:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Monday, February 19, 2007
  Dunia Fasis dan Fantasi Guillermo Del Toro

"But captain, to obey - just like that - for obedience's sake... without questioning... That's something only people like you do. "
Kata2 akhir Tuan Doktor sebelum dibunuh oleh Kapten Vidal.

PAN'S LABYRINTH (2006)

* MENGANDUNGI SPOILER *

Argh! Dah lama aku tak rasa camni excited lepas menonton. Sah. Guillermo del Toro dah termasuk dalam senarai pembikin filem kegemaran aku. Selepas Cronos, Mimic dan Hellboy, beliau tampil dengan sebuah lagi filem hebat dan sekarang aku tau mengapa filem ni dapat standing ovation selama 20 minit sewaktu tayangan at Cannes. Memang menakjubkan!

Kisahnya?

Cerita mengambil tempat dalam dua dunia paralel. Realitinya, Sepanyol dalam tahun 1944, masih lagi di bawah pemerintahan Fasis yang kejam. Ofelia, seorang budak perempuan berusia 12 tahun, terpaksa mengikut ibunya yang sarat mengandung, berpindah ke satu kawasan terpencil demi menurut kemahuan bapa tirinya, seorang kapten tentera fasis yang tegas dan kejam. Sementara itu, di dunia fantasi Ofelia, beliau sebenarnya kelahiran semula seorang puteri raja underworld bernama Puteri Moanna, yang terpaksa melaksanakan tiga tugasan penting untuk membolehkannya bertemu kembali ibu bapanya yang sebenar. Dengan bantuan Pan, seekor makhluk faun dan Mercedes, orang gaji Kapten Vidal, dapatkah Ofelia mencapai hajatnya?

Dua sen aku…

Ofelia dan pokok fig

Ofelia (lakonan pelakon cilik Ivana Baquero) mengingatkan aku kepada penyanyi genit Alizee. Dalam babak ni, Ofelia mamakai kostum Alice In Wonderland, mungkin sebagai homage kepada filem2 fantasi. Dan tak keterlaluan kalau aku katakan, banyak lagi reference dari filem fantasi yang aku boleh cam sepanjang filem ni, macam Spirited Away (protagonisnya budak perempuan yang ingin bertemu kembali dengan ibu bapanya, selain patung2 batu yang aneh), Harry Potter (terutama babak dengan akar mandrake tu) serta yang terbaru, MirrorMask (dunia paralel dan feel keseluruhan). Dan ya, watak faun sendiri adalah seperti referens kepada The Chronicles of Narnia- The Lion, The Witch and the Wardrobe (walaupun James McEvoy sebagai Encik Tumnus adalah lebih watchable, maksud aku dari segi fizikalnya la).

Kematian ibunya mendekatkan Ofelia dengan Mercedes

Secara jujur, aku lebih suka watak Mercedes berbanding watak ibu Ofelia (watak Mercedes didukung oleh Maribel Verdu ~ kau pasti ingat dia yang menjadi rebutan antara Gael Garcia dan Diego Luna dalam Y Tu Mama Tambien). Wataknya sebagai orang gaji Kapten Vidal, selain menjadi informan bagi golongan gerila yang bersembunyi di dalam hutan, memang membuat jantung berdegup kencang, terutama di setengah jam terakhir (“Kau bukan babi pertama yang aku sembelih” ~ jangan miss babak ni)

Ofelia dan bapa tirinya yang kejam, Kapten Vidal dalam satu babak mendebarkan

Pengarah kelahiran Mexico ni menggunakan CGI yang sangat minimal, dan lebih bermain dengan emosi watak2nya. Pada aku, filem ni, walaupun bergenre fantasi, dengan watak utamanya seorang budak, namun ia tak sesuai ditonton bersama anak2. Banyak babak2 kejam dan torture (peperangan memang satu subjek yang sadis :( ) yang membuatkan aku menutup mata dengan tangan. Sangat grafik dan ada satu babak ni, lebih kurang macam babak ‘kasi hancur itu muka’ dari filem Irreversible. * shudder *

Sanggupkah kau mengikut segala kemahuanku tanpa membantah, wahai Ofelia?

Gila. Budak ni memang berani. I mean, kalau akulah bertemu dengan Pan ni, sure dah terpengsan sebab lemah semangat. :P Seperti juga filem2 del Toro yang lain (Hellboy, Mimic) beliau menggunakan khidmat Doug Jones sekali lagi untuk melakonkan dua watak penting dalam filem ni, iaitu Pan sang faun dan Pale Man, makhluk hodoh yang iras2 Abe Sapien* dalam Hellboy, cuma dia tak bermata, berkulit menggeleber dan, dan… dia makan budak!

Eee, makan budak!

Haha, babak ni memang menbuat aku terjerit! Dalam tugasan kedua, Pan telah berpesan kepada Ofelia supaya jangan makan apa2 di atas meja Pale Man, tetapi ibarat siren song (ditambah dengan perut yang lapar), Ofelia telah makan dua biji anggur! Argh!

Ofelia dan adik lelakinya.

Babak klimaks yang memerlukan Ofelia membuat satu keputusan yang sukar…

Aku bagi *****/*****. Watch it and be blown away.

Nota:

Kata Encik Del Toro dalam Empire Dec 2006 ~ “I was offered the chance to make one of the Harry Potter films and I’m one of the biggest fans of the books. But it would have been my greatest hope to actually kill one of the kids in Harry Potter. That would be so fulfilling.”

Ahem, Puan Rowling, bagaimana jika kita berikan kerusi pengarah kepada Encik Del Toro untuk filem Harry Potter ke-7? :)

* Aku selalu ingatkan Abe Sapien ni orang Kelantan hence, the nickname Abe Supian. :)


Screencaps made & uploaded by moi.

Labels:

 
Comments:
cronos tu way too cute. mimic pulak almost b-grade.

lepas devil's backbone je baru best (hellboy, blade2 etc.)

azraai
 
yep ini ibarat LOTR utk Peter Jackson. filem ni yg melonjakkan nama Del Toro dlm A-list directors.
 
Onn:
Aku lum tengok lagi Devil’s Backbone. And Cronos “cute”? Legally Blonde is cute. Ditto for Spice World. You just don’t call that type of movies “cute”, man.

Encik maberik:
Word!
And welcome aboard! (I saw ur link kat Fadz’s tontonfilem that day, tapi ntah ngapa blog dia tu susah benor nak tinggalkan komen.)
 
Best ke citer ni? Labyrith David Bowie pernah la layan msa muda dulu..hehehe...
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites