Bebelan Panjang Sebelum Cuti (Tak Berapa) Panjang
Beyond Borders
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Borders Berjaya Times Square. Honestly, aku lebih selesa ngan Pay Less Book, MPH atau Popular (aku dah lama gila tak ke Kino KLCC).
I wonder why si salesgirl tu tak senyum pun. Apsal huh? Sebab aku beli buku murah je ke? (Aku beli buku bergambar High School Musical – Breaking Free untuk adik aku).
Thank You For the Venom
Bangun2 tidur pagi semalam, aku terperasan yang tangan aku gatal sangat. Aku pun garu la. Sedar2, dah jadi bengkak dan merah sangat! Hallamak! Apa benda pulak yang gigit aku ni? Setelah menggunakan khidmat orang2 yang berpengalaman, katanya kena gigit ngan semut mayat. Hadoi la, dari mana datangnya, ntah, aku tatau, sebab kat rumah aku kalau setakat semut yang besar2 tu ada la, tapi kalau nak cari semut goth berpakaian hitam ngan eyeliner merah dan nampak macam mayat tu, rasanya tak pernah pun aku jumpa lagi. Sigh… Nasib baik aku pakai baju kurung. Boleh gak cover2 skit.
Update: I just found out that it wasn’t ant bite. Sebab sampai malam ni masih lum surut lagi bengkaknya. Serangga lain agaknya. Jadi, kalau rasa2 mcm ada pertambahan pada kekuatan, atau hujung jari2 aku mula ditumbuhi bulu2 halus, mungkin labah2 radioaktif kot yang gigit aku :( (atau CICAK radioaktif, who knows)
Anak aku dah nak masuk sekolah yo.
Cubaan untuk mengubah stail rambut anak aku nampaknya kurang berjaya.
Insya Allah, kalau takde apa aral, next year anak aku nak masuk sekolah (Taska atau preschool la lebih kurang camtuh). Memula aku ingatkan nak bagi dia masuk maybe masa dah 6 tahun ke, tapi disebabkan ada rumours yang mengatakan bahawa ada ura2 nak masukkan silibus tahun 1 ke dalam silibus tadika (maknanya bila dah masuk Tahun 1, si anak sepatutnya dah boleh membaca, mengira dan menulis), aku rasa, biarlah dia masuk sekolah dulu. At least dia boleh mingle ngan bebudak seusia dia dan tak end up jadi socially inept macam mak dia nih. (pergh, bila fikir2 balik anak aku dah nak masuk sekolah, sigh… cepatnya masa berlalu…) Rasa macam baru semalam jek nurse letak dia sebelah aku, dan aku rasa takut sangat nak pegang dia sebab rasa cam fragile gila, takut2 kalau terpatah atau terluka…* cam nak bergenang air mata* That was the most memorable moment in my life as a mom. Rasa hilang semua sakit2 nak bersalin…
What do you know about gold, Moneypenny?
Terus terang aku cakap, aku memang tak gemar pakai aksesori atau barang kemas. Tapi gelang2 comel camni selalu je buat aku cair. Aku try jek beli satu kat pasar malam dekat rumah aku. Kunun2 nak bergaya la. Sekali punya la susah nak pakai, asyik2 terlepas jek, hampeh. That’s it. I’m sticking to my gold bracelet.
Alhamdulillah, mak mertua aku selalu belikan aku barang kemas, mungkin sebab dia tengok aku tak banyak pakai. (Aku maleh nak pakai da…), tapi bila diberitahu regenya, aku terperanjat beruk sat. (Aku mana la pernah bother nak ambik tau harga emas ke hapa). Anting2 yang aku pakai sekarang nih, regenya lebih mahal drp DVD player Samsung aku!!!! (I wear the same earrings as Christine Taylor in Dodgeball: A True Underdog Story, masa hubby dia (White Goodman, lakonan Ben Stiller), cuba menggoda dia di Globo Gym. Yeah, the very same one.)
Balik kampung!
We’ll be spending the short holidays kat Terengganu, Insya Allah (hometown my hubby, tapi diorg dah lama dok KL). Ada sedikit business nak settle, dan itu pun kalau tak banjir atau hujan lebat. So, later people! Enjoy yourself during this holiday seasons, dan jangan lupa untuk menyumbang kepada mangsa banjir di selatan tanah air (Alhamdulillah, rumah aku tak affected, tapi risau jugak la).
Gee ~ Back In Black?
Personally, I really, really love the platinum blond hair o_O. Guess I’m gonna miss it if that news is true…Huhu, I’m gonna miss my MyChem perve partner during this hiatus, Sha, so, here’s something for ya while I’m away. Enjoy! *goes into a state of chemically induced coma due to lack of any updates on MyChem*
Aku memang pencinta jejaka
Yang lembut seperti dia ^^, hehePS: Oh ya, soklan2 cepumas tuh, Insya Allah aku akan jawab bila balik sini nanti, ok!
Both pics of Gee are not mine. Credit to whoever owns it.
Labels: Ikmal, My Chemical Romance, Personal