Marriage and Parenthood Tips Part i
Dapat artikel ni via e-mail tadi, dan rasa terpanggil utk berkongsi…
Petua rumah tangga bahagia
Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan (aku, bertiga-tigaan), beriadah dan mandi bersama (takleh, bilik air kecik sgt).
Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. (Man, I always wake up with a sore neck…)
Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri. (Matila mak…)
Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya. (How the hell am I gonna watch all those DVD’s?! Juz kidding…)
Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. (Tak sempat bulan madu pun, kawin masa peak period audit firm…)
Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak. (Alhamdulillah, Abah Ikmal ada bersama2 aku dalam labour room).
Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk). (Nauzubillahiminzaalik…)
Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri. (Same goes with the wife)
Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung. (Blogging?)
Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. (Which explains why aku serabai gila bila ke ofis…)
Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
Pasangan berusia, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. (Noted)
Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.
Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga. (Aku bulan macho dan brutal)
Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. (Lembut tapi tegas, man, aku kena belajar…)
Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan. (Cara aku- letakkan sejadah kecik di sebelah (but make sure jgn terlalu rapat, utk anak2 lelaki yg belum bersunat), dan biarkan si anak mengikut mama & abahnya solat. Malam tadi, Ikmal sampai tertido atas sejadah masa ikut solat Isyak, mungkin sbb penat sangat main agaknya).
Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.Sekian saja utk kali ini, yg baik dr Allah, yg buruk dari saya, tapi hakikatnya dari Allah s.w.t juga...
Labels: Family, Renungan