:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Tuesday, June 14, 2005
  Ikmal, Mana Adik ?
Ainun, Fazlin, Spiral, Faiz & Nina, Rose & Azrul dah ada dua.
Ika, K. Intan, K. Marisah, Nafisah, Watt dan K. Liza cuma menunggu hari…

Soalan cepumas yg biasa aku terima – Bila Ikmal nak dapat adik? Leceh betul. Aku sebenarnya amat boring dgn soalan2 cepumas yg tak pernah surut. Ada saja ideanya:

Masa belum kawin – Bila nak kawin ?
Masa dah kawin – Bila nak dapat anak?
Masa dah dapat anak No. 1 – Bila nak dapat No. 2 ?
Masa dah dapat anak No. 2 – Bila nak dapat No. 3 ?
……..No. 17 - ……..No. 18 ?
Nasib baik tak pernah ada org tanya – Bila nak mati ?

To tell u the truth, being pregnant is no bed of roses. Biasanya kau akan mengalami perkara2 ini..
Image hosted by Photobucket.com

(Intel(ligent being) inside)

Morning sickness yang tak mengira masa, hari dan tempat;
Stretch marks yang mengalahkan Stripes, si kuda belang yang suka berlumba;
Perasaan sangat2 gemuk;
Takleh tidur menelentang;
Cepat letih, dan selalunya (masih) tak dapat tempat duduk dalam tren;
Kaki, tangan dan apa2 yg patut membengkak;
Berat badan naik dekat nak 17 kgs, ditambah dengan selera makan tahap dewa;
Tak boleh pakai jeans atau t-shirt2 merapu;
Tak boleh dengar Linkin Park, Eminem (Cleaning Out My Closet? *shudder*) dan sekutu-sekutunya;
Tak boleh menonton filem2 18SG, 18PL atau 18SX;
Kena kurangkan mencarut atau perkataan2 yg kurang sedap didengar;
Kena kontrol temper;
Dan seribu satu macam benda lagi SELEPAS melahirkan…

Tapi mengapa aku kepingin sangat saat-saat indah itu…?

Aku turut tumpang gembira dengan semua kengkawan yang ‘berjaya’ menambahkan umat. Sebenarnya, bukan aku tak mahu, tapi Abah Ikmal kata ‘Belum masanya lagi’. Insya Allah, bila tiba masanya nanti, akan aku war-warkan di sini.

Mungkinkah kehadiran seorang adik akan menjinakkan Ikmal? Atau semakin menjadi-jadi? Entahlah. Aku pun tak tau…

Labels:

 
Comments:
Hmmm..yer la zack, selagi kita idup, macam macam soalan cepu cemas kita dapat, hhmm...tak larat tak larat...rasanya ader tak buku pasal skema jawapan soalan2 cepu cemas...heheh!
 
Ada bukunya smiley, satu jek jawapan dia - *buat bodo* ;-)
 
zack.it goes the same with me.kadang-kadang tu kesian kat wife aku.tensen jek bila org tanya bila nak ada anak?.

paling koman pun,ada yang buat serkap jarang.tanya soalan --- korang planning ker?.

aku jawap : ha'ah plannning.kadang2 buat anak waktu siang.kadang2 tgh hari.kadang2 subuh sepie.hahaha.
 
haha, Ayob, ada baiknya kalau kau tanya diorang balik - 'Serkap jarang tu kau beli kat mana? Golok ke?' hehe.

Mulut org biasa la camtu. Ada je yg serba tak kena. Biar la. Tgk cam aku. Dah ada anak pun org still tanya bila nak dapat satu lagi... tensen tul...

N'way,berusahalah Shin Chan!

PS : Aku dgr si Faiz n Nina 'terlanjur' nak dpt No. 3! Wey, kau boleh jadi Mentor la Faiz. Tunjuk ajarku sifu !!!
 
Wah mama ikmal cerita pasal baby! mengandung dan beranaklah selagi ada kesempatan, selagi ada peluang. mama sri diah ni dah angkat bendera putih, kalau nak ngandung jugak kena buat cutting ribbon ceremony :-)
 
Alamak! Terima kasih, Mama Sri sebab sudi ke sini! Ala.. hajat di hati memang nak lagi, apakan daya kena tunggu lampu hijau dr boss besar dulu...

Mama Sri angkat bendera putih pun takpe, anak2 dah besar...lainlah mcm anak saya ni, baru nak belajar bercakap..
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites