:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Monday, May 30, 2005
  Kunjungan Seorang Junjungan
Bayangkan apabila Rasulullah s.a.w, dengan izin Allah,
tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita...
Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih dimuka pintu rumah kita…
Apa yang akan kita lakukan?
Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk baginda erat-erat,

dan lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Baginda tentu tersenyum.....

Tapi barangkali
Kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat VCD 18SX yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam.
Baginda tentu tetap tersenyum.....

Atau barangkali, kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung diruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa..
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya diruang tamu.
Baginda tentu tersenyum.....

Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita?
Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi.

Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.

Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai Sepan berwarna Kuning atau Beruang bodoh bernama Pooh.
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat.
Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW.
Baginda tentu tersenyum...

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita…
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita…
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita…

Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi.
Baginda tentu tersenyum...

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib, keluarga kita sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran.
Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenali tetangga-tetangga kita.
Baginda tentu tersenyum...

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita.
Betapa senyum baginda masih ada di situ...

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita...
Apa yang akan kita lakukan?
Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita?
Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu?

Maafkan kami, ya Rasulullah…
Masihkah baginda tersenyum...?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir...
Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah s.a.w…

Labels:

 
Comments: Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites