Monday Bloody Monday
By now, mungkin korang semua dah pernah dapat e-mail mengenai beberapa Natural Highs tu kan? Wtf ? This is real world, man, and these are the real things (at least utk aku la).
10 Artificial Lows, which is aggravated by happening on the bloody Monday…
1. Bila melihat staf2 lain sibuk bermain solitaire atau YM atau surf internet atau membaca majalah atau suratkhabar atau berborak atau bergayut sepanjang hari, sedangkan anda bertungkus lumus menyiapkan tugasan dan mengejar deadline. Dan gaji mereka adalah lebih tinggi drp gaji anda sekarang.
2. Apabila mendengar cerita sahabat anda tentang suaminya yg beria2 mahukan anak lagi sedangkan si isteri masih belum bersedia, sedangkan anda kerap kali mendapat jawapan ‘tahun depan la’ drp pasangan anda sendiri.
3. Berjalan di belakang smoker yg merokok mcm dunia ni abah dia yg punya. Man, I hate being a passive smoker.
4. Bila melihat perempuan2 menuju ke pejabat berpakaian cantik dan vogue dengan aksesori yg bergemerlapan (phew! Mcm filem Baby Arin !!) serta bertudung selimpang kiri, kanan, atas, bawah dan dalam, sedangkan anda berpakaian sempoi aje (baju kurung ngan tudung, tapi pakai jam G-Shock). Sebenarnya bukan anda tak nak berpakaian begitu, tp anda terlalu ego to follow the crowd and becoming too generic. Dan biasanya anda tiada budget utk membeli pakaian yg mahal kerana bahagian tersebut telah pun anda gunakan utk membeli DVD cetak rompak.
5. Server down. Tak kira di rumah atau di pejabat. Atau mendapat Error 404 atau 403 ketika mahu membuka blog anda.
6. Apabila kedai DVD cetak rompak kegemaran anda ditutup kerana baru lepas kena raid atau mendapat tips mengenai raid drp tonto2 mereka. Biasanya, dalam hal ini, semua kedai DVD dan yg sewaktu dengannya akan ditutup atau dibuka, tp menjual DVD2 chokia, dan anda akan mengalami ‘cold turkey’ buat beberapa minggu sehinggalah kedai2 tersebut dibuka seperti biasa.
7. Kredit handphone atau ubat stapler habis. Ketika anda benar2 memerlukannya.
8. Setelah berlari mcm tak cukup kaki drp stesen LRT menuju ke stesen monorel, anda dapati seluruh platform tersebut telah pun dibanjiri oleh penumpang2 yg turut sama beratur akibat tren yg terlewat. Dan bermakna anda lewat lagi ke tempat kerja. Genap tiga kali, dapatlah surat cinta drp HR.
9. Teh ais yg anda order drp kantin tu, takde rasa teh pun, tapi rasa macam air masak sejuk aje. Dan nasi lemak yg ikan bilisnya terlalu sikit atau tidak dibuang perut.
10. Missing home. Like crazy.
Solutionnya :
1 Ultimate Ice blended dr Coffee Bean
1 round of Prison Break Online
Michael Scofield as my ever-so-pretty screen saver. (Awesome episode cap from Prison Break Online (http://prisonbreak.fan-sites.org/). Thanks a lot!)
PS : Hmmm, sometimes I can be a very, very wet blanket, but then, ini cuma post gurauan saja. Nampak mcm tak bersyukur aje aku ni. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah di atas segala limpah dan kurniaNya kepada kita semua…Labels: Personal, Prison Break, Wentworth Miller