:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Monday, April 10, 2006
  Jika Evelyn Ryan boleh, Anda juga boleh !
The Prize Winner of Defiance, Ohio (2005)

Kisah benar bagaimana seorang ibu membesarkan 10 anak dengan memenangi pertandingan pengguna…

Buat semua para penggemar pertandingan pengguna (consumers contest), filem ini adalah untuk anda semua.

Filem arahan Jane Anderson ini adalah berdasarkan kisah benar mengenai Evelyn Ryan iaitu diadaptasi daripada buku ‘The Prize Winner of Defiance, Ohio: How My Mother Raised 10 Kids on 25 Words or Less’, hasil karya anak beliau sendiri, Terry ‘Tuff’ Ryan.

Set dalam tahun 1950-an, Evelyn (lakonan mantap Julianne Moore), ibu kepada 10 org anak, telah berhenti kerja di sebuah publishing house setelah berkahwin dgn suaminya (lakonan Woody Harrelson), seorang koroner yg kini menjadi tukang mesin akibat dari sebuah kemalangan. Si ibu sangat gemar memasuki pertandingan dan juga kerap kali memenangi berbagai jenis hadiah, seperti mesin basuh, kereta, percutian, serta barang2 elektrik. Beliau juga berjaya membayar ‘mortgage’ rumah dgn hasil kreativiti beliau, and not to mention berbagai2 barang keperluan utk keluarga dan anak2.

Aku begitu kagum dgn watak Evelyn yg begitu penyabar dan penyayang, walaupun kadangkala dilayan seperti sampah oleh suaminya yg panas baran dan kaki botol. (Dalam hal ini, kita tak boleh nak salahkan si suami juga kerana ini adalah tahun 1950-an, dan adalah agak malang jika sang suami gagal menjalankan tanggungjawab sebagai bapa/ main breadwinner keluarga). Apa pun, Woody berjaya membawakan watak beliau dgn baik, kerana aku mmg betul2 bencikan wataknya yg pathetic tetapi kekdg agak lucu.

Si ibu dalam filem ini, sedikit sebanyak, menceritakan bagaimana utk menjadi pemenang. Beliau juga menyelitkan beberapa tips utk menarik hati para juri, seperti memasukkan nama penganjur dalam slogan, gunakan nama anak2 utk menghantar lebih drp satu entri dan juga sentiasa keep a notebook and a pencil handy, sbb kita tak tahu bila idea akan muncul dalam kepala.

Babak best : Honestly, filem ni mmg penuh dgn babak2 heartwarming yg bisa membuatkan kita menitiskan air mata. Contohnya, ketika si bapa dgn tidak sengaja membuat si ibu terjatuh ketika membawa susu utk anak2nya (yg mana terpaksa berhutang kerana si bapa seringkali menghabiskan wang di kedai arak), dan Evelyn, oh, beliau sangat2 tenang (walaupun kesemua susu tumpah, mengalir bercampur dgn darah beliau), dan tidak sekali pun beliau merasa marah atau benci kepada suaminya, walaupun, pada pendapat aku, kalau isteri yg tidak sabar, mmg sudah lama meninggalkannya. Juga babak dimana Evelyn memenangi shopping spree, dan anak2nya datang memberikan sokongan, sementara si suami tidak lupa meletakkan minyak pelincir pada troli agar senang dikemudi. Juga saat beliau berkongsi makanan2 eksotik dgn anak2nya.

Evelyn, pada aku, ibarat seorang dewa di mata anak2nya. Beliau begitu tabah, cekal dan sentiasa bersemangat, tidak kira masa, dan akan berbuat apa saja demi kejayaan anak2 beliau. Ya Allah, berilah aku kekuatan dan kesabaran, supaya aku juga, menjadi dewa di mata anakku.

Aku bagi filem ni *****/*****. Go catch it, buy it and enjoy yourself. I know I did.

Labels: ,

 
Comments:
aku pun nak tengok citer ni..mane bleh dapat? mcm kelakar bila kau tulis dia guna nama anak2 dia, masukkan nama penganjur...
aku dah start balik buat dutch lady, and marigold...cuti 4 hari konon nak buat contest.. last2 mlm smalam baru buat..punye la takde idea..
 
zack,
nanti ko bagi e-mel add ko bleh? tq.
 
HMMM dah ada ke dvd pirate film ni kat Msia? Aku tggu filem ni dah lama, masuk dlm senarai wish list aku. Lagi satu aku nak tgk The Sea Inside, lakonan Javier Badiem tu.

Aku ni no one fan Julianne Moore. Minat gile.Wajah klasik, great acting.

Aku terbaca satu berita yg trailer film ini dibuat seperti filem ini like comedy stuff sedangkan it is not. I do believe yg dia ckp tu betul, because ive seen the trailer.
 
Aisehmen, Jimi, ko KENA tgk Sea Inside. One of the greatest films of 2004.
 
K Swan, Lin & Jimi, filem ni dah ada, but at selected places only la. Try cari kat Level 3 tempat org jual PC accessories tu. Aku kenal banget Ah Long tu.

Jimi, TSI aku pernah come across, but in DVD 9 format la, dalam RM12-RM15, tp kan aku ni cheapskate gila, so aku cuma beli DVD 5 aje. Man, aku tgk gambar Javier dlm Empire’s review of the film, pergh, lain gila!

PS : My secret Julianne Moore fantasy is to be Clarice Starling, dan have dinner ngan Hannibal Lecter. Makan you know what la.
 
..semua org kena tgk lakonan Javier Bardem dlm Sea Inside. KENA tengok. Dia layak menang semua anugerah lakonan that year.

..filem Prize Winner ni boleh mencerahkan peluang aku utk menang peraduan ke Zack?..hehe.

..Julianne Moore dlm Boogie Nights. Damn!
 
...Julianne Moore dlm Body of Evidence. Damn !

Alamak, ni nak kena beli ke ni Edd. Malasnya. Eh, aku baru tgk Lost Highway less than 10 minit, tp rasa cam nak tutup player aje. Shd i go on, or shd i watch another one of Lynch's surreal masterpiece- Mulholland Drive.
 
Zack..
Aku rasa ko patut tahu by now that filem David Lynch harus ditonton hingga ke akhir sbb by the time the credit rolls, ko akan mula terpikir "..oh patutlah!" ataupun "..baru aku paham kenapa".

..Mullholand Drive ko lum tgk? Aku tak tahu ko akan suka atau x, tapi bagi aku, lepas aku tgk mulholland drive, aku tak boleh tido. The next morning, aku terus google dlm internet cari explanation ttg what Lynch is trying to say in his film. And the freaky thing is, it all makes sense.. Shit.

..what u SHOULD watch is, Blue Velvet and Wild At Heart. SHOULD.
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites