:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Saturday, December 23, 2006
  Bebelan Panjang Sebelum Cuti (Tak Berapa) Panjang
Beyond Borders

I could stay here forever...

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Borders Berjaya Times Square. Honestly, aku lebih selesa ngan Pay Less Book, MPH atau Popular (aku dah lama gila tak ke Kino KLCC).

I love the ambience


I wonder why si salesgirl tu tak senyum pun. Apsal huh? Sebab aku beli buku murah je ke? (Aku beli buku bergambar High School Musical – Breaking Free untuk adik aku).

Thank You For the Venom

Bagak punya bengkak!

Bangun2 tidur pagi semalam, aku terperasan yang tangan aku gatal sangat. Aku pun garu la. Sedar2, dah jadi bengkak dan merah sangat! Hallamak! Apa benda pulak yang gigit aku ni? Setelah menggunakan khidmat orang2 yang berpengalaman, katanya kena gigit ngan semut mayat. Hadoi la, dari mana datangnya, ntah, aku tatau, sebab kat rumah aku kalau setakat semut yang besar2 tu ada la, tapi kalau nak cari semut goth berpakaian hitam ngan eyeliner merah dan nampak macam mayat tu, rasanya tak pernah pun aku jumpa lagi. Sigh… Nasib baik aku pakai baju kurung. Boleh gak cover2 skit.

Update: I just found out that it wasn’t ant bite. Sebab sampai malam ni masih lum surut lagi bengkaknya. Serangga lain agaknya. Jadi, kalau rasa2 mcm ada pertambahan pada kekuatan, atau hujung jari2 aku mula ditumbuhi bulu2 halus, mungkin labah2 radioaktif kot yang gigit aku :( (atau CICAK radioaktif, who knows)

Anak aku dah nak masuk sekolah yo.

Tengah ralit main online games di Nick Jr.com
Cubaan untuk mengubah stail rambut anak aku nampaknya kurang berjaya.

Insya Allah, kalau takde apa aral, next year anak aku nak masuk sekolah (Taska atau preschool la lebih kurang camtuh). Memula aku ingatkan nak bagi dia masuk maybe masa dah 6 tahun ke, tapi disebabkan ada rumours yang mengatakan bahawa ada ura2 nak masukkan silibus tahun 1 ke dalam silibus tadika (maknanya bila dah masuk Tahun 1, si anak sepatutnya dah boleh membaca, mengira dan menulis), aku rasa, biarlah dia masuk sekolah dulu. At least dia boleh mingle ngan bebudak seusia dia dan tak end up jadi socially inept macam mak dia nih. (pergh, bila fikir2 balik anak aku dah nak masuk sekolah, sigh… cepatnya masa berlalu…) Rasa macam baru semalam jek nurse letak dia sebelah aku, dan aku rasa takut sangat nak pegang dia sebab rasa cam fragile gila, takut2 kalau terpatah atau terluka…* cam nak bergenang air mata* That was the most memorable moment in my life as a mom. Rasa hilang semua sakit2 nak bersalin…

What do you know about
gold, Moneypenny?

Bracelet comel di pasar malam

Terus terang aku cakap, aku memang tak gemar pakai aksesori atau barang kemas. Tapi gelang2 comel camni selalu je buat aku cair. Aku try jek beli satu kat pasar malam dekat rumah aku. Kunun2 nak bergaya la. Sekali punya la susah nak pakai, asyik2 terlepas jek, hampeh. That’s it. I’m sticking to my gold bracelet.

Alhamdulillah, mak mertua aku selalu belikan aku barang kemas, mungkin sebab dia tengok aku tak banyak pakai. (Aku maleh nak pakai da…), tapi bila diberitahu regenya, aku terperanjat beruk sat. (Aku mana la pernah bother nak ambik tau harga emas ke hapa). Anting2 yang aku pakai sekarang nih, regenya lebih mahal drp DVD player Samsung aku!!!! (I wear the same earrings as Christine Taylor in Dodgeball: A True Underdog Story, masa hubby dia (White Goodman, lakonan Ben Stiller), cuba menggoda dia di Globo Gym. Yeah, the very same one.)

Balik kampung!

We’ll be spending the short holidays kat Terengganu, Insya Allah (hometown my hubby, tapi diorg dah lama dok KL). Ada sedikit business nak settle, dan itu pun kalau tak banjir atau hujan lebat. So, later people! Enjoy yourself during this holiday seasons, dan jangan lupa untuk menyumbang kepada mangsa banjir di selatan tanah air (Alhamdulillah, rumah aku tak affected, tapi risau jugak la).

Gee ~ Back In Black?

Personally, I really, really love the platinum blond hair o_O. Guess I’m gonna miss it if that news is true…Huhu, I’m gonna miss my MyChem perve partner during this hiatus, Sha, so, here’s something for ya while I’m away. Enjoy! *goes into a state of chemically induced coma due to lack of any updates on MyChem*

Can you see my eyes are shining bright?'Cause I'm out here on the other side Of a jet black hotel mirror. And I'm so weak.

I see you lying next to me. With words I thought I’d never speak. Awake and unafraid. Asleep or dead

Aku memang pencinta jejaka
Yang lembut seperti dia ^^, hehe


PS: Oh ya, soklan2 cepumas tuh, Insya Allah aku akan jawab bila balik sini nanti, ok!

Both pics of Gee are not mine. Credit to whoever owns it.

Labels: , ,

 
Wednesday, December 20, 2006
  Dua Buku, Dua Ulasan, Dua Puluh Empat Blogger

Terus terang aku cakap, aku malas nak membaca. Maksud aku, membaca novel2 Melayu yang sekarang ni kebanyakannya dalam genre chenta. (Oh please.) Selain novel-novel grafik GempakStarz (my secret indulgence) aku juga suka membaca buku2 motivasi hasil tulisan Dr Tuah, buku2 agama terbitan Darul Nu’man, dan sejak kebelakangan ni, buku2 dari penerbitan PTS/ PTS Millenia (sepupu aku editor di situ kalau tak salah aku) ~ aku sedang membaca ‘Daripada Baik Kepada Hebat – 30 Cara Berfikir Untuk Menjadi Eksekutif Cemerlang’, hasil tulisan Samsudin Wahab. Bagus dibaca kalau kau mahu meningkatkan prestasi diri di tempat kerja. Serius.

Sebenarnya agak sukar mencari novel2 dalam genre yang aku suka – sains fiksyen atau seram. Kali terakhir aku baca novel Melayu ialah karya Ramli Awang Murshid bertajuk Ranggau (maaf cakap, aku hampir tertidur membacanya.). Dan setelah begitu lama aku bertangguh mahu membuat reviu buku, sekarang terimalah…

JIAN

“Dengan gaya cerita yang baik dan pengolahan fakta yang berkesan, novel Jian yang berbentuk fiksyen sains akan merangsang minda para pembaca tentang dunia sains khususnya penyelidikan perubatan.”
(aku copy dari belakang buku- memang tepat sekali!).

Klik gambar untuk ke blog Fadz

Penulis : Muhammad Fadli Al-Akiti aka Fadz
Terbitan : Tahun 2004, oleh DBP
Harganya: RM10.00
Beli di mana? : Pesta Buku Antarabangsa 2005. Kau boleh dapatkannya di kedai2 buku DBP, kedai buku UM serta cawangan2 DAWAMA.


Fadz merupakan manusia yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada dunia blog ni. Aku secara tak sengaja terjumpa benda alah bernama weblog ni ketika sedang menggugel info untuk Entiti Bukti. Beliau merupakan seorang yang sangat berbakat terutama dalam penulisan ulasan filem (tak tercapai akalku, dek oi!). Almaklumlah, pelajar terbaik UNITAR, ye tak Fadz!? Melalui blog beliau juga aku mengenali blogger2 lain seperti Mensh, Nazim Masnawi, Nazri Vovin, Nizam Zakaria, Spiral, Yasmin Ahmad dan ramai lagi! Terima kasih Fadz! Novel Jian merupakan novel pertama beliau.

Macam pernah kubaca, tapi di mana ye?

Premisnya? Kau bayangkan sebuah piring terbang terhempas di Jian, sebuah daerah dalam negeri Pahang. Dan seperti kebanyakan filem2 alien/ sains fiksyen Gred B yang pernah kau tonton (Slither, The Curse, siri TV Invasion), ia telah menghasilkan sejenis mikroorganisma yang mendatangkan kesan buruk kepada manusia. Bayangkan orang2 kampung yang selalu main dam kat kedai kopi tu, tiba2 menjadi seperti zombi2 ganas ala 28 Days Later atau Dawn of the Dead! Dan seperti juga dalam filem francais X-Men yang kedua, yang mana pihak jahat berpengkalan di Tasik Alkali, dalam Jian, pihak musuh berpangkalan di sebuah kilang sabun! Dan penyelamat2 mereka bukanlah watak2 kaukasian yang selalu kau tonton di kaca TV, tapi orang2 kita Malaysia, your everyday’s Ali, Ah Chong dan Muthu. Itu yang uniknya Jian.

Dan jelas sekali Fadz telah membuat homework kerana aku secara jujur, berasa selesa dengan gambarajah2, entri diari serta laporan penyelidikan yang menghiasi lembaran2 dalam buku ini.

Dan buku ini ditulis oleh Fadz sewaktu beliau berusia 17 tahun. Pergh! Tabik beb. Aku masa 17 tahun nak menulis karangan Bahasa Melayu pun terkial-kial, inikan pulak nak siapkan DAN terbitkan sebuah novel.

Sedikit tak best : Typo errors ada, tapi tak banyak. Jelas sekali pada perkataan-perkataan Inggeris. Jelas Fadz pada aku ~ “the irony is, the mistakes are done by the editor!!! sebab editor tu nak tukar byk perkataan2 inggeris (kan dbp) yg aku guna pada BM, tapi akhirnya dia 'give up' (dats why it took years to be published) dan biarkan inggerisnya, dengan efek yg tidak baik.” Ah, ini kes kalau sesuatu benda tu tak rosak, nak buat apa betulkan?

Apa pun, kami tunggu kemunculan buku kedua kau Fadz! :)


JIWA KACAU

“Ini bukan kerja korporat, ini kerja penulis akar umbi rakyat marhaen”
Tok Rimau

Gambar dari blog lama Ayares151

Penulis: 23 orang mamat2 & minah2 pengendali weblog, kebanyakannya blogger selebriti seperti Tok Rimau, Mat Jan, The artiste formerly known as Si Naga Origami, AyobKelubi, Abdullah Jones, Op dan ramai lagi yang bernaung di bawah komuniti GengJurnal.
Terbitan: Tahun 2005, oleh Mak Itam Network Enterprise
Rege: Tambah lagi RM2.50, kau dah ada duit mas kawin dah kalau calon isteri kau dari negeri Johor!
Beli di mana? : Beli dari Alip aka Don aka AyobKelubi, melalui pos.

First of all, aku hargai sangat Don, yang masih sempat menghantarkan buku ni kepada aku, walaupun baru aje ditimpa dugaan (aku masih lagi simpan SMS bertarikh 15 Februari 2006 tu Don).

Ok, apa yang speselnya buku ni?

Kau orang mungkin pernah membaca hasil tulisan mereka di blog masing2. Sekarang, nikmatilah karya mereka dalam bentuk buku, yang sangat handy dan boleh di bawa ke mana-mana aje. Tapi jangan baca dalam tandas lak!

Ah, kalau kau jenis yang rajin ke blog penulis2 ni, kau mesti tahu gaya penulisan masing-masing. Ada cerita2 pendek yang kelakar dan sinis ala anekdot (Tok Rimau, Mat Jan, BukuNota, Kelambu, DugongSenyum, Op), catatan pengalaman hidup (Si Naga Origami, Elmaaniq, Ayob Kelubi, Samurai Ghost, Ayares151, JigoMorrison ) cerita2 yang memberi keinsafan dan muhasabah diri walaupun ada sedikit unsur2 jiwang karat (IzaLatif, BlueHikari, Attokz, Slumbermann, Amyz, Zurie, NixkGeekier) dan tak ketinggalan, cerita dari dalam penjara ala2 Prison Break hasil tulisan Rosram. (tapi penjara perempuan la). Bagi peminat2 puisi pula, kita dijamu dengan hasil nukilan Puteri Elaira Eliza [nak tergelak aku tengok namanya kat atas mukasurat tu ditulis Putera!], Atoibolan, Abdullah Jones). There, aku rasa aku dah mention semua sekali blogger2 yang terlibat dalam pembikinan Jiwa Kacau ni. Ops, lupa, Encik Basri Nor Mohd (bukan Bas Sri Jaya ye) merupakan penyelenggara bagi buku ni.

Apsal baldi?

Adakah tafsiran SiNagaNaga (pereka cover Jiwa Kacau) tentang kehidupan ni serupa jek dengan aku? Pesimistik? (If life is puke, then we are the buckets?) Mungkin tidak. Beliau mungkin lebih optimistik daripada aku – Sediakan baldi sebelum air kena potong! :P

Intro yang best!

Aku tak dapat nak describe kata pengantar 4 muka surat hasil tulisan Saharil Hasnin Sanin tu. Cukup la aku kata, kalau kau baca mukadimahnya, kau akan terus teruja untuk terus membaca.

So, overall camne?
Berbaloi jugak la. Dan ada improvement berbanding E-Zine Gangguan Teksual yang pernah aku baca dulu.
Cepat la kuar next one!

Labels:

 
Tuesday, December 19, 2006
  ACHTUNG, BABY!
ASK ME ANYTHING!!!!

Throw 'em questions at me, via the comments or email at zackzip [at] hotmail [dot] com.
Otherwise, all you’re gonna see here is MyChem and more MyChem shitz.

Thank you v much.

And have a nice day! :)

PS: I will answer them at the end of this week, so get cracking!

Labels:

 
Monday, December 18, 2006
  Eye Cookies for Today *drool....*
Frankgasm!!

My current wallpaper

The many faces of Frank Anthony Iero

Pic posted by deathchild666 on buzznet.com/mcrfans

Good enough to eat!

And from a fan with too much time on her hands,
Pic from You0Ducking0Duck, yang mengatakan bahawa dia spend around sejam untuk membuat biskut ni, sementara parents dia bergaduh… (perkara biasa, yo..)

MCR cookies!!!

More awesome pics at
www.buzznet.com/groups/mcrfans!

Labels:

 
  :: Untitled ::

If my son is a bit nakal, does that mean that I am an uncompetent mother?

“Kenapa buat camtu? Camne kalau kepala dia kena bucu tu, karang kalau hilang ingatan
karang camne? Ikmal takyah kawan dia lagi la macam ni, blab la bla yadda yadda yadda”

BIL, while consoling his 2-yr-old daughter

Anak aku terperanjat, terrified, menyorok bawah meja, muttering “Sorry, sorry”

If you are the mother, what would you do in a situation like that?

Aku yang tengah makan cepat2 habiskan dan bawak balik anak aku. Sigh… part of me memang terasa nak cakap “Ala, dia budak kecik, tak tau apa lagi”, and a part of me terasa nak sama2 marah dia, tapi tak sampai hati pulak. I kept quiet, thanked my MIL for the dinner dan ajak anak aku balik. (Malam tu kitaorang dah janji nak makan pizza sama2).

Kekadang aku kesian tengok dia, takde kawan, main sensorang jek Yelah, kadang2 tu, aku jugak la yg layan dia main, baca buku sama2 ke, just berbual2 ke atau sama2 buat aktiviti2 dalam buku. Tapi kekadang aku penat sangat2 (especially bila balik kerja) dan terlelap masa membaca, sampai dia yang kejut, “Mama, jangan la tidur”. I feel so guilty if I can’t spend some quality time with him. Itu la sebab aku cuma kemas rumah time weekend. Kalau boleh la, itu pun aku nak outsourcekan pada orang lain, supaya aku dan anak aku boleh spend masa together. Sigh… Dia perlukan kawan/ adik. Dan aku perlukan sorang lagi anak untuk divert all this attention/ passion kepada sesuatu yang lebih berfaedah (not all this borderline- unhealthy obsessions la).

Walaupun kita merancang, Tuhan yang tentukan semuanya. Orang tu beria2 nak bagi aku next year, but then, what if I miscarry atau something bad happened to me yang tak membolehkan aku ada anak lagi? (Phew that sounds kinda pessimistic, Zack). Apa pun, aku harap semua berjalan lancar, walaupun banyak benda yang aku terpaksa lepaskan if I got pregnant nanti…

“Sometimes I cry so hard from pleading

So sick and tired of all the needless beating..”

Selamat Pengantin Baru Pak Aziz!


Oh ya, tahniah diucapkan kepada Pak Aziz Sattar atas perkahwinannya! Man, I really, really love this guy masa dia muda2 dulu. In fact, beliau adalah Bujang Lapok kegemaran aku! Teringat satu ketika masa kat ITM dulu, aku berselisih ngan beliau kat Kompleks PKNS, pergh, rasa cam terjumpa Gerard Way/ Wentworth Miller kau!

Labels: , ,

 
Friday, December 15, 2006
  Jalan-Jalan Cari Pasal
Ntah ngapa aku tak terasa sangat nak gi tengok Eragon hari ni walaupun semangat aku dah berkobar2 gila sejak minggu lepas lagi. I just stay here at my cubes for a while dan decide utk mencuci mata jap.

Di MPH…

Revolver (RM18.90) – ada around 6 pages of beautiful pics of the band, Gee, Frankie and the rest of the gang. Dressed all in black and looking mighty damn fine!

Guitar World (RM29.90!!) – Tak ingat isu bila, tapi covernya ialah Gee, Ray dan Frankie (cute nak mampus!!!)

Adoi la…. apsal la mahal sangat wey…

Di Selvan…

Shite and triple shite. Kat kedai atas dia jual SPIN tu RM9.95, kat sini RM5 jek!!
Huhu… Tipah tertipu bang!

And, my new addition…

The Green Beret by MCR

I got this cool t-shirt kat Cool Element, BBP for a mere RM20. (my fave haunt for cool shirts at a reasonable price) Kat buntil aku tak check lagi (but then aku tak brapa gemar sebab the shirts there are pretty expensive.) And one thing I hate about these shirts ialah disebabkan aku pakai tudung, jadi tak nampak le design2 cunnya (kecuali baju Rage Against The Machine aku yang dah jadi baju tido, yg tu takpe).
Cenggini citernya…


Aku: Dik, (sambil belek2 t-shirt) My Chemical Romance punya ada tak? Nak cari utk adik saya la. (cover line siot!!!!!)
Adik penjual (aweks) : Mechanical Romance? (*) (cam blur2 gitu) Adik akak pakai saiz apa?
Aku: Hmm… L la rasanya.

Sorang lagi mamat tu tolong belek2kan dan carikan untuk aku. Yay! Ada pun, walaupun actually not the exact design I’m looking for (aku nak cari t shirt putih gambar bunga ros berdarah tuh)

Ayayaya.

I can’t stand all the hawtness.
Must.
Eat
Ice-cream

Yum! (Chocolate sundae from Mickey D)

(*) Dik, awak tu kerja kat kedai t-shirt dan barangan2 skate, kena la ambik tau jugak serba sedikit pasal muzik dan band2 yang relevan. Learn to be a better salesperson babe!

Labels:

 
Thursday, December 14, 2006
  Thursday Thirteen #9
Photobucket - Video and Image Hosting

13 Perkara Yang Korang Tak Tau (atau dah tau, hehe) Pasal Zack

(as if you care, duh!)

1. Dia tak tahan sejuk
Kalau tido, kipas siling tak yah bukak pun takpe. (Much to the dismay of the two men of her life). Kalau bukak gak, bangun pagi sure kena selsema. Same goes kalau kat ofis. Siap pakai stoking mengalahkan orang baru bersalin. Probably pasal pernah kena pneumonia back in 2004. Seksa! Dan dia mempunyai phobia akan mati ditimpa kipas jika kipas dibukak lebih drp 3.

2. Dia gila skit bab2 obsesi nih.
Kalau dia dah minat kat something or someone, dia akan really2 go the distance dgn membeli apa2 majalah yang ada pasal diorang/ join forum/ donlod gambar/ filem/ mp3, tunggu diorang muncul di kaca TV, cari semua info available pasal object of her current affection/ obsession. Dan nak tau semua, as in SEMUA info, termasuk tarikh lahir, nama manja, nama nenek, makanan kegemaran, sekolah kat mana, etc, tapi kalau dah tak minat, langsung dia tak pedulik dah.

3. Dia geli dengan ikan hidup
Walaupun masa kecik2 dulu slalu jek sauk ikan guppy/ sepat/ puyu kat parit depan rumah, tapi sampai sekarang dia masih takleh nak pegang ikan hidup. Geli gila bila menatang tu bergerak2 dalam tangan *eeeeee*

4. Dia tak gemar membaca dan membeli majalah2 kecantikan/ wanita
They made her feel insecure, ugly, fat and decrease her self-worth and self-esteem.

5. Dia kalau suka makan something tu, dia boleh makan benda tu berhari2 tanpa jemu.
Contohnya, laksa Penang, spaghetti Bolognese, ikan keli goreng bercili kat depan ofis lama kat Jalan Ipoh, nasi ayam bawah pokok sebelah Mayban Finance Jalan Pudu.

6. Dia suka sangat main dan gi jalan2 ngan anak dia
Disebabkan hubby dia slalu sibuk, dia selalu je bawak anak dia gi jenjalan kat Sg Wang dan Berjaya Times Square, terutama sekali kedai buku, kedai toys dan kedai makan sebab makan bersama2 anak berdua adalah best!

7. Dia sanggup berhabih duit kalau pasal buku atau DVD atau T-shirt bundle.

8. Dia tak pernah menjejakkan kaki ke mana2 kelab.
Menggigil ko.

9. Dia tak minat apa2 yang berkaitan dengan chenta
Baik felem ke, lagu ke, novel ke, sebab dia dah jadi seorang yang agak emo dan skeptik bab2 chenta ni (sejak kat U lagi, kecuali chenta kepada Allah dan Rasul la). Kalau tengok kapel berPDA macam tak hengat pun dia rasa cam nak tembak jek. (ya, aku memang saiko).

10. Dia tak pakai kad kredit
Walaupun dia dapat free2 jek masa lucky draw tahun lepas tu, sebab dia tak percaya dengan konsep beli dulu, bayar kendian. Dia suka – perlu tak benda tuh? Kalau perlu, dan ada duit - beli, kalau takde duit, kumpul dulu, pastuh beli. Kalau tak mampu jugak, gi hypermarket atau Petaling Street dan cari versi tiruan. (I want a pair of Crocs!!!!)

11. Dia masih takleh nak kikis sesetengah tabiat tomboynya.
Contohnya, bab2 dressing, pertuturan, jalan, (dia jalan laju gila dan suka naik dua anak tangga sekaligus). Walaupun ada yang menegur, dia dah tak kisah dah apa orang nak kata.

12. Babies (especially newborns) made her smile (even though it hurts f-ckin bad in the inside)
Baunya sedap!

13. Dia tak forward email2 pasal celebrity
Atau, for instance, email pasal anak si anu pakai spagetti strap ke, adik si ntah sapa ntah suka gi clubbing la, sebab pada dia, benda tuh sama jek macam mengumpat. And who are we to judge people with their behaviour? Dia percaya, kekadang orang yang kita dok kutuk tu jika mendapat hidayah dari Allah, akan jadi lebih baik drp kita.

Bonus:

Lelaki berspek boleh membuat dia menoleh dua kali. (Orang tu jangan perasan ye)
Dia suka bau bawang goreng, bau air-cond supermarket dan bau hujan.
Dia paling suka warna biru dan hitam.
Dia agak socially inept dan pendiam kalau dikelilingi oleh orang2 yang tak dikenali.
Dia lemah dengan coklat, aiskrim dan kek.
Dia agak sensitive dan lembut hati. Kalau tengok iklan Petronas pun dia boleh meleleh…:P

Labels: , ,

 
Wednesday, December 13, 2006
  Update lagi!

Aku ada in-house course dua hari ni. Tapi takpe, update tetap update!

Benda paling bangang pernah berlaku sepanjang lebih kurang 6 tahun aku menggunakan LRT.

Ada la dua orang minah ni, getik2 la gitu, duduk dalam tren sambil berborak and giggling and such. Masuk sorang perempuan pregnant berbangsa Cina. Ko tau apa diorang dua orang ni buat?

Diorang pi squeeze the whole row of seat untuk bagi perempuan tu duduk. (Aku nampak macam sangat tak selesa sekali perempuan tu, dengan half of her butt seated out of the seat). Dan the whole row of the fuckin’ zombies (pardon my French), which consists of able-bodied men AND women, dok buat tatau jek, tanpa ada consideration untuk bangun dan memberi perempuan mengandung tu tempat duduk. I mean, what the hell? Minah duaorang tu pun sama, sanggup duduk berhimpit daripada bangun berdiri dan memberi seat kepada yang memerlukan. Dah tu, cuma bawak handbag kecik jek, bukannya bawak briefcase besar atau beg galas overnighter macam aku nih. Wtf? Aku ~ cuma mampu jeling tajam dan geleng kepala je.

Susah sangat ke berdiri dalam kurang 15 minit? Patah ke kaki kau yang pendek tu?


Pagi semalam, dalam perjalanan ke stesen LRT…

Me: Yang, this morning tadi I had this recurring dream la.
My hubby (MH) : Pasal apa
Me: Ntahnya. Seems that my bf is coming over with his parents all the way from Australia
MH : Siapa? Pondan tu ke?
Me: Pondan? Huhu, tak pc langsung la you nih. Jgn la panggil dia camtuh. Nama dia Gee la. Dia cuma lembut sikit jek, bukan pondan. And dia dari New Jersey, bukan Australia.
MH : Hmmm. Macam2 la you nih

Hehe…

Pagi tadi pulak, aku mimpi Sultan Pahang nak jumpa aku.
Apa barang la aku asyik dok mimpi pelik2 nih…

Just because…

MCR, Leeds 2005.

drool…..

Bob & Gee

Bagi chan la, MCR bukannya setakat Gee/Frankie dan Mikey aje…

Apa lagi yek.

Oh ya, semalam kitaorang kena ambik measurement untuk buat uniform baru. Nampak gayanya cadangan aku untuk membuat uniform serba hitam dengan line2 berwarna putih ditolak mentah2. Tahun depan, uniform kitaorg *hadoi la…* warna putih. Tapi rasa cam nak buat pants la, walaupun seumur hidup aku ni masih blum boleh menyesuaikan diri ngan seluar slack. Takpe, takpe. Anggap je it’s a softer version of jeans, just wear, grin and bear it, huhu…

Ciao people!

Labels: ,

 
Monday, December 11, 2006
  When Hormones Go Haywire...
Tanda2 Zack demam lagi…

But first, a questionnaire (dari message board www.cartoondollemporium.com)

You are a My Chemical Romance Poser if…

1. You can only sing Helena by heart ~ for now la.
2. You think Three Cheers for Sweet Revenge is their debut album. ~ Nope
3. You think “Gerald” is hot ~ Gerard la.
4. You turned emo overnight ~ *malu nak ngaku*
5. You hate Jamia (She rocks!) ~ who?
6. You cry because GAW has a gf ~ GAW? Gee sound better. I don’t have to cry, coz it’s moi! Hehe…
7. You don’t understand the line above ~ wth la
8. If you don’t understand it, you don’t believe it ~ oso wth la
9. You say MCR is Goth metal ~ dulu la
10. You don’t know about the Breakfast Monkey ~ Tau. bf aku memang talented :P
11. You don’t know who matt p is ~ Tau. Drummer lama before Bob joined in.
12. You wonder if Gerard and Mikey are relatives ~ They’re brothers!
13. You didn’t know there’s a song titled cemetery drive in 3CFSR ~ Tau.
14. You don’t like Ray’s fro ~ I love platinum blonds.
15. You would wanna rape Gerard, Mikey or Frankie ONLY. ~ I have my standards :P

Hoho, an MCR poser , I am not!

MCR dedulu

Untuk semua yang kata aku terlambat tuh (menentang arus la, server slow la, poser la ~ I’m looking at you, Wan & Ija, two of my sisters!), yeah, I admit it. In a way la, sebab aku jatuh chenta dgn lagu dan video The Ghost of You prior to The Black Parade. But I liked the group after the image revamp. Dan selepas aku tau betapa cutenya Gee, Mikey dan Frankie. (Bob and Ray aku suka gak, tapi not as much as I love the three). Dan juga, sebab ni adalah blog aku, jadi sukati aku le nak letak apa yang aku suka atm.

Ok, back to the biz,

17 Signs You’re Head Over Heels With MCR ($)

1. You comb through your old collection of Galaxie/ Klik/ Utopia, with the hope of finding ANYTHING on MCR. (Aku terjumpa Galaxie 16-30 September 2005, yang mana MCR menjadi coverdudes dan berasa sangat2 jeles ngan Geraldine Jeremiah yang berjaya menemuramah diorang).

2. … dan berasa agak kesal kerana telah terberi majalah Klik yang ada MCR di muka depan kepada anak jiran aku dulu (Shite, masa tu aku langsung tak minat MCR) ~ nak mintak balik rasa cam buruk siku pulak.

3. Seperti biasa, membuat koleksi wallpaper dan screensaver dengan setiap gambar2 cun yang dijumpai di internet (so far, baru ada 40++)

Mikey sans glasses

4. … dan membuat list bangang camnih, as usual.

5. Anda cuba membayangkan Frank dengan dreadlocks dan Ray dengan afronya yang dibuat rebonding, and tried to erase both images sebab nampak lawak gila.

6. Anda terfikir balik kenapa anda sukakan Gee sooo much, dan terfikir kat sorang mamat lembut yang aku reject masa nak masuk Form 5 dulu (*). (You’re cursed Zack!!!!) ~ (yang ni, cuma orang yang rapat ngan aku jek tau). Last time aku jumpa dia (secara tak sengaja) was in 2002.

7. You downloaded all their albums and they became your playlist di ofis dan di mp3 player. Seriously, album The Black Parade adalah yang paling best pada aku (only second to Three Cheers for Sweet Revenge~ itu pun sebab dia ada lagu2 Helena, Cemetary Drive and The Ghost of You)…

8. dan tahu kenapa anda begitu gila dengan album baru nih. Pada aku, dalam album ni, diorang sounds lebih matured dan mainstream (f_ck, sejak bila kau start dengar benda2 mainstream ni Zack??). I dunno, tapi transformation drp irama ‘gila2 remaja’ dalam album terdahulu kepada lagu2 yang lebih mesra telinga, membuatkan aku suka sangat2 lagu2 dalam album ni. For instance, cuba dengar lagu2 lama Kara’s Flowers sebelum diorang muncul dengan imej, nama dan album baru ! (That’s Maroon 5 and their Grammy winning album ~ Songs About Jane~ [thanks Ijan!]) Memang jauh berbeza!

9. Anda rasa Gee ialah satu nickname yang cool dan cute bagi seorang lelaki. (Tetiba teringat kat Fauziah Latif lak…)

10. Benda2 bangang yg diorang buat pun nampak cute pada anda. Contohnya, Mikey mempunyai seekor kucing bernama Bunny Marie Way (yang mempunyai myspace-nya sendiri) dan beliau sangat sukakan unicorn. (kalau aku tak minat MCR, mungkin aku akan fikir like, wtf?)

11. You contemplated of undergoing a LASIK surgery, just because Mikey had one. (Not true, though. Aku lagi selesa ngan my glasses, thank you very much. They cover my insecurities.)

Mikey Way

12. Nama Alicia Simmons membuat anda rasa nyampah gila, walaupun anda langsung tak kenal saper dia.

13. Anda rasa cam nak gelak sensorang bila terbaca quote2 diorang yang sangat witty dan comel. For instance, kata Mikey, "This band is metal in that we have a lot of metal in our instruments, and there's quite a lot of metal on my belt buckle as well."

14. Anda rasa bangga semacam jek sebab anda lebih tinggi drp Frank by 2” !

15. Cubicle revamp! (Out with Wentworth, in with Gee, Mikey, Frank, Ray and Bob!) La ni tengah dok fikir camne nak bagi my cubes bertemakan hitam dan merah. Shite, habih la tempat aku ni kena shun ngan others! (Cam ofis abah lu la Zack)

16. Anda semacam tak sabar2 nak gi rumah makcik hubby anda sebab anak dia yang baru nak masuk Form 5 tu minat kat MCR (dan selain drp adik bongsu aku kat kampung, dialah satu2nya manusia in flesh and blood yang aku kenal scara lahiriah yang suka MCR) sebab so far, aku masih lum jumpa lagi fans MCR selain di internet saja. :(

17. Anda bengang sebab album The Black Parade langsung tak tersenarai untuk Grammy tahun ni, kira, kalau diorang takde perform, anda langsung taknak tengok rancangan tuh. (ala, memang aku tak pernah tengok pun, hehe….)

($) Akan diupdate kalau aku terfikir benda2 lain lagi.

(*) Hoho, ni satu cubaan ntahapahapantah sorang kawan lama aku untuk mengkapelkan sorang lelaki yang lembut ngan sorang tomboy (borderline pengkid) dengan harapan akan sorta menterbalikkan personality memasing. Ko ingat ni filem Freaky Friday ke? Bad idea, man, bad idea. (Itu dulu la, citer lama.)


PS: Aku rasa macam nak tamatkan segala obsesi gila ni once I got preggie. (Waiting is so fuckin’ depressing!) Boleh, Insya Allah, masa aku preggie ngan Ikmal dulu aku refrain gila drp segala benda2 camni, walaupun kekadang tu terlepas gak (sori, Ikmal). So, to the person that I loved, bear with me for a while. (You can do it, Zack!)


Pics from Blade You Stain : Your No. 1 source for MCR. Thanks a lot!

Labels:

 
Sunday, December 10, 2006
  Pimp My Gundam!

What? : Bandai Action Kits Universal Cup 2006 (BAKUC 2006)
Where? : Sungei Wang Plaza
When ? : 28 Nov – 3 Dis 2006 (I went there on a Saturday)

Actually, aku takde la minat sangat action2 kits nih (waayyy too much time on my hands, man, dengan blog, anak ngan rumahtangga lagi.. and it’s a pretty expensive hobby yo). Tapi disebabkan tahun nih GempakStarz takde buat convention cam tahun2 lepas, aku gi la jugak. (Sebenarnya aku sesuka jek bawak anak aku sebab AbahIkmal sibuk, dan dapat la jugak dia jalan2 kat Sg Wang nih).

Salah satu ciptaan yang menarik kat situ. And don’t ask me who’s who in the pic coz I just don’t have a freakin idea! (Aku suka sebab buatannya kemas)

Photobucket - Video and Image Hosting

Pink Gundam!!! (made by a lady la obviously, tapi aku lupa la nama dia). Lengkap ngan apron, arnab2 ala The Curse of the Were-Rabbit dan sedang menyiram pokok. How gay can you get, man…

Photobucket - Video and Image Hosting

Ikmal. Susahnya aku nak suruh dia stand still and keep his hands off the glass screen.

Photobucket - Video and Image Hosting

Lepas tuh, kitaorang dok lepak kat ofis aku la…

Kesian, kecik2 lagi dah burnout, LOL! (gurau jek)


Terlupa lak nak lukis apa...

Labels:

 
  Updates Lagi!

Tahniah!

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah buat ex-classmate aku masa di UiTM dulu– Roselinda Abdul Jamil a.k.a Alin a.k.a Cik Kiah (nama manja zaman UiTM dulu sebab dia terer bab2 organize events esp. rombongan). Alin is the new Council Member for Majlis Perbandaran Klang (MPK), and also, (kalau tak silap aku), Ketua Puteri UMNO Bahagian Klang. Tahniah beb. Harap dapat jalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi!

Huhu, takde chan la…

Petang Khamis lepas…

Bos aku: Zack, esok jangan lupa pakai uniform tau.
Aku: Hah? Ada apa kak?
Bos: Kan ada EGM esok. You kena jadi official la.
Aku: (almost dengar tak dengar) Adoi, saya nak tengok James Bond la esok kak.. <-- (tang ni memang luruih bendul betul!) Bos: Ala, kejap je. Tak sampai lunch hour pun.
Aku: Hmm… ok la. :(

Meeting habih dalam kul 11. Pastuh aku kena siapkan report lak, huhu...

Slamat jalan Romeo…

That’s it.
Habih la satu2nya peluang aku nak gi nonton Daniel Craig muncul dari laut ala Honey Ryder dalam Dr. No. :( Jumaat petang, show pukul 12. Days before that aku serba salah gak, sama ada nak nonton Casino Royale atau Cicakman (filem Cinta is outta question sebab show kul 11.15 pagi dan aku tak pernah ponteng kerja semata2 untuk tengok wayang; wah wah, pekerja berdedikasi weh!) Takpe, nasib baik Ah Long ada…

It’s okay to badmouth your boss (?)

“Talking bad about your boss in the office behind his back does not amount to misconduct which warrants dismissal”, said the Industrial Court.
The Star : Saturday 9 Dec 2006


Ini berhubung satu case wrongful dismissal sorang kakitangan MNI yang didapati bersalah menyebarkan email kepada rakan2 sepejabatnya yang dikatakan somewhat mengutuk orang2 atasannya. (Perkara biasa, imho, especially kalau ko bekerja ngan kompeni yang sebahagian besarnya bumiputras). Minah ni dapat balik gantirugi lebih kurang RM67k.

Come to think of it, aku, for one, kalau boleh, cuba mengelak drp terlibat ngan perkara2 bangang yang membabitkan office politics. Yeah, it’s true, it’s a dog eat dog world out there. Tapi, segala tugasan yang telah diberi, pada aku adalah satu amanah yang patut dipikul dan dijalankan dengan penuh keikhlasan. Dan kita patut bersyukur kerana mempunyai satu pekerjaan yang tetap dan dapat menyara anak2 dan keluarga dengan wang yang halal (Insya Allah). Pasal gosip2 ni, biasa la. People who gossips to you, WILL gossip about you. Itu satu kenyataan. Aku? Aku lebih senang dok diam2 buat kerja aku sendiri sambil ditemani oleh Gerard Way, dan occasionally, Sheikh Saad Syed Al-Ghamidi.

Dan berbalik kepada kakak kita yang dah kaya by RM67k tu, agak2 bagaimana dia nak start bekerja nanti (tak kira la sama ada dengan kompeni lama atau baru), dengan rekod yang sedemikian? Hmmm…

LRT sucks!!

Tau apa yang lebih shitty drp LRT yang terlampau sesak sehingga kau takleh nak bergerak langsung? Well, try standing behind an Indon Mat Rock yang rambutnya panjang dan sangat2 keras (macam dawai pencuci pinggan yo) sehingga masuk dalam mata aku (bayangkan- aku pakai spek and I can’t imagine when was the last time he washed his hair * gross nak mampus *. Yeah, ini betul2 terjadi pada aku last week. Mcm nak pitam aku tahan nafas dari stesen Cempaka ke hang Tuah. :(

Oohhh…



Cute. Just cute. Dan sangat2 "lembut"! (hell, dia mesti lebih terer pasal mekap berbanding ngan aku!) Memang berbeza dengan on-stage personanya yang sangat2 gila! I dunno whether to laugh or to cry.
Or whether I have to re-evaluate my current taste in men :P

PS: Make-up dedulu MCR agak OTT, imho. Kinda reminds me of Swiper the Fox of Dora the Explorer($). Hehe…

Oh Man!

($) Anak aku suka sangat kartun Dora the Explorer, walaupun aku personally agak freaked out dengan parents dia yang senang2 membiarkan budak perempuan berusia 7 tahun merayau2 ke sana ke mari dengan hanya bertemankan seekor monyet yang suka memakai sepasang but…* shudder *

Labels: ,

 
Thursday, December 07, 2006
  Thursday Thirteen #8
(Man, I'm freakin' too old to be a fangurl...)

Salahkan adik aku. Dia peminat setia MCR dan berjaya mempengaruhi aku (gara2 Friendster la ni). Sebenarnya aku dah lama dah donlod lagu2 nih, tapi aku dengar skit jek, mcm tak best (ugh, another Blink 182/ Sum 41/ Good Charlotte huh?) dan aku tak dengar sampai la aku buat entri pasal list lagu2 tuh. Ropa2nya best gila! Nak kata aku peminat emo-rock, tak jugak, tapi ada sesuatuh pada muzik diorang (dan vokal Gerard Way) yang menaikkan segala bulu (the last time I felt like this was like, 4 years ago, masa aku tgh gila kat Chester Bennington dan Mike Shinoda) Haha! Gila!

Photobucket - Video and Image Hosting

13 Reasons Why I Loved My Chemical Romance

1. This song. (Totally PWNED!!!! Rasanya ada la dalam 20 kali aku dengar lagu ni dalam sehari)

The Ghost of You

I never said I'd lie and wait forever

If I died, we'd be together
I can't always just forget her
But she could try

At the end of the world
Or the last thing I see
You are
Never coming home Never coming home
Could I? Should I?
And all the things that you never ever told me
And all the smiles that are ever ever...

Ever...Get the feeling that you're never
All alone and I remember now
At the top of my lungs in my arms she dies
She dies

At the end of the world
Or the last thing I see
You are
Never coming home Never coming home
Could I? should I?
And all the things that you never ever told me
And all the smiles that are ever gonna haunt me
Never coming home Never coming home
Could I? Should I?
And all the wounds that are ever gonna scar me
For all the ghosts that are never gonna catch me

If I fall <- Tengok video klip ni masa ni (cair aku ngan senyuman Mikey:)
If I fall (down)

*insert Gerard's almost orgasmic wail here*
(dan aku paling suka drumming masa bridge nih)

At the end of the world
Or the last thing I see
You are
Never coming home Never coming home
Never coming home Never coming home
And all the things that you never ever told me
And all the smiles that are ever gonna haunt me
Never coming home Never coming home
Could I? Should I?
And all the wounds that are ever gonna scar me
For all the ghosts that are never gonna...

2. This video



Agak lain daripada yang original, especially bila Mikey kena tembak kat perut. And Gee, ah, just Gee \(^o^)/

3. This freakin’ awesome album (my current playlist)

My Chemical Romance :: The Black Parade

Memang wonderful! Aku setuju ngan reviewers yang mengatakan bahawa album ni adalah sepertimana album Bohemian Rhapsody kepada Queen. Berbeza skit ngan konsep original diorang (emo-rock), kebanyakan lagu2 dalam album ni adalah like progressive rock. In fact, aku boleh dengar this album from start to finish tanpa skip mana2 lagu sebab semuanya sedap2 belaka!
(My personal faves – The End, Dead!, This Is How I Dissapear, Welcome to the Black Parade, The Sharpest Lives, The House of Wolves, ah semua skali laa! (tapi aku cam freak out skit ngan lagu Mama~ yg ni lagi gila dari Eminem's Cleaning Out My Closet!!). Tapi my ultimate favourite ialah still The Ghost of You)

4. The new image

Berbeza sekali ngan imej klakar dalam album2 terdahulu, which explains why aku tak brapa suka diorang ni dulu

5. This guy, in this photoshoot.


Gerard Way as Alex De Large

6. The platinum blonde hair (Y'know i love em blond bad boyz!)


*drool…*

7. The weight loss ? (teach me Gee ! Please!!!!)
Dulu tembam semacam jek, tapi sekarang ni slender giler! (Tengok video Welcome to the Black Parade. Pergh!!) *meleleh air liur sat…*

8. The awesome artworks (sila rujuk website2 berkaitan, macam yang aku dah link-kan kat bawah ni)

9. His brother, Mikey Way

Huhu I’ll miss those glasses…

10. The glasses on his brother. Sebelum buat laser treatment :( (I’m a sucker for guys in glasses!!!!)


Mikey in action in Welcome to the Black Parade

11. This photoshoot (for Kerraaang Magazine, kalau tak salah aku.)

My Chemical Droogs!!!

Gambar dari fansite MCR – Blade You Stain.

Siap ngan tilam lagi tuh! (Sesapa yang dah tengok A Clockwork Orange mesti tau apa signifikasi tilam dalam citer tuh, hehe..)


12. The uniforms


The band in the vc- Welcome to the Black Parade

13. Uhm, shite, aku takleh nak fikir lagi la sekarang. Uhm, beautiful boys? :P

Hell Yeah!

Pasal MCR ni jugak la duit aku habih buat beli magazine, sebab Gempak baru ada KomikXklusif My Chemical Romance dan Utopia pulak, diorang jadi coverboys (aku tak fikir panjang ah! Walaupun mahal skit- edisi cuti skolah, aku mana ada cuti skolah da.. Tapi takpe, ada percuma stiker2 comel – aku suka versi Lawak Kampus tuh). Dalam ROTTW pun ada tapi seciput jek.

Fun fact: Selain MCR (Romen Kimiaku), aku juga suka lagu – ‘Aku Tulis Dosa, Bukan Tragedi’, nyanyian ‘Menggelabah! Di Pusat Hiburan’ hehe…Yay for beautiful boys!

My fave MCR site ~
http://fan-sites.org/mcr/

*Screencaps of Welcome to the Black Parade made and uploaded by Yours Truly.

Labels: , ,

 
  Updates!
Salam semua!

Phew, such a busy week !

Pergi Tak Kembali :(

Pertama sekali, terima kasih kepada semua yang telah mengucapkan salam takziah atas pemergian my grandfather. Honestly, aku memang sayang kat arwah atuk aku. Memang itu aje grandfather aku yang tinggal, tapi masa mak aku bagitau atuk dah takde, aku rasa semacam. I tried milking out the tears tapi takleh nak kuar, padahal aku ni kira bintang air mata yang paling sensitive especially bab2 kematian. Kenapa? Mungkin aku rasa sangat terkilan sebab tak berpeluang mengenali arwah dengan lebih dekat lagi. (I partly blamed my parents for that). Kalau nak dibandingkan betapa rapatnya anak aku ngan atuk2nya (my parents and MIL) dan kami adik beradik dengan atuk, aku rasa, jauh sangat bezanya. Padahal bukannya jauh sangat rumah dia dengan rumah aku kat Muar, tapi kitaorg cuma berjumpa setahun sekali. Lepas kawin, lagi la jarang jumpa. Dan setiap visit adalah sangat formal, semua prim dan proper, takleh huhahuha. I dunno, but imho, aku rasa rigid sangat. Hubungan antara atuk ngan cucu, pada aku, adalah sesuatu yang sangat istimewa. Kekadang manjanya lebih daripada hubungan bapa/ anak. Sayangnya aku tak merasa semua tuh. Ke, memang ada tapi aku tak ingat? Ah well, rasanya memang takde :( I’ll miss you dearly Atok. Semoga Allah tempatkan bersama insan2 yang soleh, InsyaAllah.

New Addition !

Ala, malu2 pulak dia...

Sekalung tahniah buat abang ipar ngan kakak(tapi adik) ipar aku atas ketibaan orang baru dua minggu lepas. Umair Mirza, welcome aboard! Hell, setiap kali dengar berita ketibaan orang baru, musti aku yang emo semacam. Tapi takpe. Aku ada makanan penenang aku…

Pardon the yucky sight.

And no, it doesn’t taste good. In fact, it sucks! But it really makes me feel good inside *psycho*

Goodbye My Lover :(

Last Saturday, DVD player aku meletup. DVD player tu jenama Toba, aku beli kat Carrefour for a mere RM148. Cenggini citernya. Aku baru jek habih nonton filem Slither sambil2 menggosok baju kerja untuk seminggu. Pastuh, cadangnya aku nak sambung la pulak tengok Ghost Game. Alih2 kuar message ‘No Disc’. Apa barang? Aku try ngan DVD Supernatural lak. Pun sama No Disc gak. Then aku try main VCD anak aku. Pun sama. Fed-up, aku try pomen sendiri (aku dah pernah pomen benda tuh sekali dulu). Dah bersih2kan dalam dia, pastuh aku tutup la balik. Tetiba bila pasang jek pada plag, *Pom* opocot mak kau, meletup, sampai kuar asap! Pergh! Tension gila aku! (Alhamdulillah, nasib baik aku tak mati)

Tapi takpe. Kubur DVD lama masih merah lagi, aku dah dapat pengganti. Kebetulan kat Carrefour ada offer baik, aku beli DVD player baru jenama Samsung. Tak la mahal sangat, RM248 jek. Tapi yang best ialah dia boleh main DiVX dan mp4 sekali (Yippee!! I love technology!!) Lepas nih tak payah la aku tengok Heroes/ Dexter kat komputer jek, dah boleh nonton di TV!

Banyak busy la…

Sejak kompeni aku buat reshuffling kakitangan (sebab staff lama nak pencen), aku pulak yang macam dah tak cukup tangan. Apa taknya? Kerja2 clerk aku tu pun aku yang kena buat sekarang. Pergh! Gilbab! Ko bayangkan ajelah, member punya kerja sebulan aku kena habihkan dalam 2-3 hari jek (patut la mamat tu macam chipsmore!). Itu tak masuk lagi kerja2 aku yang kekadang bos bagi ad-hoc basis. Siot la. Sekarang aku cuma boleh main internet time lunch hour jek. Pulak tu, time ni auditor dah masuk buat interim audit, and budget pun masih dalam proses. Sigh… mati la mak camni…

On Heroes

* may contain spoilers for episodes 10 and 11 *

Untuk Edd, yang suka kat cheerleader tembam tersenyum sumbing. Enjoy. (Dude, aku tak salahkan kau. Hayden Pentierre memang voluptuously beautiful!)

Dari Episod 10

Masa jumpa Peter Petrelli in Episode 11

Oh ya, untuk sesapa yang suka awek brainy, Charlie…

Photobucket - Video and Image Hosting

Dan, ahem, for your eyes only…Gabriel Gray aka Sylar.

Just before he killed Eden. Psycho!

Nerd gila!

Seriously, kali pertama diorg tunjuk Gabriel Gray, aku tak sangka yang dia ni yang akan jadi Sylar, pemakan otak manusia2 dengan extra-ordinary ability. Hallamak!! Adakah Peter the power eater merupakan orang yang bakal meletupkan Bandar NY tuh? Dan, Mister E-Suck ni, bior bebenor. Hiro v Gojira?


I can't wait!!!

All pics and Heroes screencaps are taken/made/uploaded by moi.

Labels: , ,

 
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites