:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Thursday, August 24, 2006
  Nota Untuk FFM 2007
Untuk mengelakkan kontroversi, sila pilih salah satu (sila tambah lagi ikut suka)

Saya nampak _____ jika bertutur dalam Bahasa Melayu.

a) macho gila
b) hensem macam Wentworth Miller
c) tinggi
d) vass
e) slim bak Nasha Aziz
f) jauh nun ke Australia
g) orang mati
h) gigi
i) macam Datuk Yusuf Haslam
j) gaya macam nak pitam
k) comel

Kalaulah membuat filem itu ______, let’s do it more often !

a) ibarat menulis blog
b) seumpama membuat kuih tat
c) murah
d) membuat saya rileks
e) dapat menjauhkan diri saya drp mengumpat orang lain
f) satu kerjaya yang menguntungkan
g) boleh membuat saya nampak kurus
h) boleh mendapatkan saya date untuk malam ini
i) bisa menjanjikan rumah agam yg besar ala2 rumah Datuk Yusuf Haslam
j) boleh membuat saya glamer

k) boleh menampung perbelanjaan botox saya utk 3 tahun

Labels:

 
Monday, August 21, 2006
  Ladies and Gentlemen, My Cubicle...
Photobucket - Video and Image Hosting
My beloved PC. Aku tak boleh hidup tanpa PC dan internet! Oh ya, ingat tak dulu aku letak gang Hamtaro kat atas monitor tu? Habih semua aku bagi kat adik aku, malas dah nak simpan benda2 tu. Sekarang ni kat atas tu ada Atom (dari Astro Boy), Nobita (dapat drp coklat Kinder yg berbentuk telur tu), seekor kangaroo, dan ada lagi dua tiga benda2 tidbits yg aku dpt dari bungkusan makanan ringan. (Sekarang ni dah ada addition of 3 Malaysian flags. Meriah gila!) Oh ya, aku juga ada tampal doa utk tempat kerja (aku sepatutnya tambah- Ya Allah, berilah aku kekuatan utk tidak melayari internet di waktu pejabat) dan juga zikir harian (kekadang terlupa gak..:-?)

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku tak tengok pun Superman, but I think that the poster is pretty cool. Oh yeah, I also collect cute lil teddy bears (as long as it’s not more than 12cm), and most of them comes free with toothpaste, deodorant, etc. Also the tags from accounting-related courses that I’ve attended over the past two years. Dan nombor2 dari filem Donnie Darko – 28:06:42:12. Masuk ni dah tiga orang tanya tentang nombor2 tu. Juga poster2 filem yg aku potong dari majalah flem kegemaran aku – Empire, i.e Night Watch, Zatoichi, Primer, the Descent dan Masters of Horror.

Photobucket - Video and Image Hosting
Haha, aku macam Sara Tancredi- seorang pack-rat. I never throw away anything! Memula aku letak sampul hadiah tu je (real nice one from a.e.i.o.u, aku beli di mph), pastuh letak gambar2 Ikmal pulak. Lepaih tu lelama aku letak segala tok nenek poskad/ flyer/ bookmark/ iklan yg aku rasa menarik. Walaupun aku ni memang buta pasal bola, poster Adidas tu aku sesaja je letak sbb nampak cool giler! Whoever made that ad is a creative genius!!!

Photobucket - Video and Image Hosting
The cacamarba board – details. Among others, pics of Went, Zulhuzaimy and countless flyers and promos yg aku kutip from everywhere. Recent addition- flyer filem Snakes On The Plane. And yeah, my pic is also there. If you looked real hard you can see how I look like!

Labels:

 
  How To Numb Yourself From The Real World....
Mike n Linc in a scene from Otis, Ep 2 of Season 2
Linc : Jem ke jalan hari ni, Mike?
Mike : Nampaknya gitu la...

... and clean thy ears and eyes from news/ shits concerning THAT so-called event of the year.
F_ck, enough already!!!

Hadoi... citer pasal pempuan tu lagi...

awesome images from wentworthmilleronline and marc brandenburg's flickr

Labels: ,

 
Tuesday, August 15, 2006
  The Ultimate Couch Potato Meme
Anda dikehendaki memilih 6 siri TV yang selalu ditonton sebelum menjawab soalan2 yang diberikan. (aku baru aje dpt DVD siri House utk musim pertama dan kedua, aku masih belum pernah menonton Supernatural, dan aku juga telah lost dengan Lost sejak menonton Prison Break, jadi aku pilih rancangan2 yang aku minat, aku follow dan aku suka). (Disclaimer: Aku citer berkenaan watak2 fiksional sahaja, tak berkenaan dengan pelakon2 sebenar. Mati la mak kalau kena slap dengan lawsuit nanti. Takde sapa yg sanggup mentatu separuh badan dan masuk penjara dengan sengaja untuk keluarkan aku, huhu…)

Ok, here goes…

1) Prison Break
2) Firefly
3) nip/ tuck
4) Queer Eye for the Straight Guy
5) The X-Files
6) Sembilu

1. Who is your favorite character from #2? (Firefly)
Captain Malcolm Reynolds (Nathan Fillion) of course. Handsome, rogue-ish, charming, charismatic and reminds me of Han Solo.

2. Who is your least favourite character from #4? (QeftSG)
Carson Kressley (The Fashion Guru). Ugh. Terlampau sotong for my taste. (I like Jai better)

3. What would a crossover between #1 and #5 include? (Prison Break and The X-Files)
Wow, just imagine Fox Mulder (David Duchovny) dan Michael Scofield (Wenty-poo) dalam satu siri. Phew. Mungkin Agen Mulder akan ditugaskan mencari Michael dan abangnya. Aku boleh bayangkan bagaimana Mulder akan mengutarakan teori2 konspirasinyanya tentang bagaimana Michael Scofield boleh melarikan diri drp penjara yang dikawal ketat, dan apa muslihat di sebalik pembunuhan Terrence Steadman, adik Timbalan President US of A.

4. Who is your favorite ship from #6? (Sembilu)
Sudah semestinya Diana (Azzarima) ngan Fendi (Zed Zaidi). Zetty (Hetty Sarlene) is too whiny sometimes, dan kalau aku jadi Fendi, hmm.. kekdg malas nak layan kerenahnya. Udah le kena dok ngan mertua pulak tu… nak kena layan kerenah abang ipar lagi…hadoi la…

5. If you were to set one person from #3 and one person from #6 on a blind date, who would they be? (nip/tuck and Sembilu)
Haha, mesti kelakar gila! Aku akan setkan Dr Christian Troy (Julian McMahon) ngan Diana la, sapa lagi. Mungkin beliau boleh tolong adjustkan sikit botoxnya yang dah beralih tu, hehe… Tambahan pulak, dua2 jenis yg gatal, memang seswai gitu..

Betul, Sean, ko tengok tu, mata dia dah nampak lain! Hey Diana, ko inject botox tu kat mana? 7-11 ye?

6. If you could meet one person from #4 and spend the day with them, who would it be, and what would you do? (QEftSG)
Thom Filicia the Design Doctor. Aku akan mintak tips bagaimana nak mencantikkan rumah dan mintak tolong dia buat makeover utk rumah sewa aku tu. Aku lebih suka stailnya berbanding dengan Eric Leong.

7. If you could change one thing about #2's plot line, what would you change? (Firefly)
Hmm.. tak perlu tukar. Cukup sekadar menyambung kembali siri TV Joss Whedon kegemaran aku ni.

8.Explain a relationship between two people (not necessarily romantic) from show #5, and why you like the relationship between them. (The X-Files)
Fox Mulder dan Dana Scully (Gillian Anderson), suatu ketika dulu pasangan kult yang paling aku minati. Aku suka bagaimana kedua2nya mempunyai sejarah silam masing2 dan bagaimana mereka bekerja bersama walaupun dengan idealogi2 yg berbeza (Mulder dgn teori2 makhluk asingnya, sementara Scully sering menggunakan common sense dan penjelasan saintifik) Dan bagaimana mereka mengekalkan hubungan platonik antara satu sama lain, tanpa resorting to some romantic relationship.They were so cool then.

9. If the lead title characters (first name in the credits) from #1 and #3 were both drowning, and you could only save one, who would it be? (Prison Break-Lincoln Burrows (Dominic Purcell) ; nip/tuck – Dr Sean McNamara (Dylan Walsh))
Dah tentu Dr McNamara. John Doe memang dah tau berenang, hehe…

10. If you could change the title characters' order in the credits for #4, what order would you choose? (QEftSG)
Dah ok rasanya (nama Carson keluar last sekali, I think).

11. If you were able to add a new character, any kind of character you wanted, to the storyline for #6, what would the character be like and what would their role be? (Sembilu)
Aku mintak Datuk Yusuf Haslam tambah lagi satu watak penyanyi lelaki di syarikat rakaman tu, di mana beliau akan cuba mengorat Fendi yg jambu tu, sebagai satu saingan kepada Diana. Pelakon yg seswai – Zulhuzaimy. Please. Hehe…

12. What happens in your favourite episode of show #2? (Firefly)
Dah berakhir tanpa sambungan di episod 13, tetapi telah disambung dalam filem Serenity. Di akhir filem, beberapa watak utama telah pun mati iaitu pilot Serenity (Hoban ‘Wash’ Washburn, lakonan Alan Tudyk) di mana tempat beliau diganti dengan River Tam (lakonan Summer Glau) dan juga Shepherd Book.
Episod kegemaran aku ialah Out Of Gas, dimana kita dapat lihat bagaimana sayangnya Captain Reynolds kepada kapal Firefly-nya iaitu Serenity. Satu episod yang moody dan serius, berbeza dengan episod2 lain yang kebanyakannya agak ringan dan kelakar. Juga babak2 flashback tentang bagaimana beliau merekrut kru2 kapal Serenity, bermula dari Zoe, hinggalah Jayne Cobb.

13. If you could kill off one of the characters of #1, who would it be and how would you do it? (Prison Break)
Ah, semestinya Charles ‘Haywire’ Patoshik. Bengang gila aku tengok dia dapat menyelamatkan diri dengan basikal budak perempuan tu…

14. If you got the chance to visit the set for either show #3 or show #5, which would you choose? (nip/tuck ; The X-Files)
Dah tentu X-Files. Aku ingin sekali melawat tapak2 penemuan UFO, makhluk2 ganjil, dan semua sekali yang berkaitan dengannya.

15. So, I saved the best question for last. If you could date anyone from any of these shows, which show and which person?
Sudah gaharu cendana pula. Dah tentu la Michael Scofield. (icon2 dari livejournal giveitmegood. Thanks!)
Intelligent Sexy Charming Loyal

16. Sapa patut buat ni?
Sesapa aje yang fikir dirinya ‘kentang sofa’. Sila bagitau kalau korang buat di blog korang. Aku pun nak tumpang sekaki!

Labels: , , , ,

 
Saturday, August 12, 2006
  Just Have A Little Faith...
Savin' Me - Nickleback

The brothers at their mother's funeral

Linc: Come on, Michael. What do you want me to do?
Mike: Bring her back.
Linc: You know I can't do that. But look, there's some stuff that I can do. It's not gonna be the same, but we're gonna figure it out.And, no matter what, it's still gonna be me and you.
Mike: Okay, but what if something happens to you?

Linc : You just... have a little faith.

Prison gates won't open up for me
On these hands and knees I'm crawlin'
Oh, I reach for you
Well I'm terrified of these four walls
These iron bars can't hold my soul in
All I need is you
Come please I'm callin'
And oh I scream for you
Hurry I'm fallin'

[CHORUS]
Show me what it's like
To be the last one standing
And teach me wrong from right
And I'll show you what I can be
Say it for me
Say it to me
And I'll leave this life behind me
Say it if it's worth saving me

Heaven's gates won't open up for me
With these broken wings I'm fallin'
And all I see is you
These city walls ain't got no love for me
I'm on the ledge of the eighteenth storey
And oh I scream for you
Come please I'm callin'
And all I need from you
Hurry I'm fallin'

[CHORUS]

Hurry I'm fallin'

Labels:

 
Thursday, August 10, 2006
  Wedding? What wedding ?

Labels: ,

 
  RearViewMirror on Pearl Jam
"Tiba-tiba Malaysia meminati Pearl Jam kerana Last Kiss… hehe."

Ayat yg boleh membuat aku tergelak gila dalam ROTTW keluaran bulan Ogos 2006 (thanks, Nadia!). Ahem, ini sebenarnya isu KEEMPAT majalah ni yg aku beli, sejak terbitan pertamanya 10 tahun dulu. (Dah 10 tahun!!! ingat2 lupa, tp isu pertama yg aku beli ada Kurt Cobain, dan juga isu di mana Metallica keluarkan album terbaru mereka- Load, dengan imej baru berambut pendek). Masa tu, kira majalah mahal la sebab aku kan student masa tu, mana ada duit sangat nak beli benda2 luxury camni. Btw, ini majalah ketiga so far yg aku beli, ada PJ di muka depan. Majalah pertama ialah SPIN (entah isu tahun berapa, aku beli masa buat degree dulu, akhirnya aku jual dengan apek old newspaper masa pindah rumah dua tahun lepas, selepas lebih kurang 8 tahun dalam simpanan. Rasa menyesal pulak). :-( Then, majalah Utopia keluaran 15 Mei 2006 tapi citer pasal PJ cuma 2 mukasurat aje.

Ahah! Well said, well said. Lagu tu juga mungkin lagu pertama PJ yg selalu diputarkan di radio Malaya, tp reaksi pertama aku apabila mendengar lagu nih, ialah ‘wtf happened to Eddie Vedder? Buang tebiat ke?’ (no offense to that remake, aku sendiri rasa nak meleleh pada line ‘I held her close, I kissed her our last kiss’) Dan kemudian muncul lagi satu remake lagu slow iaitu ‘Soldier of Love’ untuk kompilasi No Boundaries. Well, jem makcik Pearl muncul lagi dengan album terbaru mereka. (Nota: Lepaih baca ROTTW ni baru aku tau itu sebenornya lawak menipu Eddie Vedder, hapa la!)

Love at first byte
Aku start follow kumpulan2 grunge Seattle sejak lepas SPM, sebelum ke ITM (around 1994). Kira sebagai satu luahan rasa tak puas hati sebab terpaksa mengambil kursus yg paling2 aku tak gemar- Accountancy. Aku jadi rebel gila. Bermula dengan Nirvana, (yg aku kenali drp siri TV Life Goes On- merupakan salah satu kumpulan kegemaran watak Jesse McKenna yg menghidap AIDS, lakonan Chad Lowe.) yang ironinya, aku suka selepas Kurt Cobain membunuh diri. Rasa tak puas dengan album Nevermind, aku start venture ke kumpulan2 lain dari genre yg sama, antaranya Soundgarden, Stone Temple Pilots, Alice In Chains dan Pearl Jam. Aku start dengan album Vs, and the rest is history.

Pearl Jam dengan imej otai

Album baru (Avocado album)
Honestly, aku berenti mendengar PJ lepas album No Code (or is it Yield, I can’t remember). Lagu2 dr album terbaru ni, bukan le nak kata tak sedap, tapi aku lebih gemar material2 lama PJ, iaitu masa album Ten, Vs dan Vitalogy. As for the new album, mungkin kena dengar berulang kali, baru boleh dapat feel kot, atau mungkin aku dah terlalu tua untuk mendengar muzik dari genre ni. Hmm.. tak tau la makcik.

Track2 terbaik Pearl Jam pilihan aku (in no particular order):

RearViewMirror (album Vs)
Aku suka gila riff gitar masa intro dan masa bridge – “I couldn't breathe, holdin' me down, hand on my face, pushed to the ground. Enmity gauged, united by fear. Forced to endure what i could not forgive...”

Jeremy (album Ten)
Bosan dengan sekolah dan ibu bapanya yang sentiasa sibuk, akhirnya Jeremy meletup. (sampai sekarang aku masih memikirkan terjemahan liriknya- “clearly I remember, pickin' on the boy. Seemed a harmless little fuck. But we unleashed a lion, gnashed his teeth and bit the recess lady's breast". Dia menggigit buah dada makcik kantin?

Black (album Vs)
Huhu.. syahdu. Teringat kat seseorang apabila mendengar bait “I know someday you’ll have a beautiful life, I know you’ll be a star. In somebody else’s sky. Why? Why? Why can’t it be mine…?”

Go (album Vs)
Sedap didengar ketika tension apabila kerja2 melambak. “Please, Don’t go on me.”

Once (album Ten)
No, no. Ini bukan mamat yang nyanyi lagu Dealova tu.

State of Love and Trust (soundtrack filem Singles (1992))
Korusnya dan na na na na na na na na na!

Animal (album Vs)
Kekadang ada betulnya – “I’d rather be with an animal”, sebab binatang tak tau ngumpat, tak tau mengata, dan tak reti menikam dari belakang.

Hail Hail (album No Code)
Salah satu lagu yang agak sukar mengagak apa benda biji butir yang nak disampaikan oleh Vedder – “I sometimes realize i could only be as good as you'll let me. Are you woman enough to be my man? Bandaged hand in hand.”

Alive (album Ten)
Pernah tengok sticker logo PJ yg ada gambar orang lidi dengan tangan di hala ke atas? Ini le lagu pertama yg terlintas dalam kepala otak aku setiap kali ternampak sticker tu.

Lain2 track yg aku suka, tapi malas la pulak nak elaborate sebab dan musababnya:
Daughter (Vs)
Blood (Vs)
Better Man (Vitalogy)
Even Flow (Ten) – 'thoughts arrived like butterfly…'

Notakaki 1 : Baru sekarang aku tau gambar kat cover album Vs tu gambar unta (sila baca komen Neves Pretty Ugly tentang PJ). Selama ni aku ingatkan gambar singa, hehe.

Album Vs PJ

Notakaki 2 : Aku suka ROTTW yang baru ni. Nampak lebih kemas, kertasnya pun bermutu, dan padat dengan cerita2 untuk semua peminat rock, tak kira dari apa genre sekalipun.
Notakaki 3 : Ada contest, tp malas nak masuk sebab aku dah ada CD tu. Sekarang ni aku tengah layan album terbaru Keane (The Iron Sea), Muse (Black Holes and Revelations) dan Teddy Geiger (Underage Thinking). Hola!

Labels: ,

 
Wednesday, August 09, 2006
  Mesej Dari HP MamaIkmal
sms i

Dari : +60148128486
Masa: 9.17 am / 8-8-2006
Katanya : Anda telah menerima RM6 kredit panggilan percuma daripada CELCOM. Untuk mengaktifkan RM6 ke dalam akaun anda, taip 6 dan hantarkan ke 10148128486.

Hadoi. Apa nak jadi ni? Ingatkan manusia ni kalau bertambah pandai, makin bertambah buat baik. Ini tidak. Nasib baik aku ada mendapat email yg memberi amaran tentang sms2 tipu ni. Tak sangka pulak aku dapat sms ni. (Kata seorang teman yg mem’forward’ email ni, kalau dibalas sms ni, kredit panggilan hanfon kita akan ditolak sebanyak mana nombor yang dihantar (dalam kes ni RM6 la).

Lagipun, mana ada benda free sekarang ni kak oi! Nak kencing pun kena 50 sen (kalau kat Sogo la).

sms ii

Dari: Don [ayobkelubi]
Masa: 5.24pm / 8-8-2006
Katanya: Azlina Jailani (Lina Joy) telah menang di mahkamah. Pertubohan Melayu Murtad telah diluluskan. Sebarkn dan berdoa m0ga umat Islam slmt…perstuan melayu

Aku punya la terperanjat beruk. Beruk pun tak terperanjat camtu. Wtf? Aku ingatkan kes ni masih dalam prosiding lagi. Apa pun, jantung aku berdebar gila. Muka aku, rasanya kalau ditoreh pun, takkan berdarah. Betul ke ni? Apsal aku takde dapat pun apa2 email pasal ni?

Aku tak salahkan kau Don. Aku pun memberikan reaksi yg sama sejurus selepas aku mendapat mesej tu. Aku gi forward ke semua orang. Termasuk nombor adik aku di Australia dan salah sorang kawan baik aku di Jeddah. Juga kpd bos2 aku di pejabat.

Tak berapa lama kemudian, Lina, my immediate superior di ofis, membalas – “Dude, I baca internet, sms ni TIPU.” Hallamak! Aku jadi mangsa hoax!

Apa pun, cuba bayangkan jika apa yg ditulis itu benar2 berlaku? Apa akan jadi pada negara tercinta ni? Bagaimana nasib kita orang2 Melayu Islam yg kebanyakkan imannya kini senipis kulit bawang, dan terlalu sukakan budaya hedonisma bawaan barat? (aku mengaku, aku salah sorang daripada mereka) Adakah Malaysia akan menerima nasib yang sama dengan Indonesia, yang sering saja ditimpa bala sebagai ingatan kepada umat2 Islamnya? Atau saudara2 seIslam kita di Lebanon, Iraq dan Palestin?

Nauzubillahiminzaalik…

Labels:

 
Monday, August 07, 2006
  Ikmal Haniff - 3 Months to the Big 4
Photobucket - Video and Image Hosting
Perfecting that gaze....(with cousin Myra)

Photobucket - Video and Image Hosting
At Carrefour Wangsa Maju, July 2006


(Pics taken by my Nokia 6101)

Labels:

 
Wednesday, August 02, 2006
  Kudos, Klik! You got spine!
Re: Klik Isu Terbaru (Cover Paris Hilton)

Majalah remaja kegemaran aku ni makin hangat nampaknya! Thanks a lot to Che’ Ah for the wonderful feature! Dan tak lupa buat Maman, yg memberikan grafik yg sangat cantik (dan pilihan gambar yg sangat phoar!) You guys made my day!

Seperti biasa, sesi nit-picking aku…

Sinopsis Prison Break dari majalah Klik:

Cerita ini mengisahkan bagaimana sorang pelukis pelan penjara (1) bernama Michael Scofield yang tak sangka 1 hari nanti dia kena lepaskan abang dia daripada hukuman mati dari penjara ciptaannya sendiri (2). Dia mendapat kerjasama daripada banduan2 senior (3) yang tingin jugak nak selamat. Yang jadik masalah, ada saja benda yang menghalang hasrat si adik ni. Yang menariknya, pelan penjara terlukis kat badan dia umpama tattoo. (4). Senang nak buat kerja! (5)

Michael Scofield dalam musim kedua yg akan bermula 21 Ogos ni. Tak sabar rasanya!!! Klik untuk lebih gambar!

(1) Michael Scofield bukan pelukis pelan, tapi beliau adalah seorang jurutera struktur di firma Middleton, Maxwell and Schaum.

(2) Penjara Fox River dah terbina sejak awal tahun 1900-an lagi. Firma Michael telah dipilih untuk menjalankan kerja2 pengubahsuaian di penjara tersebut, dan sebagai seorag kakitangan firma tu, Michael ada akses kepada pelan2 tersebut. Ni kira kes menyalahgunakan kuasa la ni.

(3) Termasuk juga seorang banduan junior (Fish) iaitu David Apolskis a.k.a Tweener.

(4) Bukan umpama lagi dah. MEMANG tattoo pun.

(5) Tak senang jugak kak. Menurut Michael, menghafal segala peta laluan penjara Fox River tu, adalah seumpama menghafal sebuah buku panduan telefon. Lebih2 lagi bila sebahagian drp tatunya terbakar (wait for next week’s Episode…)

Oh ya, satu lagi kak, anak Dominic Purcell dah ada 4 orang la. (termasuk si kembar Lily dan Gus).

Dom Purcell and family

Sekian saja sesi nit-picking MamaIkmal pada hari ni.

PS : Kalau aku takde kat sini, pm aku di sini sebab semua poster2 kronik di sini dah mogok sebab diorg rasa admins tak komited.

Labels: , ,

 
Tuesday, August 01, 2006
  Salam Semua!
Sebenarnya aku masih lagi rasa malas nak continue. Banyak perkara yg sedih terjadi dalam dunia ni, terutama di Timur Tengah, dan aku harap kita sama2 dapat berdoa demi keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia. Terutama di Lebanon. Rasa terpanggil untuk berkongsi e-mail tentang Surah Al-Fil ni.

Alhamdulillah, kita jauh dari peperangan yang melanda di Asia Barat. Tetapi, hati meronta-ronta mengenangkan saudara-saudara kita di sana. Mungkin ada yang berkata "Kalau lah aku ada sebuah jet pejuang, akan ku bedil kafirun Yahudi". Mungkin ada yang berkata "Kalaulah aku ada magik, akan ku hapuskan rejim zionis satu persatu" Dan bermacam-macam lagi, ramai yang mengharapkan kemenangan Islam.

RAHSIA MUKJIZAT AL QURAN
Mari kita bertafakur, Dengan penuh keyakinan, fahami terjemahan dan maksud surah Al-Fil. Bacakan surah tersebut dibibir dengan hati mengingati peristiwa kehancuran tentera bergajah.
KEMUDIAN BERDOALAH BEGINI
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah, turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Lubnan, hancurkanlah rejim zionis, amin...." (kemudian dibaca surah Al Fil sambil membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dihancurkan dengan Izin Allah).
That is at least what we can do.

Kat Malaysia pun tak kurang kerenahnya. Kumpulan Artikel 11 (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa kurang 5 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak.Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (013-3998718) untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini. Apa bahayanya...?

Semua anak-anak selepas berumur 18 tahun bebas menukar agama, keluar masuk mana-mana agama macam masuk panggung wayang. Mereka punyai hak untuk menukar perkataan agama di kad pengenalan, cuma mengisi borang di kaunter saja. Kalau sekarang, mereka yang mahu menukar agama, (menjadi murtad) perlu memohon di jabatan Agama atau pihak berwajib. Diproses, kemudian dikaunselling untuk beberapa tempoh oleh beberapa siri ustaz-ustaz yang berwibawa untuk menyelamatkan akidah orang-orang yang terkeliru ini.. Namun jika sekiranya kumpulan Artikel 11 atau IFC ini menang tiada lagi benteng rasmi terakhir kita.. Cuma itu yang kita ada sekarang.

Lahirlah keluarga -keluarga yang mempunyai pelbagai anutan dalamnya. Seperti di Jogjakarta, hari ini semua Islam, esok ayah dan anak Hindu, lusa emak Kristian. Kubur boleh campur sebab dah tak ada pemisahan akidah yang sahih, itulah pengalaman kami di sana tempohari.

Banyak lagi hak-hak orang Islam yang tercabar dan akan di batalkan.

Apabila Rasulullah s.a.w. membawa risalah Islam, dan telah jelas pemisahan antara kebenaran dengan kebatilan, maka kebenaran itu perlu dipertahankan, perlu dibela dengan sebaik-baiknya. Bagi muslim, Islam adalah satu sistem yang datang untuk kesejahteraan semua manusia, malah seluruh alam.. tak kiralah samada untuk Muslim atau bukan Muslim.

Islam tidak membenarkan umatnya didakwah atau diajak oleh orang bukan Islam atau orang kafir adalah kerana tidak mahu kita jatuh semula dalam kebatilan dan kesalahan. Di sinilah ada undang-undang untuk menjaga kebenaran itu.

Islam sayang kepada mereka yang beriman, menjaga mereka, sebab kebenaran adalah sesuatu yang perlu dijaga.

Bagi mereka yang sudah mendapat kebenaran dan cahaya yakni beriman, kemudian menolaknya, mengambil yang batil, mereka ini setelah dinasihati tapi terus mengkhianati kebenaran tersebut yakni Islam, maka wajarlah mereka dikategorikan sebagai pengkhianat. Dan pengkhianat kepada kebenaran ini wajarlah mendapat haknya... yakni perlu dihukum. Dalam mana-mana golongan pun, pengkhianat adalah lebih buruk dari musuh. Sebab, musuh Islam mungkin belum mengenal apa itu kebenaran, tetapi pengkhianat adalah mereka yang menganiaya diri dan membahayakan orang lain, menggancam orang ramai dan Islam itu sendiri.

Apa yang kita ada sekarang dalam realiti di negara kita ialah sedikit ruang yang tertinggal untuk dipertahankan.

Setiap Muslim yang bercita-cita untuk murtad perlu menjalani proses tertentu untuk menyelamatkan akidah mereka yang mungkin terkeliru.. dan realitinya tidak sedikit yang dapat diselamatkan.

Janganlah kita berpeluk tubuh.. masa untuk menjadi penonton atau orang yang tertidur tiada lagi...! Ketahuilah apa yang sedang berlaku di Mahkamah Persekutuan hari ini adalah masalah kita dan masa depan aqidah anak-anak kita.

I got this thru e-mail, dan aku rasa bertanggungjawab utk menyebarkannya kepada semua kerana isu ini amat serius. Aku betul2 bimbang dengan apa yg terjadi sejak kebelakangan ini.

Oh ya, sekalung takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Hani Mohsin dan Boy dr kumpulan Naked Butterfly/ Punisher yg meninggal dunia akibat terkena kejutan elektrik di rumahnya- tp sebab mungkin arwah seorang pemuzik underground, takde pun liputan yg dibuat tentang kematiannya (Thanks to Joe Kidd for the news). Al-Fatihah utk mereka dan semua umat Islam yg telah pergi. Kita ni, tak tau pula bila akan dipanggil (dan aku takut sangat kalau dipanggil secara mengejut, tanpa sempat bertaubat dan meninggalkan sebarang pesan kepada keluarga tersayang).

Berita baik. Tahniah to Lin! Kau menang lagi yek! Lin, member aku yg suka join kontezz tu, menang RM5k dalam contest Marigold. Lepaih ni boleh la belanja aku anak beranak yek! You go, girl!

Satu lagi. I’m bringing back in all my Prison Break related posts, whether you like it or not. This is my blog dan aku rasa aku ada hak utk tulis apa2 aje yg terlintas dalam kepala aku ni. Tapi aku akan tone down a little la, and not to be too fanatical about You-Know-Who la. Dan kalau2 ada yg rasa tak puas hati, sila bagitau straight to my face here.
Tangan aku dah gatal gila nak sambung ni....

Labels: ,

 
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites