Big Moms Don’t Cry
Nabil Hakimy ~ Two months later....
Okay pada sesiapa yang masih belum tau ceritanya, aku ‘turun tanda’ masa kat pejabat, sehari sebelum Krismas 2007. Masa tu memang belum ada sakit2 lagi, well, kontraksi tu memang dah ada dalam seminggu dua, tapi aku dismiss je, sebab at the same time aku ada gastrik dan sakit pinggang sekali. My colleagues hantar terus ke hospital tengah hari tu, dan tepat 9.09 malam, baby keluar. Alhamdulillah, lahir normal, dan kali ni doctor tak bagi painkiller sebab katanya, takut baby dan mama dia ‘tidur’. Sakit? Well, memang la. Bak kata cousin aku, “Dude, it’s not like dosa2 kau tak gugur kalau kau opt for epidural.” Like duh. Aku suka tengok House and the last thing I want is somebody to punch a hole into my spine. Well. Okay, aku memang penakut. Dan ada juga berita sedih malam tu. Salah seorang nurse yang bertugas hari tu (yang juga merupakan salah seorang team member yang sama2 memberi perangsang dan sokongan masa aku bersalin tu), terlibat dalam satu kemalangan sewaktu pulang selepas habis shift pada malam tu. Kalau tak salah aku, namanya Suzana. Beliau sedang sarat mengandung, dan kemalangan tu telah meragut nyawa suaminya. Kengkawan, kalau boleh, marilah kita sesama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Hari ni pertama kali aku menghantar Nabil ke rumah baby sitter (which happens to be my sister-in-law’s mother) untuk training sebelum aku start kerja hari Isnin nih. And like the sappy cry-baby me, I’m still in tears right now. Aku dah start rindu kat dia, dan setelah sekian lama dimomokkan dengan cerita2 tentang babysitter atau maid yang menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan kepada mereka, akhirnya aku terpaksa akur. At some point of time, aku kena juga percayakan seseorang.
Ramai kata Nabil lebih advance dari usianya. Alhamdulillah, aku memang nak make up apa yang aku tak lakukan pada Ikmal masa dia kecik2 dulu. Abang dia lambat dalam serba serbi (makan, berjalan, bercakap) dan sekarang ni, walaupun dah nak masuk 6 tahun masih lagi memanjakan diri. Nak minta suap la, merajuk macam budak kecik la. Okay, maybe dia masih jeles lagi dengan kehadiran adiknya, tapi deep in my mind, aku harap dia akan channelkan konsep sibling rivalry tu ke arah yang lebih sihat.
Phew.
Aku mengaku, kehadiran Nabil sekarang ni membuatkan aku tak menang tangan. Maybe there’ll be less time for me to blog and such (and I have to give 110% at work now that I’ve been promoted and the fact that I have to go back exactly on time at 5.15 pm instead of staying back like I always do, as I have to get Nabil from the babysitter).
Apa pun, Insya Allah, I’ll update this blog from time to time. Kepada sesiapa yang ada hp number aku tu, do keep in touch. I miss you guys so much!
And to Ash, congratulations! Let’s do the world a favour by producing more high-quality males. You know the world needs that! *wink wink* (Seriously, masa aku bersalin hari tu, aku rasa mcm Nabil sorang jek baby lelaki kat situ, yang lelain tu baby girls).
Man, banyak gila aku nak story, tapi takde masa. Seriously. TV? Man, aku literally dah jadi couch potato kronik masa berpantang kali ni. Aku suka – The Amazing Race Asia season 2 (Where is Collin & Adrian? Ada sesapa nak gi audition untuk Season 3?), Damages, CSI Supreme Sunday, LA Ink (Kat Von D + Pixie + Kim + Hannah, I love thee) , Miami Ink, Kimora ~ Life on the Fab Lane, ah, gila siot, segala tok nenek cerita aku tengok. Even football and tennis matches. Serious. Nasib baik rumah aku sekarang takde Astro, sebab kalau tak, parah jugak la.
Later y'all.Labels: Motherhood, Nabil, TVgasm