:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Thursday, March 30, 2006
  Apa ? Kao mao jadi apa? Superhero ?
Berita baik untuk para nerd yg berkeinginan memakai seluar dalam di luar (read: Losers!). Sila ke sini beb dan sini juga.

Superhero yg paling aku boleh relate to ialah babe ni..

(maaf, gambar Selma Blair tu aku dah buang sbb terlalu menjOlOk mata...)

Ooopss, sorry, sorry, wrong movie.

Ooookkkaayyy….THIS ONE !

Liz : In the dark I heard your voice, what did you say? Hellboy: I said, Hey, you, on the other side - let her go. Because for her I will cross over, and then you'll be sorry!


Next Up : Kerja gila Marilyn Manson

Oh ye, mamat gila Marilyn Manson akan memegang watak Lewis Caroll dalam remake Alice in Wonderland. I mean, WTF ??? Dah la Frank Miller berjaya membunuh minat aku kpd The Caped Crusader, and now this?

http://www.phantasmagoriamovie.com/

Labels:

 
Tuesday, March 28, 2006
  Great Scenes With Great Songs
My Top 10 Most Memorable Songs From Memorable Scenes

(in no particular order)

Lagu : Burn (The Cure)
Filem : The Crow
Babak : Transformasi Eric Draven manjadi the ultimate revenge machine. Watak Draven masa ni menggunakan orang lain (refer his images on the shattered glass), kerana Brandon Lee mati sebelum sempat shoot babak ni.
Satu lagi lagu yg best : Golgotha Tenement Blues (Machines of Loving Grace).

You're right, actually. I am pretty- I'm, I'm pretty troubled and I'm, I'm pretty confused. But I... and I'm afraid. Really, really afraid. Really afraid. But I... I... I think you're the fucking Antichrist.

Lagu : Mad World (Gary Jules)
Filem : Donnie Darko (yg original, bukan Potongan Pengarah). Filem yg agak komplikated. Often imitated*, tapi none can beat the real thing.
Babak : Di akhir filem, bila apa yg sepatutnya terjadi telah terjadi (enjin kapal terbang tu betul2 jatuh atas bedroom Donnie dan menyebabkan kematiannya), dan bila kamera focus ke satu-satu karakter, dan Gretchen ended up not knowing him, gosh, it was so sad.
Lagu lain yg best : Head Over Heels (Tears for Fears). Hmm, kalaulah aku salah sorang watak dlm DD, aku nak jadi Cherita Chen. Chut up!

* Hari tuh aku tonton The Chumscrubber, dan banyak sangat reference dan similarity ngan Donnie Darko (bullies, watak fantasi bernama The Chumscrubber (mcm Frank the giant rabbit), juga THAT same scene at the end of the film (mata and all). Copycat !

Lagu : In The Waiting Line (Zero 7)
Filem : Garden State
Babak : Andrew Largeman (lakonan Zach Braff), bermain ‘spin the bottle’ dengan kengkawannya serta beberapa org gadis bawah umur, dalam keadaan yg lalok selepas mengambil pil ecstasy.
Satu lagi lagu best : Let Go (Frou Frou), di akhir filem.

Lagu : Tiada Lagi Kidungmu (Lefthanded)
Filem : Rock
Babak : Gig terakhir Zack (Hasnol Rahmat) dgn geng2 Rimba Bara, di majlis perkahwinannya. Siap dengan samping dan tengkolok !
Satu lagi lagu best : Dari Sinar Mata (BPR) yg dibuat stail old skool, lengkap dengan stesen keretapi dan angin sepoi2 bahasa gitu.

Lagu : Don’t Dream It’s Over (Crowded House)
Babak : Aku tak berapa ingat, tp ia dari mini siri The Stand (based on the book by Stephen King), the opening scene featuring the two main protagonists, played by Gary Sinise and Molly Ringwald.

I Wanna Be Their Waitress. Except for Mr Pink.Kedekut Pahit.Hj Bakhil. Tahi hidung masin!

Lagu : Stuck In The Middle (Stealers Wheel)
Filem : Reservoir Dogs (btw, Happy Belated Birday QT!!)
Babak : Mr Blonde yg brutal, lakonan Michael Madsen, menyiksa polis malang dengan memotong telinganya. Sambil menari mengikut rentak lagu ni. Haha, teringat pulak Malcolm Reynolds yg kena siksa dgn Adelai Niska dengan cara yg sama (refer episode War Stories, siri sci-fi Firefly).
Lagu lain yg best : The Little Green Bag (George Baker selection)- lagu masa intro.

Muzik latar : The Bridge of Khazad Dum (oleh Howard Shore)
Filem : LOTR: FOTR
Babak : Kinda blurry, but I think it was when the fellowship went thru the Mines of Moria, dan berjaya melarikan diri dari serangan orcs (or is it before their encounter with Balrog?)
Lagu lain yg best : Concerning Hobbits. One of the sweetest theme I’ve heard in years. Selalu juga dibuat lagu latar Kisah Benar.

Lagu : Every You, Every Me (Placebo)
Filem : Cruel Intentions
Babak : Annette Hargrove, lakonan Reese Witherspoon, dalam Jaguar kepunyaan Sebastian Valmont (Mr Witherspoon himself). Selepas membalas dendam ke atas Katherine (Sarah Michelle Gellar).
Lagi satu lagu best : Bitter sweet Symphony (The Verve)

You know, if I were as pathetic as you are, I would have killed myself *ages* ago. You should get on with it.

Lagu : Dangerous Type (Letters To Cleo)
Filem : The Craft (1996)
Babak : Transformasi high school bi****s into real witches. Lead by Nancy (Fairuza Balk, one of my fave hottest babe next to Selma Blair), these babes are the inspiration for the Charmed Ones (Piper, Prue/ Paige dan Phoebe). Even the Charmed theme song (How Soon Is Now by Love Spit Love) is first heard in the movie.
Lagu lain yg best: I Have the Touch (Heather Nova) – remake lagu Peter Gabriel.

Lagu : Sunshower (Chris Cornell)
Filem : Great Expectations
Babak : Gwyneth Paltrow ngan Ethan Hawke (Finn). Doin’ you know what.
Lagu lain yg best : Siren by Tori Amos


What about you guys?

Labels: , ,

 
  Mcm Pernah Kulihat Kepala Gondol Tu...
Ada la minah sorang tu*. Dah le tahun lepas dpt keter Kia dan rantai mutiara dan bergambar ngan bakal Datin ‘K’ utk Anugerah Bintang Popular, pastuh, tahun ni dapat lagi rantai mutiara. DAN dpt snap photo ngan budak Felda Taib Andak ni. Jelesnya mak…

Lin dan Asmawi Ani

* Lin is my high skool mate. Kitaorg tuition add maths sesama ngan Coy (tapi biasanya dia yg dapt jawab soalan Sir tu) Kau mmg memotivate aku utk terus berusaha masuk contest!

PS : The closest I can get to the REAL thing is Mamee Kari Berapi yg ada gambar Mawi. Boleh tahan sedap, ada rasa masam2 sikit.

Slurrpp, sedapnya Mawi, eh, Mamee. (Loser)



 
  Bits & Pieces
Rock Star: Supernova

Tommy Lee (Motley Crew), Gilby Clarke (GnR) dan bekas pemain bass Metallica, Jason Newstead, bergabung tenaga menubuhkan kumpulan baru – Supernova, dan diorang tgh mencari seorang vokalis. Try your luck on the first of April at Berjaya Times Square! Ini bukan April Fool, dudes. For more info, gi sini. www.startv.com/rockstar

Adakah JD Fortune yg baru berasal dr Malaysia?

Kinda déjà vu, sbb a few months back, aku ada bermimpi gi audition utk satu reality show ni. Bukan mcm AF atau Malaysian Idol, tapi rock-themed talent show. Dan dalam banyak2 lagu, aku gi nyanyi ‘Cinta dan Air Mata’ from CRK. Gila. Masa tidur pun rasa cam nak meleleh….

Album tribute untuk penulis paling prolific - Neil Gaiman. Aku harap muziknya tak se-crap muzik MirrorMask. (Dengan Awek Emping Jagung, Tori Amos, at the helm, what could go wrong?). Sila ke sini.

Oh ye, arnab2 berbakat besar kegemaran aku dah ada filem terbaru. Bayangkan gunung ganang, kambing biri2 dan dua ekor koboi. Sila klik pada Tuan Direktor Arnab ni…

30-Second Bunny Theater

Labels: , ,

 
Wednesday, March 22, 2006
  Dua Dunia dan Duda Anak Tujuh
MirrorMask (2005)

Dunia Cermin dan Topeng Helena Campbell

Aku teringat masa kecik2 dulu, org tua2 pernah berkata, kalau kita suka lukis gambar orang atau buat ukiran yg berupa benda hidup, suatu hari, ia akan menjadi betul2 hidup dan mengambil nyawa kita? Betul ke?

Mungkin ada benarnya, pada Helena Campbell. Helena (an Annahita Bakavoli-look-alike, imho), lakonan Stephanie Leonidas, lahir dalam keluarga artis sarkas. Seorang yg sangat gemar melukis, beliau sangat2 bosan dgn kehidupan itu, dan ingin keluar dari kepompong tersebut. Pada suatu hari, selepas bergaduh besar, ibunya jatuh sakit. Pada malam ibunya hendak dibedah, sesuatu berlaku pada Helena. Dia seperti terjerumus ke dalam sebuah dunia fantasi, dengan makhluk2 yang pelik, di mana kehilangan seorang puteri telah menyebabkan satu peperangan antara kuasa jahat dgn kuasa baik. Dengan bantuan jejaka bertopeng bernama Valentine, dapatkah Helena keluar dari dunia tersebut? Apakah itu Mirrormask ? Siapakah pula gadis serupa Helena yg sering dilihat pada tingkap ke dunia nyata ?

Wow. Kalau anda tidak biasa dgn hasil karya Neil Gaiman, filem arahan Dave McKean, ni mungkin membuat anda menggaru kepala. Toksah banyak la, aku pun blur2 gitu. (The first book by Neil Gaiman yg aku baca dan tak sempat habiskan ialah American Gods, entah mengapa aku tak ber’mojo’ utk menghabiskannya. Yeah, I’ve heard about The Sandman, tapi belum berpeluang membaca novel2 grafiknya).

The best bit : Ketika Helena menjalani transformasi menjadi puteri jahat oleh robot2 bermuka jam. Dgn lagu latar Close To You, ah, that scene is one of the best. Juga babak gergasi besar yg terapung.

Makhluk tercomel : Sphinx. Yang suka makan buku. Peringatan: Jangan bagi diorg nampak ketakutan kau !

Sucks big time: The MOOSICK!!! Arrggh, it could be better than this crappy borderline-soft-porn music. Btw, aku suka part Close To You tu.

Me give ****/*****.

Nanny McPhee (2005)

Eee, makan budak !

Dikatakan sebagai filem Mary Poppins utk orang2 miskin, filem Nanny McPhee mengisahkan ttg kehidupan seorang duda beranak 7 bernama En. Darcy, maaf, En. Brown, lakonan Colin Firth. Sejak kematian isteri, kenakalan anak2nya, Nauzubillah, sangat sukar dibendung. Setakat ni, dah 17 orang pengasuh cabut kerana tak tahan dengan perangai anak2 En. Brown nih. Tibalah pada suatu hari, di mana tiba2 muncul seorang pengasuh yg hodoh di depan pintu. Siapa dia Nanny McPhee? Dapatkah dia menjinakkan anak2 En Brown yg nakal tu? Kenapa En Brown merenyam sangat nak kawin lain sedangkan kubur isterinya masih merah? Watch it to find out!

Babak best
Aku suka sangat masa Makcik Adelaide yg sadistic tu (lakonan Angela Lansbury) volunteer nak jaga salah sorang anak perempuan En. Brown, dan si papa yg tak sanggup berpisah ngan anak2nya berlari mengejar kereta kuda. Touching. Dan watak tukang masak ex-military yg dipegang oleh Imelda Staunton, sangat2 kelakar dan OTT! Equally OTT is Puan Quickly, bakal isteri En Brown yg sangat2 obnoxious. Makes you wonder…TAKDE PEREMPUAN LAIN KE ENCIK BROWN OI!!!.

Wtf?!
Aku baru tahu Kelly MacDonalds, yg memegang watak gadis lemah lembut dan oh-so-angelic Evangeline, merupakan orang yg sama memegang watak Diane dalam Trainspotting ! Dan tak perlu rasanya aku highlightkan babak notorious Diane dgn Mark Renton tu.

Evangeline- Meh sini anak-anak... Diane-Eee, makan budak !

Me gives ***1/2/ *****

Labels:

 
Wednesday, March 15, 2006
  Tuan-tuan & Puan-puan, Anak saya...
Ikmal talk Version I

Aman Enan Eh-Chichi – Taman Permainan KLCC
Ichi Iber – Mitsubishi Evo – took me days to figure this one out.
Chuchu/ milk – Nenen. Dalam botol.
Omit – Gromit
Oler (O dengung) – Wallace

Reaksi spontan Ikmal ketika diberitahu ttg resemblance-nya dgn Jericho Rosales

Pet peeve
Suka memanggil aku (‘Mama !’) kalau aku masuk bilik air. Especially kalo kitaorg tinggal berdua kat rumah. Terpaksa jugak menyahut, sbb dia akan ketuk pintu toilet berulang2 kali sampai aku jawab. Hampeh. Nak melabur pun tak senang.

Hobbies/ Past-time
Reads Motor Trader. Loves miniature cars, esp Hot Wheels or Matchbox. Knows the make of cars more than me. (Betul, aku tak tipu. Thinking of taking him to KLIMS bulan 5 ni).

Tahap mengada2
6/10. Kalau aku ada, jadi 9/10. Kalau abah dia ada (dan pegang rotan), turun jadi 3/10.

Labels:

 
  I'm a (Malay) woman, hear me roar !!!
KUALA LUMPUR: What is success to a Malay woman? Having children is top of the list, according to a survey here. In the nationwide study among 1,000 women aged 15 to 67 years, 96% said having children was the biggest success indicator. They listed academic achievement and earning an income as other measures of their success. The survey was conducted by the Women for Progress Research Unit of the International Islamic University. Dr Noraini Mohd Noor, from the unit, who presented the findings, said Malay women in the country faced a conflict between career and family.

“They want to be assertive and successful but, at the same time, there are cultural constraints,” she told a forum, Malay Women’s Perception of Progress, here yesterday to discuss the findings of the survey. “They feel if they’re doing too much or being too aggressive, their feminine side will be lost. “Then, there is the fact that when you’re too successful, you may have to sacrifice or neglect your family in the process of getting to the top.”

The survey, which was sponsored by a leading moisturiser brand, found only 35% of the respondents felt they had achieved their aspirations. While progress and aspirations are linked, the obstacles they face are lack of opportunities, money and qualifications. The survey also found that there was still a glass ceiling for women at the workplace and, generally, women preferred having women bosses. Dr Noraini said Malay women were expected to be a pillar of strength as a mother, yet remain feminine and subservient as a wife.
This expectation is more predominant among women in rural areas than among their urban counter-parts. The study shows women in the 31 to 45 age group to be the least happy and optimistic, as they are overwhelmed by the need to juggle career and family, or just being a homemaker.

Dari The Star, 15/3/2006.

Well, for moi, happiness is when u have..
- a healthy body, and equally healthy body image. Plump sikit tak ngapa, janji sihat. Sihat juga bermakna, sihat dr segi mental dan spiritual.
- successful children. Yang berjaya dalam World dan akhirat juga. Yg boleh mendoakan kita setelah kita mati nanti.
- spouse yg understanding. Yg memahami kehendak dan keperluan, terutama yg sama2 bekerja, dan sama2 penat.
- an understanding family, terutama mertua, ipar duai.
- kerjaya yg menjamin masa depan, dgn benefit2 yg menarik. (Medical RM680 p.a, dental RM250 p.a, pada aku, Alhamdulillah, is more than enough…)
- friends. Yang boleh mendengar dan berbicara. Walaupun setakat di paparan komputer.
- a good (and healthy) sex life. Long live Vitalsexuals!
- spare time for me, myself and I.
Image from stradanove.net Gelagat mamaikmal ketika nonton.

Anyway, I would be much HAPPIER if I have the following…

- Malcolm Reynolds or Jayne Cobb or Simon Tam. Preferebly Mal. *right here *. Nekkid. (Acah je. Jgn marah ye sayang). Oklah, Jayne’s vintage shirts (cool gila).
- Ikea furniture^ for my house.
- Keberanian utk memegang stereng dan drive!
- Tukang masak, tukang basuh baju, tukang gosok, tukang urut, tukang karut, oopss…
- Control over the fuel prices.
- Paris Hilton’s wealth.
- Halal gourmet chocolate
- Joss Whedon to continue Firefly.
- Mal to hook up with Inara, instead of that beyotch Nandi.
- Mal in a pretty floral bonnet.
- River Tam’s brain. Or brother.

I’ll be in my bunk” I can kill you with my brain Are you asking me to dance ?


Firefly characters images from sf-radio.net.


^ Bukan aku tak mampu beli, tp disebabkan aku masih menyewa, terpaksa la aku batalkan niat murni tuh…(walaupun air liur aku meleleh tgk Katalog 2006-nya)

PS : Sori for the Firefly stuffs. I can't help it sbb tgh demam, and takde sapa nak borak pasal ni, except Wan. Itu pun kalo dia tak sibuk...

Labels: , , ,

 
  My Favourite Cult Heroes, Part i
Filem2 dan hero kult kegemaran aku

The Crow (1994)

Victims, aren’t we all?

Buildings burn. People die. But true love is forever.

Filem arahan Alex Proyas (one of my fave), mengisahkan ttg Eric Draven yg dihidupkan semula dgn semangat gagak^, selepas setahun dibunuh, utk membalas dendam ke atas gang2 ganas yg membunuh serta merogol tunangnya, Shelley, right before their wedding night on Halloween.

Call it irony, but just like Kurt Cobain and Nirvana, aku start suka filem ni lepas kematian Brandon Lee. Ya, beliau terbunuh apabila terkena tembakan yg tidak disengajakan semasa penggambaran filem yg berdasarkan novel grafik James O Barr nih. Dan sekarang, selepas 3 lagi spin-off drp franchise gagak hitam iaitu City of Angels (1996), Salvation (2000) dan Wicked Prayer (2005), filem yg ni tetap menjadi faveret aku.

Best bit : Transformasi Eric Draven menjadi hero goth yg disulami dgn lagu Burn dari The Cure. Juga babak shirtless beliau menggoreng gitar di atas bumbung, phew, I just love that tune. And the scene that follows. Juga lagu2 drp soundtracknya yg best (memperkenalkan aku kepada Robert Smith, Trent Reznor, Zack de la Rocha, Helmet dan Pantera antaranya), ditambah dgn muzik latar yg haunting dari Graeme Revell. Wicked.

PS : IMHO, Brandon Lee sans make-up looked just like Chris Kline. And if he’s still alive, maybe he’d just resort to doing B-grades.


From Dusk Till Dawn (1996)

Ramblers, lets get ramblin’.

Filem pemecah tanah yg memperkenalkan aku kpd Robert Rodriguez (sang pengarah), Quentin Tarantino, Salma Hayek dan George Clooney (dalam watak yg sangat berbeza drp Dr. Doug Ross dalam ER). Totally awesome ! Dan, satu lagi koloborasi yg bakal ditunggu2 dalam tahun ni, di mana dua film-maker faveret aku berganding sekali lagi utk filem Grindhouse. Seperti juga The Crow, FDTD juga telah dibuat sekuel, iaitu, Texas Blood Money dan Hangman’s Daughter. But then again, nothing beats the REAL (and original) thing.

Kisahnya: Seth dan Ritchie Gecko, dua perompak adik beradik yg cuba melarikan diri ke Mexico, telah menahan keluarga Fuller (Jacob dan anak2nya Kate dan Scott) utk dijadikan tebusan. Sementara menunggu hari siang, mereka singgah utk bermalam di bar Titty Twister…

Best bit: Semua babak adik beradik Gecko, dgn line2 yg kelakar (Hey, apa lagi yg kau boleh expect dari geek-meister Quentin Tarantino?) Aku suka babak Ritchie berfantasi ngan Juliette Lewis (‘Ritchie, can you do me a favour and lick my p**** for me?) Ahem, mcm biasa, with QT it’s only talk, but never really closing the deal.) Juga kemunculan Santanica Pandemonium yg mengingatkan aku kpd Nancy dalam Sin City. Dan senjata sulit Sex Machine yg kelakar ! (you gotta check it out!). Twist yg tak disangka di akhir filem.


***** for both films.

^ Kerana, kata org, gagak merupakan jambatan yg menyambung antara dunia yg hidup dan mati.

Labels:

 
Monday, March 13, 2006
  Life As I See It...
A few snippets on my life during these few days…

Yippee!!!

Tahniah to my brother Azli, who managed to hantam aku in SPM, by scoring 9A’s and 1B. Tahniah, tahniah. Mcm Onn juga, aku tabik sbb ko berjaya score B utk Add Math, sedangkan aku cuma berjaya dapat C6 sahaja (nasib baik tak kantoi). Itu pun setelah berhempas pulas gi tuition dan meniru kerja rumah Lin (hehe, ingat tak Lin, dtg2 kelas jek aku photostate kau punya homework Mr Teng tu ?)

Aku dgr mak aku kata dia nak further studies dalam bidang Sains Sukan (he’s athletic and good in drawing manga) and not conventional courses mcm kakak2 and abang2 dia dah ambik mcm Accountancy (Aku-Along), Business (Angah), IT-turned teacher (Wan), IT - Master/PhD- first in the family (Azraai), Biochemistry (yg ni aku harap dapat terus di jalan yg betul, Insya Allah - Azrani), Architecture-turned teacher (Azri) and bakal chef of the family (Khairi). The last one- Cik Lebah, baru masuk Form Four, dan dgr khabar, dah mengadu agak susah (dia masuk science stream).

Alhamdulillah. Takde yg lebih menggembirakan aku selain melihat adik2 aku berjaya. Teruskan. Keep our flags flying! And also as a reminder for Ikmal agar mengikuti jejak langkah mereka yg berjaya dalam hidup. Di dunia dan akhirat sama.


Game Show Terbaik !/ ?

Tahniah to Kunci Khazanah sbb dapat Anugerah Game Show Terbaik Anugerah Sri Angkasa ! btw, just wanna share with you guys ttg apa yg aku dapat last year (KK musim kedua).

4WD Ssangyong Musso – Unlike Rexton or Stavic, this model tersangat la jarang dijumpai di Malaysia, and the value is very low. Dipendekkan citer, we agreed on RM50k cash from the dealer. :-( sedih, tapi nak buek camno, rezeki dah banyak tu aje…Aku dump semua dlm ASB.

Hadiah RM10-15 ribu
(Actually, aku pun mcm nak muntah dgr), consists of a 4D 3N trip for 6 to Pulau Redang. Wtf? For that same amount of $$$, aku boleh furnish my whole house with Ikea furnitures!! Takpelah, rezeki. Oh ya, lepas bukak tender dan takde sapa yg berminat, aku bagi aje FOC voucher percutian ni pd Kak Zarida (fellow contestant yg aku kenal masa rakaman KK dulu). Seronok juga dia bawak anak2nya makan angin…

Hadiah RM3-5 ribu
Baucer barangan kulit Alfio Raldo. I gave RM2k to my sister as a wedding gift. The rest, aku guna utk redeem belts and wallets dan bagi2 to my family and my in laws. Alhamdulillah, semua dapat rasa.

Cash approx RM1,700
Aku beli PC dan mesin basuh automatik.


Random Ikmal stuffs

Hari tuh aku cadang2 nak masak kalian goreng ikan masin, tapi bukak2 fridge jek, aku tgk sayur dah beku (aku letak dlm crisper). Pelik juga. Habih, kacang panjang pun beku. Sekali aku check, la… si kecik tu pegi adjust temperature to Maximum. Hampeh.

Ada satu hari tu, MIL bagitau, cucu makcik jiran sebelah bertanya, “MakCik, Ikmal tu cakap omputeh ngan German ke kat rumah ?” “Tak”, aku jawab. “Dia cakap bahasa Klingon jek. Fluent pulak tu”

Labels: , , ,

 
Friday, March 10, 2006
  Semalam Yang Sungguh Shiny
I Love My Captain !

Oh, I’m a bad man That’s a HUGE gun you have there, Sir.

Lunch (KFC Cheesy wedges with extra cheese) : RM3.26
HYPE ! keluaran baru (cover Jericho Rosales*) : RM3.90
DVD boxset Firefly : RM44.00
The chance of watching more of Captain Tightpants in action : Priceless…

Phew, akhirnya!
Selepas berminggu2 aku menunggu bekalan tiba, akhirnya, semlm, DVD boxset Firefly dah ada dalam tangan. Tima kasih pd pembekal setia aku , Yap (rasanya bukan nama sebenar), yg sudi merezabkan benda ni utk aku, walaupun kekdg kelam kabut disergah oleh pegawai2 penguatkuasa. (For some reason, I dunno why this lengchai panggil aku “Johnny”, walaupun aku takde langsung iras2 mcm Johnny Depp, Johnny Hates Jazz mahupun Johnny Bikin Filem.) Baru jek habih tgk satu CD, phew, tak sabar nak tgk lagi malam ni!!!


* Aku beli HYPE sbb mak aku suka JR. Katanya mcm rupa Ikmal, walaupun mendpt bantahan keras drp Mak Ngah aku (“Mana ada ? Cucu kau tu keriting !”). Lgpun, ada artikel2 ttg V for Vendetta (yes, Nazim, aku akan tonton filem ni. For Stephen Rea. :-) , ada JRM (ooohhh, that gorgeous lips!!!) dan (ahem) poster Mawi World.

Aku cukup tak suka kalo org dok sibuk tanya - "Eh, kakak pun baca Hype?" Selamba jek aku jawab kat budak jaga Kiosk tuh - "Sukati aku lah". Bak kata Baz Luhrman dalam lagunya " Don't read beauty magazines- they will only make you feel ugly".
Something from the resident Harry Potter nit-picker, though. The update on the latest Harry Potter movie- the actress’s name is Imelda Staunton (bukan Vera Drake- itu karakter dia), who will be playing the ultimate beyotch in the form of a DADA teacher- Prof. Dolores Umbridge.


Photos credit : Nathan Fillion fansite

Labels: , ,

 
Tuesday, March 07, 2006
  Hell Hath No Fury...
Korang pernah tak hilang sabar dgn seseorg? Dalam hal ni, ada sorang veteran staf di ofis aku. Tatau la naper, tapi setiap kali En W ni nampak muka aku, dia mesti tanya “Bila nak dapat nombor dua ?’. Tak pernah fail, tak kira bila dan di mana, dalam lif (yg ramai org), dekat kantin (juga ramai org), mahupun di kubikel aku sendiri- yes, dia melangut kat kubikel aku yg world tu semata2 sbb nak tanya aku soalan cepumas tu. WTF, man?? Bukan aku tak bagitau (nicely and politely) yg hubby aku belum bersedia/ belum ada rezeki, tp org tua ni masih tak faham2. Kekdg tu siap bagi tips2 rumahtangga (hello? Bila pulak aku mintak advise dr kau??) dan melalut2 sampai aku pun tak berapa dgr biji butir apa jadah yg nak disampaikan. Dan biasanya, kalau tak sempat melarikan diri (yes, aku ambik langkah mengelakkan diri drp terjumpa mamat ni), aku akan grin and bear it, sbb :

- aku nak kerja lama kat sini sbb benefitnya bagus
- by virtue yg dia tu org lama- dan seboleh2nya aku nak jaga rapport ngan diorg ni (walaupun hati aku kekdg meluap2 mcm air mendidih)

Tapi hari ni aku meletup. No more Nice Guy Zack. Bila dia dah mula melalut benda yg sama dgn suara ‘dalam kelambu’nya tu, aku jadi betul2 fed-up. Aku ckp kat dia terang2 – “En W, kan saya dah kata, saya tak nak citer pasal benda2 ni lagi” dan terus berambus ke toilet, meninggalkannya yg tgh melangut kat kubikel aku. Lantaklah ko nak fikir apa. Aku pun malas nak fikir balik. Aku buat baik pun org ckp belakang, aku buat jahat, mmg dah sah2 la org ckp. Lantak. Pi mampus semua.

Image from pekingduck.org
Down with farking backstabbers !!!!!

PS: Balik2 fikir, kekdg aku rasa cam nak sepak diri sendiri, sbb tak kuar ayat2 power yg selalu aku rehearse just in case this fella drop by dan ckp lagi benda2 tu…

Labels:

 
  Bahasa Jiwa Bangsa ?
Adik aku (lepasan KPLI yg baru jek mengajar di sebuah sekolah menengah di area KL ni) bercerita ttg Bulan Bahasa di sekolahnya. Pada satu perhimpunan semalam, satu pop kuiz mengenai bahasa telah diadakan secara impromptu, dan murid2 yg mendapat jawapan akan diberi hadiah.

Guru : Siapa tahu apakah makna DBP?

Murid2 : (Senyap sunyi tanpa jawapan)

Sang guru mengulang semula soalan sebanyak beberapa kali, tapi tiada sorang pun yg ingin/ dapat menjawab soalan yg diberikan.

Setelah beberapa ketika, seorang murid perempuan berbangsa Cina tampil ke hadapan, menuju ke mikrofon, mungkin utk memberikan jawapan.

“Cikgu, panggil saya ke? Saya nama Lee Bee Pee.”


(tiba part ni, air mata aku nak mula meleleh. Mungkin sbb tak tahan gelak sampai tak hengat. Atau mungkin memikirkan nasib Bahasa kita yg semakin lama semakin dianaktirikan…)

PS : Pesta Buku Antarabangsa 2006, acara tahunan yg aku tak pernah miss sejak 3-4 tahun lepas akan diadakan pada 24/3 hingga 2/4 ni. Tapi, ngapa aku masih tak nampak pun batang hidung promosi-nya? Lain sungguh ngan acara tahunan Smart Kids yg aku tabik sungguh promosi-nya #. (Kalau aku silap atau terlepas pandang, sila bagitau, ok).

Websitenya -
http://www.klibf.com/main.jsp?PAGEID=about_KLIBF


# Smart Kids pun aku tak lepaskan peluang utk pergi for the last few years, sbb banyak yg kita boleh explore ttg produk2/ education/ books/ toys/ nutritional goods utk anak2. Last year diorg buat promosi books for eggs, but tahun ni tukar ke brown rice. So sesapa yg mungkin ada banyak buku2 citer yg rasa2 mcm dah tak nak baca lagi, drp terperap kat rumah mengumpul habuk, ada baiknya kita bagi ke charity.

Website-nya :
www.smartkids.com.my

Labels:

 
Friday, March 03, 2006
  Betoi ka itu macam ?
Take Free Advanced Global Personality Test
personality tests by similarminds.com

Labels:

 
  How I Learned To Stop Worrying (And Love the Trains)
Dari entri terbaru di blog smileymorning dot blogspot.

Hmm…harga minyak naik lagi. Bagi aku, sebagai pengguna setia pengangkutan awam, ini satu berita yg mmg menyakitkan hati. Bukan setakat bimbang tambang naik, tapi juga malas nak melayan kerenah pengguna2 kereta yg sekarang terpaksa bertukar angin dan menaiki LRT/ Monorel/ KTM/ bas ke tempat kerja. Sebagai salah sorang pengguna setia (sejak aku di uni lagi), here are some tips for those yg baru nak berjinak2 dgn LRT dan sekutu2nya. Juga kpd mereka yg dah lama naik LRT, tp tak reti2 lagi…

Be patient
Sabar. Beri laluan. Dan kalau tren belum berhenti (terutama jika tren penuh gila mcm sardin), jgn sibuk2 ‘excuse me, excuse me’, mengalahkan raja. Kitaorg tau, kau nak turun dan takut kena tinggal ngan tren, tapi sabar la sikit. Bagi tren yg ada pemandu, jgn bimbang kena tinggal. Insya Allah, pemandu2 tren (so far yg aku jumpa) bebaik belaka.

Gambar hiasan jek Jgn tiru aksi bahaya ni

Be considerate
Kalau anda biasanya berlenggang kangkung ke tempat kerja, apa salahnya memberi tempat duduk anda kpd penumpang yg membawa banyak barang. Atau yg ingin membaca. Bukan kena tunggu org tua/ buta/ mengandung aje. Bertimbangrasalah. Kekdg, aku malu tgk penumpang2 tren yg, dah le able-bodied, tak bawak beg/ barang, dah tu pulak buat2 tido, sedangkan ada penumpang lain yg lebih memerlukan tempat duduk. Dan bagi yg mengandung, jika ada org offer tempat duduk, don’t hesitate to sit down. It’s a privilege for you, as you are carrying another life inside you. Ini tidak, kebanyakan yg duduk dan tak reti nak bagi perempuan mengandung duduk, kebanyakannya cuma membawa telur sahaja. * geleng kepala *

The same goes with the stairs and escalators. Kalau anda terasa nak jalan ibarat pengantin baru/ taknak jalan langsung, jalan la sebelah kiri. Beri laluan kpd org yg nak cepat, yg menghargai masa serta nak mendapat manfaat dr power-walk di waktu pagi. Itu adalah common-sense, walaupun LRT Putra dah ada papan tanda ttg itu.

Be courteous
Kalau kau dah masuk dalam tren, pepandai la penuhkan tempat kosong. Notice the aisle yg ada pemegang di tengah2 tren tu? Ya, tempat tu adalah utk kita berdiri. Bukan direzab utk penunggu tren. Fill in the gaps so that more people can board the train. Don’t hoard the doors, and if you must, please give way for others to turun atau naik tren. Dan please, no PDA (public display of affection) inside the trains. Kitaorg tau, kau ada awek/ balak, tp tolong hormati org lain.

Itu jek yg cross my mind buat masa ni. If you guys ada tips2 lain, feel free to contribute.

Labels:

 
Wednesday, March 01, 2006
  It's About Time, Man...
Akhirnya!!

Aku dah beli handphone baru! Punya la lama aku guna my ole Nokia 3210 (since 2000!) dan ibarat seorang kekasih yg setia, aku berjanji takkan tukar handphone selagi 3210 aku tak
1. rosak, atau
2. kena curi, atau
3. hilang

Honestly, aku langsung tak teruja bila lalu depan kaunter2 menjual handphone di Sg Wang/ BB Plaza/ Low Yat kat sini. Yg ada berbagai2 model, dengan bermcm2 funtions. Mmg. Mmg aku langsung tak terdetik nak beli handphone baru. I’m happy with my 3210, mind you. Walaupun adik2 aku semua dah ada handphone yg jauh lebih canggih (termasuk la si Ija yg pakai 8250 gamaknya- siap suruh aku call sbb nak bagi dgr caller tone Fort Minor-nya). Langsung aku tak jeles. Sampai la last week.

Entah mengapa, aku rasa cam miskin jek. Bukan, bukan Jehan Miskin. Just miskin. Plain miskin.$ Sbb, dah le work shoes aku dah lama tak tukar. Beg pun dah lusuh. Aku tekad ah. Kuar duit, dan head over to Pertama. #

Di Pertama. Honestly, aku mmg nyampah gila nak bersesak2 dgn org ramai, ditambah pulak ngan asap rokok yg mmg membuat aku hangin semacam. Rasa cam di dalam Titty Twister lak. Cuma takde Salma Hayek atau George Clooney la. Puas ronda2 tiga beranak, akhirnya, I settled for this model- 6101.
My latest toy Kekasih lama

Hmm.. hari ni dah masuk 4 hari aku guna hp baru. Delicate gile pegang, mengalahkan pegang baby yg baru lahir. Dah tu pulak, terkial2 nak guna, sbb dah biasa ngan 3210. Ala, barang baru. Lagipun, aku dah biasa guna 3210 aku ganas semacam jek. Maklum le, jenis yg tough (handphone dan tuannya sekali). Next assignment/ hobi aku – baca manual-nya (cover to cover). So, excuse me while I play with my new toy.


$ Bukannya aku takde duit, tapi liat nak kuar duit utk beli benda2 gini. Nanti lari le budget DVD aku!

# Ajib, member lama aku suggest kalau nak beli HP, pegi le ke Pertama, sbb regenya lebih murah drp di tempat yg aku mention di atas tu.

Labels:

 
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites