:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Thursday, January 25, 2007
  Updates, people!
Current mood : [I don’t know how to describe it, but it ain’t good]
Current song : [F.U.N by Spongebob Squarepants & Plankton]
Last CD’s I bought : [Two days ago ~ American Idiot (Green Day), Move Along (AAR) & Coming Home (New Found Glory)]

I’m sick.
Really, really sick.
Literally. (Dan ditambah dengan server yang SANGAT, SANGAT slow, membuatkan aku rasa macam nak baling mouse jek)

Petang semalam, kat ofis, aku kena gastrik. Bukan yang biasa2 nya yang boleh lega lepas kau makan Novaluzid tuh (eh betul ke spelling aku nih?), tapi yang kaw2, sampai takleh jalan! Pergh! Siksa. Memula aku makan dua sachet benda alah tu, tak jalan gak, pastuh abang sebelah kubikel aku nih bagi lak sebiji pil gastric (according to him, power dia kurang skit dari Zantac), aku telan jelah, tak jalan jugak. Aku bukak laci aku kat ofis, cari apa2 lagi ubat, takde. :( Yang aku jumpa cuma Eno perisa Halia (for wind and indigestion). Aku bedal jek. Arrgghh I’m still bloated like a fugu fish!!!! Tensionnya!!! Aku takleh nak balik rumah, so I called up the Man of the House, and asked him to pick me up at my office. Huhu, kena tunggu sampai 8.30 malam baru aku balik rumah. Tu pun dengan susah payah sebab nak jalan pun sakit. Went to the doctor last night, and he gave me a shot (to which I cringed and asked for more bius, yeah I know, I’m a chicken). Dan hari ni aku dapat MC. What a relief! Dapat la relax skit sebab dah dekat tiga minggu burning the midnight oil sebab nak meet deadline.

One thing that I hate about gastric is the questions I get whenever I’m down with the illness.
“Tak makan ke?” “You diet ke?”
Adoi la!
Sayang2 semua, gastric boleh datang kalau kau makan lambat, makan pedas, makan kacang, makan fried stuff, makan benda masam, minum Nescafe, STRESS, dan ada 1,001 lagi sebab yang boleh buat kau kena gastric. Bukan pasal skip meals aje boleh kena gastric. Sigh…

Heroes Kembali!!!

* Mungkin mengandungi spoilers yo *

Pagi tadi, masa anak aku gi tadika, sempat jugak aku tengok Heroes (S1E12) dan Prison Break (S2E14). Woot! Rindunya aku!!!

Apa yang bestnya dalam episode nih?



Wow, kau nampak sungguh, er… sihat, Encik Eesuck! Phew, actually, aku lebih suka Isaac dengan image scruffy, iaitu sebelum dia kena kidnap ngan ayah Claire dan di-sober-kan, tapi man, dalam episod ni, Isaac Mendez nampak sungguh er, lain! Hoodies never looked so good!



Kata Hiro Nakamura kepada Simone, watak dia dalam komik lukisan Isaac tu, sebijik macam dia in real life. Tapi tak berapa tembam dah. I wonder… mungkin Masi Oka menggunakan tempoh hiatus hari tu untuk mengurangkan berat badan? Who knows? He does look thinner though.

Nathan Petrelli a.k.a Flying Man

Wowowoah, Encik Petrelli, EYELINERS ke tu? (*)

Untuk Edd Vedder..

Smiling Claire from Episode 10

Dalam episode 12 ni, Claire banyak menangis. Mungkin sebab dia dah takde orang yang boleh dipercayai lagi (sebab adik serta kawan baiknya, ahem, Zack telah ‘dibersihkan otak’ oleh mamat Haitian tu). Sian… Satu watak yang aku tak sabar nak tengok apa kesudahannya ialah ayah Claire, I mean, for real la, dia ni on which side? Jahat ke, baik?

Can’t wait for the next episode!!

As for Prison Break, well, as I’ve mentioned in earlier posts, mojo PB aku macam dah kurang sikit once they’ve gone over the wall. Well, dalam episode nih, ah, cukup la aku katakan, ia membuat aku terasa macam nak makan satu slice kek coklat (No thanks to Bellick!)

(*) My current fave guys in eyeliners now à Gerard, Frankie, Pete Wentz (FOB~ thanks Adreen!) & Jared Leto (30 Second To Mars ~ VC best gila, walaupun aku tak dengar langsung apa benda yang dia nyanyikan) :) lame, I know, hehe…

Aaaannndd, tadi aku terjumpa video ni tadi, dan hampir2 nak senak perut tergelak. I totally agree on the profanity part tuh. So true! Enjoy!



Last one, ni aperhal nih?

This is why I have a love/ hate relationship with Wikipedia.

Labels: , ,

 
Wednesday, January 24, 2007
  My MCR Secrets.
Current mood : [Got a headache. Again.]
Current song : [Dirty Little Secret ~ All American Rejects]

I almost didn’t notice the huge pile of reports that I have to complete, coz I was too busy surfing this new site.

WAY better than PostSecrets

Some of my favourites *cough*Zack's secrets*cough*….



I think this is the main reason why I love these guys soooo much - so that I can be closer to my sister (never mind the 14 years gap, and yeah, it makes me miss home most of the time) :(

Bobbert ~ oh so huggable

After what happened to Bob a.k.a The Muscle in TMO FLW (plus the staph shitz and whatnot), I hope he’ll be alright (Promise me guys!)

Frankie, I heart thee.

Yeah, especially when I’m watching LOTMS. Anyway, The Man of the House has banned me from watching it whenever my son is around and awake (and unafraid, hehe), so, it’s been like, a week now since I last watched the damn DVD. :( God, I missed them so much.

Sometimes I think that he’s prettier than me. Lol!

So true… kecuali my sister la. Itu pun aku dah lama gila tak jumpa dia :(


*hangs head in shame*

Ah-sum.
gtg back to work now.


Labels:

 
  Babak Klasik Pilihan #1
Current mood : [Excited]
Current song : [Stuck In The Middle ~ Stealers Wheels]

SITUASI BONNIE

[Jules, Vincent and Jimmie sedang minum kopi di dapur rumah Jimmie]


Jules : Mmmm! *Toot*, Jimmie! Ini memang gurmet * toot* yang serius! Biasanya aku dan Vince dah cukup suka kalau dapat kopi Taster’s Choice yang disejuk beku tu, tapi kau lihat ni Vince! Dia hidangkan kita dengan gurmet *toot* yang serius ni! Perisa apa ni bang?
Jimmie: [agak marah] Dah la tu, Jules.
Jules : [terdiam sekejap] Apa?

QT as Jimmie My two fave bad-a$$es of all time- Jules Winnfield & Vincent Vega

Jimmie : Aku tak perlukan kau untuk memberitahu betapa sedapnya kopi aku ni, okay? Aku yang beli. Dan aku tau macam mana sedapnya. Sebab bila Bonnie pergi membeli belah, dia beli *toot*. Aku? Aku cuma beli benda2 gurmet yang mahal sebab bila aku minum, aku mau menikmati rasanya.Tapi kau tau kan apa yang ada dalam fikiran aku sekarang ni? Ianya BUKAN kopi yang ada dalam dapur aku ni bang. Tu, hah, ada Negro (*) mati dalam garaj aku tu.
Jules : Oh, Jimmie, janganlah kau bimbang tentang tu…
Jimmie : Tak? Mari aku tanya kau satu soalan. Bila kau memandu masuk ke rumah aku ni tadi, ada kau nampak apa2 papan tanda yang mengatakan ini ‘Tempat Simpanan Negro (*) Mati’?
Jules : Jimmie, mana ada…
Jimmie : [marah] Kau nampak tak papan tanda depan rumah aku yang mengatakan ini ‘Tempat Simpanan Negro Mati’?
Jules : [terdiam] Tak. Aku tak nampak pun.
Jimmie : Kau tau kenapa kau tak nampak papan tanda tu?
Jules : Kenapa Jimmie ?
Jimmie: Sebab ia takde kat situ! Dan sebab menyimpan mayat Negro mati tu bukan masalah aku dan takde kena mengena dengan aku, faham tak?

Petikan dari filem Fiksyen Pulpa (1994)
(Sam L Jackson sebagai Jules, Travolta sebagai Vince dan QT sebagai Jimmie)

(*) Biasanya aku takkan guna istilah ni sebab tak PC. Aku lebih selesa dengan istilah African American. But what the heck, Amir Muhammad pun pernah guna, hehe… :)

Screencaps from Pulp Fiction made & uploaded by Yours Truly

Labels:

 
Tuesday, January 23, 2007
  Achtung!
When they were young boys ~ Gerard & Frankie. I love this pic! Thank you v much, Billie Joe

Current Mood : [Groggy]

Current song : [My Way Home Is Through You ~ My Chemical Romance]

Excerpt from the said mag, courtesy of Unleash the Bats

Kalau sesapa tau kat mana ada jual Kerrang! Magazine issue 1142 (issue January 2007 if I’m not mistaken) please, pretty please tell me. Ada 12 pages spread on My Chemical Romance (mostly old school stuffs, complete with that ugly mo-fo from Dayus (The Used) Bert McCracken dan Mama Way!. Aku dah try cari kat a few book stores kat area ofis aku, tapi still belum jumpa lagi :(

Labels:

 
  Mana Wormtail Bila Kau Perlukan Dia?
Current mood : [cranky & sleepy]
Current song : [Oh My God ~ The Kaiser Chiefs]


or Die Cho Chang! Die!

Apa yang dia ada yang aku takde Harry? Cakap!!!!!

Or is it ~ Bloody Hell!

PS: I can’t wait til July !!!!


Pic from Yahoo! movies

Labels:

 
Thursday, January 18, 2007
  I Think My Blood Sugar Count Just Went Up A Notch
! UPDATES !

Current mood : [Migraine-y ~ am finishing my (utterly ridiculous) 5-Year Budget Balance Sh!t for approx 30 companies, which I have to consol afterwards. Yeah. On a Sunday evening. Sigh….]
Current song : [Cemetery Drive – My Chemical Romance]

Current fave ad : ["Ahmad dari Puchong!!!" ~ Prosperity Burger from McD]
Ikmal is : [napping]

When Gee, Mikey & Frankie meet Billy…

Dang! Aku pulak yang terlebih excited. Image from Kerrang! via Unleash the Bats

ACHTUNG!

Kalau ada yang rasa tak busy with work atau masih single dan takde benda nak buat atau yang dapat kebenaran drp spouse korang tu, sila2 la jadi volunteer ! untuk menolong mangsa banjir di selatan tanah air. Kalau tak dapat contribute tenaga, cukuplah dengan menyumbangkan wang ringgit, pakaian atau barang makanan. Kalau tak mampu juga, doakanlah mereka agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa lepas bencana ujian ini.


For further details, please contact:


::MRCS::
Malaysian Red Crescent Society
23 Jalan Nipah Off Jalan Ampang
55000 Kuala Lumpur
Tel : 03-4257 8122 Ext : 130/ 131/ 105/ 118
Fax : 03 – 4257 3537
Email : mrcs@po.jaring.my

::The Welfare Department::

The Welfare Dept has started an SMS registration service or those who want to offer their services as volunteers. Those interested should type:
JKM DAFTAR (space) name (space) identity card number (space) background (space) and send it to 32728.

::The Star’s Help A Family Campaign Hotlines::
03- 7967 1697 (Public)
03 – 7967 1238 (Corporate)

More links here --> http://pop.bluehyppo.com/flood/index.asp

Ada lagi…

Click here for the bigger version of the poster

And no dudes, you're not too late.
Reply dari Joe Kidd:

Between now and Friday 19th our main collection point is at Lee Kah Yeow Villa, 14A Bukit Ceylon, off Cangkat Raja Chulan (near Jalan Alor). We would prefer to receive items as soon as possible to sort and pack everything correctly.

email them at [ricecooking@gmail.com I think] when you wanna come around and give them the items.

PS: Kalau ada sesiapa yang ada saluran2 lain yang membolehkan kita membantu mereka yang memerlukan, sila contribute melalui ruangan komen. I will update this post from time to time, so that all of us can lend a helping hand to those in need.

And just because I need to see something beautiful on my blog on a daily basis...

Gerard Way in Rock Sound Magazine Dec 2006, pic from Unleash The Bats. I will direly miss the blond hair... In love with lads in eyeliners. Like wtf? Gee’s damn gorgeous. Call me twisted or whatever, I don’t care. :P Credits to whoever owns this one.

I Think I Just Broke My Drool Gland.

Labels: ,

 
  Picture of the Evening
Drool…

Gerard + Gaiman + Lots and lots of books = *pengsan already *


Screencap from Life On The Murder Scene made & uploaded by moi.

Labels:

 
  Movies Updates Yo.
Aku masih lagi mencari mojo masa untuk menghabiskan filem2 nih : Brick (la ni aku lagi seronok tengok Lukas Haas sebagai The Patient dalam VC Welcome to the Black Parade :P), Brazil, Citizen Kane (both VCD copies, without (English) subtitles. Argh!), Tideland (sebab aku dah habis baca novel tulisan Mitch Cullins ni), Factotum (entah ngapa aku rasa depressed sangat tengok kedua2 filem nih), Diva Popular (I was expecting something excellent macam Aku No. 1, but woe is me), Donnie Darko (Director’s Cut) serta Clerks 1 & 2. Ugh! Blame it on Life On The Murder Scene!

Apa pun, some of the films that I’ve watched recently but still haven’t given my two sen review….

UltraViolet (2006)

Ugh! Apa dah jadi ngan kau Kurt Wimmer???

Strictly for those who enjoyed eye candies. Milla Jovovich sebagai sinaran yang merbahaya

Ok, so I admit it. Aku memang suka gila filem Equilibrium. Mungkin sebab ada Christian Bale, teknik Gun Kata atau Dominic Purcell yang cuma muncul tak sampai 5 minit tu. Man, I can find like 100 reasons why I fall in love with this film. So, masa keluar trailer filem UltraViolet ni, aku memang teruja habis la (especially dengan lagu latar Jem tu). My first impression was like, woah! Is this the next Equilibrium?

Malangnya…
Menonton filem ni, macam menonton satu video klip ala2 lagu Toxic Britney Spears tapi kau terpaksa melangut selama lebih kurang dua jam la. Dengan dialog2 yang amat kayu dan cheesy (“Haven't you been paying attention? Killing is what I do. It's what I'm good at. I am a titan. A monolith. Nothing can stop me.”) wtf man? Macam filim omputeh Yusuf Haslam!

And UV (suka2 je aku bagi dia nama ni), she’s soooo irritating! (and so perfect?) She’s a mother, yet her tummy is oh so perfect, her hair and make-up is never out of place, sigh…hidup2 orang putih ni tipu kita. Kejap2 aku tengok macam iklan lipstick Loreal pun ada.

Aku bagi **/ ***** jelah. Itu pun sebab ada Bill Fichtner. *swoon sekejap*
Kurt Wimmer, go to your room!

Slither (2006)

Nazim Masnawi, I’ve told you to go easy on the jello!

Filem fiksyen sains gred B, dengan makhluk asing, body snatchers dan Captain Malcolm Reynolds! Sigh… bagi mereka yang rindukan siri Firefly (dan dah tak larat nak tengok filem Serenity dah), watch this one. Dan juga sesiapa yang rasa2 boleh tahan tengok daging busuk, daging mentah, daging yang consists of manusia2 yang bercantum, dan Captain Mal bergasak dengan rusa, watch this one too.

Just because I missed Mal so much, aku bagi ****/*****.

Pizza (2006)

*cough* sixteen candles? *cough*

Eh bang, apsal van kau ni condong ke sana? Siapa yang berat nih, aku ke kau?

Filem arahan Mark Christopher (54). Kisah dua insan berlainan personaliti (dan saiz, obviously), yang bertemu secara tak sengaja dalam majlis hari jadi si gadis. Cara- Ethyl (lakonan berkesan Kylie Sparks) adalah seorang loner, dan memandangkan tiada siapa pun sudi hadir ke majlis hari jadinya yang ke-18, dia mengambil keputusan untuk mengikut Matt (Ethan Embry) si penghantar pizza veteran yang menghantar pizza ke majlis hari jadinya tu (kira macam bujang Gen-X terlajak la nih). Dari satu tempat ke satu tempat, mereka seperti menjadi sahabat baik, masing2 mengajar dan belajar tentang kehidupan, social life dan relationship. And eat lots of pizza.

Hmm… stereotaip golongan gemuk lagi! Kesian orang2 macam aku :(

Aku suka: Adik lelaki Cara-Ethyl. Kelakar gila!

Aku bagi ***1/2 /*****

12 And Holding (2005)

Antara cerita budak2 yang tak sesuai ditonton oleh budak2.

Kalaulah boleh jadi 12 tahun sampai bila-bila…

Diarahkan oleh Michael Cuesta (pengarah siri Dexter), mengisahkan tentang perubahan dalam kehidupan tiga sahabat baik selepas kematian salah seorang daripada mereka. Jacob (yang lahir dengan birthmark di mukanya), telah kehilangan abang kembarnya, Rudy dalam satu kemalangan, merasakan yang ibu bapanya lebih sayangkan abangnya itu, walaupun dia telah meninggal dunia. Dia sedaya upaya mencuba untuk meraih kasih sayang tersebut, hingga sanggup mengambil satu tindakan yang begitu drastik. Malee (ah, kau pasti ingat dia ni dalam Memoir of A Geisha) yang baru saja kedatangan haid, ingin mengenal erti cinta dan seks – dengan seorang lelaki berusia lebih dua kali ganda umurnya! Dan Leonard, yang cuba lari dari belenggu kegemukan yang sudah sebati dalam keluarganya.

Performance yang begitu baik dari pelakon2 cilik ni. Jalan ceritanya agak disturbing though, but if you enjoyed somewhat matured version of kid flicks like ‘Mean Creek’ or ‘Me, You and Everyone We Know’, you’ll probably enjoy this one too.

Aku bagi ****/*****

Images from Yahoo Movies.

Labels:

 
  Thursday Thirteen #13
Aku cedok idea dari buku kecik ni, yang diberi percuma dengan pembelian majalah Total Film (covernya Abang Bond terbaru ~ Daniel Craig). Sangat2 informatif, penuh dengan trivia2 tentang DVD khususnya dan filem amnya.

[dari kulit belakang] An essential addition to every household (most particularly the bathroom), its bitesize bits of info will make you the complete envy of your friends/ a relentless geeky bore. (delete as applicable. You maybe these things already)

13 Ways to Organise Your Bootleg DVD Collection

1. Alphabetically [aku susun koleksi DVD aku mengikut abjad, dan disusun dalam folder]
2. By director
3. By lead actor/ actress
4. By studio
5. By year
6. By order of purchase
7. Most Oscars
8. Colour co-ordinated sleeve art

If I were to put ALL my DVD’s inside these plastic boxes, I’m gonna need TWO new cabinets. Sigh…. [pic from professorsearch.com]

9. Six degrees of Kevin Bacon (connect all your DVD’s together thru the magic of Kevin Bacon’s mullet)
10. Most to least extras
11. By genre [koleksi VCD aku disusun mengikut genre, eg, Chick Flicks, Action, Horror, etc]
12. In order of viewing ~ ones you haven’t seen at the front, ones you have seen at the back.
13. Attractiveness of lead, eg Christian Bale/ Clive Owen/ Adam Sandler or Uma Thurman/ Selma Blair/ Angelina Jolie.

NB : Semuanya ada 14, yang mana satu lagi cara ialah susun mengikut jumlah disk (vanilla thru 35-disc behemoths!), tapi disebabkan kebanyakan dari kita (read: AKU) hanya mampu membeli DVD cetak rompak, jadi, aku rasa macam tak relevan la)

So, korang camne pulak?

NB : Sejak dah tau guna Torrent ni, aku burnkan siri2 TV aku ke dalam CDR, dan susun dalam cake-boxes-nya (aku beli cake box yang kecik2 so that satu season siri TV boleh muat dalam satu bekas, eg musim pertama siri Dexter dalam satu cake box). Lepas tu aku nak label satu2, sebaik saja hiatus semua siri kegemaran aku berakhir (which is around next week. Wheee!!!! Selamat men-download semua!) Welcome back Michael Scofield, Peter Petrelli and the rest of the gang!

Labels: , ,

 
Tuesday, January 16, 2007
  My Chemical Collection Yo.

The latest addition!

Ntah macam mana, lunch hour tadi, lepas beli sundae coklat kat McD, hati aku macam terasa nak gi ke Selvan’s Magstore kat BB Plaza tu. Dunno why, sebab biasanya, kalau lunch hour pendek, aku malas nak ke sana, tapi hari ni, macam ada sesuatu yang memanggil2 aku ke situ. Rupa2nya…

I wish it would be the month of March forever…

Kerrang! keluaran November 2006!!!! Damn! Selama ni susah betul aku nak cari majalah ni kat bargain bin dia, tau2 hari ni, ada jek kat situ! (Covernya Tenacious D dan Dave Grohl). Tau apa yang fulamakatak bestnya? Dapat kalender 2007!!! Arrggghhhh [ I can’t describe the WAY I’m feeling right now. I must’ve been grinning from ear to ear since afternoon! \(^_^)/]. The other featured rockers in this calendar (in monthly order) are Good Charlotte, Fall Out Boy, Trivium, Ville Valo of HIM, Bullet for My Valentine, Amy Lee of Evanescence (awek tunggal dalam senarai), lostprophets, Avenged Sevenfold, Aiden, Panic! At The Disco dan Green Day. Memang sah takleh nak letak kat kubikel aku, sebab, ahem, rasanya akan mengundang kontroversi, hehe…

Well, hello!

Masa ni aku masih lagi anggap MCR macam band2 sampah yang lain. Sigh… Tak sangka satu hari aku akan jadi antara berjuta fangurl diorang! There goes my hard-earned dosh, huhu…

Galaxie keluaran September 2005, yang aku jumpa masa kemas2 kubikel aku. Nasib baik tak buang atau kasi kakak cleaner. Phew! Dan lain2 majalah, SPIN March 2006, Utopia Disember 2006 dan Junk Disember 2006 [thanks Edd Vedder sebab bagitau aku pasal Junk magazine tu!]

What’s next?

Encik Yatt [arapayung dot blogspot], I’m looking at you, sir. Aku harap ROTTW dengan My Chemical Romance di muka depan, bakal menjadi salah satu prized possession aku.

PS : Oh ya, aku dah rasa Prosperity Burger untuk tahun ni. Ntah ngapa tak se-kick macam tahun2 lepas. The gravy is kinda, melekit macam berkanji, dan black peppernya tak pedas sangat. Utter disappointment. :(

Labels: ,

 
Saturday, January 13, 2007
  Stages of My Chemically-Induced Craziness
Current mood : [tired ~ baru lepas spring cleaning!]
Current song : [Drowning Lessons ~ My Chemical Romance]
Currently reading : [Ash Wednesday by Ethan Hawke]

a.k.a the many moods of me during these few days…

:-[

1. Bila server down.
2. Bila tengok kerja aku yang melambak minta disiapkan.
3. Bila tengok rumah aku yang bersepah minta dikemaskan.
4. Bila anak aku melalak berebut computer, sebab nak main game di Nick Jr.
5. MUSE concert ~ just for non-Muslims? Can somebody clarify this for me?

:-)

1. When I received any email updates from MyChem.
2. Whenever there’s any update on Unleash the Bats or my fave MyChem forum.
3. When somebody (read: my fellow fangurls) drop a comment on My Chemical Posts

4. Or whenever somebody (and I mean anybody) drop a comment on my blog.
5. Whenever I finished my reports. Any reports. Whee!
6. Two words : Walnut brownie.
7. Laundry time!
8. New video for Famous Last Words!

(T_T)

1. Bila my fellow fangurl went back to her hometown. Balik la cepat Sha!
2. Whenever my neighbour forgot to switch on the server, rendering me helpless without an internet connection.
3. Bila dengar berita Johor banjir lagi…
4. Everytime diorang bakar fireworks kat Tasik Titiwangsa. Every freaking night! Membazir!
5. Bila dengar ada lagi major amendment yang perlu dibuat pada report aku (shite.) Bila la diorang nak buat online report automation ni…
6. Every time aku tengok perempuan pregnant or babies :(

\(^o^)/ \(^_^)/ \(^o^)/

1. When ever I received any sms from my sister, who is also a MyChem fan.
2. Whenever we watched LOTMS together.
3. Bila2 aku tengok LOTMS untuk kesekian kalinya.
4. Finishing my reports + My Chem on the Winamp = Ultimate Pleasure!


The Ghost of You & Helena screencaps made & uploaded by me.

Labels:

 
Thursday, January 11, 2007
  Thursday Thirteen #12
Image Hosted by ImageShack.us

13 Reasons Why I Love Wearing a Baju Kurung

1. Sebab aku perempuan Melayu terakhir.
2. Sebab ayah aku pun galakkan aku pakai baju kurung (sebab dulu aku kerja ngan audit firm di mana 90% auditors adalah berbangsa Cina, so wearing baju kurung, menurut ayah aku, “Nampak macam orang Melayu sikit”)
3. Two words : Yasmin Ahmad
4. dan watak2 dari filem beliau yang suka pakai baju kurung! [read : Orked] (a)
5. Sebab aku masih tak reti pakai blaus/ slack dan skirt. Pathetic, I know.
6. Sebab aku boleh borong kain banyak2 time sale kat Nagoya dan hantar balik kampung (b), dan voila! aku dah ada 4 atau 5 pasang baju yang boleh dipakai untuk ke pejabat.
7. Sebab aku boleh jalan dengan selesa, provided baju tu dibuat mengikut spesifikasi yang aku nak (mesti besar, yo!)
8. Sebab aku takyah susah2 nak meng’control’ perut atau bimbang tentang spare2 tyre yang kelihatan kalau pakai kebaya and whatnot. (c)
9. The most comfy attire you can wear!
10. Dan cukup syarat menutup aurat, provided you wear your tudung properly la. (covering your, ahem, assets, coz it really piss me off if guys talk to my boobies (d), like, honey, my eyes are up *here*)
11. Sebab certain makcik2 akan treat you differently if you wear a baju kurung and tudung (e)
12. Sebab aku boleh berkongsi pakai dengan emak atau adik2 aku, walaupun kekadang kainnya agak senteng sebab aku terlebih tinggi. :P… dan
13. Sebab cantik!, whether kau pakai sutera RM250 sepasang atau kain biasa2 borong kat Tangkak RM50 untuk 3 pasang, kau akan kelihatan cantik! (my personal opinion la)

(a) Aku paling suka baju kurung kain cotton, dengan corak bunga kecik2. Selesa gila! Dan sempoi dalam sopan!

(b) Kalau tempah kat kampung aku, masih lagi RM28 sepasang (dan makcik tu akan siapkan dalam masa tak sampai seminggu, sebab aku paymaster yang bagus :P), berbanding ngan kat KL ni, yang dekat nak RM60 sepasang! Gila!

(c) I’ve sworn off kebaya’s since the day I got pregnant with Ikmal.

(d) Not like they’re huge or anything, but y’know, I hate to see that look on their faces.

(e) Yang ni memang pengalaman aku la, balik kampung hubby di pantai timur. First of all, (IMHO la), orang kat sana akan tengok kau lain macam kalau kau pakai jeans dan t-shirt (apatah lagi kalau kau pakai T-shirt rock and whatnot!). So, in order to blend in, pakai la baju kurung. Tak rugi apa pun. Dan makcik2 yang dulunya tengok kau lain macam, mungkin akan strike a conversation with you (ini pengalaman aku la).

Labels: ,

 
  Cubicle Revamp!
Mood : [TTD - tensen tahap dewa]
Current song : [Famous Last Words – My Chemical Romance]

Currently reading : [Susuk by Nizam Zakaria]

Deco dulu, yo.

Posters and such

Aku dah gantikan poster2 lama dengan poster2 (or rather, flyer-sized magazine pages from Empire and TotalFilm) filem The Beat That My Heart Skipped, Pan’s Labyrinth, Brick dan satu lagi, aku masih kekalkan poster filem Primer (“Enigmatic…A Metaphysical Mindf*cker”). And yeah, tambahan satu lagi poster MyChem dr Utopia. Same goes with the Donnie Darko numbers. (Oh yeah Edd dan Nazim Masnawi, aku baru tengok a snippet of DD: DC, and man, am I pissed. Richard Kelly, you DON’T take out Echo and the Bunnymen from Donnie Darko, man. Never. Ever! Sigh…. Selera aku terus terbantut lepas tuh).

Look closer…

And yeah, poster WANTED Wentworth Miller tu, hadiah hari jadi drp teman forum/ blogger aku, Adreen [midori-desu dot blogspot] Thanks babe! Dan current count untuk bear2 kesayangan aku (termasuk Bob Sepan Berseluar Kotak dari Singapore Airlines yang aku beli dari pasar malam dengan harga RM3) sekarang dah ada 10 ekor. Yay! Dan, yang kat tengah2 tu, takyah la aku introduce. Bila tensen2, jenguk2 jap kat belakang. I feel better already…

Ada kakak kata kubikel aku macam surau sebab susun kasut camnih. Oh ya, aku cuma tau warna biru dan hitam sahaja, sekian terima kasih.

4 pasang jek. Tak macam sesetengah orang yang siap ada rak kasut di pejabat. Pasangan No. 1- Kasut gi balik ofis. Aku lebih selesa pakai kasut tak bertapak sebab selalu sangat berlari nak kejar tren. Yang kedua, untuk pakai dalam ofis. Yang ketiga tu pun aku pakai dalam ofis, unless kalau nak gi jumpa bos, aku tukar pakai yang nombor 2. Yang ke-4 tu, kalau ada function2 formal baru aku pakai. Itu pun terkial2, walaupun heel dia tak sampai 2 inci.

Haha, talking about kasut ni, petang semalam ada benda bangang terjadi kat aku *geleng kepala*. Masa nak turun dr monorel kat Stesen Imbi (just to give way to other passengers to get off the train), kasut aku terjatuh kat platform gap tu! Whadafak!!! Dah la masa tu peak hour, orang tengah sesak dalam tren, pastuh semua pak guard2 kat platform tu berkerumun tengok apa dah jadi. “La, kasut akak ni jatuh!”, kata sorang pak guard tu. Aku rasa orang kat dalam coach yang belakang sekali pun boleh dengar suara dia. Malu gila siot! Memula ada sorang pakcik tu kata “Kak, ni nak kena tunggu malam karang ni, tutup letrik semua baru boleh ambik kasut akak” (I was like, wtf, wtf, takkan la aku nak menapak pakai kasut sebelah ni). I guess he was kidding, sebab tak lama kemudian ada sorang lagi pak guard datang bawak kayu panjang untuk jolok kasut aku tuh *geleng kepala lagi *. Selamat! Alhamdulillah dapat aku balik dengan kasut sepasang, hehe. Tima kasih bang!

So kids, when the sign says ‘Mind the Platform Gap”, be careful. Be very very careful. (Kalau setakat kasut jatuh, boleh lagi ambik, dulu pernah ada sorang mamat ni, kaki dia tak sengaja termasuk kat celah tu. Boleh patah kau!)

Wajib setiap hari, kecuali puasa

Aku memang kuat minum. Minum air masak that is. Satu hari aku mesti fill in gelas2 7-11 (Batman Begins dan Becks) aku ni ngan air dari pantry ofis (aku ambik yang suam2 kuku, aku tau yo, the dangers of using plastic bottles), dan rasanya dah cukup kuota aku minum 8 gelas sehari (aku refill setiap pagi dan petang). Memang itu tabiat aku sejak sekolah lagi, sebab satu kelas dengan budak2 Cina ni, kata diaorang, minum air masak tu diumpamakan macam menimba ilmu. Macam mana kuatnya kita minum, macam itulah juga ilmu tu masuk dalam kepala. (Aku agree dengan diorang). Dan everyday, mesti pekena satu mug Nescafe. 1 Now 1 Nescafe ewah!

Kenapa kita kena minum air masak banyak2?


Layout lain macam biasa (maksud aku, kat bahagian atas meja la)
Later yo. Kerja banyak.


Labels: ,

 
Friday, January 05, 2007
  For The Two Men In My Life...
Hari ni aku terlupa nak bawak wallet, dan lunch hour panjang, terpaksa la aku melepak kat kubikel aku selama lebih kurang sejam 45 minit nih. Takpe, ini aje chan aku untuk update blog, hehe…

Happy Anniversary, My Love !

On anniversaries, the wise husband always forgets the past – but never the present, hehe…

Hari ni, genap 5 tahun aku mendirikan rumah tangga dengan siapa lagi! Husband kesayangan la… Takde any special celebration pun, kitaorang cuma makan2 kat Pizza Hut jek malam tadi. Bertiga dengan Ikmal, hehe…


Image Hosted by ImageShack.us

Ikmal's First Day In School

Days before…

Kan dah benjol! Ikmal buat muka cute la tu…

Entah macam mana, lepas balik dr Terengganu hari tu, mamat kecik ni injured la pulak. MIL aku kata, dia main swing2 kat pagar rumah, pastuh melantun jatuh. Habih, benjol kat kepala dan kat hidung ada satu luka panjang (nasib baik tak kena mata, sipi2 jek, Alhamdulillah). Tensen la jugak sebab kitaorang nak bawak dia pergi bergambar paspot untuk tadika nanti. (We waited until a few days bila scar tu tak berapa obvious, baru gi kedai gambar. Luckily it turned out ok.)

Merenung masa depan…Balik dr tadika hari pertama, baju kotor kena air soya bean dan hidung ada berconteng whiteboard marker cikgu, mungkin sebab tertarik ngan baunya yg sedap.

Aku enrolkan Ikmal ke PASTI ILMI. Alhamdulillah, silibusnya banyak berunsur Islam, macam Iqra’, bahasa Arab, selain drp subjek2 biasa mcm basic Maths, BM and English. Pepagi sebelum gi kerja, aku ngan hubby hantar dia ke sekolah dulu (kelas Iqra’ start kul 8 pagi) dan time balik kul 11.30, cikgu dia hantar ke rumah.

I Constantly Thank Allah for Ikmal

So far, so good.


Hari pertama, dia ok jek, tak nangis mcm sesetengah budak. (Leave your judgement at home dudes, kalau anak kau reluctant nak gi sekolah/ nangis or something like that, itu perkara normal, dan tak bermakna kau parents yang teruk/ manjakan anak or something). Kitaorang tunggu dia sampai habis kelas.

Hari kedua, dang, Ikmal datang lambat, gara2 husband aku ngan konfidennya kata kelas dia start kul 8.30. Hampeh! Tapi takpe, kitaorang tunggu sekejap je (aku stay sampai dalam kul 9 pastuh gi ofis ~ husband aku ambik half day off, so dia dok lepak dan berborak ngan makcik2 yang hantar anak/ cucu ke situ mengalahkan suri rumah – yes, dia sangat lain dengan aku yang pendiam dan tak reti nak bukak mulut kalau bertemu orang)

Dan hari ni, hari ketiga, kitaorang drop dia, dan terus gi kerja. Dia nampak cam dah ok. Dan so far aku lum dengar apa2 berita lagi pasal Ikmal di tadika, so Insya Allah, semuanya ok.

Sedih + gerun jugak aku baca berita pasal babysitter yang smother anak orang sampai mati tu. Gila. Kalau dah tak sanggup jaga tu, buatpe jadi babysitter in the first place? Satu lagi yang aku tak suka ialah babysitters yang tak bagitau parents kalau2 anak kita tu jatuh ke, terhantuk ke, sampai la dah terlambat (Alhamdulillah, MIL aku jaga Ikmal dengan baik, terima kasih Mi!) Amanah orang, beb, kena lah jaga bebaik. Sometimes, perkara2 camni yang membuat aku serba salah on whether to have another child la. Hmmm…

Labels: , ,

 
  Feeling Hurt? Think Nobody Cares ?
I got this via e-mail today.

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Kawan2, you’re the best, no matter what you or any other people think !

And just because…

Pic from Just Jared.com

Sigh…
Wentworth in Sydney, making Australia like, so close to Malaysia…
and to think that MyChem is also on their Aussie tour, huhu…

Labels: ,

 
Thursday, January 04, 2007
  Thursday Thirteen #11
Image Hosted by ImageShack.us

13 Snek/ Makanan Ringan Yang Aku Suka
(tak kira jajan atau kuih tradisional)

1. Otak-otak Gelang Patah
Walaupun dijual di KL atau Muar, orang still panggil OOGP (wah, macam Harry Potter lak, OOTP). Aku suka yang warna oren, dan yang smooth dan tak banyak tulang, serta dibakar tak terlalu hangus.

2. Cheezels perisa original
Aku suka sebab dia masin dan kalau yang kembang2 tu, pergh, macam cair dalam mulut! Sedar2 aku boleh habiskan satu bungkusan besar tu dengan sekali hadap. Gila.

3. Satar
The best thing about Terengganu. Dan paling best kalau makan kat tepi pantai Kemaman sambil ditiup angin sepoi2 bahasa atau makan kat dalam kereta dalam perjalanan nak balik ke KL. Yg tak bestnya ialah leceh sebab kena basuh tangan properly (sebab dia manis yo!) Kitaorang suka beli kat gerai Aziz Satar (ya, nama dia memang camtuh). Located belakang masjid Geliga, dijual RM3 untuk satu batang (ada lebih kurang 10 ketul, pastuh dia ada campur cili padi skit, pergh! Kalau tergigit tu, nikmatnya…)

4. Mee segera Mawi Mamee perisa lontong

Yang ni perisa kari. Entah ngape, asyik sold out jek berbanding yang ada gambar Felix dan Amylea tu

5. Wise Cottage Fries perisa tomato
Entah ngapa aku suka jenama dan perisa yang nih. Mungkin sebab tebal sikit kot.

6. Popiah basah
Tak kira la SS Ali ke, apa ke, janji kuahnya banyak! Ake selalu je mintak kuah lebih (apa kau ingat Maya Karin je ke yang nak semua lebih?) Dan ada udang geragau kering. Yum!

7. Cadbury Bytes
My latest obsession. Keras di luar, lembut di dalam. (Dalam maknanya tu, hehe…)

8. Kitkat original

KitKat Limited Edition perisa Lemon Cheesecake. Manis gila!

Aku dan Ikmal boleh habiskan satu pek ekonomi yang ada 8 peket tu dengan sekali hadap. Dia satu, aku satu, dia satu, aku satu… (Ya Allah, selamatkanlah gigi kami…)

9. Keropok perisa durian
Masa kecik2 dulu, aku selalu beli dari lelaki India penjual roti yang bawak basikal, dan kalau nak beli, kena panggil Roti! Roti!, walaupun ko tak nak beli roti dia (beli jajan la, tapi kalau ko panggil Jajan! Jajan! haram dia tak berhenti, yo). Dan nama India tu kat surat beranak pun bukannya ‘Roti’. Hmmm… satu hari aku mesti tanya mamat yang jual roti tu sapa nama sebenar dia.

Keropok ni dulu 20 sen aje, dan yang paling best ialah serdak dia. Kekadang aku sengaja pecahkan keropok tu sampai hancur dan makan serdak aje, hehe. Best!

10. Keropok lekor

Salah satu kedai membuat dan menjual keropok lekor di Losong, Terengganu.

Yang asli drp Terengganu, yang lebih banyak ikan drp sagu. Pastuh makan ngan cili pencicahnya yang manis tu, pergh!

11. Milky Bar drp Nestle

12. RotiBoy
Makan time panas2, bau mixture biskut kopi kat atas dan butternya yang cair… Heavens!
Teringat aku kat satu cerita ni. Masa tu baru balik dari KL Convention Centre lepas NAC tahun lepas.
Seperti biasa kalau masuk KLCC, aku akan singgah kat kedai Rotiboy sebelum balik dengan LRT tu. Hari tu aku beli 6 rotiboys utk my hubby, MIL and family. Dalam perjalanan balik…

Drebar teksi berbangsa Cina: Wah kak, sedapnya bau. Apa tu?
Aku : Roti. Nah ambik la satu. (Entah ngapa aku macam terasa nak bagi dia)
Drebar : Oh, terima kasih, terima kasih. Wah saya tak pernah jumpa lagi la benda ni. Kat mana beli?
Aku : KLCC. (sebelum membayar tambang dan turun kat depan rumah)
Drebar: Oh, thank you ah!
Aku: Ok.
Damn. Entah ngapa aku pulak yang rasa cambest, padahal drebar tu tak bagi diskaun pun.*

13. Kacang kuda rebus
Bukan kuda rebus kacang atau kacang rebus kuda tau!
Dengan syarat, kena buang kulit dulu. Aku memang tak suka benda2 berkulit, esp kacang dan juga sayur2 berbatang mcm batang kangkung, batang bayam, batang kailan dan batang kobis bunga.

Hmm…. Ingat lagi masa kecik2 dulu, aku selalu aje beli jajan terutama yang murah2 la, KaKa la, Kam Kam la, semata-mata sebab nak dapatkan mainan kecik yang datang free dalam bungkusan tuh. Ding Dang atau Tora aku tak beli sebab tak mampu lagi, hehe (yelah, masa tu, 50 sen tu kira besar la tuh!). Seriously, mainan2 free sekarang tak best macam dedulu. Dan yang pasti, jajan dan Mat Sentul tak dapat dipisahkan!


* Insya Allah bila ada masa aku akan tulis pasal drebar teksi pulak, sebab aku memang pelanggan setia teksi kat stesen Cempaka ni (bila tak balik saing ngan hubby aku la).

Pics from my personal collection

Labels: ,

 
  Thursday Thirteen #10
Just ‘Cause I Need My MyChem Fix For Today…

Image Hosted by ImageShack.us

13 Fave lines from my fave MyChem Songs
atau C-H-O-R-U-S, according to Frankie, hehe…
(in no particular order, and no prizes for guessing which songs yo)

"This alone. You're in time for the show,

You're the one that I need, I'm the one that you loathe.
You can watch me corrode like a beast in repose,
Cause I love all the poison, away with the boys in the band."

Thou shall use and wish for white in MAC cosmetics ~ Gee circa TBP - image fr mcrowns.hopelessheart.org

"Can you see my eyes are shining bright?'

Cause I'm out here on the other side
Of a jet black hotel mirror.
And I'm so weak."

"Back home, off the run; Singing songs that make you slit your wrists

It isn't that much fun, staring down a loaded gun
So I won't stop dying, won't stop lying If you want I'll keep on crying
Did you get what you deserve? Is this what you always want me for?"

Thou shall see beauty in bloody love. ~ Gee and Mikey as babies - screencap made and uploaded by moi

"Well, Mother, what the war did to my legs and to my tongue,

You should've raised a baby girl,I should've been a better son.
If you could coddle the infection they can amputate at once.
You should’ve been,I could've been a better son."

Thou shalt not feed the Mikey ~ image from mcrowns.hopelesshearts.org

"Can you hear me cry out to you?

Words I thought I'd choke on figure out.
I'm really not so with you any more.
I'm just a ghost, so I can't hurt you anymore,
So I can't hurt you anymore."

"And if they get me and the sun goes down into the ground

And if they get me take this spike to my heart and..
And if they get me and the sun goes down
And if they get me take this spike and..
You put the spike in my heart"

Wee Gee & Smiley Mikey. Screencap made n uploaded by moi

"Now turn away, Cause I'm awful just to see.

Cause all my hair's abandoned all my body,
Oh, my agony. Know that I will never marry.
Baby, I'm just soggy from the chemo, But counting down the days to go.
It just ain't living. And I just hope you know,
That if you say goodbye today,I'd ask you to be true.
Cause the hardest part of this is leaving you."

Thou shall not steal Gerard's driver's license, or luggage, or sidekick, or locks of hair : you may of course feel free to steal his make-up and pants. (maybe not his pants …unless they happen to fall off because of that d**n womens cut.) ~ Gee sans make-up, in LOTMS - image fr mcrowns.hopelesshearts.org

"A world that sends you reeling from decimated dreams

Your misery and hate will kill us all
So paint it black and take it back, Lets shout it loud and clear
Defiant to the end we hear the call
To carry on"

"Came a time

When every star fall brought you to tears again
We are the very hurt you sold
And what's the worst you take (worst you take)
from every heart you break (heart you break)
And like the blade you stain (blade you stain)
Well I've been holding on tonight"

Thou shall never reveal the actual pronunciation of One Mr. Frank Anthony's last name ~ Frank Iero in LOTMS - screencap made n uploaded by moi

"So give me all your poison;
And give me all your pills
And give me all your hopeless hearts; And make me ill
You're running after something; That you'll never kill
If this is what you want; Then fire at will"

"At the end of the world

Or the last thing I see
You are Never coming home
Never coming home
Could I? Should I?"

Frankie and Mikey gaya skema and Toro without the fro, from The Ghost of You video - screencap made and uploaded by moi

"Sometimes I cry so hard from pleading

So sick and tired of all the needless beating
But baby when they knock you down and out
It's where you oughta stay"

"Forget about the dirty looks

The photographs your boyfriend took
You said you read me like a book
But the pages are all torn and frayed now"

Sigh...
I'm Okay, people (I Promise)

Labels: , ,

 
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites