Salam Semua!
Sebenarnya aku masih lagi rasa malas nak continue. Banyak perkara yg sedih terjadi dalam dunia ni, terutama di Timur Tengah, dan aku harap kita sama2 dapat berdoa demi keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia. Terutama di Lebanon. Rasa terpanggil untuk berkongsi e-mail tentang Surah Al-Fil ni.
Alhamdulillah, kita jauh dari peperangan yang melanda di Asia Barat. Tetapi, hati meronta-ronta mengenangkan saudara-saudara kita di sana. Mungkin ada yang berkata "Kalau lah aku ada sebuah jet pejuang, akan ku bedil kafirun Yahudi". Mungkin ada yang berkata "Kalaulah aku ada magik, akan ku hapuskan rejim zionis satu persatu" Dan bermacam-macam lagi, ramai yang mengharapkan kemenangan Islam.
RAHSIA MUKJIZAT AL QURAN
Mari kita bertafakur, Dengan penuh keyakinan, fahami terjemahan dan maksud surah Al-Fil. Bacakan surah tersebut dibibir dengan hati mengingati peristiwa kehancuran tentera bergajah.
KEMUDIAN BERDOALAH BEGINI
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah, turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Lubnan, hancurkanlah rejim zionis, amin...." (kemudian dibaca surah Al Fil sambil membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dihancurkan dengan Izin Allah).
That is at least what we can do.
Kat Malaysia pun tak kurang kerenahnya. Kumpulan Artikel 11 (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa kurang 5 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak.Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (013-3998718) untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini. Apa bahayanya...?
Semua anak-anak selepas berumur 18 tahun bebas menukar agama, keluar masuk mana-mana agama macam masuk panggung wayang. Mereka punyai hak untuk menukar perkataan agama di kad pengenalan, cuma mengisi borang di kaunter saja. Kalau sekarang, mereka yang mahu menukar agama, (menjadi murtad) perlu memohon di jabatan Agama atau pihak berwajib. Diproses, kemudian dikaunselling untuk beberapa tempoh oleh beberapa siri ustaz-ustaz yang berwibawa untuk menyelamatkan akidah orang-orang yang terkeliru ini.. Namun jika sekiranya kumpulan Artikel 11 atau IFC ini menang tiada lagi benteng rasmi terakhir kita.. Cuma itu yang kita ada sekarang.
Lahirlah keluarga -keluarga yang mempunyai pelbagai anutan dalamnya. Seperti di Jogjakarta, hari ini semua Islam, esok ayah dan anak Hindu, lusa emak Kristian. Kubur boleh campur sebab dah tak ada pemisahan akidah yang sahih, itulah pengalaman kami di sana tempohari.
Banyak lagi hak-hak orang Islam yang tercabar dan akan di batalkan.
Apabila Rasulullah s.a.w. membawa risalah Islam, dan telah jelas pemisahan antara kebenaran dengan kebatilan, maka kebenaran itu perlu dipertahankan, perlu dibela dengan sebaik-baiknya. Bagi muslim, Islam adalah satu sistem yang datang untuk kesejahteraan semua manusia, malah seluruh alam.. tak kiralah samada untuk Muslim atau bukan Muslim.
Islam tidak membenarkan umatnya didakwah atau diajak oleh orang bukan Islam atau orang kafir adalah kerana tidak mahu kita jatuh semula dalam kebatilan dan kesalahan. Di sinilah ada undang-undang untuk menjaga kebenaran itu.
Islam sayang kepada mereka yang beriman, menjaga mereka, sebab kebenaran adalah sesuatu yang perlu dijaga.
Bagi mereka yang sudah mendapat kebenaran dan cahaya yakni beriman, kemudian menolaknya, mengambil yang batil, mereka ini setelah dinasihati tapi terus mengkhianati kebenaran tersebut yakni Islam, maka wajarlah mereka dikategorikan sebagai pengkhianat. Dan pengkhianat kepada kebenaran ini wajarlah mendapat haknya... yakni perlu dihukum. Dalam mana-mana golongan pun, pengkhianat adalah lebih buruk dari musuh. Sebab, musuh Islam mungkin belum mengenal apa itu kebenaran, tetapi pengkhianat adalah mereka yang menganiaya diri dan membahayakan orang lain, menggancam orang ramai dan Islam itu sendiri.
Apa yang kita ada sekarang dalam realiti di negara kita ialah sedikit ruang yang tertinggal untuk dipertahankan.
Setiap Muslim yang bercita-cita untuk murtad perlu menjalani proses tertentu untuk menyelamatkan akidah mereka yang mungkin terkeliru.. dan realitinya tidak sedikit yang dapat diselamatkan.
Janganlah kita berpeluk tubuh.. masa untuk menjadi penonton atau orang yang tertidur tiada lagi...! Ketahuilah apa yang sedang berlaku di Mahkamah Persekutuan hari ini adalah masalah kita dan masa depan aqidah anak-anak kita.
I got this thru e-mail, dan aku rasa bertanggungjawab utk menyebarkannya kepada semua kerana isu ini amat serius. Aku betul2 bimbang dengan apa yg terjadi sejak kebelakangan ini.
Oh ya, sekalung takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Hani Mohsin dan Boy dr kumpulan Naked Butterfly/ Punisher yg meninggal dunia akibat terkena kejutan elektrik di rumahnya- tp sebab mungkin arwah seorang pemuzik underground, takde pun liputan yg dibuat tentang kematiannya (Thanks to Joe Kidd for the news). Al-Fatihah utk mereka dan semua umat Islam yg telah pergi. Kita ni, tak tau pula bila akan dipanggil (dan aku takut sangat kalau dipanggil secara mengejut, tanpa sempat bertaubat dan meninggalkan sebarang pesan kepada keluarga tersayang).
Berita baik. Tahniah to Lin! Kau menang lagi yek! Lin, member aku yg suka join kontezz tu, menang RM5k dalam contest Marigold. Lepaih ni boleh la belanja aku anak beranak yek! You go, girl!
Satu lagi. I’m bringing back in all my Prison Break related posts, whether you like it or not. This is my blog dan aku rasa aku ada hak utk tulis apa2 aje yg terlintas dalam kepala aku ni. Tapi aku akan tone down a little la, and not to be too fanatical about You-Know-Who la. Dan kalau2 ada yg rasa tak puas hati, sila bagitau straight to my face here.
Tangan aku dah gatal gila nak sambung ni....
Labels: Personal, Renungan