:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Tuesday, October 04, 2005
  Ramadhan Datang Lagi...Bersediakah Kita ?
Selamat Menyambut Ramadhan

Wishing all my Muslim friends - selamat menjalani ibadah puasa..

Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah Ramadhan mengikut adat kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda didalam hadisnya :

"Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya mendapat pahala seratus syahid."

Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah.

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.)
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat. (Biasanya aku buat 8 jek kat rumah – sbb takde org nak jaga Ikmal)
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk. (Ya Allah, please give the strength..)
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur. (Huhu, aku le tu…)
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur. (Satu cabaran utk mengejut Abah Ikmal bangun bersahur)
10.Jangan tidur sesudah sahur. (Insya Allah…)
11. Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12. Tadarus pendek.
13. Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14. Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15. Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16. Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17. Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18. Solat Zuhur berjemaah.
19. Tadarus pendek.
20. Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang. (Duh, beli, beb)
21. Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24. Segera Solat Maghrib di Masjid.
25. Makan malam bersama keluarga.
26. Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan
1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
4. Elakkan daripada makan berlebihan

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN
1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
i. Pastikan Tarawikh terakhir
ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang... Semoga Allah panjangkan umur kita utk dapat menghadapi Ramadhan yg akan datang...

As'kum Geng,
bulan Ramadhan biasanya adalah masa yg paling sibuk buat aku yg bekerja di FRU ni (Financial Reporting Unit, bukan FRU tu), dengan budgetnya, quarterly report and tak lama lagi audit dah nak start. It's the same cycle every year. Dan sempena bulan yg mulia ni, aku kena kurangkan blogging benda2 yg bukan ni. Anyway, sesapa yg ada something new to share, or just wanna keep in touch with me, please do so. My e-mail address is at My Profile. Thanks a lot for being a good, constant reader dan semoga bulan Ramadhan ini memberi keberkatan kepada kita semua... Amin...

Labels:

 
Comments:
Baiikk... ustazah.

Gonna miss u lah this Ramadhan then.

Eh ader maser nanti celah celah ler sekali sekala kat blog ko ni.. cerita pasal jejak rasul ker..

Orait. Selamat Berpuasa.
 
zack,

rerajin, kalau tak blogging tu jenguk2 la blog kengkawan lain ek..

anyway selamat menyambut ramadan, insyaalah aku nak kurangkan berat badan aku bulan puasa ni.. wish me luck.

c'ya.
 
zack,

selamat menyambut ramadhan al-mubarak.

pesan air tebu boleh?

huhuhu
 
Zack,

Selamat menyambut bulan Ramadhan!

:)
 
En Bukan Sepet, aku boleh jadi ustazah kalau aku mahu, kerana aku ada credentials yg berkaitan. Namun, aura aku lebih kepada seorang number cruncher la…

Edd, sudah semestinya…

Ayob, kau berbuka makan sashimi jelah….weh, bila balik Mesia weh ? Org Ulu Banat dah rindu kat kau la…

Scabbers, balik Muar jgn lupa beli pudding jagung ! Bestnyer gi bazaar Ramadhan!!! Aisey, rindu la pulak nak balik…

Semoga ibadah puasa kita semua diterima hendaknya…
 
selamat berpuasa...
jangan lupa masuk jejak rasul.. sape tau muka kita dua plak keluar paper this time..he he..
 
Lin, cukup la muka kau jek dah kuar paper dpt keter bergambar sebelah Cik Siti. Aku tgh tunggu Astro panggil bergambar ngan Mawi pulak, hehehhh....;-)

Barulah WORLD namanya....
 
Hi there Zack...

Just got well from my cough, fever and flu... Agghh!!! Tensen dibuatnya.....

Selamat berpuasa to you and to the rest too... Khamis aku ada interview kat Menara Yayasan Tun Razak lah... kat Prudential.

Eh.. where is your office ek?
 
Maddox: Naper ? Nak blanja aku ice blended coffee ke musim2 Ramadhan nih? hehehhhh.. Office aku dekat ngan pusat2 membeli-belah Sg Wang-Lot 10 dan BB Plaza. Sila stalk kalau nak. btw, take good care of ur health n hoped u aced that interview !

Minah blur - Selamat berpuasa juga! Jgn lupa solat tarawikh !
 
Sambil-sambil buat FRU tu, tambah-tambahlah ISU kat blog ni kalau ada masa lapang @ boring buat keje. Aku pulak kalau bulan posa tak larat nak ke Sg Wang/BB tengahari buta ni. Maybe naik monorail kalau aku rajin. After raya lah start balik beli dvd. Selamat berpuasa Zack.
 
dude, takde masa nak boring punya...Malas or not, i have to drag my sorry a$$ to BB every friggin' day sbb kat sini la aku mencari rezeki yg halal...

Selamat berpuasa mensh.
 
assalamualaikum...
kak zack time kasih sudi jenguk blog saya..
 
Waalaikum salam...
no hal punya... rajin2 la ke sini..
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites