Thursday Thirteen #7
13 Things You Can Do With Chicken Eggs.
Haha, telur? Korang mungkin fikir, hah, boleh buat apa ngan telur? Here are some ideas for ya! (Feel free to add more! Sama2 la kita kongsi ya dudes!)
1. Made into egg banjo, dan di letak dengan pelbagai sos (eg Worchesterchire sauce, kicap, black pepper) sebelum diletakkan di atas bun yang panas2 !
2. ¾ masak (bukan setengah masak). Aku suka yolk-nya yang agak2 dah nak keras. Letak pepper dan kicap, but not too much, dan makan dengan roti.
3. Telur goreng masak sweet and sour/ or masak tomato, dengan bawang besar yang banyak.
4. Scrambled, dan makan dengan kentang goreng garing yang dihiris nipis dan sos masam manis, macam masa aku kat ITM dulu (di kolej Cempaka). Salah satu menu sarapan yang aku tunggu2.
5. Digoreng, tapi dengan yolk yang agak runny, sedap dimakan dengan nasi lemak panas.
6. Direbus dan dilecek, tambah sedikit pepper dan letak sebagai inti sandwich.
7. Telur rebus, campur ngan sambal tumis ikan bilis (taruk udang kering skit) juga sedap dimakan ngan nasi lemak panas2.
8. Telur rebus yang disalut dengan daging kisar yang ditambah dengan tepung kastad, telur dan lada sulah, dan digoreng! (Kinda like stuffed beefballs). Makan ngan sos cili. Yum!
9. Omelet biasa, dengan bawang besar dan cili merah. Dulu aku suka makan lauk sardin ngan telur dadar tapi la ni dan close to 6 months aku tak makan sardin, sejak dapat email tentang, y’know, citer sardin tin yang ditambah siput babi. I mean, kadang2 aku malas nak percaya semua email2 ni, tapi mcm rasa geli la pulak.
10. Oh ya, lupa nak mention. Telur ayam kampung. Masa dah dekat2 nak bersalin dulu, ayah aku ada bekalkan telur ayam kampong untuk aku. Pesan ayah aku, agak2 dah dekat nak due tu, pecahkan aje sebijik telur tu dalam air milo panas, dan telan aje. Insya Allah, masa bersalin nanti baby laju jek kuar. (Alhamdulillah, menjadi jugak petua ayah aku).
11. Sup telur. Kira paling senang la ni. Rebus air, bila dah agak2 dah nak mendidih tu, pecahkan telur perlahan2 (jangan sampai pecah hancur). Season to taste and garnish dengan daun sup. (Resepi dr mak mertua aku)
12. Di dadar nipis dan ditabur atas meehoon goreng.
13. Buat baling stand up comics yang tak kelakar atau peserta2 program reality yang cam bangang jek.
PS: Citer pasal telur ni, teringat aku kat satu lawak bodo masa kat ITM dulu. Citernya lebih kurang gini. Ada la satu kuiz pagi di radio nih…
DJ: Ok, maam, the question is, what is the common name for Sodium Chloride?’
Caller : (nyonya yang agak blur2) Aiyoh, can you give me any clues?
DJ : Ok, what do you put on your husband’s eggs every morning (jawapan dia kitchen salt la)
Caller: Uhm, ah, TALCUM POWDER ?
I rest my case. Labels: Meme, Thursday Thirteen