:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Thursday, January 04, 2007
  Thursday Thirteen #11
Image Hosted by ImageShack.us

13 Snek/ Makanan Ringan Yang Aku Suka
(tak kira jajan atau kuih tradisional)

1. Otak-otak Gelang Patah
Walaupun dijual di KL atau Muar, orang still panggil OOGP (wah, macam Harry Potter lak, OOTP). Aku suka yang warna oren, dan yang smooth dan tak banyak tulang, serta dibakar tak terlalu hangus.

2. Cheezels perisa original
Aku suka sebab dia masin dan kalau yang kembang2 tu, pergh, macam cair dalam mulut! Sedar2 aku boleh habiskan satu bungkusan besar tu dengan sekali hadap. Gila.

3. Satar
The best thing about Terengganu. Dan paling best kalau makan kat tepi pantai Kemaman sambil ditiup angin sepoi2 bahasa atau makan kat dalam kereta dalam perjalanan nak balik ke KL. Yg tak bestnya ialah leceh sebab kena basuh tangan properly (sebab dia manis yo!) Kitaorang suka beli kat gerai Aziz Satar (ya, nama dia memang camtuh). Located belakang masjid Geliga, dijual RM3 untuk satu batang (ada lebih kurang 10 ketul, pastuh dia ada campur cili padi skit, pergh! Kalau tergigit tu, nikmatnya…)

4. Mee segera Mawi Mamee perisa lontong

Yang ni perisa kari. Entah ngape, asyik sold out jek berbanding yang ada gambar Felix dan Amylea tu

5. Wise Cottage Fries perisa tomato
Entah ngapa aku suka jenama dan perisa yang nih. Mungkin sebab tebal sikit kot.

6. Popiah basah
Tak kira la SS Ali ke, apa ke, janji kuahnya banyak! Ake selalu je mintak kuah lebih (apa kau ingat Maya Karin je ke yang nak semua lebih?) Dan ada udang geragau kering. Yum!

7. Cadbury Bytes
My latest obsession. Keras di luar, lembut di dalam. (Dalam maknanya tu, hehe…)

8. Kitkat original

KitKat Limited Edition perisa Lemon Cheesecake. Manis gila!

Aku dan Ikmal boleh habiskan satu pek ekonomi yang ada 8 peket tu dengan sekali hadap. Dia satu, aku satu, dia satu, aku satu… (Ya Allah, selamatkanlah gigi kami…)

9. Keropok perisa durian
Masa kecik2 dulu, aku selalu beli dari lelaki India penjual roti yang bawak basikal, dan kalau nak beli, kena panggil Roti! Roti!, walaupun ko tak nak beli roti dia (beli jajan la, tapi kalau ko panggil Jajan! Jajan! haram dia tak berhenti, yo). Dan nama India tu kat surat beranak pun bukannya ‘Roti’. Hmmm… satu hari aku mesti tanya mamat yang jual roti tu sapa nama sebenar dia.

Keropok ni dulu 20 sen aje, dan yang paling best ialah serdak dia. Kekadang aku sengaja pecahkan keropok tu sampai hancur dan makan serdak aje, hehe. Best!

10. Keropok lekor

Salah satu kedai membuat dan menjual keropok lekor di Losong, Terengganu.

Yang asli drp Terengganu, yang lebih banyak ikan drp sagu. Pastuh makan ngan cili pencicahnya yang manis tu, pergh!

11. Milky Bar drp Nestle

12. RotiBoy
Makan time panas2, bau mixture biskut kopi kat atas dan butternya yang cair… Heavens!
Teringat aku kat satu cerita ni. Masa tu baru balik dari KL Convention Centre lepas NAC tahun lepas.
Seperti biasa kalau masuk KLCC, aku akan singgah kat kedai Rotiboy sebelum balik dengan LRT tu. Hari tu aku beli 6 rotiboys utk my hubby, MIL and family. Dalam perjalanan balik…

Drebar teksi berbangsa Cina: Wah kak, sedapnya bau. Apa tu?
Aku : Roti. Nah ambik la satu. (Entah ngapa aku macam terasa nak bagi dia)
Drebar : Oh, terima kasih, terima kasih. Wah saya tak pernah jumpa lagi la benda ni. Kat mana beli?
Aku : KLCC. (sebelum membayar tambang dan turun kat depan rumah)
Drebar: Oh, thank you ah!
Aku: Ok.
Damn. Entah ngapa aku pulak yang rasa cambest, padahal drebar tu tak bagi diskaun pun.*

13. Kacang kuda rebus
Bukan kuda rebus kacang atau kacang rebus kuda tau!
Dengan syarat, kena buang kulit dulu. Aku memang tak suka benda2 berkulit, esp kacang dan juga sayur2 berbatang mcm batang kangkung, batang bayam, batang kailan dan batang kobis bunga.

Hmm…. Ingat lagi masa kecik2 dulu, aku selalu aje beli jajan terutama yang murah2 la, KaKa la, Kam Kam la, semata-mata sebab nak dapatkan mainan kecik yang datang free dalam bungkusan tuh. Ding Dang atau Tora aku tak beli sebab tak mampu lagi, hehe (yelah, masa tu, 50 sen tu kira besar la tuh!). Seriously, mainan2 free sekarang tak best macam dedulu. Dan yang pasti, jajan dan Mat Sentul tak dapat dipisahkan!


* Insya Allah bila ada masa aku akan tulis pasal drebar teksi pulak, sebab aku memang pelanggan setia teksi kat stesen Cempaka ni (bila tak balik saing ngan hubby aku la).

Pics from my personal collection

Labels: ,

 
Comments:
keropok perisa durian tu aku dah ingat2 lupa brand apa? aku pernah suka gak makan, rasa manis2 rangup gitu. mcm mana rupa bentuk kerpok nih... langsung tak bleh recall. Satar tu favourite gak tu.
 
Aku pun tak ingat brand apa, dan dah lama jugak aku tak beli. Takpe, kalau aku jumpa nanti, aku akan update kat sini.

btw, Selamat Menyambut Tahun Baru 2007, Mensh! (blog kau takleh komen, shusha le shaye nak wish) :)
 
eh tak comment lagik?
*pandang kiri kanan*

oooh kiter pon suker makan satar. sedap dowh! and kopok durian flavor. how can i forget that! skang ader lagik ker? cam xpenah jumper la plaks

*terasa tua la plaks*
 
*pandang kiri kanan*

Macam MikeyWay dalam I'm Not Okay?

Ada Sha, kalau rajin carik kat kedai2 runcit kecik.
 
ohhh ohhhh.. tableh kosentrate buat keje bila baca senarai makanan tu.

i like all thirteen. satar... satarr.... ops, cheezels.. cheezels.. eh jap, popiah basah!! kacang kuda!!....

angau saye~
 
Syana:
Welcome aboard! Nice fotopages, btw. :)
 
tergelak saya baca yg no9 tu. Sib baik kat ofis..kontrol skit..kat rumah kalu mau tergolek2..
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites