Film Update, Yo
Heh, kekadang la, aku berharap sangat somebody akan cipta satu alat yang boleh pasang kat suis pada kepala kita ni (macam Neo dalam the Matrix la), dan somebody akan upload filem2 kegemaran aku yang aku takde masa nak tonton, and voila! I know
kung fu Southland Tales.
GRINDHOUSE : PLANET TERROR (2007)
* MUNGKIN MENGANDUNGI SPOILER *
Menonton filem2 Quentin Tarantino dan Robert Roriguez, pada pendapat aku la, adalah lebih kurang macam menonton filem2 Yusof Haslam. Semuanya nampak begitu familiar sekali, daripada para pelakon yang sering di kitar semula, hinggalah ke babak2 dan props yang digunakan. Tak terkecuali dalam filem ni ~ daripada penggunaan rokok Red Apple, babak2 foot fetish QT hinggalah kepada aktor yang sangat familiar (Cheech Marin dan Danny Trejo dalam trailer The Machete ~ wah hey! Welcome to Titty Twister!)
Well, kalau nak diikutkan jalan cerita, filem ni saling tak ubah macam filem2 Zombie yang aku dah tengok. In this case, flesh eating zombies yang lembab nak mampus, (yang bermakna, kau masih boleh outrun diorang dengan, lets say, berlari sekuat hati sebab kau tak reti2 nak bawak kereta) Bukan macam zombie2 yang sihat dan kuat dalam Dawn of the Dead (versi Zack Snyder) atau 28 Days Later yang memang sah2 kau akan kena bunuh walaupun kau try buat lawak bodoh dengan menyamar jadi zombie jugak. Tapi, yelah, kalau dah kata filem QT/ RR, kalau dah minat tu, diorang buat filem pasal pokok ke, penternakan kambing ke, heh, mesti aku nak tengok jugak dan besar kemungkinan akan bagi four thumbs up (ya, termasuk ibu jari kaki sekali). I’m a lame fangirl like that.
Babak2 best, hmm, oh aku suka Abby dan koleksi ‘bola’nya (lakonan mamat Iraq dalam Lost tu), dan juga si Tuan Direktor yang tak malu2 menayangkan ‘harta keluarga’nya yang tertanggal dek kena penangan virus. Apa lagi ye, oh, Tom Savini (zombie film veteran, imho), yang dulu amat macho sebagai Sex Machine dalam From Dusk Till Dawn, dalam filem ni memegang watak polis yang juga a bad shooter (sesapa yang dah tengok FDTD mungkin tau kepakarannya dalam ‘menembak’). Mungkin sebab wataknya dah kawin, I dunno. Marriage does that to certain people. :-P
The femme fatales? Ah, aku takyah mention la awek goth kegemaran aku, Rose McGowan yang memegang watak utama, Palomita aka Cherry Darling aka bekas awek hero, El Wray, yang phoar! walaupun tak berapa logik. Kau bayangkan la. Member baru kena gesel sikit ngan trak tentera dah injured, tapi boleh terbang berpuluh meter di udara dan langsung takde luka whatsoever. Gila. Dan babak pembukaan si stripper ni, oops, maaf, go-go dancer ni, pada aku, cuma suam2 kuku aje. Well, that coming from QT, aku dah faham sangat la. Dan Marley Shelton (last seen in Sin City), ah what can I say about this babe. The new muse to replace Uma? I think so la as the resemblance is uncanny.
So, with all that crap, I give thee ****/*****. Sama dengan rating aku di imdb.
NB: Aku nonton filem ni start pukul 4 pagi sambil menggosok baju, lepas Kimi kejut aku untuk bangun menyusu. Hey, aku pun nak masa personal jugak, right? Some sorta like, Zack’s happy time. Even if it costs me my sleeping time, I don’t care. :P
Labels: Films
Three Down, Two To Go…
CONGRATULATIONS TO FRANK AND JAMIA!!!
So, Enche Bob dan Enche Ray?
Bila lagi?
“Sekali lagi kau tanya, ni, nampak nih?”
Sigh... I miss my fellow fangirls... :(Labels: My Chemical Romance
Kisah Hero-Hero di Masa Hadapan
Jalan inikan membantuHari esok siapa yg tahuKata ibu dengar sahajaCerita hanya kita berdua
Pagi yg gelap kini sudah terangAku adik mu dan engkau abangKu amat merindui kan muPagi yg gelap kini sudah terangAku adik mu dan engkau abangIngin ku ulang kemasa dulu…
Pagi Yang Gelap ~ Hujan (my current favourite song)
(Lirik lagu ni harap2 takde kena mengena dengan anak2 aku but it’s waaaay too catchy I just have to put it here.)
Nabil macam dah tak larat nak bukak mata lepas kena injection masa dua bulan hari tu. Alhamdulillah, dia tak demam, cuma cranky sikit (cranky dalam konteks Nabil ialah tak nak tidur, otherwise, memang kerja dia tidur sepanjang hari/ malam – kata orang, membesar dalam tidur.). Aku cuba untuk breastfeed dia selama yang mungkin (yup, aku pam kat ofis) tapi baby sitter dah pun selang-selikan dengan susu formula (aku rasa makcik tu dah start bagi dia makan nestum atau bubur le gamaknya, sebab dua hari lepas masa aku ambik dia, mulut dia comot macam baru lepas makan. Badannya sekarang, kusssemangat! Dah 5.3 kgs ! (timbang masa cucuk hari tu). Drypers pun dah pakai saiz M dah ni.
Nabil is a happy baby. Happy sebab dia dah pandai mengagah. Suka sangat ketawa dan sangat suka memerhati sekeliling. Aku tak biasakan anak2 aku dengan mainan2 mahal, (well, kata orang, you are your baby’s best toy!) tapi aku suka stimulate otak dia dengan berbual2, buat muka dan tunjukkan dia imej2 high-contrast macam nih. InsyaAllah, kalau kau selalu bermain2 dengan dia, kau akan dapat lihat perbezaannya dengan bayi2 lain. Oh ya, selalu la berbual dengan dia semasa kat dalam perut lagi, Insya Allah, dia dengar suara kita dan seakan faham apa yang kita cakapkan pada dia.
Si abang dah boleh di harap untuk tolong tengok2kan si adik. Tapi kuat mengacau gak si Ikmal ni. Aku tak tau la apa dia fikir. Kekadang aku tengok dia usik2 si Nabil, lepas tu lari ke belakang sambil tutup telinga. Macam main mercun atau meriam buluh. Sigh…PS: Cikgu Ikmal suruh dia potong rambut pendek dan taruk minyak. Habih dah tak kerinting lagi dah.Labels: Ikmal, Motherhood, Nabil