:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Sunday, July 15, 2007
  Films Update!
*** MAY CONTAIN SPOILERS FOR ALL FILMS ***

The Fountain (2006)

Image from centripetalnotion.com

Seriously, aku tak dapat bayangkan kalau Brad Pitt yang berlakon dalam filem ni, instead of Hugh Jackman. Cate Blanchett is okay (mungkin sebab beliau berwajah klasik), sebab, selepas Galadriel (LOTR) dan Queen Elizabeth aku boleh bayangkan wataknya sebagai Queen Isabella atau Izzi Creo.

Filem ini mengisahkan kisah cinta tiga zaman di antara Tomas/ Dr Tom Creo dengan Queen Isabella/ Izzi Creo (lakonan tunang tuan pengarah (Darren Aronofsky) iaitu Rachel Weisz, yang merupakan salah sorang pelakon kegemaran aku sejak filem The Mummy).

In a nutshell, ini kefahaman aku tentang filem ni (may contain spoilers for those who haven’t seen this film).

Tahun 1500 – Kisah antara Tomas (the Conquistador)/ Queen Isabella.
Ini merupakan kisah yang sedang ditulis oleh Izzi Creo dalam buku The Fountain, tentang bagaimana bermulanya pencarian terhadap The Tree of Life, sebatang pokok yang dikatakan boleh memberikan kehidupan abadi kepada seseorang. Sebelum mati, Izzi meminta Tom menghabiskan buku tersebut.

Tahun 2000 – Dr Tom Creo/ Izzi Creo
Pada pendapat aku, mereka berdua merupakan kelahiran semula Tomas dan Queen Isabella. Dr Creo bertungkus lumus mencari penawar kanser bagi menyelamatkan isterinya, Izzi dan secara tak sengaja, seseorang telah terjumpa secebis sampel daripada pokok tersebut. Walaubagaimana pun, isterinya mati tetapi berpandukan buku The Fountain tulisan isterinya, Tom telah menanam sebatang pokok di atas kubur isterinya, dengan harapan dapat menghidupkan semula Izzi pada suatu masa yang akan datang.

Tahun 2500 – Tom/ Izzi
Dengan teknologi yang canggih, Tom telah membina sebuah sfera yang boleh menempatkannya bersama2 “pohon Izzi” dan terbang ke angkasa, menuju ke sebuah nebula yang dipanggil Xibalba, dimana dipercayai oleh masyarakat Maya bahawa jasad yang telah mati akan hidup semula apabila sampai ke bintang tersebut. Dalam perjalanan inilah beliau sering diganggu oleh kisah2 lampau, selain drp bayangan Izzi yang memintanya untuk “Finish it”. Di sini, ia bukan hanya bermaksud menghabiskan buku karya akhir beliau tu, tetapi Izzi meminta agar Tom menamatkan riwayatnya agar mereka dapat sama2 bersemadi dengan aman. (oh, btw, Tom telah hidup lebih drp 500 tahun dengan memakan cebisan2 drp “pohon Izzi”, kerana beliau masih berharapan yang suatu hari Izzi akan hidup semula).

Hmmm.. pening? Watch it and you’ll know what I mean.

Visually stunning and full of emotion.
Aku bagi *****/*****.

Driving Lessons (2006)


Image from cinematical.com

Hah! They made a big fuss about the Harry/ Cho kiss, tapi dalam filem ni, Rupert Grint bukan saja kiss, tapi juga, ahem, cherry-nya telah di’pop’ oleh seorang awek yang aku rasa lebih tua daripadanya. And, and he swears! ZOMG!!! Take that, Daniel Radcliffe! (Okay, so aku masih belum tengok December Boys, filem Dan yang bakal keluar penghujung tahun ni).

Filem arahan Jeremy Brock ni mengisahkan tentang persahabatan di antara Ben Marshall (Rupert), seorang remaja yang pendiam, pemalu dan mempunyai seorang ibu yang sangat mengongkong dengan Evie Walton, seorang bekas pelakon opera yang mempunyai watak yang sangat berlainan daripadanya (lakonan Mrs Weasley aka Julie Walters). Think of it as a newer version of Harold and Maude.

Ben dan Evie saling melengkapi dan sama2 mengubah persepsi kehidupan daripada perspektif masing2. Ben, ingin lari dari kongkongan ibunya (lakonan Laura Linney), sementara Evie perlukan seorang sahabat yang dapat mengembalikan keyakinan beliau untuk berlakon semula.

Honestly, aku tak berapa gemar dengan soundtracknya (mainly consists of folk-infused tunes and some songs by Sufjan Stevens), dan aku kurang selesa dengan alegori2 agama Kristian yang sangat2 banyak dalam filem ni (I just skipped most of the parts, anyway).

A refreshing change from the usual Ron Weasley, even though he can’t get rid of that Ron-smug in most of the scenes.
Aku bagi ***1/2 / *****


Hot Fuzz (2007)

Image from popmatters.com

Seriously, the last time I laughed this hard was when watching Stephen Chow’s Kung Fu and The 40-Year-Old Virgin. I really mean LOL, bukan setakat grin atau giggle, man. *wipes tears* Sekali lagi, team yang membawakan kita filem RomZom (Rom-Com with zombies), Shaun of the Dead iaitu Edgar Wright, Simon Pegg dan Nick Frost, kembali lagi dan berjaya menggeletek penonton dengan lawak British/ spoof yang selamba. Kali ni ditambah dengan aksi2 hebat dan tembak-menembak ala2 Point Break dan Bad Boys ii!

Kisahnya, Nick (Pegg) merupakan seorang anggota polis yang sangat cemerlang tak hengat di London. Namun begitu, ramai lak yang kurang senang dengan kebolehannya itu (termasuk bos2nya) dan telah menukarkannya untuk berkhidmat di sebuah kawasan luar bandar terpencil di Sandford, di mana kadar jenayahnya teramatlah rendah sekali. Nick terpaksa berpasangan dengan Danny Butterman (Frost), anak cif polis di situ, yang sangat2 menggemari filem2 polis yang penuh dengan aksi tembak menembak dan kejar mengejar. Namun ada sesuatu yang berlaku di perkampungan tersebut, dimana ia tidaklah seaman yang di sangka.

Wow. This is just how I liked it! Honestly I personally think that a comedy is funnier if it’s inter-woven with spoofs, homages and references. And in this film, man, banyaknya! Funny bits ~ underaged drinker #3, P.I Staker, Danny trying to imitate Nick by jumping over the fences, spoof Point Break (Danny tak tergamak nak tembak ayahnya sendiri), “You Mothers!”, the Cornetto and the brain-freeze bit dan haha! Banyak lagi la. Worth watching twice, just for the LOL’s.

Oh ya, watch out for uncredited cameos by Peter Jackson and Cate Blanchett. Hilarious! And yes, the song during the closing credits pun best!

By the power of Greyskull! Yarp, I give thee *****/ *****.

Labels:

 
Comments:
Hot Fuzz - The funniest movie of 2007. Period.

Aku paling suka part dia flying kick nenek tua tu. And that Point Break spoof.. OMG. Terkencing aku sbb ketawa kuat sangat.

Actually filem diaorang ni bukannya spoof. They are staying true to the genre, dilakonkan secara serious tapi kelakar sebab ke-serious-an diaorang tu. Geddit?

Apa2 pun, Hot Fuzz wajib ditonton 2 kali. Atau lebih..
 
...Stephen Chow’s Kung Fu

*nitpicking mode on*
- mcm x cukup je tajuk filem tu. *lari*
 
Heh, thanks dude. Aku terconfuse ngan title cinanya iaitu Gong Fu, ye, ye, Kung Fu Hustle, nanti mak betulkan.

Edd, seriously la, aku nak taip balas komen kau ni pun rasa nak tergelak sensorang. Memang gila tengok dia terajang that farmer's mum. By the power of Greyskull!

PS: Aku, masa Nick start tersalah orang masa nak jumpa ex dia tu (Janine) dah tergelak gila. Agreed, man. The funniest film for 2007!
 
ahhh tempted ndak donlod citer tue. ndak kene carik nie :P
 
The Fountain is one of the greatest film of all-time. Siapa tak setuju, dia memang bengap filem.
 
Sha:
Citer yang mana? Kalau nak pinjam, bagitau la. Semua ahem, pirated nya tapi clear.

NM:
By the power of Greyskull! Aku ingat kau dah pencen! Dude, maknanya, kira ramai la umat2 yang bengap filem kat imdb nya message board tu? Ramai yang kata overhyped la, susah nak faham la, but screw them. This is an AWESOME film.
 
"Dude, maknanya, kira ramai la umat2 yang bengap filem kat imdb nya message board tu?"

They are, and they always do.
 
The Fountain memang best gilababi. imdb sucks anyway. haha

and i concur with your understanding of the film. same here.
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites