:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Monday, June 13, 2005
  Kisah Lara Lima Dara
Pertama sekali, ini bukan pos mengenai the Spice Girls.

Terus terang aku katakan, aku tak pernah rasa sebegini depressed dan down selepas menonton satu-satu filem atau membaca sesebuah buku. Namun, The Virgin Suicides, karya sulung Jeffrey Eugenides ini membuatkan aku temenung seketika. Bagaimana agaknya jika aku dikurniakan dengan anak perempuan, instead of Ikmal? Bagaimana jika Allah kurniakan aku 5 orang anak gadis, seorang setiap tahun? Mampukan aku menjaga, mendidik mereka menjadi wanita-wanita yang berjaya? Mungkin ada betulnya pepatah Melayu yang mengatakan – menjaga lembu sekandang lebih senang daripada menjaga anak dara seorang.

Buku ini telah difilemkan pada tahun 1999, hasil tulisan dan arahan sulung Sofia Coppola. Mengisahkan tentang kehidupan 4 anak dara En. Ronald Lisbon (seorang guru sekolah) iaitu Therese (17 tahun), Mary (16), Bonnie (15) dan Lux (14), setelah adik bongsu mereka, Cecilia (13), membunuh diri. Diceritakan oleh suara ‘si muka ngantuk’ Giovanni Ribisi,ia mengimbau kembali peristiwa 25 tahun lalu, daripada perspektif sekumpulan remaja lelaki (yang kini telah dewasa) yang tinggal berhampiran rumah mereka.

Image hosted by Photobucket.com

(Saat-saat indah ketika bersama)

Mama Ikmal suka babak : Riak wajah En Lisbon ketika menemani anak-anak gadisnya ke majlis tari menari. Sebagai seorang suami, beliau agak terikat dengan isterinya yang domineering dan konservatif (lakonan berkesan Kathleen Turner) tetapi sebagai bapa, beliau juga mahukan anak-anak daranya menikmati hidup sebagai remaja (Amerika) yang normal. Juga babak di mana Puan Lisbon membakar satu demi satu album-album rock (piring hitam) kepunyaan Lux (Kirsten Dunst), ah, sungguh menyayat hati melihat Lux meminta belas ibunya agar tidak membakar album-album kegemarannya.

Image hosted by Photobucket.com

(Hanya menunggu masa untuk kesudahan yang menyedihkan...)

Deep inside, aku seperti dapat membaca perasaan dan fikiran En. Lisbon. Beliau kelihatan begitu kepingin untuk mempunyai seorang anak lelaki yang boleh berkongsi minat dengannya. Ini amat ketara ketika parti Cecilia, di mana En Lisbon ingin berkongsi cerita ttg sesuatu dengan tetamu2 budak lelaki kengkawan anaknya (pasal kapal terbang agaknya), tapi ditinggalkan oleh mereka. Ayah aku juga seorang bekas guru sains, dan beliau mempunyai kaedah tersendiri mengajar anak2 muridnya. Alhamdulillah, minat beliau juga dikongsi bersama anak perempuan sulungnya ini.

Untuk filem yang begitu ‘indah dan cantik’ ni, aku bagi 8/10.


Labels:

 
Comments:
filem yg memang bersahaja dan tenteram tapi menjerit di dalam. dan ia tak perlu melakarkan symphathethic..sangat cantik dan pedih pada satu masa!
 
Yes,gaya yg sangat indah (ingat tak background scene dimana bebudak lelaki tu baca diari Cecilia).. Sofia Coppola mmg tak memalukan nama keluarga (hehe).

*sigh* dunno if I can and be able to raise my daughter they way it shd be..(kalau aku dikurniakan anak permpuan la...)
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites