:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Saturday, December 31, 2005
  Welcome 2006 !!!
I don’t really make resolutions during this time of the year, tapi, for the coming 2006, aku nak buat a few…

I WILL NEVER, NEVER PUT OFF UNTIL TOMORROW, THOSE THAT CAN BE DONE TODAY.

Dua tiga hari ni mmg agak perit bagi aku. Yes, aku tak pernah sebegini malu menjadi one of the 1.2 million rakyat Malaysia yg masih belum menukar ke Mykad. No alasan, though, mmg aku terlupa dan tak aware of the RM200 fine yg dikenakan kpd sesapa yg terlewat membuat IC. So, for the last 2 days, aku dan hubby mcm org gila, beratur sejak lepas subuh utk mendapatkan nombor utk membuat Mykad. Perit, malu dan tension, tapi, apa boleh buat, nasi dah jadi bubur. Alhamdulillah, semalam selesai juga proses menukar IC baru di Maju Junction. Jgn lupa call balik after 3 months time…

I WILL SPEND MORE TIME TEACHING AND PLAYING WITH MY SON

Childhood is only once in a lifetime, so I intend to give him the best one ever.

I WILL BE MORE CAREFUL AND ALERT

Hmmm… aku mungkin boleh ingat fakta, tajuk2 filem, sapa pengarah, pelakon utama, etc, tapi aku terlupa yg aku ada menjerang air di dapur sewaktu keluar rumah dua hari lepas. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan kami. Nasib baik tak terbakar rumah. I was like, pucat for a couple of minutes, trying to grab a hold of myself. Ingat Zack, Allah boleh beri dan tarik nikmat dr kita bila2 masa saja, tanpa kita sedari…

I WILL REGULARLY READ AND UNDERSTAND THE HOLY QURAN

Badan kebajikan ofis aku memberi hadiah sebuah rehal utk birday aku yg lepas, sebagai tanda ingatan yg maut boleh menjemput bila2 masa saja. Semoga Allah bukakan hati aku utk spend lebih masa ngan Kitab Allah, rather than watching DVD’s and indulging myself in the latest issue of Empire…

I WILL NEVER STOP BUGGING ABAH IKMAL UNTIL HE AGREES TO GIVE IKMAL ANOTHER SISTER OR BROTHER OR BOTH.

‘Nuff said. Please don’t make me wear THAT Eva Longoria t-shirt!!!

Org kata, kehadiran seorg adik bagi Ikmal akan menjinakkan dia, which means akan mengurangkan tahap manja/ mengada2/ spoilt brat-nya, yg kekdg membuatkan aku hilang sabar. For instance, hari tu, kami ke Carrefour Wangsa Maju utk regular groceries shopping. Si kecik buat perangai, nak beli remote controlled Toyota Trueno AE86 atau GTR (katanya). Aku buat bodoh jek as he cried his heart out, following my butt everywhere, sampai ada makcik tegur ‘Anak sapa tuh?’. Buat malu jek. Nasib baik tak makan penampar aku hari tu. (Tampar, oh no, aku tak tergamak !). Tapi, yelah, tension jugak, kan?

Ah well...

Labels:

 
Thursday, December 22, 2005
  Tahniah, Cik Lebah !
Untuk adik bongsu aku, Ija, yg berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan PMR.
Congratulations !!! Keep the flags flying, sistah !

PS : Kalau nak apa2, sila bagitau aku. Mak kata nak bagi kau RM100 for every A’s tapi disebabkan dia tgh pokai cash (tapi kaya harta) dan aku org terkaya cash dlm keluarga setakat ni, ko takyah la mintak ngan dia ape2 pun. Ko bagitau aku jek, occay !

Labels:

 
  Filem-filem Bawah Tanah
The Descent (2005)

“Perkara yg paling buruk yg boleh terjadi telah pun terjadi pada kau. Apa lagi yg lebih teruk?”
Juno kepada Sarah (suami dan anak Sarah mati di depan matanya dalam satu kemalangan ngeri)

Image hosted by Photobucket.com

Sarah dlm homage kpd Carrie

Kalaulah ada satu filem horror yg kau tonton tahun ni, make it The Descent. Pergh. Mmg membuat aku berdebar dari awal hingga ke akhir filem. Seperti Wrong Turn, ini merupakan antara filem2 yg boleh membuat jantung aku laju gila, walaupun telah ditonton berulang kali. Filem ni arahan Neil Marshall, the same guy that gave us Dog Soldiers, sebuah filem horror underrated. (Aisey, VCD aku ni dah jadi hak milik kekal ayah aku pulak, kalo tak boleh tgk semula...)


In a nutshell : A group of female friends encounter bloodthirsty creatures when they get trapped in a mountain cave due to rockfall. Worst of all they their friendships turns sour and they discover their real fear is from each other... (Thanks, imdb!)

Moral of the story (for ladies) :

1. Always. ALWAYS throw away bad gifts from ex-bfs. Don’t ever keep it, let alone bring it along on your cave expedition. It will get u killed.

2. Take up safer and sensible hobbies, like cooking, sewing or reading. Caves = Bad, Home = Good (ah well, not really, but it’s a lot safer).

3. * Spoiler * Don’t have affairs with ur girlfriends’ husband. No way. It will get u killed also.

Phew, aku pernah dgr, yg musuh ketat seorg wanita ialah, bukan lelaki, tapi seorg wanita lain. Filem ni dah buktikannya. Dgn laluan2 yg sempit dan klaustrofobik, suasana gelap dan sunyi, di tambah dgn makhluk2 ganas, filem ni menjadi salah satu filem horror faveret aku buat tahun nih.

Aku bagi ****1/2 / *****.


Kontroll (2003)

Image hosted by Photobucket.com

Bulscu's Band of Brothers

Mukadimah : Sistem keretapi bawah tanah Metro di Budapest, Hungary lebih kurang mcm PUTRA LRT kita. Cuma, di sana, mrk takde palang besi yg mana kau boleh masukkan pass-card atau sentuh touch n go. Instead, para pegawai pengawal akan memeriksa tiket para penumpang, sama ada di platform atau di dalam tren. Mrk ni, berpakaian biasa dan cuma dikenali dgn arm-band Kontroll di lengan. Filem ni berkisar ttg kehidupan harian mereka di stesen Metro tersebut.

In a nutshell : Filem arahan Nimrod Antal ni (aku tatau apa perasaan En Antal diberi nama Nimrod oleh parentsnya), mengisahkan ttg kehidupan bawah tanah di system subway Budapest. Berkisar ttg hero kita bernama Bulscu bersama 4 lagi kengkawan pemeriksa tiketnya yg setiap sorg dgn karekter tersendiri, seorg gadis dalam sut beruang dan seorang killer yg sering menolak mangsanya ke arah tren yg bergerak laju…

Ahem, babak dejavu : Sesi kaunseling, yg mengingatkan aku kpd sesi soal-siasat dgn polis di akhir filem Yamakasi, juga dalam Inside I’m Dancing, semasa Rory & Michael menemuramah calon2 utk menjadi penjaga mereka. Juga kehadiran seekor burung hantu di dlm subway tersebut (Night Watch?), seakan memberitahu Bulscu agar keluar ke dunia atas.

Aisey : What’s with the bear suit?

Apa pun, aku bagi ***3/4 / *****

Website-nya -
http://www.kontrollfilm.hu/

Reviu lain dr vovin.

Labels:

 
Thursday, December 15, 2005
  Why? Why? Why ?!?!?!!?
Image hosted by Photobucket.com

Labels:

 
  Keep Thy Hands To Thyself, Fu***r.
TENSION!!!!

Yeah, hari ni mmg menentionkan aku. Gila babi punya tension. Semuanya pasal semalam…

(Flashback)
Aku kuar ofis lebih kurg kul 6 ptg. Kekdg aku rasa malas sgt nak naik monorel kat Bukit Bintang nih. Penuh gila. Semua jenis manusia ada. Kalau rajin, aku jln kaki sampai ke stesen Hang Tuah. Boleh la exercise skit.

Nak dijadikan citer, semlm tren penuh. Aku boleh lagi la masuk, walaupun terpaksa menyempit dan dihimpit oleh badan2 manusia. Himpit ? Aku ok lagi. Tolak ? Pun aku masih boleh tolerate. Tapi RABA ? Celaka punya manusia. Malu nak citer, tapi yesterday, somebody, either intentionally or accidentally, pinched my butt and poke his/ her finger at my-you-know-where. F**k! Twice in a one-way journey ! The first time it happened, I blurt out the F word. Terdiam sekejap tren yg masa tu tgh bising jugak. I mean, aku boleh tau kalau kau terlanggar atau tak sengaja, tapi pinching???? I was so angry at that time !!!

To the proprietor of the fuckin’ fingers that did it, I’d say..

Kalau kau tak sengaja, aku maafkan. Lain kali keep ur fuckin’ fingers to urself, especially in crowded trains.

Kalau kau sengaja, aku doakan mak atau kakak atau adik atau awek kau akan diraba org. Bertaubatlah wahai sedara. Banyak lagi benda yg berfaedah yg kau boleh buat selain dr meraba org.

Pelik bin Ajaib. Teringat aku si Diana dalam filem Tinto Brass- All Ladies Do It, babak dlm tram tu. Okay la, mmg she’s asking for it, going bra-less and panti-less in public. Tapi, punya la ramai awek pusat/ cleavage/ alur bontot kat area ni, perempuan sopan berbaju kurung dan bertudung mcm aku jugak yg kena….hai.. tatau le aku nak ckp apa.

Image hosted by Photobucket.com

Do I look like Claudia Koll, fucker ???

Satu lagi, wahai org yg paling aku sayang, aku bukan tak nak lawan, tapi cubalah sekali sekala naik tren di BB di waktu puncak. Nak bergerak pun takleh, mcm sardin. Habih tu, nak suruh maki atau marah org tu? Do I even know who did it? Sesilap haribulan, Pak Lah terpaksa hantar Azmi Khalid ke Myanmar/ Kemboja/ Bangladesh atau negara2 berkaitan utk mintak maaf bagi pihak aku.

Oh yes, this morning pulak, LRT dr Cempaka pun agak sesak, mcm biasa. Ada la kakak ni bawak beg besar dgn dua org anak kecik dia, nak balik kg agaknya. F**k ! Sorang pun taknak give up seat utk kakak kita ni. (Aku pun tak dpt tempat duduk, sbb biasanya aku akan bagi seat aku kpd yg memerlukan). Ada satu minah ni (able-bodied, I’d say) sibuk gila main game di handphone baru dia. And one mamat dok depan aku, alahai, anak muda, kau buat malu kaum jelah. Kalau ye pun nak buat Adlin-Aman-Ramlie-In-An-LRT *, jgn la pakai tali lanyard kat leher. Buat malu kompeni jek employ pekerja takde sivik mcm awak ni.


* From that famous iklan on courtesy by Yasmin Ahmad.

Labels:

 
Wednesday, December 14, 2005
  Mike Tanpa LP dan Bekas Abg Askar yg Kesejukan
Fort Minor - The Rising Tied

"The name comes from this dynamic I like;
'Fort' represents the strong side of what I do;
'Minor' represents the smaller and darker side."

Mike Shinoda

Image hosted by Photobucket.com
Mike Shinoda. Pic borrowed fr wikipedia.com

Linkin Park merupakan salah satu band2 terbaru yg aku gemar, terutama dua frontmennya iaitu Mike Shinoda dan Chester Bennington. Dua album pertama mereka yg aku ada – Hybrid Theory dan Meteora mmg power gila, dan mmg menjadi album staple aku suatu ketika dulu. Honestly, aku lebih gemarkan pure LP, tanpa perencah2 tambahan (remixes) dr bintang2 hip-hop seperti JayZ (dalam dua album remix- Reanimation dan LP/JayZ colloboration), maybe that’s why aku stop LP’ing after Meteora (and Abah Ikmal pun tak brapa gemar obsesi aku terhadap LP, so aku cuma dgr di ofis jek). Yeah, LP rocks. Liriknya mmg power dan muziknya best ! Dgn vokal manja Chester dan rap macho dr Shinoda, ditambah dengan scratching dr Mr Hahn.. phew. They’re awesome ! Sayangnya aku missed their concert kat KL dulu.

The Rising Tied merupakan album debut Fort Minor, projek solo Mike Shinoda. I dunno whether dia akan go solo forever atau temporary jek, but this album, aku boleh summarise-kan seperti album2 LP yg lain, cuma tanpa vokal power Chester. Dan instead of membuat aku depressed dan rasa tertekan seperti lagu2 dlm album2 LP (tapi best. Freaky.), lagu2nya memberi semangat utk menghadapi hidup. Yeah.

Lagu best : Remember the Name, Believe Me, Right Now. Very infectious.
Lagu LP faveret : Faint, Crawling, In The End, Papercut, hell, suma lagu dlm Hybrid Theory, Breaking The Habit (aku suka gila video ala manga-nya).

PS : Entah mengapa aku mmg tak gemar hip-hop, terutama si 50Cent tu. Tiap kali aku come across his name, aku akan terbayang watak Azean Irdawaty sebagai Aisah 50 sen (limapuluhsen, limapuluhsen) yg dirogol oleh Jalaluddin Hassan. Hehe. Sadis.


James Blunt – Back To Bedlam

Image hosted by Photobucket.com

Bekas abang askar, James Blunt, mempunyai vokal yg best, yg aku boleh layan, sebaris ngan Damien Rice, John Mayer, Rufus Wainwright dan Antony & the Jonsons. Lagu2 berirama melankoli, dan seswai didengar ketika menyiapkan report2 budget yg menimbun2 serta melayan kerenah bos serta juruaudit2 luar yg kebanyakannya muka2 baru. (Being an an ex-external auditor myself, aku faham staff turnover yg tinggi di firma2 audit Malaysia nih.)

Lagu2 best : You’re Beautiful (no thanks to 8tv, sekarang setiap kali aku dgr lagu ni, aku akan terdengar ayat – I’m Voluptuous. Where? Demn. But hell, I love the video. Sgt cute !), Wiseman, High.

Labels:

 
Monday, December 12, 2005
  Kisah Keluarga GILA
C.R.A.Z.Y (2005)

“Dear God, please don’t make me a fairy”
Zac Beaulieu

Image hosted by Photobucket.com

In a nutshell: Filem coming-of-age, coming-to-term dan juga coming out, arahan Jean Marc-Vallee ini mengisahkan tempoh 30 tahun dalam kehidupan sebuah keluarga suburban yg diambil dr perspektif anak ke-4 mereka, Zachary. Sang protagonis, seorg closet gay, cuba mendapatkan sense of belonging daripada keluarganya, terutama si ayah yg mementingkan kelelakian, agak over-bearing, tetapi sgt2 berbangga kerana ‘berjaya’ mendapat 5 anak lelaki.

Dua sen aku : Aku tak tahu, apa yg lebih menakutkan bagi seseorang ayah atau ibu, sama ada anak terlibat dgn najis dadah atau anak seorang homoseksual (Nauzubillah…), tapi itulah dilemma yg dihadapi oleh keluarga Beaulieu. CRAZY merupakan akronim nama anak2 lelaki keluarga Beaulieu, diambil dari tajuk lagu Patsy Cline, penyanyi pujaan si ayah. Christian, abang yg tua, seorang nerd, yg suka membaca apa saja. Raymond pula seorg rebel kasanova (yg terbabit dgn dadah) sementara Antoine seorg sportsman. Filem ini diambil dari perspektif sang protagonis, Zachary, anak ke-4, yg juga anak kesayangan si ayah. (Oh, yes, Y is for Yvan, anak bongsu mereka). Aku tonton filem ni dari perspektif Pn Beaulieu, yg mana membuatkan aku menitiskan air mata di hujung filem (betul!). Si ibu seorang yg penyayang, aku tak boleh bayangkan jika (*spoiler*) anak2 comel yg dikasihi, ditatang bagai minyak yg penuh sejak kecil lagi, mati kerana dadah, dan memilih cara hidup gay. It’s just so sad.

Aku suka ! : Kemunculan pertama Zachary as a teenager! Walaupun agak freaky (saksikan gelagatnya di bilik tidur!) , namun pada aku, Marc Andre-Grondin ialah Gael Garcia Bernal yg baru !

Aku bagi : **** /*****. Next to watch – The Barbarian Invasions

Happiness of the Katakuris (2001)

Image hosted by Photobucket.com

In a nutshell : Keluarga Katakuri baru sahaja membuka sebuah rumah tumpangan di kawasan pergunungan Jepun. Malang sekali, tetamu pertama mereka membunuh diri di rumah tersebut, dan demi mengelakkan masalah (dan utk maintain bisnes), mereka menanam mayatnya di belakang rumah tersebut. Keadaan menjadi lebih kelam kabut apabila tetamu kedua mereka, seorg ahli sumo terkenal, mati ketika mengskodeng girlfren bawah umurnya, dan haha, kubur di belakang rumah tumpangan Katakuri menjadi semakin sesak…

My dua sen : Filem arahan Takashi Miike ini dikatakan sebagai The Sound of Music versi Jepun. Dalam filem komedi gelap nih, secara tetiba watak2 keluarga Katakuri akan break into songs and dances, yg berbagai rentak, dr Jpop ke Rock, termasuk yg versi karaoke (lagu duet antara Masao & Terue Katakuri yg best !) Kelakar gila! Mcm Hindustan, tapi 10x lebih kool !

Keluarga Katakuri mmg kelakar. Dari si datuk (Jinpei), hinggalah ke Shizue, si anak perempuan/ janda anak satu yg masih desperate mencari cinta sejati, in the form of a conman bernama Richard Sagawa. Desperate gila ! Mcm tu punya kelentong pun masih mengharap lagi. (Dgrkan saja dialognya, mmg tak masuk akal!).

Lagu faveret : Lagu dr datuknya di penghujung cerita (‘semuanya salahku!’), lagu nyanyian ramai bersama2 mayat yg menari dan lagu semasa mereka menjumpai mayat pertama.

Animasi claymation di awal cerita pun agak menarik, walaupun aku tak pasti apa tujuan En Miike memasukkannya dlm filem nih.

Aku bagi : *** ¾ / *****

Labels:

 
Friday, December 09, 2005
  Seksi - Subjek Yg Sungguh Subjektif
“Saya dah 20 tahun tak gunakan deodoran dan saya lebih suka tidur berbogel.”

Itulah pengakuan lelaki (bernyawa) terseksi 2005, pilihan majalah People.

Image hosted by Photobucket.com Saya paling seksi? Eee, mcm tak percaya !

14 lelaki terseksi 2005 pilihan majalah People (dan rating aku, per lima bintang):

1. Matt Mc (A Time To Kill) ***
2. Patrick Dempsey (Dr Derek Shepherd dalam Grey’s Anatomy) ***3/4
3. Terrence Howard (tuan director yg tak dapat membuat apa2 ketika polis jahat lakonan Matt Dillon meraba bininya dalam Crash). **
4. Viggo Mortensen (Aragorn) ****
5. Vince Vaughn (semua filem frat-pack. I hate u Jennifer Aniston !!!!!) ****
6. Nick Lachey (hampeh, Mr Jessica Simpson) *
7. Heath Ledger (Pat dalam 10 Things I Hate About You) ****
8. Daniel Dae Kim (suami Kim Yun Jin yg garang dlm Lost) **
9. Keith Urban (Aussie rocker) **
10. Ian McShane (Kayu mati) ½*
11. Matt Damon (Loki dalam Dogma/ Jason Bourne) ****
12. Denis Leary (tak familiar ngan his works) *
13. Anderson Cooper (Hos The Mole, salah satu reality show terbest) *
14. * sob * Clive Owen ! *****

Demn. Aku sepatutnya termasuk dalam juri pemilihan.

Yg sepatutnya masuk, tapi tak masuk (pilihan juri tak bertauliah – aku le tu), dalam role favourite :


1. Jake Gyllenhaal (Donnie Darko - Weird is sexy)
2. Peter Sargaard (Kinsey (where he went full-frontal), Garden State, Shattered Glass)
3. Christian Bale (American Psycho-walaupun lum tgk lagi, Batman Begins, Equilibrium)
4. Gael Garcia Bernal (Amores Perros)
5. Cillian Murphy (Batman Begins, Red Eye)
6. Adam Levine (video This Love, She Will Be Loved, drool…)

ah well.

Labels: , , ,

 
Tuesday, December 06, 2005
  Rest In Peace, Papi...
Viva La Raza. No More.

Image hosted by Photobucket.com
Eddie Guerrero (1967-2005)

Honestly, I don’t really care about deaths of my fave celebrities. I mean, I don’t cry when Kurt Cobain or Leslie Cheung or Michael Hutchence committed suicide. Or River Phoenix’s sudden death at the tender age of 23. And yeah, the death of George Best pun tak membawa apa2 makna pada aku. I don’t know football. Period. Yeah. Otak aku mmg takleh nak terima 22 + 1 orang lelaki mengejar sebiji bola. Off-side, penalty, back-side, and whatever rules lagi about football. It’s just too complicated.

But just last week, dunia wrestling dikejutkan dengan satu lagi kematian (last time yg aku follow is Owen Hart). Yup, it’s one of my fave – Eddie Guerrero. Sedih, even my father pun terasa (mengalahkan kematian sedara rapat). Paling sedih tgk tribute to him, where his fellow fighters gave the last tribute. Kita dapat lihat the softer side of Rey Mysterio, Batista & Chris Benoit (among others). Very touching. And sad.

Viva La Raza.
Rest in Peace, Papi.
No More Lying, Cheating & Stealing.

More on Eddie -- > http://www.accelerator3359.com/Wrestling/bios/eguerrero.html

Labels: ,

 
Thursday, December 01, 2005
  Dah Mandi ?
10 Most Memorable shower/ bathroom scenes.
So far la.
Porn not included.

1. Harry Potter (Dan Radcliffe) dalam HP : GoF
Nuff said. No arguments. At least not here. Take it somewhere else.

2. Isabella (Ramona Rahman) dalam Fenomena
Makes me wanna go and have a shower myself. Rock kapak never felt so good.

3. Del Spooner (Will Smith) dalam I, Robot
Phew. Thank you Alex Proyas, for showing us the OTHER side of Mr Smith…

4. M Rajoli & Kartina Aziz dalam Rabun
Actually, aku hanya bayangkan scene sebenar drp movie still filem ni. Apa boleh aku kata, Kak Yasmin mmg sayangkan parents dia. And THEY themselves loved each other very much.

5. Sarah Polley dalam Dawn of the Dead (versi Zack Snyder)
Kinda sad, ‘coz that’s the last shower she had with her hubby b4 he got infected.

6. Sarah Michelle Geller dlm The Grudge
Takut gila bila kuar tangan dr kepala dia. Lepas tgk filem ni, aku takut gila nak masuk bilik/ bilik air.

7. The Bourne Identity
Dalam bilik mandi, sambil Jason Bourne (lakonan Matt Damon) memotong rambut Franka Potente. And the scene that follows. Sexy !

Image hosted by Photobucket.com
Jgn ckp kat org, nama betul aku ialah Will Hunting.

8. Charlie’s Angels – Full Throttle
Tukang mandi buih – Drew Barrymore, Lucy Liu & Cameron D.
Wow, basuh keter ke, mandi buih sabun?

9. Spiderman
Ok, not exactly a shower scene, but when Mary Jane kissed Peter Parker upside down in the rain.. hmmm….

10. Y Tu Mama Tambien
Comparing manhood. Nakkal sungguh Gael Garcia & Diego Luna !

Best post-shower apperance
Clive Owen in Closer

Worst post-shower appearance
Viggo Mortensen in LOTR: Trilogy
I want my Aragorn dirty n scruffy !!!!

Worst shower scene. Ever !
Anything from Tinto Brass film.
* cough * Too much T & A. * cough * And dicks. * cough *

Labels:

 
  Filem Yg Membuat Kau Seperti Mahu Minum Nescafe
Night Watch (2004)

Image hosted by Photobucket.com

Memang celaka. DVD lanun yg baru aku beli dua hari lepas bagaikan terkena sumpahan sang perawan Byzantium. Secara tiba-tiba subtitle-nya hilang. Betul2 selepas Olga si burung hantu bertukar menjadi manusia. Aku yg tengah asyik melayan filem tu secara tetiba seperti hilang arah tujuan. Kepalanya dah ada, badan baru nak bentuk dan tiba part kaki…semuanya hilang. Arrggghh ! Tension gila! Dah le citer fiction, bahasa dan tulisan Rusia, jalan citernya agak komplikated, aduh.. susah jugak aku nak fahamkan endingnya. Tapi takpe, hari ni aku refer balik di tempat2 biasa, dan nanti maybe aku nak tonton sekali lagi.


In a nutshell : Among normal humans live the "Others" possessing various supernatural powers. They are divided up into the forces of light and the forces of the dark, who signed a truce several centuries ago to end a devastating battle. Ever since, the forces of light govern the day while the night belongs to their dark opponents. In modern day Moscow the dark Others actually roam the night as vampires while a "Night Watch" of light forces, among them Anton, the movie's protagonist, try to control them and limit their outrage.
(Dari imdb.com)

Phew. Aku rasa this movie is the next best thing to come out from Russia after tAtU. Walaupun dikritik hebat di negara sendiri (ala, Puteri Gunung Ledang dan Sepet pun camtu jugak), filem ni patut ditonton oleh penggemar2 genre ini. A cross between Underworld (dua puak yg bertelagah), Blade (vampires, what else) and with a bit of Matrix (Anton is The One ?). Tak sabar nak tunggu sekuelnya- Day Watch.

I like ! : Shape-shifters. Woah. Entah mengapa aku mmg sukakan benda ni sejak kecik lagi, lebih2 lagi werewolves. Ingat Manimal ? Siri tv 80-an (short-lived) lakonan Simon McCorkindale ? Otai gila, tapi itu yg selalu aku tunggu2 suatu ketika dulu. Also Sirius Black & Remus Lupin from the HP franchise. Dalam filem ni, kita ada Tiger dan Olga, yg mana aku bagi two-thumbs up utk transformasi mereka. Cool. Dan scene skru tercabut dr kapalterbang dan jatuh ke dalam lubang yg menghala ke rumah sang perawan. Excellent. Aku juga suka setting-nya yg dark dan burung2 yg menakutkan.

Gila irritating : Product placement. Aku dapat tau filem ni ditaja oleh Nescafe division of Russia, so expect the brand to pop up here and there. And the score, yeah, walaupun bertema rock, tapi aku rasa the music masa Anton lawan vampire bernama Andrey tu agak cheesy. Namun, lagu2 yg lain mmg best ! (walaupun aku tak faham, but hey, music knows no boundary, right ?).

Apa pun, aku bagi ***3/4 / *****.

Review lain dari Edd dan Fadz.

Labels:

 
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites