dimomokkan dengan cerita2 tentang babysitter atau maid yang menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan kepada mereka, akhirnya aku terpaksa akur. At some point of time, aku kena juga percayakan seseorang.
Ramai kata Nabil lebih advance dari usianya. Alhamdulillah, aku memang nak make up apa yang aku tak lakukan pada Ikmal masa dia kecik2 dulu. Abang dia lambat dalam serba serbi (makan, berjalan, bercakap) dan sekarang ni, walaupun dah nak masuk 6 tahun masih lagi memanjakan diri. Nak minta suap la, merajuk macam budak kecik la. Okay, maybe dia masih jeles lagi dengan kehadiran adiknya, tapi deep in my mind, aku harap dia akan channelkan konsep sibling rivalry tu ke arah yang lebih sihat.

Phew.
Aku mengaku, kehadiran Nabil sekarang ni membuatkan aku tak menang tangan. Maybe there’ll be less time for me to blog and such (and I have to give 110% at work now that I’ve been promoted and the fact that I have to go back exactly on time at 5.15 pm instead of staying back like I always do, as I have to get Nabil from the babysitter).
Apa pun, Insya Allah, I’ll update this blog from time to time. Kepada sesiapa yang ada hp number aku tu, do keep in touch. I miss you guys so much!
And to Ash, congratulations! Let’s do the world a favour by producing more high-quality males. You know the world needs that! *wink wink* (Seriously, masa aku bersalin hari tu, aku rasa mcm Nabil sorang jek baby lelaki kat situ, yang lelain tu baby girls).
Man, banyak gila aku nak story, tapi takde masa. Seriously. TV? Man, aku literally dah jadi couch potato kronik masa berpantang kali ni. Aku suka – The Amazing Race Asia season 2 (Where is Collin & Adrian? Ada sesapa nak gi audition untuk Season 3?), Damages, CSI Supreme Sunday, LA Ink (Kat Von D + Pixie + Kim + Hannah, I love thee) , Miami Ink, Kimora ~ Life on the Fab Lane, ah, gila siot, segala tok nenek cerita aku tengok. Even football and tennis matches. Serious. Nasib baik rumah aku sekarang takde Astro, sebab kalau tak, parah jugak la.
Later y'all.Labels: Motherhood, Nabil, TVgasm