Dua Buku, Dua Ulasan, Dua Puluh Empat Blogger
Terus terang aku cakap, aku malas nak membaca. Maksud aku, membaca novel2 Melayu yang sekarang ni kebanyakannya dalam genre chenta. (Oh please.) Selain novel-novel grafik GempakStarz (my secret indulgence) aku juga suka membaca buku2 motivasi hasil tulisan Dr Tuah, buku2 agama terbitan Darul Nu’man, dan sejak kebelakangan ni, buku2 dari penerbitan PTS/ PTS Millenia (sepupu aku editor di situ kalau tak salah aku) ~ aku sedang membaca ‘Daripada Baik Kepada Hebat – 30 Cara Berfikir Untuk Menjadi Eksekutif Cemerlang’, hasil tulisan Samsudin Wahab. Bagus dibaca kalau kau mahu meningkatkan prestasi diri di tempat kerja. Serius.Sebenarnya agak sukar mencari novel2 dalam genre yang aku suka – sains fiksyen atau seram. Kali terakhir aku baca novel Melayu ialah karya Ramli Awang Murshid bertajuk Ranggau (maaf cakap, aku hampir tertidur membacanya.). Dan setelah begitu lama aku bertangguh mahu membuat reviu buku, sekarang terimalah…
JIAN
“Dengan gaya cerita yang baik dan pengolahan fakta yang berkesan, novel Jian yang berbentuk fiksyen sains akan merangsang minda para pembaca tentang dunia sains khususnya penyelidikan perubatan.”
(aku copy dari belakang buku- memang tepat sekali!).
Penulis : Muhammad Fadli Al-Akiti aka Fadz
Terbitan : Tahun 2004, oleh DBP
Harganya: RM10.00
Beli di mana? : Pesta Buku Antarabangsa 2005. Kau boleh dapatkannya di kedai2 buku DBP, kedai buku UM serta cawangan2 DAWAMA.
Fadz merupakan manusia yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada dunia blog ni. Aku secara tak sengaja terjumpa benda alah bernama weblog ni ketika sedang menggugel info untuk Entiti Bukti. Beliau merupakan seorang yang sangat berbakat terutama dalam penulisan ulasan filem (tak tercapai akalku, dek oi!). Almaklumlah, pelajar terbaik UNITAR, ye tak Fadz!? Melalui blog beliau juga aku mengenali blogger2 lain seperti Mensh, Nazim Masnawi, Nazri Vovin, Nizam Zakaria, Spiral, Yasmin Ahmad dan ramai lagi! Terima kasih Fadz! Novel Jian merupakan novel pertama beliau.
Macam pernah kubaca, tapi di mana ye?
Premisnya? Kau bayangkan sebuah piring terbang terhempas di Jian, sebuah daerah dalam negeri Pahang. Dan seperti kebanyakan filem2 alien/ sains fiksyen Gred B yang pernah kau tonton (Slither, The Curse, siri TV Invasion), ia telah menghasilkan sejenis mikroorganisma yang mendatangkan kesan buruk kepada manusia. Bayangkan orang2 kampung yang selalu main dam kat kedai kopi tu, tiba2 menjadi seperti zombi2 ganas ala 28 Days Later atau Dawn of the Dead! Dan seperti juga dalam filem francais X-Men yang kedua, yang mana pihak jahat berpengkalan di Tasik Alkali, dalam Jian, pihak musuh berpangkalan di sebuah kilang sabun! Dan penyelamat2 mereka bukanlah watak2 kaukasian yang selalu kau tonton di kaca TV, tapi orang2 kita Malaysia, your everyday’s Ali, Ah Chong dan Muthu. Itu yang uniknya Jian.
Dan jelas sekali Fadz telah membuat homework kerana aku secara jujur, berasa selesa dengan gambarajah2, entri diari serta laporan penyelidikan yang menghiasi lembaran2 dalam buku ini.
Dan buku ini ditulis oleh Fadz sewaktu beliau berusia 17 tahun. Pergh! Tabik beb. Aku masa 17 tahun nak menulis karangan Bahasa Melayu pun terkial-kial, inikan pulak nak siapkan DAN terbitkan sebuah novel.
Sedikit tak best : Typo errors ada, tapi tak banyak. Jelas sekali pada perkataan-perkataan Inggeris. Jelas Fadz pada aku ~ “the irony is, the mistakes are done by the editor!!! sebab editor tu nak tukar byk perkataan2 inggeris (kan dbp) yg aku guna pada BM, tapi akhirnya dia 'give up' (dats why it took years to be published) dan biarkan inggerisnya, dengan efek yg tidak baik.” Ah, ini kes kalau sesuatu benda tu tak rosak, nak buat apa betulkan?
Apa pun, kami tunggu kemunculan buku kedua kau Fadz! :)
JIWA KACAU
“Ini bukan kerja korporat, ini kerja penulis akar umbi rakyat marhaen”
Tok Rimau
Penulis: 23 orang mamat2 & minah2 pengendali weblog, kebanyakannya blogger selebriti seperti Tok Rimau, Mat Jan, The artiste formerly known as Si Naga Origami, AyobKelubi, Abdullah Jones, Op dan ramai lagi yang bernaung di bawah komuniti GengJurnal.
Terbitan: Tahun 2005, oleh Mak Itam Network Enterprise
Rege: Tambah lagi RM2.50, kau dah ada duit mas kawin dah kalau calon isteri kau dari negeri Johor!
Beli di mana? : Beli dari Alip aka Don aka AyobKelubi, melalui pos.
First of all, aku hargai sangat Don, yang masih sempat menghantarkan buku ni kepada aku, walaupun baru aje ditimpa dugaan (aku masih lagi simpan SMS bertarikh 15 Februari 2006 tu Don).
Ok, apa yang speselnya buku ni?
Kau orang mungkin pernah membaca hasil tulisan mereka di blog masing2. Sekarang, nikmatilah karya mereka dalam bentuk buku, yang sangat handy dan boleh di bawa ke mana-mana aje. Tapi jangan baca dalam tandas lak!
Ah, kalau kau jenis yang rajin ke blog penulis2 ni, kau mesti tahu gaya penulisan masing-masing. Ada cerita2 pendek yang kelakar dan sinis ala anekdot (Tok Rimau, Mat Jan, BukuNota, Kelambu, DugongSenyum, Op), catatan pengalaman hidup (Si Naga Origami, Elmaaniq, Ayob Kelubi, Samurai Ghost, Ayares151, JigoMorrison ) cerita2 yang memberi keinsafan dan muhasabah diri walaupun ada sedikit unsur2 jiwang karat (IzaLatif, BlueHikari, Attokz, Slumbermann, Amyz, Zurie, NixkGeekier) dan tak ketinggalan, cerita dari dalam penjara ala2 Prison Break hasil tulisan Rosram. (tapi penjara perempuan la). Bagi peminat2 puisi pula, kita dijamu dengan hasil nukilan Puteri Elaira Eliza [nak tergelak aku tengok namanya kat atas mukasurat tu ditulis Putera!], Atoibolan, Abdullah Jones). There, aku rasa aku dah mention semua sekali blogger2 yang terlibat dalam pembikinan Jiwa Kacau ni. Ops, lupa, Encik Basri Nor Mohd (bukan Bas Sri Jaya ye) merupakan penyelenggara bagi buku ni.
Apsal baldi?
Adakah tafsiran SiNagaNaga (pereka cover Jiwa Kacau) tentang kehidupan ni serupa jek dengan aku? Pesimistik? (If life is puke, then we are the buckets?) Mungkin tidak. Beliau mungkin lebih optimistik daripada aku – Sediakan baldi sebelum air kena potong! :P
Intro yang best!
Aku tak dapat nak describe kata pengantar 4 muka surat hasil tulisan Saharil Hasnin Sanin tu. Cukup la aku kata, kalau kau baca mukadimahnya, kau akan terus teruja untuk terus membaca.
So, overall camne?
Berbaloi jugak la. Dan ada improvement berbanding E-Zine Gangguan Teksual yang pernah aku baca dulu.
Cepat la kuar next one!Labels: Printed Materials