Kisah Hero-Hero di Masa Hadapan
Jalan inikan membantuHari esok siapa yg tahuKata ibu dengar sahajaCerita hanya kita berdua
Pagi yg gelap kini sudah terangAku adik mu dan engkau abangKu amat merindui kan muPagi yg gelap kini sudah terangAku adik mu dan engkau abangIngin ku ulang kemasa dulu…
Pagi Yang Gelap ~ Hujan (my current favourite song)
(Lirik lagu ni harap2 takde kena mengena dengan anak2 aku but it’s waaaay too catchy I just have to put it here.)
Nabil macam dah tak larat nak bukak mata lepas kena injection masa dua bulan hari tu. Alhamdulillah, dia tak demam, cuma cranky sikit (cranky dalam konteks Nabil ialah tak nak tidur, otherwise, memang kerja dia tidur sepanjang hari/ malam – kata orang, membesar dalam tidur.). Aku cuba untuk breastfeed dia selama yang mungkin (yup, aku pam kat ofis) tapi baby sitter dah pun selang-selikan dengan susu formula (aku rasa makcik tu dah start bagi dia makan nestum atau bubur le gamaknya, sebab dua hari lepas masa aku ambik dia, mulut dia comot macam baru lepas makan. Badannya sekarang, kusssemangat! Dah 5.3 kgs ! (timbang masa cucuk hari tu). Drypers pun dah pakai saiz M dah ni.
Nabil is a happy baby. Happy sebab dia dah pandai mengagah. Suka sangat ketawa dan sangat suka memerhati sekeliling. Aku tak biasakan anak2 aku dengan mainan2 mahal, (well, kata orang, you are your baby’s best toy!) tapi aku suka stimulate otak dia dengan berbual2, buat muka dan tunjukkan dia imej2 high-contrast macam nih. InsyaAllah, kalau kau selalu bermain2 dengan dia, kau akan dapat lihat perbezaannya dengan bayi2 lain. Oh ya, selalu la berbual dengan dia semasa kat dalam perut lagi, Insya Allah, dia dengar suara kita dan seakan faham apa yang kita cakapkan pada dia.
Si abang dah boleh di harap untuk tolong tengok2kan si adik. Tapi kuat mengacau gak si Ikmal ni. Aku tak tau la apa dia fikir. Kekadang aku tengok dia usik2 si Nabil, lepas tu lari ke belakang sambil tutup telinga. Macam main mercun atau meriam buluh. Sigh…PS: Cikgu Ikmal suruh dia potong rambut pendek dan taruk minyak. Habih dah tak kerinting lagi dah.Labels: Ikmal, Motherhood, Nabil