:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Wednesday, December 20, 2006
  Dua Buku, Dua Ulasan, Dua Puluh Empat Blogger

Terus terang aku cakap, aku malas nak membaca. Maksud aku, membaca novel2 Melayu yang sekarang ni kebanyakannya dalam genre chenta. (Oh please.) Selain novel-novel grafik GempakStarz (my secret indulgence) aku juga suka membaca buku2 motivasi hasil tulisan Dr Tuah, buku2 agama terbitan Darul Nu’man, dan sejak kebelakangan ni, buku2 dari penerbitan PTS/ PTS Millenia (sepupu aku editor di situ kalau tak salah aku) ~ aku sedang membaca ‘Daripada Baik Kepada Hebat – 30 Cara Berfikir Untuk Menjadi Eksekutif Cemerlang’, hasil tulisan Samsudin Wahab. Bagus dibaca kalau kau mahu meningkatkan prestasi diri di tempat kerja. Serius.

Sebenarnya agak sukar mencari novel2 dalam genre yang aku suka – sains fiksyen atau seram. Kali terakhir aku baca novel Melayu ialah karya Ramli Awang Murshid bertajuk Ranggau (maaf cakap, aku hampir tertidur membacanya.). Dan setelah begitu lama aku bertangguh mahu membuat reviu buku, sekarang terimalah…

JIAN

“Dengan gaya cerita yang baik dan pengolahan fakta yang berkesan, novel Jian yang berbentuk fiksyen sains akan merangsang minda para pembaca tentang dunia sains khususnya penyelidikan perubatan.”
(aku copy dari belakang buku- memang tepat sekali!).

Klik gambar untuk ke blog Fadz

Penulis : Muhammad Fadli Al-Akiti aka Fadz
Terbitan : Tahun 2004, oleh DBP
Harganya: RM10.00
Beli di mana? : Pesta Buku Antarabangsa 2005. Kau boleh dapatkannya di kedai2 buku DBP, kedai buku UM serta cawangan2 DAWAMA.


Fadz merupakan manusia yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada dunia blog ni. Aku secara tak sengaja terjumpa benda alah bernama weblog ni ketika sedang menggugel info untuk Entiti Bukti. Beliau merupakan seorang yang sangat berbakat terutama dalam penulisan ulasan filem (tak tercapai akalku, dek oi!). Almaklumlah, pelajar terbaik UNITAR, ye tak Fadz!? Melalui blog beliau juga aku mengenali blogger2 lain seperti Mensh, Nazim Masnawi, Nazri Vovin, Nizam Zakaria, Spiral, Yasmin Ahmad dan ramai lagi! Terima kasih Fadz! Novel Jian merupakan novel pertama beliau.

Macam pernah kubaca, tapi di mana ye?

Premisnya? Kau bayangkan sebuah piring terbang terhempas di Jian, sebuah daerah dalam negeri Pahang. Dan seperti kebanyakan filem2 alien/ sains fiksyen Gred B yang pernah kau tonton (Slither, The Curse, siri TV Invasion), ia telah menghasilkan sejenis mikroorganisma yang mendatangkan kesan buruk kepada manusia. Bayangkan orang2 kampung yang selalu main dam kat kedai kopi tu, tiba2 menjadi seperti zombi2 ganas ala 28 Days Later atau Dawn of the Dead! Dan seperti juga dalam filem francais X-Men yang kedua, yang mana pihak jahat berpengkalan di Tasik Alkali, dalam Jian, pihak musuh berpangkalan di sebuah kilang sabun! Dan penyelamat2 mereka bukanlah watak2 kaukasian yang selalu kau tonton di kaca TV, tapi orang2 kita Malaysia, your everyday’s Ali, Ah Chong dan Muthu. Itu yang uniknya Jian.

Dan jelas sekali Fadz telah membuat homework kerana aku secara jujur, berasa selesa dengan gambarajah2, entri diari serta laporan penyelidikan yang menghiasi lembaran2 dalam buku ini.

Dan buku ini ditulis oleh Fadz sewaktu beliau berusia 17 tahun. Pergh! Tabik beb. Aku masa 17 tahun nak menulis karangan Bahasa Melayu pun terkial-kial, inikan pulak nak siapkan DAN terbitkan sebuah novel.

Sedikit tak best : Typo errors ada, tapi tak banyak. Jelas sekali pada perkataan-perkataan Inggeris. Jelas Fadz pada aku ~ “the irony is, the mistakes are done by the editor!!! sebab editor tu nak tukar byk perkataan2 inggeris (kan dbp) yg aku guna pada BM, tapi akhirnya dia 'give up' (dats why it took years to be published) dan biarkan inggerisnya, dengan efek yg tidak baik.” Ah, ini kes kalau sesuatu benda tu tak rosak, nak buat apa betulkan?

Apa pun, kami tunggu kemunculan buku kedua kau Fadz! :)


JIWA KACAU

“Ini bukan kerja korporat, ini kerja penulis akar umbi rakyat marhaen”
Tok Rimau

Gambar dari blog lama Ayares151

Penulis: 23 orang mamat2 & minah2 pengendali weblog, kebanyakannya blogger selebriti seperti Tok Rimau, Mat Jan, The artiste formerly known as Si Naga Origami, AyobKelubi, Abdullah Jones, Op dan ramai lagi yang bernaung di bawah komuniti GengJurnal.
Terbitan: Tahun 2005, oleh Mak Itam Network Enterprise
Rege: Tambah lagi RM2.50, kau dah ada duit mas kawin dah kalau calon isteri kau dari negeri Johor!
Beli di mana? : Beli dari Alip aka Don aka AyobKelubi, melalui pos.

First of all, aku hargai sangat Don, yang masih sempat menghantarkan buku ni kepada aku, walaupun baru aje ditimpa dugaan (aku masih lagi simpan SMS bertarikh 15 Februari 2006 tu Don).

Ok, apa yang speselnya buku ni?

Kau orang mungkin pernah membaca hasil tulisan mereka di blog masing2. Sekarang, nikmatilah karya mereka dalam bentuk buku, yang sangat handy dan boleh di bawa ke mana-mana aje. Tapi jangan baca dalam tandas lak!

Ah, kalau kau jenis yang rajin ke blog penulis2 ni, kau mesti tahu gaya penulisan masing-masing. Ada cerita2 pendek yang kelakar dan sinis ala anekdot (Tok Rimau, Mat Jan, BukuNota, Kelambu, DugongSenyum, Op), catatan pengalaman hidup (Si Naga Origami, Elmaaniq, Ayob Kelubi, Samurai Ghost, Ayares151, JigoMorrison ) cerita2 yang memberi keinsafan dan muhasabah diri walaupun ada sedikit unsur2 jiwang karat (IzaLatif, BlueHikari, Attokz, Slumbermann, Amyz, Zurie, NixkGeekier) dan tak ketinggalan, cerita dari dalam penjara ala2 Prison Break hasil tulisan Rosram. (tapi penjara perempuan la). Bagi peminat2 puisi pula, kita dijamu dengan hasil nukilan Puteri Elaira Eliza [nak tergelak aku tengok namanya kat atas mukasurat tu ditulis Putera!], Atoibolan, Abdullah Jones). There, aku rasa aku dah mention semua sekali blogger2 yang terlibat dalam pembikinan Jiwa Kacau ni. Ops, lupa, Encik Basri Nor Mohd (bukan Bas Sri Jaya ye) merupakan penyelenggara bagi buku ni.

Apsal baldi?

Adakah tafsiran SiNagaNaga (pereka cover Jiwa Kacau) tentang kehidupan ni serupa jek dengan aku? Pesimistik? (If life is puke, then we are the buckets?) Mungkin tidak. Beliau mungkin lebih optimistik daripada aku – Sediakan baldi sebelum air kena potong! :P

Intro yang best!

Aku tak dapat nak describe kata pengantar 4 muka surat hasil tulisan Saharil Hasnin Sanin tu. Cukup la aku kata, kalau kau baca mukadimahnya, kau akan terus teruja untuk terus membaca.

So, overall camne?
Berbaloi jugak la. Dan ada improvement berbanding E-Zine Gangguan Teksual yang pernah aku baca dulu.
Cepat la kuar next one!

Labels:

 
Comments:
You should try Vovin's Aliya Elyana.
 
Dah lama baca dah dude.
Blum rasa nak reviu lagi.
Mungkin kena tunggu dia blanja aku ice blended kat Coffee Bean dulu kot, hehe...
 
zack like Aliya's better than mine lah Nazim, i saw that in somewhere in her blog (aku thaulah ko yg edit), huhuhu..anw ZACK, MOM, BABE, GODDESS, thx a lot!!! huhuhuhuhuu, feel glorified selepas aku bagitau nak jual diri dalam blog myspace aku sebab buku ni tak terjual, huhuhuhu..well, u really made my day...
 
errr, but yg UNITAR tu tak yah la bagitau, malu lerrrr
 
Whatever you say boss!

Aku suka dedua sekali la. Kalau nak diikutkan, aku lebih terhibur dengan in-jokes yang bebudak GempakStarz buat ngan Nazim Masnawi, hehe... (ada jek muka dia somewhere in the magazine...)

btw Fadz, kalau kau nak promote KaryaNet punya aktiviti/kontest, just contact me la. Aku buat for free jek. (Aku ada perasan kat dalam surat khabar hari tu).

Dan Fadz, perkara baik, apa yang nak dimalukan? :)
 
"Love is a canvas furnished by nature and embroidered by imagination..." visit http://tepakbridal.fotopages.com for bridal photography with interesting and affordable packages.

*Tumpang iklan yek... Thanks.
 
lamer sgt tak bacer novel malay, asyik bacer novel english jerk. when was the last time ek? maybe 2 years ago kot *gasp* (sbb tue english spm dpt a1, bm sastera dpt b3. hahaha)

nie sumer pengaruh stadi kat u yang guner english as main language aaa nie. damn
 
zack,

tq very much zack.sapa nak beli ada lagik kat aku.sama macam fadz tapi bukan nak jual diri kat myspace lah.aku tak hensem.hahahaha.

anyway.fadz,aku nak beli JIAN.aku pernah nampak buku nie dulu tapi bajet buku nie sama macam buku2 tipikal novel malaysia.satu lagi cover buku tu.haiiyoohhh sungguh tak sains fiksyen betul.

zack,ko simpan lagik sms tu?.terima kasih.....hopefully yg akan dtg ini end very very well.aminnnnn.
 
Sha:
Malu nak ngaku, tapi akak dua2 pun dapat 1, huahuahua…(1119 jek dapat 3, huhu…)

Don:
Don’t judge the book by its cover! Ko try la! Tak mahal mana pun, cuma RM10 jek.
Halah, kira aku yg jual diri kat Friendster ni, lawor sangat ke, hehe. Tak kira la Don. Dan aku harap, kali ni, kau betul2 akan jadi ayah yang macho!!!
 
oh ya,aku lupa nak bagitau,the second version of JIWA KACAU dah release tapi aku tak menulis,aku contribute utk the next book.

second book entitle : JIWA KACAU : MASUK BARISAN,ko boleh beli dari vovin,dia contribute utk MASUK BARISAN.

lagi tebal,lagi padat,lagi ramai penulis! dengan harga yang sama.
 
see, ada yg siap kata harga buku tu sama dengan tipikal novel malaysia (which are around rm15 and above) sedangkan buku tu boleh dapat rm9 kat DBP..haih, itulah aku tengah jaja diri aku untuk dijual dan dijamah oleh datin2 dalam myspace sekarang, mungkin harga tu boleh menampung siksa aku melihat kelembapan penjualannya kot.

anyways, sure mama, do it for me..iklannya ada dalam ww.dbp.gov.my, boleh cut and paste. i did it in my kububuku.blog-city.com.

BTW, banyak2 kali aku nak ajar korang, pls, dont be like Faisal Tehrani...dlm bahasa Melayu ia dipanggil Fiksyen Sains, bukan sains fiksyen..ok? sori...just need to correct some stuffs.
 
Don:
Nanti aku check it out.

Fadz:
Terima kasih daun keladi.

PS: Korang tau apa yang pernah bermain dalam kepala aku? Aku nak sangat membuat satu site/ blog yang membolehkan sesapa juga contribute dalam memartabatkan Bahasa Melayu (oh the irony!), lebih kurang macam Mind Your English dalam akhbar The Star. So far, kita dah ada orang DBP dah ni! Ke, dah ada site camni? Guys, what do you think?
 
Idea yg bagus zack..
Aku boleh contribute gambar. Banyak kesalahan bahasa Melayu di sekitar KL ni yang boleh dirakam dengan lensa kamera aku.
 
fadz : oooo fiskyen sains kah? faisal tehrni tipu!.hahaha,terima kasih untuk ilmu baru itu, baru aku tahu.

bukan pasal harga dia fadz tapi pasal kulit buku tu fadz sungguh takde daya penarik!.bab harga no hal, zack dah promote buku tu best sure bestnya!.
 
ek fiksyen sains ek? hahah kiter pon br tau *blush*
 
k.Zack, what you think bout this?

http://community.livejournal.com/chemicalromance/2146703.html

think xmas comes early for Kerrang! and both of us? hehehe
 
eh btw gamba tue mmg recent, taken one/two days ago

wohooo

the black is back!
 
Sha:
Betul ke gambar terbaru? Apapun, sila tengok entri terbaru.
 
Jian patutnya aku reviu tahun lepas lagi.. isk isk. Takpun memang aku yang tak pandai tulis/ulas novel. (mungkin bila diadaptasikan ke filem nanti, aku akan tulis amacam?).

Apapun, aku kena ucap terimakasih lagi sekali kat fadz sebab dia kasi aku free! Aku tunggu fadz tulis pasal serial killer pulak. Terus jadi cult tu!
 
FREE?
F-R-E-E ?!?!?!

Cakap pasal serial killer nih, ko dah baca tak novel2 Dexter tulisan Jeff Lindsay?
 
ya betul.. free.."F to the R double E" hohoho siap dia sign exclusive "utk sahabat zombie aku" hahaha tak caya ko tanya dia. Bukan tahun lepas, 2 tahun lepas dah lama gila.

Series Dexter lom sampai Perth... sini lembab sikit. Kau cakap baru aku tau sapa Jeff Lindsay tu. hehe
 
Ignore me peeps.
Aku cuma nak try log in into blogger.
 
JIAN... i dah baca...cuma sj ..dah lama sngt... dah lupa dah... anyway salam kenal..
nama sya zack... layarilah blog i lak.. takkan si Fadli je u layar.. hehehe... i pun sai fai gak.. hehehehe...
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites