One for the Boys Behind Bars...
(Kini lebih kaw !)
TANDA-TANDA ANDA OBSESSED DENGAN SIRI PRISON BREAK.
1. Anda mula berminat untuk belajar seni lipatan origami.
2. Setiap kali anda lalu berjalan kaki di hadapan Penjara Pudu ketika pulang dr pejabat, anda pasti teringatkan Michael, Sucre dan geng2nya.
3. Anda berasa sangat2 excited menjelang hari Isnin, walaupun biasanya anda dilanda Monday blues yg menyebabkan anda berasa malas sangat nak gi kerja…
4. … dan anda cuba utk pulang ke rumah tepat pada waktunya (a), dgn alasan , nak menonton Prison Break (walaupun citer tu start pukul 10 malam)
5. Walaupun setiap pagi anda mesti pekena satu mug Nescafe, secara tetiba pagi ni, anda terasa nak minum teh…
6. …dan rasa tempted untuk menjilat uncang teh yg baru anda beli tu. (Eeeewwww!)
7. Anda rasa tak kisah memakai baju lengan panjang di dalam, dan kemeja di luar, walaupun ia membuatkan anda nampak mcm seorang minah kilang atau pekerja 7-11…
8. … atau shirt lengan panjang berwarna kelabu, walaupun anda nampak gemuk jika memakai baju tersebut.
9. Setiap kali anda melihat cermin, anda rasa begitu tempted untuk belajar ekspresi muka Michael Scofield yg tense tu….
10. …dan di pejabat, kengkawan anda bertanyakan sama ada anda sakit perut atau pening kepala.
11. Secara tiba2, sinusitis nampak mcm satu penyakit yg cool walaupun anda mmg dah lama komplen tentang penyakit resdung anda dan selalu bersin berkali2 setiap pagi.
12. Pakcik dari jabatan maintenance memberi amaran akan melaporkan kepada pihak management jika anda cuba2 untuk membuka lubang air-cond sekali lagi.
13. Anda melayari laman2 web berkaitan Prison Break setiap 15 minit untuk mengetahui perkembangan terbaru siri tersebut. (Read: Membuang masa)
14. Kini, sesetengah benda2 yg biasa mengingatkan anda kpd siri Prison Break, seperti pemukul telur, air-cond, penkek bluberi, sinki, ikan, gula….
15. … dan oleh kerana susah gila nak cari beri biru kat sini, anda taburkan kismis (ole2 dari Mekah) ke dalam adunan ketika membuat penkek (b) tempoh hari.
16. Anda berasa tempted untuk menggelar lelaki2 kacak sebagai ‘Pretty’…
17. … dan staf2 yg baru masuk kerja sebagai ‘Fish’. “Welcome to Prisneyland, Fish!”
18. Anda menonton kembali filem Without A Paddle (c) semata2 kerana nak tau lebih lanjut tentang DB Cooper a.k.a Charles Westmoreland.
19. Makcik sebelah rumah anda terpinga2 kerana anda menegurnya ketika menyidai cadar putih di pintu pagar rumah (“Makcik ngan pakcik nak ‘get friendly’ ke, hehe…”)
20. Tuan rumah rumah sewa anda meminta anda membayar ganti rugi sebab dah dua kali anda cuba memecahkan dinding tandas.
21. Ketika berjalan2 dgn anak anda, anda menyuruhnya memegang poket seluar jeans anda dan bukannya tangan anda. (Apa la zalim punya mak, hehe..) (d)
22. PC anda penuh dgn gambar2 dari Prison Break, di mana wallpaper anda adalah gambar Michael Scofield, dan screen-saver anda merupakan stills drp siri tersebut yg anda compile sendiri drp internet. (e)
23. Anda berasa sangat menyesal kerana tidak meneruskan pengajian untuk menjadi seorang doktor, kerana anda ingin sangat ditugaskan di penjara seperti Dr Sara Tancredi, dengan harapan dapat berjumpa seseorang sepeti Michael Scofield.
24. Walaupun anda mmg peminat hard core t-shirt hitam, anda mula meminati T-shirt putih, terutama jika si pemakainya bernama Theodore ‘T-bag’ Bagwell…
25. …dan sangat2 meminati babak2 ‘intim’ dia dgn Michael, walaupun jelas sekali dia adalah pembunuh dan perogol bersiri yg sangat ganas…
26. Anda memotong gambar Wentworth Miller drp majalah dan melekatkannya di sebelah gambar anak anda di pejabat, sebagai pengubat rindu kerana anda tak sanggup menunggu hingga hari Isnin.
27. Ketika bos anda tidak meluluskan cuti yg anda apply tu, anda menjerit2 “Please, puan, I just need three weeks!”, mcm Michael Scofield.
28. Anda rasa sangat2 ingin memberi peluang kpd T-Bag utk ‘menguruskan’ Marion Caunter (hos 8tv Quickie) yang setiap kali sebelum start siri Prison Break ni, akan menjerit - ‘Wentworth, I Love You!!! (setiap kali, man, setiap kali...)29. Anda lebih suka makan kentang goreng cicah milkshake, instead of sos cili….
30. … dan tersilap membayar RM100 untuk seketul burger keju kpd pekerja restoran makanan segera kegemaran anda tu.
31. Ketika memilih santan segera untuk di buat nasi lemak, anda terus mencapai jenama M&S kerana ia mengingatkan anda kpd Michael Scofield, walaupun selama ini anda hanya menggunakan kelapa parut.
32. Anda menggelar aktiviti malam Jumaat anda sebagai ‘conjugal’.
33. Anda berasa bersyukur dengan gaji anda sekarang kerana Michael dan geng2 PI-nya cuma dibayar 19 sen sejam. (“We’re in prison, yo.”)
34. Anda berasa bengang kerana adik bongsu anda mengatakan anda menonton siri Prison Break semata2 kerana mahu melihat John Doe dan boyfren Mariah Carey.
35. Anda berasa excited setiap kali anda terdengar perkataan ‘insurance’, ‘propagated’, ‘ambience’ atau Fibonacci (dalam Da Vinci Code misalnya).
36. Anda tercari2 negara Whatzistan dalam peta dunia.
37. Oleh kerana anda terlalu tension sbb tak sabar nak tunggu episod seterusnya, anda membaca semua spoiler hingga ke episod terakhir…
38. ..dan anda pun dah boleh eksen dgn adik anda di Queensland yg dah khatam the whole season tu… PS: Onn, walaupun aku baru sampai End of the Tunnel (Ep. 13), aku dah tau tangan sapa kena potong, leher sapa kena slash, sapa kena buang kerja, kena masuk wad psych, kena tikam, kena bakar, kena cium, kena sumbat dalam lubang dan kena castrate. Damn!
NotakakiMichealScofieldyg dahtakdeduajari (Toes are overrated…) :-
(a) Biasanya aku akan balik lepas bos2 balik, which is around 6-6.30 pm.
(b) Aku suka guna instant pancake mix jenama Pillsbury dengan buttermilk. Yum!
(c) Aku tonton sbb ada Seth Green. Turns out Dax Shepard lagi cute dr dia.
(d) No, I don’t do this to Ikmal. I just fantasize doing this to T-Bag :-)
(e) Rasa tempted nak masukkan gambar topless and tattooed Scofield, tp takut jadi kontroversi la pulak la nanti…
* idea dari thread2 berkaitan Prison Break, dgn tambahan original MamaIkmal.
Labels: Prison Break, Wentworth Miller
Monday Bloody Monday
By now, mungkin korang semua dah pernah dapat e-mail mengenai beberapa Natural Highs tu kan? Wtf ? This is real world, man, and these are the real things (at least utk aku la).
10 Artificial Lows, which is aggravated by happening on the bloody Monday…
1. Bila melihat staf2 lain sibuk bermain solitaire atau YM atau surf internet atau membaca majalah atau suratkhabar atau berborak atau bergayut sepanjang hari, sedangkan anda bertungkus lumus menyiapkan tugasan dan mengejar deadline. Dan gaji mereka adalah lebih tinggi drp gaji anda sekarang.
2. Apabila mendengar cerita sahabat anda tentang suaminya yg beria2 mahukan anak lagi sedangkan si isteri masih belum bersedia, sedangkan anda kerap kali mendapat jawapan ‘tahun depan la’ drp pasangan anda sendiri.
3. Berjalan di belakang smoker yg merokok mcm dunia ni abah dia yg punya. Man, I hate being a passive smoker.
4. Bila melihat perempuan2 menuju ke pejabat berpakaian cantik dan vogue dengan aksesori yg bergemerlapan (phew! Mcm filem Baby Arin !!) serta bertudung selimpang kiri, kanan, atas, bawah dan dalam, sedangkan anda berpakaian sempoi aje (baju kurung ngan tudung, tapi pakai jam G-Shock). Sebenarnya bukan anda tak nak berpakaian begitu, tp anda terlalu ego to follow the crowd and becoming too generic. Dan biasanya anda tiada budget utk membeli pakaian yg mahal kerana bahagian tersebut telah pun anda gunakan utk membeli DVD cetak rompak.
5. Server down. Tak kira di rumah atau di pejabat. Atau mendapat Error 404 atau 403 ketika mahu membuka blog anda.
6. Apabila kedai DVD cetak rompak kegemaran anda ditutup kerana baru lepas kena raid atau mendapat tips mengenai raid drp tonto2 mereka. Biasanya, dalam hal ini, semua kedai DVD dan yg sewaktu dengannya akan ditutup atau dibuka, tp menjual DVD2 chokia, dan anda akan mengalami ‘cold turkey’ buat beberapa minggu sehinggalah kedai2 tersebut dibuka seperti biasa.
7. Kredit handphone atau ubat stapler habis. Ketika anda benar2 memerlukannya.
8. Setelah berlari mcm tak cukup kaki drp stesen LRT menuju ke stesen monorel, anda dapati seluruh platform tersebut telah pun dibanjiri oleh penumpang2 yg turut sama beratur akibat tren yg terlewat. Dan bermakna anda lewat lagi ke tempat kerja. Genap tiga kali, dapatlah surat cinta drp HR.
9. Teh ais yg anda order drp kantin tu, takde rasa teh pun, tapi rasa macam air masak sejuk aje. Dan nasi lemak yg ikan bilisnya terlalu sikit atau tidak dibuang perut.
10. Missing home. Like crazy.
Solutionnya :
1 Ultimate Ice blended dr Coffee Bean
1 round of Prison Break Online
Michael Scofield as my ever-so-pretty screen saver. (Awesome episode cap from Prison Break Online (http://prisonbreak.fan-sites.org/). Thanks a lot!)
PS : Hmmm, sometimes I can be a very, very wet blanket, but then, ini cuma post gurauan saja. Nampak mcm tak bersyukur aje aku ni. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah di atas segala limpah dan kurniaNya kepada kita semua…Labels: Personal, Prison Break, Wentworth Miller
So, What Did You Do Last Night ?
01 : 02 : 03 : 04 : 05 : 06
The very much talked about, once in a lifetime moment 01:02:03:04:05:06 (pukul 1.02 pagi, 4 Mei 2006), akhirnya sampai juga malam tadi. Alhamdulillah, aku masih hidup hari ni utk meneruskan perjuangan di atas muka bumi ni.
Actually, aku sendiri pun terlupa ttg hal ni, sampai la terbangun pagi tadi. Tapi, yg aku ingat, Ikmal slept on my chest last night, tertidur semasa tengah makan kuey tiau sup ketika menonton filem aksi Jackie Chan 80-an di TV9 malam tadi. Dan aku terjaga around 5 am utk solat isyak (teruk betul) dan keluarkan apa2 yg patut drp mulut anak aku* yg dah tertidur sambil menyalinkan pampers dan pakaiannya.
* Anak aku ialah manusia yg paling cerewet pasal makan. Ayam tak nak, daging apatah lagi. Kalau bagi juga, alamatnya sampai nak minum susu la baru boleh keluarkan whatever yg tertinggal dalam mulut dia (kes malas nak mengunyah la ni).
Labels: Ikmal
Sebab2 Untuk Masuk Penjara Atau Terdampar Di Pulau Yg Terpencil
Oookkaayyy, now put those hands where I can see them!
No Sir, Wentworth is not a geek’s name.Labels: TVgasm, Wentworth Miller