Post Yang Bisa Membuat Kau TerliurAku rasa tak salah berkongsi satu produk yang baru aku kenali, tapi dah melekat di hati. Namanya Pes Rendang Adabi, Memang convenient dan mudah. Cuma tambahkan santan kelapa ~ gunakan serbuk kalau malas nak perah. (tak perlu kerisek, rempah ratus atau bawang merah) Dan lagi sedap jika kau tahu membega. Tambah gula, garam atau gula melaka (org Pantai Timur panggil gula ‘nise’ ~ first time dgr, mati2 aku ingatkan batu nisan!) Personally, aku rasa lebih sedap jika gunakan daging lembu. Apa tu, org panggil, ha, daging batang pinang, Dengan sedikit tetel, for that chewy bite, Ayam pun boleh juga, tapi, sorry to say, aku dah jemu Jangan lupa masukkan serai (tak payah pun takpe, memang dah ada dalam tuh). Tapi letak juga lah, kalau tak nanti org tanya pulak, “Kau pakai perencah ke? Mana pegi serainya ?” Pecah pulak tembelang… Juga daun limau purut dan daun kunyit (masukkan bila gravy dia dah nak kering) Peh, sedap gila… Kekadang, masa belum berapa kering pun, aku dah ambik seketul dua. Masuk mulut time panas2 tuh, ah nikmatnya! Tapi kalau nak sedap lagi, panaskan dua tiga kali Lagi kering, lagi lazat, lagi puas hati !
Air tangan isteri, pemikat hati suami...
Juga sedap dimakan dengan Lemang Segera Adabi. (cuma rebus je, tak payah berpeluh ketiak membakar lemang di tengah hari)
Disclaimer : Aku bukan employee/ director/ shareholder atau apa jua affiliate Adabi, cuma menolong sesama ‘bumi. Juga sekadar berkongsi dengan sesiapa juga yang suka memasak, tapi tak pandai/ malas memasak or just to impress tetamu yang dtg ketika Raya atau rumah terbuka.
On The Brink Of Nervous Breakdown...Phrase from a song that describes my life now…
“Despite all my rage, I’m still like a rat in a cage” Bullet With Butterfly Wings The Smashing Pumpkins
Tension, tension.
Sekarang ni, apa2 berkenaan selatan tanah air, sensitif bagi aku. Contohnya:-
Mee bandung Durian Muar Mee rebus dan satay Tambak Johor Muhyiddin Yassin Yasmin Ahmad Sultan Abu Bakar Abd Ghani Othman Hasry Ekspress Danga Bay Bandar Baru UDA 84000 Muar...
Tentang Setiausaha (dan Bos-nya) Yang Terlampau"In one way or another I've always suffered. I didn't know why exactly. But I do know that I'm not so scared of suffering now. I feel more than I've ever felt and I've found someone to feel with. To play with. To love in a way that feels right for me. I hope he knows that I can see that he suffers too. And that I want to love him." Lee Halloway
Secretary (2002) (Rated : R) Disclaimer : Aku bukan pervert atau psycho atau pro-gay atau menyokong benda2 BDSM ni. Just my dua sen’s worth, so spend it wisely…
Sebenarnya, aku susah sikit nak digest filem2 rom-com ni, so korang takkan jumpa aku beratur utk membeli tiket wayang atau DVD untuk filem2 segenre Titanic, Pretty Women atau yg sewaktu dengannya. Susah juga nak mencari on-screen couples yg aku benar2 suka (dan selesa), macam Clarence/ Alabama (True Romance), Mickey/Mallory Knox (Natural Born Killer), Anakin/Obi Wan (SW series), Sam/Frodo (LOTR- aku suka Aragorn tapi aku tak suka gandingan Aragorn/Arwen; mungkin Faramir/Eowyn?), Joel/Clementine (Eternal Sunshine of the Spotless Mind), Loki/ Bartleby (Dogma) atau Hannibal Lecter/Clarice Starling (Silence of the Lambs dan Hannibal). So, okay, mungkin bukan watak2 dr filem2 romantik, tapi ada sesuatu pada pasangan tersebut yang membuatkan aku sorta ‘shwing..!’ (style Wayne’s World). Me thinks that they exude the IT factor, making me craving for more (on-screen intimacy) than other couples in other purely romantic flicks.
Secretary (Filem terbaik Festival Filem Sundance 2002) mengisahkan tentang Lee Halloway (lakonan hebat Maggie Gyllenhaal) yang baru keluar dr institusi mental, mempunyai sejarah hitam, iaitu suka mencederakan diri sendiri (check out sewing kit-nya, lengkap dgn iodine!). Untuk menaikkan kembali self-esteem dan self worth-nya, beliau memohon utk bekerja sebagai seorang setiausaha dgn sebuah firma peguam milik E Edward Grey (James Spader) Tanpa pengetahuan Lee, En Grey sebenarnya ialah seorang lelaki yang mempunyai ‘dominance complex’ serta ada sedikit ciri2 sadistik. Haha, self abuser + sado-masochist = great black rom-com. Reaaaallly black rom-com…
Aku suka babak : Hehe, setengah jam terakhir, iaitu bagaimana En Grey ‘menguji’ Lee tentang cintanya. (3 hari tiga malam? Gila! You gotta see it to believe it!). Juga babak ‘typo cacing’ tu…
(Edward Grey : We can't do this everyday. Lee : Why not?) Pretty disturbing for our LPF-loving audiences, so you can forget about seeing it on the big screen. Wonderful film with brilliant casts. Aku bagi 9/10. ( 6 points sbb bagi jantung aku laju, walaupun bukan dalam genre horror cam TCM atau Wrong Turn).
Myra-lizer Strikes BackMinggu lepas, kami sekeluarga melepak di rumah BIL di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, which means, untuk kesekian kalinya, aku tak dpt balik kampung…;-(
Takpelah... Insya Allah aku akan pulang dua minggu lagi. (sebab hujung minggu ni ada wedding di lorong kami)
(Anak dara tembam yang bersuara lantang)
Takpelah... Bagi chan kat Ikmal untuk berjumpa sepupunya Myra Yang dah seminggu tak berjumpa…
(Are We There Yet? Sementara Menunggu Abah Ikmal Membeli Roti Canai...)
Panggilan Dari Orang MKLandSebentar tadi, kawan lama aku yg dah lama menyepi, si Shida (Mama Danish Aiman) hantar sms…
Dia : Tak nak ajak aku naik keta baru ke? Aku : Tak nak Dia : Tak nak kawan Aku : Tak nak kawan sbb kau pun tak tepon aku
Pastuh, kejap lagi dia telefon. Lama juga kami berborak. Pasal kerja, pasal suami, pasal anak. Tapi yang paling kelakar..
Dia : Zack, MPV yg kau dapat tu, keta Jeepers Creepers la.. Aku : Ha, ye ke? (sbb aku pun baru sekali tgk benda alah tu kat jalan raya) Dia : Iye. Aku : Hehe, takpelah… janji enjin dia enjin Mercedes…
"Anytime Is A Good Time For A Pie"“Siapa mahukan jantan, aku mahukan lelaki” “Eni, angkat kain hujan, jemuran dah turun…” “Siapa yang malu ? Mereka dan keluarga mereka..” “Cobaan…”
Sounds familiar? Mungkin korang juga sering menggunakan ayat2 power drp filem dalam perbualan harian korang. Ini juga salah satu drp favourite past-time aku.
Beberapa hari lepas, AFI (American Film Institute) telah meng’compile’kan 100 ayat power drp filem2 terbaik. For the full list, lawatlah ke sini : http://www.afi.com/tvevents/100years/quotes.aspx Dan ini pula 10 quotes kegemaran aku, mostly dr filem2 kegemaran aku, in no particular order (mcm David Letterman pulak…):-
“I cannot carry it for you, but I can carry you…” LOTR : ROTK
“If you shoot me in a dream, you better wake up and apologise !” Reservoir Dogs
“Victims, aren’t we all…? The Crow
“Siapa mahukan jantan, aku mahukan lelaki…’ Bintang Malam (rasanya la)
“I see you’re drinking 1% milk. Is it because you think you’re fat? Well, you’re not. You can be drinking whole if you want to.” Napoleon Dynamite
“Do or do not. There is no try.” From one of the Star Wars movie, courtesy of Abah Ikmal.
“You don’t have to understand us. You just have to love us.” Sepet – also full of memorable quotes.
“I'm gonna get f**kin' divorced. No marriage counselling, no trial separation, I'm gonna get f**kin' divorced.” Pulp Fiction. Man, this WHOLE movie is filled with memorable and cool quotes (not to mention 271 times the usage of the f-word, but hey, it’s Tarantino, my friend, not Yusuf Haslam). For more quotes on this movie, do visit this site here…http://www.imdb.com/title/tt0110912/quotes . Tak taulah kenapa, tapi aku suka sgt2 ulang tonton filem ni…
“I'll tell you what he said. He asked me to forcibly insert the Life Line exercise card into my anus.” Donnie Darko
“Jolok motorsikal ye bang?” Seniman Bujang Lapok Haha, filem2 Arwah Tan Sri P Ramlee.. dah nak berpuluh kali tonton pun masih kelakar…
Hmm, I can go on forever. Apa pulak korang punya favorit lines?
Macam Ku Kenal Wajah Itu... Sewaktu makan malam semalam Sambil menonton Berita Perdana Tiba2 muncul satu muka yg amat familiar Ah, ‘sihat’nya kau sekarang Apa khabar agaknya? Bagaimana anak daramu? Sihat? Masih lantang kau rupanya… Bagus Teruskan usahamu, bang!
Tribute kepada seorang bekas mentor (cum old flame?) (masa kat UiTM dulu)
Dunia Tanpa Emosi Dan Perasaan ?Equilibrium (2002) John Preston : What's the point of your existence? Mary : To feel. 'Cause you've never done it, you can never know it. But it's as vital as breath. And without it, without love, without anger, without sorrow, breath is just a clock... ticking.
Dalam kulit kacang : Dalam dunia futuristik, satu rejim yg kejam telah membuat satu undang2 gila dan absurd, iaitu hapuskan segala bentuk emosi, nescaya, tiada lagi peperangan. Maka, segala jenis mak bapak buku, muzik dan karya seni adalah diharamkan. Manusia dipaksa mengambil sejenis dadah bernama Prozium (Prozac + Valium?) untuk mengelakkan diri drp mempunyai ‘perasaan’, yg mana merupakan satu kesalahan jenayah yg boleh membawa hukuman mati. Bale memegang watak John Preston, seorang ajen kerajaan pangkat tertinggi yang bertanggungjawab memusnahkan sesiapa sahaja yg melanggar perintah tersebut. Namun, pada satu hari, beliau secara tak sengaja terlupa mengambil ubat tersebut, lantas, segala perasaan yg dulu tiada, muncul kembali…
(Apalah makna hidup tanpa kasih sayang...)
Pergh! Walaupun org kata filem ni tiru Matrix (walaupun tak boleh melawan kutipan box-office-nya), tapi aku tabik kat Kurt Wimmer, pengarahnya. Penuh aksi dan emosi from start to finish. Preston mmg terror berlawan, dengan teknik gun kata-nya. Tapi yg kelakarnya, aku terjumpa satu thread di imdb.com ttg siapa yg boleh mengalahkan John Preston dalam satu pertarungan, fuh, mcm2 ada.. antaranya:-
Blade – Tapi bila efek serum dah kurang, lembik jugak..terpaksa mintak tlg kat Whistler. Richard B Riddick – Kalau dalam gelap, mungkin Riddick boleh menang. Luke/ Anakin Skywalker – Boleh baca fikiran org…tapi aku rasa Mace Windu lebih sesuai. Boonting dr filem Ong Bak – Haha, Muay thai-nya mmg terror tapi bolehkah dia menangkis serangan peluru? Neo dr Matrix – Kat dalam Matrix, kau terror la. Cuba kat alam nyata… Zatoichi – Mungkin, kalau cuma gunakan pedang jek.. Dan mcm2 lagi la aku jumpa – Fellowship of the Ring la, Batman la, Gordon Freeman la. Kreatip jugak diorg ni... Tapi pada aku, yg boleh lawan John Preston ni, adalah John Preston juga. Ala.. bayangkan mcm Agent Smith tu la.. Scene kegemaran aku : Sewaktu hujan panas, dan Preston terjaga dr tidur, lantas mengoyakkan lapisan yg menutupi tingkapnya. Sambil 'menikmati' keindahan sesuatu perkara yg kita anggap biasa.. indah sungguh babak tu.
Kisah Si Jerangkung ParanoidThe Machinist (2004) In a nutshell : Arahan Brad Anderson, mengisahkan ttg Trevor Reznik, seorang operator mesin yg dah setahun tak tidur. Beliau menjadi kurus kering dan paranoid, sehingga menyebabkan berlakunya satu kemalangan ngeri di kilang tempat dia bekerja. Trevor mula berhalusinasi. Siapakah gerangannya Ivan yg selalu mengekorinya? Siapa pula yg melekatkan post it notes misteri dalam apartmennya? Semuanya terjawab di akhir filem (aku sungguh2 tak sangka ending-nya. Sangat twisted!)
Aduh, azabnya nak menonton filem ni. Nak jalan pun tak larat, lari apatah lagi. Babak asmaranya, hehe, menggelikan hati! Hmm, things you’d do for the sake of art. Pada aku, babak paling azab ada 2, iaitu semasa Trevor mencuci bilik airnya (dgn berus gigi!) dan notices bleach dah habis, dan satu lagi semasa Trevor cuba meng’eksiden’kan diri dgn berlari ke arah kereta yg sedang bergerak. Aku rasa si Renton mamat Trainspotting tu pun lebih siuman drp Trevor. Sebijik mcm jerangkung ! Apa pun, aku bagi filem ni 7/10.
(Hanya tinggal kulit membaluti tulang...) Khabarnya, Bale cuma makan setin tuna dan sebiji epal sehari demi menurunkan 1/3 berat badannya untuk filem nih. Agak2 berkesan tak kalau aku buat camtuh?
New Mag On Da BlockLunch hour tadi, aku ke kedai majalah yg biasa aku kunjungi (kat depan Giant Sg. Wang). Hehe, free reading, sambil2 menjamu mata kat majalah2 overseas yg aku minat, tapi tak berapa mampu nak beli (Empire, contohnya, aku akan tunggu sampai masuk bargain bin, baru aku beli). Covernya Abg Kelawar kita. Sealed. Takleh tgk contents-nya. Frust gila. FHM baru pun dah kuar (celaka betul, as usual sealed together ngan 100 Sexiest Women 2005), nanti la, dpt gaji aku beli.
Lain2 mag, First magazine, Cinema Online, dua2 pun aku browse utk tgk gambar jek (wah lau eh, First magazine ada free postcards Initial D yg cun!). Galaxie, hmm, BSB on da cover, sooo 6 years ago. Don’t get me wrong. Galaxie merupakan salah satu majalah favorit aku sejak tahun 1993 lagi. (Aku ingat lagi isu yg pertama sekali aku beli covernya River Phoenix, dan harganya masih lagi RM1.50). Sekarang dah naik RM3 (to compensate for better quality paper). Used to buy every friggin’ issue but now, to tell u da truth, aku akan belek2 dulu, dan kalau terjumpa apa2 yg menarik, baru aku beli. Rasa cam tak berbaloi sbb banyak sgt iklan ringtone dan wallpaper.
Anyway, mata aku terpaku jap kat satu majalah baru ni. Keluaran Karangkraf. KLIK namanya. Isu nombor 4 – untuk 15 Julai 2005. Amboi, cepatnya keluar ! Harganya pun masih murah lagi (mungkin untuk tempoh promosi – RM2.50, instead of the usual RM3.90). Tengok covernya pun dah menarik (Abg Bale kita ngan rambut crop-top). THAT alone is a reason to get it. Setelah belek2 skit aku pun belilah. (Haha, dpt jumbo poster free – Batman Begins, boleh la aku tampal kat kubikel aku, letak kat bawah poster SW:ROTS).
(Yg ni isu lepas, aku tak dpt lagi gambar isu ke-4 ni) Mmg menarik! Sarat ngan artikel dan gambar2 movies baru dan lama. Isu ni ada BB, HHGG, filem2 perang terbest, Black Eyed Peas, SOAD, Ahli Fiqr, Rob Thomas, dan mcm2 lagi. Pasal artis2 lain pun ada, tapi aku maleh nak baca. Peraduan pun banyak (isu ni ada 9!). Kertas yg berkualiti (tak hitam jari) dan tak banyak iklan (lagi best!).
Kudos for the KLIK team. Keep up da good work! Aku bagi 8.5/10.
P/S : Sometimes I feel that I’m too old for these kinda stuff… ah but what the heck!
Extreme Entertainment ?JBL, the only reason you were WWE Champion for a year is because Triple H didn’t wanna work Tuesdays Paul Heyman
Hajat aku nak tonton Equilibrium malam tadi terbantut. Instead, aku join my in-laws (together ngan Abah Ikmal), layan ECW (Extreme Championship Wretling) : One Night Stand on VCD. (Kat Astro mungkin ada on PPV, tapi apa nak buat, aku takde Astro). Hehe, actually, seperti biasa, aku pembekal cd2 wrestling utk keluarga, esp. utk Abah (my FIL). Lagipun, aku tak sempat membeli apa2 untuk Hari Bapa Ahad lepas. At least lepas gian juga la. (Sedih. Terasa rindu nak menonton wrestling di rumah bersama ayah dan adik-adik…)
Ini kali pertama aku menonton ECW. Fuh, setelah sekian lama disogokkan dengan wrestling mainstream (Smackdown, RAW dr WWE), ini barulah betul2 big fight! Dengan keganasan tahap maksima, ada sesetengah scene yg aku tak sanggup tengok (especially match The Sandman vs. The Dudley Boys vs. TommyDreamer) Aduh.. siap guna cheese grater tu! (And not to mention chairs, ladders, tables, lighter fluid, kayu dan barbed wire!). Ha, satu kejutan bagi the so-called Crusaders (celebrity wrestlers dr WWE – antaranya JBL dan Kurt Angle yg dtg menonton dr seat atas – dengan entrance yg di boo oleh para penonton).
Komentator One Night Stand ialah Joey Styles dan Mick Foley. Aku rasa, sejak dibelasah oleh The Legend Killer, Randy Orton (dalam satu match berdarah involving belantan berkawat duri dan paku tekan!) Foley lebih sesuai membuat kerja2 luar gelanggang. Haha, aku ingat lagi masa kunjungan beliau ke KL beberapa tahun lepas. Aku siap kuar duit beli poster, dan beratur utk jumpa beliau in person (tapi dgn frustnya, tak dpt sbb org terlampau ramai!).
Banyak nama2 baru yg aku kenali di sini, antaranya SuperCrazy, Mike Awesome, Sabu (bukan Mat Sabu), Little Guido dan The Sandman (entrace themenya lagu Metallica tu, tapi kelakarnya, audience cuma tau sing along part liriknya saja, haha, nasib baik my IL’s kat situ.., kalau tak..). Juga menampilkan muka2 familiar seperti Rob Van Dam, the toothless wonder Chris Benoit, Eddie Guerrero (Viva La Razza, dulu kegemaran aku, tapi sejak bergaduh ngan org kampungnya, Rey Misterio, aku tak suka dah) juga Chris Jericho (yg tampil dgn imej baru – ‘Lionheart Old School’ Jericho).
Paling best – kemunculan Stone Cold Steve Austin di akhir perlawanan. Biasa la, dgn mulut *toot *nya, memberi peluang kpd wrestler2 lain membelasah Eric Bischoff (kau nampak tua la, Bischoff), haha, siap kau dgn 3D dr The Dudley Boys, flying headbutt dr Benoit dan akhir sekali 619 trademark Rey Misterio. Awesome!
Perlawanan berakhir dgn darah meleleh di sana sini… hmm, kalaulah Sam Peckinpah masih hidup, beliau pasti berbangga…
Imobiliti Dalam Erti Kata SebenarAku ada pengakuan nak dibuat. Aku tak boleh drive, Walaupun aku dah ada lesen penuh. Dan tak lupa renew tiap2 tahun. Betul juga kata Arwah Firul, (Tahun ni genap 9 tahun dia meninggalkan aku dan kawan2 lain, al Fatihah) “Doing accounting or maths is just like driving. Or having sex. Practice, practice,practice.” Oh yes, I did take his advice. I did practice my accounts, my maths And the other one, ala, no need la… (I’m a natural ;-)) But still, aku tak practice driving Macam adik2 aku Yang dah mahir parking, naik bukit atau memotong Di jalan2 bandar atau jalan kampung Tapi aku Setakat ni cuma tahu Menghidupkan enjin Proton Wira Abah Ikmal Di waktu pagi sebelum ke pejabat And doomed to take the LRT, bus and monorel For the rest of my life (?) *sigh * Kalau ditakdirkan dunia dipenuhi zombie Macam Dawn of the Dead Atau 28 Days Later Nescaya, akulah orang pertama dijangkiti (sebab aku tak kuat lari) dan mungkin mati dibunuh hero dan heroin kita Sebab dah dijangkiti Dan takde peluang untuk hidup Atau pulih kembali…
Mama Ikmal Demam LagiJumaat malam Sabtu yg indah..sambil2 melipat kain baju yg bertimbun…
Abah Ikmal (AI): U tgk citer apa ni? Mama Ikmal (MI) : The Machinist AI : Pasal apa? MI : Nah, baca ni (sambil menghulurkan sleeve DVD) AI : Ala, malas la nak baca. Citer pasal apa ni? MI : (Dgn gaya Napoleon Dynamite sambil mata masih terpaku kat TV) Ala.. citer pasal org ni, dia hallucinate sbb dah setahun tak tido. Ala.. ni Christian Bale berlakon la… AI : Sapa pulak ni? MI : Ala.. Batman yg baru tu.. AI malas nak tanya lagi sbb MI malas nak explain, dan sama2 tgk filem tu sampai habis…
Pagi Sabtu yg permai.. (haha, Ikmal bangun lambat, jadi TV aku conquer…)
(provider of a visual orgasm...) AI : Citer apa pulak ni? MI : Reign of Fire AI : Eh, kan dah tgk dulu ni? Saper berlakon? MI : Ala.. Matthew MacCoughnauhey, Christian Bale… AI : Christian Bale lagi? U ni, dulu Kurt Russell, pastuh Clive Owen, Jude Law la, isy, macam2 la u ni MI : Yang, Russell Crowe la. Ala. I demam kejap jek ni, nanti reda la… AI : Ai… (terus gi cium Ikmal yg tengah khusyuk memeluk Pooh-nya)
Hehe, Abah Ikmal, walau beribu jejaka seluloid tampan datang menerpa, kau tetap pojaan hatiku… Luv you, Sayang. Happy Father’s Day.
Abang Kelawar Yang LawaWhy do we fall, sir? So that we might better learn to pick ourselves up. Alfred Pennyworth
Aktiviti biasa lunch hour hari Jumaat. Hari ni tak berapa sibuk. Deadline pun dah lepas, kerja tak berapa banyak. Jadi dengan selambanya aku menuju ke tempat biasa, dan terus mendapatkan tiket untuk seorang bagi filem Batman Begins.
*** AWAS BAHAYA SPOILER ***
Ahh.. dengan sentuhan Christopher Nolan (pengarah filem Memento), sememangnya aku berharap agar dapat menonton suatu kelainan berbanding filem2 Batman terdahulu, arahan Joel Schumaker dan Tim Burton. Batman – paling best setakat ini. Batman Returns – agak best, tapi still tak boleh lawan yang pertama. Batman Forever dan Batman & Robin – mungkin masa first time tonton aku akan kata BESTNYA!! (mcm biasa, Hey, aku masih mentah masa tu…), tapi beberapa tahun kemudian, aku bagi kedua-duanya two thumbs down. Crap to the bone.
Dengan filem ke lima ini, En Nolan, memberi gambaran bagaimana Bruce Wayne mula2 menjadi Batman. Bagaimana ibu dan bapanya dibunuh di depan matanya. Dan latihan2 yang dilalui di puncak gunung yg sejuk sehingga dapat bergantung kepada kebolehan sendiri, tanpa apa2 super power mcm X-Men, Fantastic Four atau Superman. Oh ya, juga diceritakan bagaimana terciptanya Bat Suit yg seksi tu (versi ni, tanpa nipple, prototaipnya amat berat – hah, scene yg kelakar!), pembinaan Bat Cave dan Bat Mobile versi pertama yg iras2 mcm kereta kebal.
(Abg kelawar yang kaya dan kacak) Juga, terima kasih kepada Christian Bale, sekarang takhta Batman terbaik bagi aku yg dulunya disandang oleh Michael Keaton, kini bertukar tangan. Bale , sebagai Bruce Wayne, merupakan epitome terbaik bagi watak ini– seorang anak yang dihantui oleh kisah2 silam, yang memendam perasaan marah dan dendamnya – just like in the comic books. Lebih kepada seorang manusia, dan bukan seorang ikon yg kekartunan.
Tidak menjemukan. In fact, aku dah nak terkucil pada masa suku terakhir filem ni, tapi aku tak tergamak nak tinggalkan tempat duduk (Note to self – Jgn makan kacang, nanti terminum air banyak sangat). It’s full-blown action from start to finish. Tak banyak hanky pankies, mungkin juga aku aku sudah mesmerized dengan Bale-man. Aku tak nak reveal lebih2, kerana endingnya agak twisted, terutama berkenaan watak Ras Al Ghul (mentor atau musuh ketat Bruce Wayne?).
(Doktor jahat orang-orangan) Aweks Batman kali ni? Katie Holmes. Aku rasa mcm kurang sesuai wataknya sebagai Rachel Dawes. Seperti juga Natalie Portman yg memegang watak stripper dalam Closer, aku rasa mereka nampak terlalu muda untuk watak2 matang (Rachel ialah seorang Asst. DA dalam BB). Nothing but eye-candy for the guys, maybe. Haha, for all the gals, you can salivate over the gorgeous Bale-man (shirt or no shirt on – both work wonders) dan juga Cillian Murphy (Hey, aku dah nampak ‘adikmu’ yang terlentok dalam 28 Days Later!!) yang memegang watak villain kedua dalam BB – Dr Jonathan Crane a.k.a Scarecrow. Ya, Gary Oldman pun ada juga, dan kali ni, beliau memegang watak surprise, surprise …polis baik!
Dengan bangganya aku bagi 10/10. Kemungkinan ‘demam’ Batman aku akan lebih lama dari demam Sith (tak sampai seminggu!).
Further watching this weekend : The Machinist (for Bale-man. Macam mana wataknya Trevor Reznik yg kurus kering berbanding buffed-up Bruce Wayne); Memento & Insomnia (arahan En. Nolan).
Boulevard of LonelinessHari ni aku lihat matanya bengkak lagi. Sembab. Walaupun di sebalik cermin mata tanpa bingkainya yang tebal tu. Dia senyum sambil mengucapkan salam. Aku senyum balik dan jawab salamnya. Tak berani bertanyakan kenapa. Ada masalah di rumah ke? Atau di pejabat. Aku tak mahu mengagak.
Aku seakan tahu dia sedang berperang dengan perasaan. Sedih. Marah. Sesekali aku mendengar dia tersedu atau menyedut hingus. Dia pandai cover line. Bila aku tanya, selsema katanya. Aku iyakan aje.
Aku tahu, kesunyian boleh mengubah seseorang. You can be surrounded by hundreds of people, and yet, you can feel lonely. Very lonely. Tanpa teman untuk berbicara. Tanpa telinga yang sudi mendengar atau berkongsi kesedihan atau kegembiraan. Aku kenal sangat perwatakannya yang ceria itu. Sentiasa bubbly, ada saja topik2 yang nak dibincangkan. Lawaknya pun, walaupun selamba, tapi bisa membuatkan aku terkekek-kekek geli hati. Tapi kini, aku lihat dirinya macam kurang ceria. Waktu rehat pun dia tak turun untuk makan atau sekadar berjalan-jalan. Asyik terperap di meja. Mengadap PC-nya tanpa jemu.
Aku tak tahu sampai bila dia akan terus begini. Mencurahkan perasaan kepada PC. Yang tentunya tak tahu membalas balik. Atau memberikan pendapat. Atau sekadar menghulurkan tisu mengelap air matanya yang terkadang berlinang itu…
“Aku sukakan kesunyian, tapi aku mahukan teman dalam kesunyian itu…”
Women 101 , Tutorial Ver. 2.0Aku terima 30 perkara ni via e-mail tadi, thanks K. Atie ! Sekadar berkongsi, dengan sedikit perencah ehsan dari Mama Ikmal… (maknanya, kalau takde perencah tu, aku ye kan jelah).
No. 1 Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. No. 2 Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. No. 3 Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab tu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). No. 4 Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. No. 5 Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! (Oh yes !) No. 6 Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. No. 7 Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. (Betul tu. Hell hath no fury like a woman scorned!) No.8 Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. No.9 Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. (Blogging bagi Mama Ikmal). No. 10 Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. No. 11 Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. No. 12 Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. (Been there, done that !) No. 13 Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. (Remember that, Fahrin Ahmad & Jehan Miskin! Heheh..;-)) No. 14 Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. No. 15 Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. (Cuba lagi lain tahun, ye). No.16Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. No. 17Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! (Don’t make as ASS out of U and ME, get it?) No.18 Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. No.19 Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. (Will not work for Mama Ikmal) Aku boleh dengar para Pembaca berkata : Hey, memikat hati seorang GADIS la…) No.20 Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. (Tak pernah sekelas dgn buah hati). No.21 Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! (True to a certain extent…) No.22 Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. No.23 Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. No.24 Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. (Never, never do this.) No.25 Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. (Dan tanpa gangguan orang ketiga, walaupun keluarga sendiri). No.26 Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati. No.27 Senjata wanita adalah airmata!! (Dan juga blog !!!) No.28 Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. (Duh, Mama tak suka bunga, jewelries atau kad. Bagi jek RM50, Mama nak pi shopping DVD atau buku.) No.29 Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... No.30 Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. (Dan kata-katanya diikuti tanpa sebarang bantahan… hehehhh gurau jek...).
Mancis Yang Patut Pulang Ke KotaknyaTeruja dengan lagu catchy terbarunya, Lonely No More, aku terus mendapatkan album solo Rob Thomas – Something To Be. Harapan aku ialah Rob dapat mengulang kembali kegemilangannya ketika membuat koloborasi dgn Santana utk album Supernatural dulu.
RT merupakan salah seorang vokalis yg aku sgt2 gemar, jadi aku berpendapat, mungkin tanpa mancis2 yg lain, beliau mungkin boleh popular sebagai artis solo. Sayangnya, selain LNM, aku tak jumpa lagu2 lain yang boleh memikat telinga ni, walaupun setelah 2-3 kali mengulang dengar. Ah, aku simpan Something To Be, dan pasang balik ‘more than you think you are’. At least ada lagu favorit aku – Unwell. (‘Aku bukan gila, aku cuma tak berapa sihat..).
(Rob dengan gaya favourite aku) Satu lagi yang aku bengang, ialah imej terbarunya, yang ala-ala gay boy gitu. OMG! What’s wrong with that old hair? That old image yg aku suka tu? Mengeluh panjang aku tengok sleeve album tu. Whoever your new stylist is Rob, I wanna kill him (or her!).
2 sen on matchbox 20 :- Favourite MB20 songs – Bent, Push, Unwell Lain2 vokalis seksi bersuara seksi kegemaran aku selain RT :Adam Levine (Maroon 5, ditambah dgn video klip yg juga seksi…), Scott Stapp (Lifehouse – suara mengancam walaupun lagu2-nya ada yg kurang menyengat. Aku suka Sick Cycle Carousel), Chris Cornell (ex-frontman SoundGarden, sekarang ngan Audioslave, aku lebih suka lagu2 lama beliau – Fell On Black Days, Black Hole Sun) and also Eddie Vedder of Pearl Jam (evergreen favourite – Go, Hail Hail, Once, rearviewmirror..Black.., Jeremy.. ah mana dia CD aku tu…).
Dunia Dari Perspektif Wes AndersonWes Anderson merupakan salah seorang film-maker kegemaran aku (juga kegemaran Martin Scorcese !), walaupun baru come out dengan 4 filem sejak filem pendek pertamanya iaitu BottleRocket pada tahun 1996. Mungkin tak ramai yang meminati stail beliau, tapi aku gemar stailnya yang sukakan details, selain filem2 yang begitu bersahaja (mostly dark comedies). Walau berapa kali aku tonton filem2nya, pasti aku akan bertemu sesuatu yang baru, sama ada dari segi dialog, set atau pada karakter2-nya. With the exception of Rushmore (yang belum aku tonton lagi), aku rasa macam ada satu persamaan antara filem2 beliau yang aku dah tonton, iaitu The Royal Tenenbaums (2001) dan Life Aquatic with Steve Zissou (2004), antaranya:-
Bertemakan kekeluargaan dan persahabatan
In a nutshell, TRT berkisar tentang Royal Tenenbaum, seorang bapa yang tidak bertanggungjawab ke atas isteri dan anak-anaknya yang genius sehinggalah pada suatu hari beliau ingin sekali menyatukan semula keluarganya. Setelah 20 tahun, mungkinkah beliau terlambat, memandangkan isterinya, Etheline bakal berkahwin lain, dan anak2 geniusnya, iaitu Chas, Richie dan Margot, semuanya berada dalam keadaan yang serba tak kena (Chas – yang kematian isteri dalam satu plane crash menjadi sangat2 protective ke atas dua anaknya- Ari dan Uzi, Richie – bekas pemain tennis handalan yang mengalami nervous breakdown dan kini hidup di atas kapal dan Margot, the depressed playwriter yg dah lama tak menulis.)
On the other hand, LAwSZ pula mengisahkan ttg pengembaraan Steve Zissou (Bill Murray) dalam mencari ikan jerung mistik (‘jaguar shark’) yg membunuh rakan baiknya, Esteban. Pengembaraan di atas kapal Belafonte (diambil dari angle yg sungguh kreatif) disertai oleh his long lost son, seorang jurnalis yg mengandung, beberapa intern yang tak dibayar, kru-kru kapalnya yg setia serta rival-nya dalam bidang akuatik, Hennessy.
Semangat Muhibbah versi Amerika ? Selain line-up pelakon2 handalan, karakter2 dalam TRT dan LAwSZ terdiri drp pelbagai bangsa dan nasionaliti. Aku tak berapa perasan watak2 lain dlm TRT selain Pagoda dan watak Danny Glover yang memegang watak si akauntan, bakal suami Etheline yg iras2 mcm Kofi Annan, tapi dalam LAwSZ, ramainya! Kita ada Wolodorfsky, Klaus, Bobby Ogata serta intern2 yg kelakar, dan tak lupa lanun2 dr Filipina! Agak tak lojik, tapi itulah stail beliau.
Dunia penuh warna-warni Lihat saja pakaian sukan merah Chas Tenenbaum dan anak-anaknya, serta uniform Team Zissou (warna biru muda, dengan tutup kepala merah). Beautiful.
Wanita-wanita Wes Gloomy, moody dan agak stoned, itu yang boleh aku describe watak wanita KEDUA bagi filem2 ini. Untuk TRT, kita ada Margot Tenenbaum (Gwyneth Paltrow dalam attire Lacoste-wonderful!), bekas child prodigy yang kini menghabiskan masa menonton TV dalam tub mandi sambil merokok dan LAwSZ menampilkan Cate Blanchett sebagai Jane Winslett-Richardson, si jurnalis yang sedang mencari bapa anak yang dikandungnya. Persamaannya? Masing2 dicintai oleh Bill Murray (yang memegang watak Raleigh St Clare, suami Margot dan SteveZ). Lagi satu persamaan ? Haha, masing-masing ditiduri oleh Owen Wilson (yang memegang watak Eli Cash dalam TRT dan Ned Plimpton, anak SteveZ yang tak pernah berjumpa bapanya). Watak wanita utama? Pastinya Angelica Huston, pelakon yang sering memegang watak cool dan misterius (Morticia Addams!!).
Sentuhan muzik Mark Mothersbaugh Muzik latar yang indah dan ‘haunting’, drp remake Hey Jude yang menjadi muzik latar TRT hinggalah ke piped-in music pada helmet aqua suit biru SteveZ, (sangat catchy!) memberikan setting kepada filem2 ni. Pada aku Mark Mothersbaugh telah memberi gambaran keseluruhan filem ini sepertimana Paul Westerberg memberi nafas kepada filem ‘Singles’. Brilliant.
Untuk TRT, aku bagi 8/10, sementara 7.5/10 untuk LAwSZ.
Ikmal, Mana Adik ?Ainun, Fazlin, Spiral, Faiz & Nina, Rose & Azrul dah ada dua. Ika, K. Intan, K. Marisah, Nafisah, Watt dan K. Liza cuma menunggu hari…
Soalan cepumas yg biasa aku terima – Bila Ikmal nak dapat adik? Leceh betul. Aku sebenarnya amat boring dgn soalan2 cepumas yg tak pernah surut. Ada saja ideanya:
Masa belum kawin – Bila nak kawin ? Masa dah kawin – Bila nak dapat anak? Masa dah dapat anak No. 1 – Bila nak dapat No. 2 ? Masa dah dapat anak No. 2 – Bila nak dapat No. 3 ? ……..No. 17 - ……..No. 18 ? Nasib baik tak pernah ada org tanya – Bila nak mati ?
To tell u the truth, being pregnant is no bed of roses. Biasanya kau akan mengalami perkara2 ini..
(Intel(ligent being) inside) Morning sickness yang tak mengira masa, hari dan tempat; Stretch marks yang mengalahkan Stripes, si kuda belang yang suka berlumba; Perasaan sangat2 gemuk; Takleh tidur menelentang; Cepat letih, dan selalunya (masih) tak dapat tempat duduk dalam tren; Kaki, tangan dan apa2 yg patut membengkak; Berat badan naik dekat nak 17 kgs, ditambah dengan selera makan tahap dewa; Tak boleh pakai jeans atau t-shirt2 merapu; Tak boleh dengar Linkin Park, Eminem (Cleaning Out My Closet?*shudder*) dan sekutu-sekutunya; Tak boleh menonton filem2 18SG, 18PL atau 18SX; Kena kurangkan mencarut atau perkataan2 yg kurang sedap didengar; Kena kontrol temper; Dan seribu satu macam benda lagi SELEPAS melahirkan…
Tapi mengapa aku kepingin sangat saat-saat indah itu…?
Aku turut tumpang gembira dengan semua kengkawan yang ‘berjaya’ menambahkan umat. Sebenarnya, bukan aku tak mahu, tapi Abah Ikmal kata ‘Belum masanya lagi’. Insya Allah, bila tiba masanya nanti, akan aku war-warkan di sini.
Mungkinkah kehadiran seorang adik akan menjinakkan Ikmal? Atau semakin menjadi-jadi? Entahlah. Aku pun tak tau…
Kisah Lara Lima DaraPertama sekali, ini bukan pos mengenai the Spice Girls. Terus terang aku katakan, aku tak pernah rasa sebegini depressed dan down selepas menonton satu-satu filem atau membaca sesebuah buku. Namun, The Virgin Suicides, karya sulung Jeffrey Eugenides ini membuatkan aku temenung seketika. Bagaimana agaknya jika aku dikurniakan dengan anak perempuan, instead of Ikmal? Bagaimana jika Allah kurniakan aku 5 orang anak gadis, seorang setiap tahun? Mampukan aku menjaga, mendidik mereka menjadi wanita-wanita yang berjaya? Mungkin ada betulnya pepatah Melayu yang mengatakan – menjaga lembu sekandang lebih senang daripada menjaga anak dara seorang.
Buku ini telah difilemkan pada tahun 1999, hasil tulisan dan arahan sulung Sofia Coppola. Mengisahkan tentang kehidupan 4 anak dara En. Ronald Lisbon (seorang guru sekolah) iaitu Therese (17 tahun), Mary (16), Bonnie (15) dan Lux (14), setelah adik bongsu mereka, Cecilia (13), membunuh diri. Diceritakan oleh suara ‘si muka ngantuk’ Giovanni Ribisi,ia mengimbau kembali peristiwa 25 tahun lalu, daripada perspektif sekumpulan remaja lelaki (yang kini telah dewasa) yang tinggal berhampiran rumah mereka.
(Saat-saat indah ketika bersama)
Mama Ikmal suka babak : Riak wajah En Lisbon ketika menemani anak-anak gadisnya ke majlis tari menari. Sebagai seorang suami, beliau agak terikat dengan isterinya yang domineering dan konservatif (lakonan berkesan Kathleen Turner) tetapi sebagai bapa, beliau juga mahukan anak-anak daranya menikmati hidup sebagai remaja (Amerika) yang normal. Juga babak di mana Puan Lisbon membakar satu demi satu album-album rock (piring hitam) kepunyaan Lux (Kirsten Dunst), ah, sungguh menyayat hati melihat Lux meminta belas ibunya agar tidak membakar album-album kegemarannya.
(Hanya menunggu masa untuk kesudahan yang menyedihkan...)
Deep inside, aku seperti dapat membaca perasaan dan fikiran En. Lisbon. Beliau kelihatan begitu kepingin untuk mempunyai seorang anak lelaki yang boleh berkongsi minat dengannya. Ini amat ketara ketika parti Cecilia, di mana En Lisbon ingin berkongsi cerita ttg sesuatu dengan tetamu2 budak lelaki kengkawan anaknya (pasal kapal terbang agaknya), tapi ditinggalkan oleh mereka. Ayah aku juga seorang bekas guru sains, dan beliau mempunyai kaedah tersendiri mengajar anak2 muridnya. Alhamdulillah, minat beliau juga dikongsi bersama anak perempuan sulungnya ini.
Untuk filem yang begitu ‘indah dan cantik’ ni, aku bagi 8/10.
For That Man In Your LifeSome quotes for Fathers day...
A truly rich man is one whose children run into his arms when his hands are empty. ~Author Unknown
It is much easier to become a father than to be one. ~Kent Nerburn, Letters to My Son: Reflections on Becoming a Man, 1994
Old as she was, she still missed her daddy sometimes. ~Gloria Naylor
The most important thing a father can do for his children is to love their mother. ~Theodore Hesburgh
(Aku suka sgt gambar ni - Clive Owen ngan baby boy dalam Filem Chancer. Thank you Leyla for compiling such beautiful photos of Clive at http://secondsight.sirfrancis.org/ ) There's something like a line of gold thread running through a man's words when he talks to his daughter, and gradually over the years it gets to be long enough for you to pick up in your hands and weave into a cloth that feels like love itself. ~John Gregory Brown, Decorations in a Ruined Cemetery, 1994
There's one sad truth in life I've found While journeying east and west The only folks we really wound Are those we love the best.
We flatter those we scarcely know, We please the fleeting guest, And deal full many a thoughtless blow To those who love us best. ~Ella Wheeler Wilcox
Dah Besar Nanti Adik Nak Jadi Apa?Forget Donald Trump’s Apprentice, these are my top 5 dream job of a lifetime…
1. Photographer for National Geographic magazine 2. Furniture designer for Ikea 3. World- renowned Pathologist (cita-cita asal aku) 4. Extra untuk filem LOTR (too tall to be a hobbit, too short to be an elf, aku nak jadi Ketua Orc, yeah !), StarWars (Storm Trooper) atau filem2 Tarantino (jadi orang melintas pun cukup la…) – yg ni kerja part time la…and finally... 5. Somebody yang boleh inspire others, like Kamal Affandi, or Norlina Alawi (I’ve met this wonderful lady, and God knows how I wished I were as brave, gutsy and determined like her…)
Thank You Allah For My FatherBuat Ayah, sempena Hari Bapa..
Terima kasih Ayah Sebab tak bagi Along keluar malam; Walau sekadar melepak dengan kengkawan, Walaupun Along memberontak; (sebab kalau adik-adik lelaki Ayah tak kisah sangat) Kalau tidak, Along takkan jadi camni hari ni.; Mungkin Along jadi kupu-kupu malam. Atau dilanggar kereta semasa balik dr maplay pukul 2 pagi.
Terima kasih Ayah Sebab selalu rezabkan buah durian; Atau kuini atau rambutan; Yang sedap-sedap je; (Sementara yg tak berapa elok Ayah makan) Kekadang sampai busuk; Sebab Along atau adik-adik lain tak jadi balik minggu ni.
Terima kasih Ayah Sebab tak bagi Along ada boyfriend sampai habis belajar; Hingga Along terpaksa lupakan F, I, R, dan yang lain-lain tu; Kerana kalau tidak; CGPA akan terus menjunam; Mungkin Along akan kecewa, Merana atau gila; Bila mereka semua akhirnya berkahwin dengan orang lain.
Terima kasih Ayah Sebab pergi ke pasar seawal 7 pagi; (Sebab takut ikan habis; Atau jalan raya sesak dan takde parking); Untuk carikan ikan pari atau siput sedut; Atau meminta Mak masakkan beef-steak; Bila Along cakap nak balik minggu ni. Walaupun selepas kahwin dan dah ada Ikmal.
Terima kasih Ayah Sebab tak bagi Along apply scholarship atau PTPTN ‘Biar ayah yang bagi duit tiap-tiap bulan’ Dengan RM400 sebulan semasa Degree Along hidup ala kadar Bayar sewa rumah, duit buku, fotostat, makan, minum Tidak semewah budak-budak lain; Kalau tidak, Tentunya gaji Along kena potong sekarang.
Terima kasih Ayah For making me the person I am today.
(I cried as I typed this. Haven’t been home in two-three months now, and am missing my parents like crazy…Abah Ikmal, jom la kita balik…)
Kisah Ngeri Dalam LRT
Rasanya mcm baru semlm aku kata - IT’S IMPOLITE TO STARE. Hari ni aku tarik balik.
Semuanya gara2 sorang Amoi dalam LRT minggu lepas.
Seperti biasa, aku pulang ke rumah dengan STAR LRT. Dari stesen Hang Tuah. Memang sesak gila. Di tambah dengan budak2 sekolah yang berbau hangit. Aku faham. Aku pun kenal deodoran masa kat ITM dulu.
Oleh kerana terlalu sesak, aku tak dapat duduk. Macam biasa. Satu perkara yang aku tak suka pasal LRT ialah keengganan penumpang2 memenuhi ruang tengah. Semuanya suka berdiri depan pintu. Macam ulat tahi. Aku tak tau la kalau ulat tahi suka berkumpul depan pintu. Cuma itu istilah dari mak aku. Contohnya, untuk pemain2 bola sepak yang suka berkumpul di satu sudut. Sementara bola yang dikejar ada di sudut lain. Memang menyakitkan hati.
Dipendekkan cerita, aku berdiri depan sorang Amoi ni. Dalam lingkungan lewat 30-an. Untungnya dia, dapat tempat duduk. Mukanya stoned. Apa yang membuat aku merenung? Sudah tentu jari jemarinya. Tangannya kering. Menggelupas, Dan dengan kuku2-nya yg panjang, dia mengupas dengan selamba. Dia tidak seperti Goldmember, yang menjilat dan menyimpan kulit2-nya dalam bekas khas sebagai koleksi. Dia biarkan sahaja melayang-layang. Terkena kain baju kurungku. Dan sesetengah lagi di atas kasut Boniaku. Alamak…geli siottt.
One word, my dear. Lotion. Kalau tak efektif juga, cuba gunakan krim untuk kulit kering. Jika terdapat tanda2 berlarutan, jumpalah doktor. It’s that simple.
Oh My Gard !Yang mana satu ya? A slightly taller, sexier version of Sean Astin.
The flavour of the moment for Mama Ikmal is Peter Sarsgaard. As usual, Mama akan try cari seberapa banyak filem lakonan beliau dan akan compare-kan performance from movie to movie. And, I gotta tell u, he’s going from strength to strength. So far, kalau nak tgk his outstanding performance, watch the following:
Garden State (2004) Mengisahkan kepulangan seorang pelakon yang kurang berjaya, Andrew ‘Large’ Largeman (Zach Braff) ke kampung halaman, setelah kematian ibunya. Peter memegang watak Mark, si penggali kubur, rakan lama Large. Aku lebih suka watak Mark yang selamba lebih daripada couple utama filem ni, Large dan Sam (lakonan kiut Natalie Portman). Arahan, tulisan dan lakonan layar perak sulung bagi Zach Braff, inilah filem rom-com terbest untuk tahun 2004. Sweet ! Quote best : ‘Don’t tease me about my hobbies. I don’t tease you about being an a$$hole’.- Mark to Large. Shattered Glass (2003) Berdasarkan kisah benar tentang Stephen Glass, jurnalis kontroversi The New Republic, majalah yang digelar sebagai bacaan rasmi Air Force One. Stephen dikatakan telah menipu sumber-sumber dalam hampir kesemua artikel tulisannya. Peter memegang watak sebagai Chuck Lane, editor baru New Republic yang dalam dilema tentang masa depan majalah itu, dan juga masa depan Glass, penulis muda yang berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi. Niat aku sebenarnya nak tengok si Hayden Christensen yang memegang watak Stephen Glass (ceh, watak yg mengada2 dan kememe/ chengeng, you gotta see it to believe it!). Tapi perhatian aku tertarik pada Chuck Lane. Lakonan beliau sangat berkesan. Aku gemar cara beliau bermain dgn ekspresi; kita jadi kesian dengan wataknya. Babak best : Masa Chuck gaduh ngan watak Chloe Sevigny, just before the rest of the staffs at the New Republic tau yang diorang selama ni ditipu oleh Glass yang bermulut manis.
Dah tengok : Empire Akan/ Nak tengok balik : The Man In The Iron Mask, Kinsey, K-19: the Widowmaker, Boys Don’t Cry dan Dead Man Walking.
Quotable quotes "I just pick the best roles that are left over, and they usually aren't the heterosexual, leading-man, non-drug-addict parts. And once you get into doing them, people know you do them." On his wide range of offbeat parts.
There's A Grey Matter Inside Ur Head. Use It !!Aku terlupa bawa hp semalam. Leceh juga. Manalah tau, semenjak dua menjak jadi selebriti instan, ada je yang menjejak kasih, bertanya khabar atau mengucapkan tahniah. Terima kasih aku ucapkan.
Sampai ke rumah, aku tengok, ada 3 missed call dan 3 sms. Sebenarnya satu mesej aje, tapi disebabkan aku masih menggunakan handphone 3210 zaman tok nenek tu, jadi 3 sms la. sms tu lebih kurang begini –
ADA 1 CITER.1 HARI SI AYH MEMINTA ANKNYA MEMBASUH KETA, TAPI BILA ANKNYA NAK BASUH, AIR TAK KUAR DR PAIP. SI AYAH TANYA KAT SI EMAK, U DAH BYR TAK BIL AIR BULAN NI. SI EMAK JAWAB DAH SAMBIL TERSEDU2. KE AWK GUNA DUIT BUAT BAYAR DUIT KUTU? NAK TAHU KESUDAHANNYA?
Semuanya dari nombor yang sama. 016-2*****7. Siapa agaknya? Lepas solat maghrib, aku cuba tefon balik, tapi takde orang jawab. Aku sms - Saper ni? Dia pegi hantar balik sms yang mula-mula dihantar tu (dalam 3 sms juga). Woi, bengang la aku camni…
Aku balas balik ngan sms – Saya tak nak tau. Saya cuma nak tau who the f**k r u ? (Ganas bunyinya, heheh, I watched waaayyyy too much Tarantino!). Tiba-tiba phone berbunyi, aku pun angkat la…
Aku : Hello, Assalamualaik.. (belum habis ckp lagi..) Suara perempuan : Hoi, eloknya bahasa. Mak bapak ajar kau camni ke…(lebih kurang begitu bunyinya) (by this time aku tak sempat kata apa2 sebab orang di sana dah letak tefon.)
Alamak. Pucat kejap muka aku. Siapa ni agaknya? Sedara mara aku ke? Atau sedara mara sebelah Abah Ikmal ? No way. Diaorang terlalu ‘educated’ utk menghantar sms2 bodoh camtu. Kengkawan aku ke? Rasanya bukan juga, sbb diaorg kenal aku, dan dah masak sgt dgn perangai brutal aku. Aku phone Abah Ikmal, minta tolong beli prepaid, sbb kredit dah tak cukup. Dan dengan sisa-sisa kredit yang tinggal, aku sms balik ke nombor tersebut, meminta maaf sbb aku tak sengaja, dan menerangkan kenapa aku buat begitu. Aku masih bertanya siapa yang membuat panggilan (via sms), dan jika tiada jawapan, aku anggap dia tersalah nombor. Masih tiada jawapan juga.
Dan setelah me-reload hp, aku call balik nombor tu. Meminta maaf secara personal dan menerangkan apa sebenarnya yang berlaku. Rupa2nya, si pemanggil menggunakan hp kakaknya. Berikut antara perbualan aku ngan kakaknya..
Suara : Ala, biasa la orang muda-muda. Ni budak mana ni ? (Aku dlm hati – Budak? wtf?) Aku : Kak, saya budak KL. Actually, saya bukan budak, kak. Saya ni MAK BUDAK. Saya dah kahwin dan ada anak. Adik akak tu kerja kat mana? Suara : (Cam terperanjat skit) Oh, dia tak kerja lagi. Aku : Ex-student ITM ke? Suara : Bukan, bukan, entah le, dia dah kenyit2 mata kat akak tu ckp jgn bagitau. Aku : (Dlm hati- WTF?! WTF?!) Habis tu, mana dia kenal saya? Mana dia dpt no hp saya ni? Suara : Tak tau la. Takpe lah, nanti akak suruh adik akak settle-kan camne. (Setelah usaha aku gagal mengorek siapa gerangan si bodoh yang menelefon, aku dah ready utk letak hp). Aku : Kak, kalau tak keberatan, boleh saya tau akak call dari mana? Suara : Aaahh (cam fikir kejap), Selangor, aaaa.. Bangi, Bangi, eh eh bukan, haaa Kajang. (Nampak sgt kelentongnya). Aku : Takpelah, Assalamualaikum.
WTF is going on here? Nasib baik Abah Ikmal bukan kaki cemburu, atau kaki pukul isteri. (But still, sebagai suami, dia tak berapa gemar jika aku ber-sms dgn org lain di waktu mlm). Bayangkan jika sms tu sampai ke hp isteri yang suaminya kuat cemburu buta cum bouncer tak bertauliah? Atau ke hp isteri yang mana tangan dan kaki suaminya akan naik jika ada lelaki lain menelefon, hatta kawan sekali pun? Bayangkan juga jika sms tu sampai tatkala pasangan suami-isteri sdg gaduh besar? Bayangkan…
Sekolah Agama = Henry Gurney ?Aku terkedu seketika. Sedih. Marah.
Dalam berita pukul 8 semalam, seorang lagi pelajar sekolah agama (lagi!) dibelasah oleh senior atas nama orientasi. Afiq Qusyairi namanya. Yang sayu sekali, ialah bapanya, yang kelihatan sangat sedih (aku sebenarnya cair dengan benda2 camni, mudah menangis). Kata beliau, sepanjang perjalanan ke HKL, Afiq tak henti2 meminta bapanya supaya jangan menangis. ‘Nanti Afiq manangis sekali’, katanya.
Aku tak tau kenapa perkara-perkara camni selalu terjadi kat sekolah agama. Institusi yang dipandang tinggi kerana bakal melahirkan insan2 kamil yang jika betul bawaannya, bisa berjaya di dunia dan akhirat kelak, Insya Allah. Salah mak bapak ke, yang menganggap sekolah agama sebagai ‘dumping ground’ untuk anak-anak yang bermasalah, dengan harapan ustaz-ustaz di sana mampu mengubah perangai anak-anak yang dah tak boleh dilentur lagi, hatta dengan bambu sebesar ibu jari ? Atau salah cikgu-cikgi yang bermentaliti- ‘Ala..sikit je tu. Zaman kitaorang dulu lagi teruk..’?
Ini cuma segelintir kes yang dilaporkan. Mungkin ada lagi yang senasib dengan Afiq, tapi tidak ditonjolkan dalam media. Entahlah.
Aku pandang Ikmal yang sedang leka menggentel telinga Pooh-nya. Tak sanggup rasanya jika ada orang melakukan sedemikian kepadanya. Aku berdoa, agar dia (dan anak-anak kita semua) dijauhkan daripada dibuli ATAU membuli. Semoga Allah bersama kita…
Hey, Cash Flow Dah Siap?Member2 lama ada juga bertanya , ‘wah Zack, banyaknya masa kau untuk buat benda2 ni? Setau aku, dulu, nak ke toilet pun tak sempat2.’. Heheh itu dulu. Masa kat audit firm dulu. 4 tahun setengah aku mengabdikan diri kat situ, semata-mata nakkan title PA kat hujung nama. Orang lain, 3 tahun dah chow to the greener pastures, tapi disebabkan aku masih belum ketemu pekerjaan yang sesuai, jadi, what the heck, aku teruskan mengaudit. Berbekalkan beg galas dan laptop, kehidupan agak sukar sebab aku takde kenderaan sendiri (walaupun rakan2 yuppies yang lain semuanya bergaya sakan dengan Waja, Ford Lynx atau Kia Spektra).
Alhamdulillah, pengalaman di situ mengajar aku banyak perkara. Antaranya, budaya kerja masyarakat Cina (yg aku masih amalkan sehingga kini), networking, overtime charity (tak berbayar/ takleh claim sebahagian besarnya), KBSM (Kerja berat sampai mati) dan paling berharga, menemukan aku dengan Abah Ikmal, seorang workaholic, sehinggalah kami kawin dan dapat Ikmal.
Ini yang omputeh selalu kata, A Blessing In Disguise…
Lawak Pengantin BaruLawak pukul 12.30, sebelum lunch tgh hari ni...
Seorang gadis kampung yang baru bernikah diajar supaya selalu membahagiakan suami. Pada suatu pagi, ketika mereka sedang berbulan madu, gadis muda itu bangun dari tempat tidur setelah selesai membuat hubungan dengan suaminya, tiba² melepaskan bunyi kentut yang sangat kuat. Dia melihat suaminya dan berkata, "Maaf bang, lubang depan terlalu gembira sehingga lubang belakang ikut bersiul"
¶ 6/01/2005 12:27:00 PM0 comments
The More The Merrier?Aduuuuuhhh…
Lagi banyak blog aku venture, semakin ramai yang aku jumpa. Tak sangka begitu ramai warga blog di Malaysia ni. Lagi ramai aku link-kan, lebih ramai lagi aku jumpa!
Walaupun tak kenal antara satu sama lain, mungkin kita pernah berselisih dalam bas, mungkin sama-sama terhimpit dalam monorel atau mungkin juga, aku pernah terjeling kalian yang merenung aku macam tak pernah nampak orang (STARING IS IMPOLITE!). Aku belum pernah terjumpa sesiapa yang aku kenal on-line, melainkan melalui blog masing-masing, it’s just a matter of time sehingga aku put a face to a blog…
¶ 6/01/2005 12:05:00 PM2 comments
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.
I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :)
I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.