Thursday Thirteen #1
13 perkara tentang Ramadhan Al- Mubarak
1. Tarawikh
Sejak mendirikan rumahtangga, aku tak pernah ada chan pun nak gi terawih di surau, sebab anak aku kecik lagi, dan takde orang nak tengokkan, so kalau rajin aku akan berterawih di rumah. Biasanya aku buat 8 + 3 aje. Jangan lupa juga solat2 sunat yang lain serta solat wajib. (Yang itu no excuse)
2. Iqra’
Kalau bulan2 biasa macam liat aje nak baca Quran, ini la masa yang paling tepat untuk mengembalikan hubungan rapat dengan kitabullah. Daripada baca benda2 merapu seperti majalah atau buku cerita, lebih baik baca Quran dan terjemahannya. Masa terbaik bagi aku ialah lepas solat Maghrib sebelum menunggu waktu Isyak. Itu pun kalau Ikmal tak mengganggu minta itu ini. Tetapi kalau boleh, cuba amalkan selepas setiap solat.
3. Pasar juadah
I have a love hate relationship with pasar juadah ni. Suka sebab boleh beli hidangan2 yang jarang kita jumpa (my faves are siput masak lemak, bubur lambuk, mee yang berkuah mcm mee rebus atau laksa) dan nyampah sebab susah nak parking, sesak sangat dan kekadang masakan tu, macam tangkap muat aje. Kamon la bang, jangan la utamakan keuntungan aje.
4. Sabar
Entah ngapa, tahap kesabaran aku selalu sangat dicabar bila masuk bulan puasa ni. Tren lambat, badan letih, amoi minum ice blended coffee ngan selamba depan aku, Wentworth Miller, semua dugaan rasanya macam berlipat kali ganda setiap kali masuk bulan Ramadhan. Mungkin sebagai tanda agar kita menguatkan lagi tahap kesabaran dan keimanan di bulan yang mulia ini.
5. Sahur
Kalau dulu aku tak kisah, makan roti pun takpe, tapi sejak dah kawin, kenalah masak nasi ngan lauk ygn simple2. Alangkah bestnya kalau ada orang tolong aku siapkan sahur setiap malam…
6. Peak period
Entah mengapa setiap tahun sejak aku mula memasuki alam pekerjaan, setiap kali Ramadhan itu lah masa yang paling sibuk. Masa di audit firm dulu, rasanya setiap kali Ramadhan aku kena bertugas outstation, kejap kat Pahang, kat Kedah, tapi la ni, Alhamdulillah tak seteruk dulu, walaupun deadline tetap ada di hujung2 tahun nih. (i.e. untuk penyediaan bajet/ audit)
7. Lagu Raya
Aku suka dengar lagu2 raya, tapi tidaklah semasa baru dua tiga hari puasa. Tak seswai gitu. Hayati Ramadhan dan amalan2 di dalamnya sebelum bergembira menyambut datangnya Syawal. Insya Allah, raya takkan lari…
8. Kurangkan bercakap
Jika kita masih terlalu banyak bercakap, tendency untuk termengumpat tu memang ada, jadi, kurangkan sedikit berkata2 benda2 yang tak berfaedah, terutamanya mengumpat. Sia2 jek puasa kalau mulut tak habis mengomel dan mengata orang. (Mungkin aku kena minta maaf dengan Ina lepas nih…)
9. Banyakkanlah bersedekah
Teringat aku kat satu email ni…
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya: "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol, tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ". Moral of the story : Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat masjid. Or surau, tambah la sikit, insya Allah, berpanjangan...
10. Berbuka puasa tak bermakna buka semua!
Rasa mcm nak telefon aje 8tv dan sound skit hos baru Quickie tu.
Camni citernya:
Rina Omar memberitahu rancangan seterusnya pada malam itu ialah Baywatch, tapi tak sesuai ditonton bagi mereka yang berpuasa (or Muslim in general ?), tapi si budak baru yang ganti Adam tu kata – “Takpe what. Kan dah berbuka ?” WTF? (Ya Allah, there goes my puasa point). Adakah ini bermakna, lepas berbuka kita bebas melakukan apa saja? Tak betul tu…
11. Membazir itu saudara syaitan
Dengan keadaan ekonomi sekarang ni yang mana harga minyak naik, ayam naik, sayur naik, blood pressure naik kecuali gaji aje yang tak naik2, ada baiknya kita berjimat dalam berbelanja. Jangan boros, dan bersederhanalah dalam segala perbelanjaan. Terutama dalam pembelian juadah berbuka puasa. Masa puasa, semuanya nampak enak2 belaka, boleh beli, apa salahnya, tapi belilah dengan berpada2.
12. Mangsa mercun
Setiap tahun mesti ada. Tanpa gagal. Apa nak jadi dengan anak2 Melayu kita nih? Parents, tengok2 sikit apa anak2 anda buat di waktu malam.
13. Post Ramadhan attitude change
Harap2 amalan yang selalu diamalkan dalam bulan Ramadhan akan berterusan hingga Ramadhan yang akan datang. Begitu juga perubahan dari segi tingkah laku, percakapan, akhlak dan sebagainya. Mohon kepada Allah agar kita dapat fully utilize Ramadhan kali ini dan ditemukan dengan Ramadhan yang akan datang in one piece, untuk meneruskan sisa2 hidup di dunia yang sementara ni.Labels: Meme, Renungan, Thursday Thirteen