:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Wednesday, January 18, 2006
  Marriage and Parenthood Tips Part i
Dapat artikel ni via e-mail tadi, dan rasa terpanggil utk berkongsi…

Petua rumah tangga bahagia

Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan (aku, bertiga-tigaan), beriadah dan mandi bersama (takleh, bilik air kecik sgt).

Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. (Man, I always wake up with a sore neck…)

Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri. (Matila mak…)

Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya. (How the hell am I gonna watch all those DVD’s?! Juz kidding…)

Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. (Tak sempat bulan madu pun, kawin masa peak period audit firm…)

Image hosted by Photobucket.com

Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak. (Alhamdulillah, Abah Ikmal ada bersama2 aku dalam labour room).

Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk). (Nauzubillahiminzaalik…)

Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri. (Same goes with the wife)

Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung. (Blogging?)

Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. (Which explains why aku serabai gila bila ke ofis…)

Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

Pasangan berusia, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. (Noted)

Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.

Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga. (Aku bulan macho dan brutal)

Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. (Lembut tapi tegas, man, aku kena belajar…)

Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan. (Cara aku- letakkan sejadah kecik di sebelah (but make sure jgn terlalu rapat, utk anak2 lelaki yg belum bersunat), dan biarkan si anak mengikut mama & abahnya solat. Malam tadi, Ikmal sampai tertido atas sejadah masa ikut solat Isyak, mungkin sbb penat sangat main agaknya).

Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Sekian saja utk kali ini, yg baik dr Allah, yg buruk dari saya, tapi hakikatnya dari Allah s.w.t juga...

Labels: ,

 
Comments:
Alhamdulillah.

ehh... ko tukar title lagi.. ni aper lak maksud ni?

:-) / >8-[ + 3:]

Maleh aku nak pikir, tu yg tanya jer.. Kalkulus 1 ke kalkulus 3 tu? Aku fail ler subjek tu zack...

(sampai la ni tak paham janjang geometri SPM)
 
Bukan janjang la jang oiii...
Aku guna emoticons a.k.a smileys yg original.

:-) itu aku dlm mood baik/ ala2 Elle Woods dlm Legally Blonde.

>8-[ - aku dlm mood tak baik/ punk rocker/ rasa nak bunuh org/ mood Donnie Darko.

3:] - Ikmal Haniff, permata hati aku. Note the curly hair.
 
zack, aku pun takde bulan madu & bercinta tu lepas kawin so line tu tak boleh pakai utk aku. :-P
tidur atas lengan pun aku rasa kalau semalam suntuk dua2 sakit. :-P
mandi bersama pun aku rasa tak perlu lah, sental sendiri lagi bersih and i think we need to keep some privacy and kekal "mysterious" sikit. but tu my opinion. ada orang kawin berus gigi pun nak share... :-P
 
Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

maaf kerana menegur, dalam keluarga islam tak de hadith atau ajaran yg suruh solat kat rumah berjemaah bersama isteri,nanti masjid kena roboh pun kita tak tau...
maaf, kalu salah tolong betulkan
 
Haha, Coy, kalau ikutkan Catherine Zeta Jones lagi best. Kata dia, the secret to a successful marriage is separate bathrooms!! Hmm.. Yeah, aku pun sukakan privasi masa mandi.

Terima kasih Sdr Hamka.
So far, suami saya solat Isyak berjemaah di surau (kami dua2 bekerja), dan kalau sempat, beliau akan stay utk kelas agama. Yang saya maksudkan, ialah saya dan anak saya yg baru berusia tiga tahun. Dan sbg co-pilot dalam keluarga, saya rasa saya bertanggung jawab mengajarnya ttg solat dan perkara2 asas agama, jika pilot tiada di rumah.
Hope that explains. Dan ini adalah e-mail yg diforward oleh kawan2, jadi, sesapa yg ada terima, pls note this one, okay.
 
zack,
aku mmg cukup risau tang makanan yg halal tu. ye la, skang ni kan mcm2 jadi? ya allah, jauhkan lah...
 
Ha'ah, hari ni, kuar pulak berita ikan patin makan bangkai + tahi... entah la. Susah nak cakap...
 
macam rancangan yang ustazaha fatimah al-zahra tu...

ahlan wah sahlan.

iskhh,parenting do really tough one ek?.

nie yang aku suspen nie.
 
pasal solat jemaah, kewajipan hanya pada suami, yang perempuan memang sangat afdal solat kat rumah.
Orang bukan islam tak rasa apa2pun tengok masjid kosong, kita org islam janganlah terlibat dalam statistik orang yg mengosongkan masjid. hati2 dalam foward maklumat ugama...
 
"kalau berdua ngan Christian Bale laaagiii bagus"

Kak Swan, don't get me started !!!! btw, taking a shower with Pat Bateman is risking being killed with a chainsaw!

Hamka, noted.

Ayob, wife ko pregnant ke? Citer la skit...
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites