:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Sunday, November 26, 2006
  Thursday Thirteen #7
Photobucket - Video and Image Hosting

13 Things You Can Do With Chicken Eggs.

Haha, telur? Korang mungkin fikir, hah, boleh buat apa ngan telur? Here are some ideas for ya! (Feel free to add more! Sama2 la kita kongsi ya dudes!)

Image from cookbookwiki dot com

1. Made into egg banjo, dan di letak dengan pelbagai sos (eg Worchesterchire sauce, kicap, black pepper) sebelum diletakkan di atas bun yang panas2 !


2. ¾ masak (bukan setengah masak). Aku suka yolk-nya yang agak2 dah nak keras. Letak pepper dan kicap, but not too much, dan makan dengan roti.

3. Telur goreng masak sweet and sour/ or masak tomato, dengan bawang besar yang banyak.

4. Scrambled, dan makan dengan kentang goreng garing yang dihiris nipis dan sos masam manis, macam masa aku kat ITM dulu (di kolej Cempaka). Salah satu menu sarapan yang aku tunggu2.

5. Digoreng, tapi dengan yolk yang agak runny, sedap dimakan dengan nasi lemak panas.

6. Direbus dan dilecek, tambah sedikit pepper dan letak sebagai inti sandwich.

7. Telur rebus, campur ngan sambal tumis ikan bilis (taruk udang kering skit) juga sedap dimakan ngan nasi lemak panas2.

8. Telur rebus yang disalut dengan daging kisar yang ditambah dengan tepung kastad, telur dan lada sulah, dan digoreng! (Kinda like stuffed beefballs). Makan ngan sos cili. Yum!

9. Omelet biasa, dengan bawang besar dan cili merah. Dulu aku suka makan lauk sardin ngan telur dadar tapi la ni dan close to 6 months aku tak makan sardin, sejak dapat email tentang, y’know, citer sardin tin yang ditambah siput babi. I mean, kadang2 aku malas nak percaya semua email2 ni, tapi mcm rasa geli la pulak.

10. Oh ya, lupa nak mention. Telur ayam kampung. Masa dah dekat2 nak bersalin dulu, ayah aku ada bekalkan telur ayam kampong untuk aku. Pesan ayah aku, agak2 dah dekat nak due tu, pecahkan aje sebijik telur tu dalam air milo panas, dan telan aje. Insya Allah, masa bersalin nanti baby laju jek kuar. (Alhamdulillah, menjadi jugak petua ayah aku).

11. Sup telur. Kira paling senang la ni. Rebus air, bila dah agak2 dah nak mendidih tu, pecahkan telur perlahan2 (jangan sampai pecah hancur). Season to taste and garnish dengan daun sup. (Resepi dr mak mertua aku)

12. Di dadar nipis dan ditabur atas meehoon goreng.

13. Buat baling stand up comics yang tak kelakar atau peserta2 program reality yang cam bangang jek.

PS: Citer pasal telur ni, teringat aku kat satu lawak bodo masa kat ITM dulu. Citernya lebih kurang gini. Ada la satu kuiz pagi di radio nih…

DJ: Ok, maam, the question is, what is the common name for Sodium Chloride?’
Caller : (nyonya yang agak blur2) Aiyoh, can you give me any clues?
DJ : Ok, what do you put on your husband’s eggs every morning (jawapan dia kitchen salt la)
Caller: Uhm, ah, TALCUM POWDER ?

I rest my case.

Labels: ,

 
Comments:
telur? hmm..teringat plak dialog ali & asmidar dlm keretapi dlm 'ali setan'..

ali: bawak telur nampak?
as: ye..nak ke?
ali: dah ada dahhh...(dgn muke nakey).;-)

p/s: sori kalo terkluo tajuk la sis. selingan jap. lgpun ngantuk lah. pagi tadi layan wings!! yeayba!!
 
Halah, asal ada telur aje, kira ok la!
 
Omelette kat The Egg House kat Alpha Angle Wangsa Maju pun best gak...ngko pernah rasa Zack...?
 
Aku rasa, ada la dalam 5 tahun aku tak gi Alpha Angle Wangsa Maju tuh. Sedih.. sedih...
 
zack..!!
Aku rasa aku dah tahu spiritual connection aku dgn ko..and that is EGGS!

In my mom own words, aku ni 'hantu' telur. Itu la makanan aku almost everyday sampai kena marah ngan doctor. Sampai budak2 kat ofis aku ni kalau diaorang nk beli makan kt aku, diaorang dah tahu lauk apa nak letak.

'..lauk sardin dgn telur dadar'. Damn, that's like my dinner every night. Bakal isteri aku tak payah masak susah2.. Ada 2 lauk tu pun dah cukup. hehe..

Ko buat aku lapar la zack.. Aduh.
 
dan tak lupa jugak, bila bnyk makan telur, kentut busuk siot...!
 
Maap nak tambah skit,bercakap pasal kontut nih,kalau nko makan telur nko kentut boleh tahan lagi, ada mamat kat opis aku tuh dahlah makan telor pagi petang, air masak tak pernah minum bantai nescafe kow jer, skali kontut cakap nkooo....yarabbii boleh rosak aircond opis aku (10km punya bau !!!). Nasib baik mamat tuh boss aku, kalau tak dah lamer aku suruh makcik buat kopi stapler b****t dia.

Moral nak bagi tau...kalau nkorang semua nak makan telor tak per tapi pastikan minum air masak secukupnya, kalau tak, nanti aircond opis nkorang rosak.
Muhahahahhahaha!!!! (selingan jer)

Mat Noq Akitek Rimbun
 
apa lah si ah soh sorang tu.buek malu kaum jek.

bercakap pasal telur.aku suka sambal telur dimana telur tu direbus dan digoreng.kira macam ada kulit yg rangguplah utk dikunyah.

perggHHHH!!

p/s : hari nie word verification aku utk komen ni ialah JENOK.hahaha.cam bahasa apa jek nie?.
 
Edd, ko cakap tang spiritual connection tu cam buat aku meremang je.. hehe… Aku pun suka lauk sardin ngan telur dadar, tapi ahem, aku dah explain dalam entry tu la…. (damn I missed them so much! Kat dalam kabinet ada dalam 3 tin lagi tak sentuh pun :( (Jgn lupa bos, Episod 10!!)

IB: Bang, aku rasa kalau kau makan apa pun kentut mesti busuk punya la! Sebab tu kena gi melawat Encik Tan sekurang2nya dua hari sekali! (Pergh, semalam dalam coach LRT aku tu, dah le takde aircond, pastuh ada la sorang ni melepas, pergh!!! Tungkik bau gamat! Tatau la aku dah brapa lama dia tak membuang! Nak terpengsan pun ada!

Mat Noq, slamat datang. Oh ya, aku baru jek nak buat entri tentang kepentingan minum ayor masak ni. *tengah membayangkan mcm mana makcik tu nak staplet b****t mamat tuh* Holy crap! It’s like some BDSM s_it gone wrong, man!

Don, dah habih exam ke? Alah, Don, aku paling tak suka telur camtuh! (mak mertua aku suka buat sambal telur guna telur rebus yang digoreng). In fact, kalau telur goreng aku rangup pun aku kurang skit (aku panggil telur kerinting), tapi ok la, as long as tak berminyak sangat.

PS: Klakar la korang. Pasal teloq pun mcm2 citer boleh kuar! Hubby aku cakap, telur selain boleh dibuat kek, boleh juga digunakan utk membomohkan orang (kira cam tuju2 la...):P
 
Woopss, sorry kacao!!!.Aku cuma nak singgah sat jer.
Terasa spt hari ini aku & staff-staff opis aku berada di Cameron Highlands sambil menghirup udara segar & nyaman.Baru aku tahu tadi rupa-rupanya boss aku pi outstesen SEMINGGU!!!. Patutlah idea aku mencurah-curah. Muhahahahhaha.

Budak Zack, tolong nko buat research pasai minum ayo masak ni.


Aku lagi
Mat Noq Akitek Rimbun
 
Amenda ni?!? WTF?!? Go watch Casino Royale already!
 
Itu la, takde sapa nak bawak aku... :P (Juz kidding. Dah close to 5 years aku tengok wayang sorang2)

PS: Aku tgh ada course dua hari nih, pasal ISO. Aku tunggu hari Jumaat ni, kalau ada. Damn I crave Craig already!
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites