44NOW
Four random stuffs yang aku suka sekarang, sebab aku takde masa nak update panjang2.
1. Flight of the Conchords
Berasal dari New Zealand dan dianggotai Jemaine Clement dan Bret McKenzie. My #1 on my list right now. Kalau la Mel tu wujud dalam dunia nyata, aku mungkin terpaksa bersaing dengan dia untuk menjadi peminat nombor satu slash stalker kumpulan duo muzikal/ komedi yang sangat awesome ini. Pada masa artikel ni ditulis, FOTC dicalonkan untuk 6 anugerah Emmy termasuk Pelakon Utama Terbaik dalam Siri Komedi (Jemaine Clement). Sigh… masalahnya, buat masa sekarang ni, aku masih belum jumpa lagi fellow fangirl yg sama2minat FOTC. Anybody?
2. Simon Baker as The Mentalist
Salah seorang pelakon dari Australia yang aku minati sejak dulu lagi (zaman The Guardian). Dinobatkan sebagai pelakon TV terseksi 2009 oleh majalah TV Guide, mengalahkan Doktor McDreamy, Patrick Dempsey. Dalam The Mentalist, beliau memegang watak Patrick Jane, ‘konsultan’ di Biro Siasatan California. Dan wataknya ini sangat2 kontra dengan watak Nick Fallin yang sentiasa mandom, kerana banyak rahsia terpendam. Aku tak galakkan korang yang ada penyakit kencing manis unuk menonton siri ini kerana senyuman manis Simon Baker dikhuatiri akan menaikkan lagi paras gula dalam darah. Percayalah. (kini disiarkan di ntv7 setiap malam Sabtu, jam 8.30 malam).
3. Sienna Miller untuk Hugo Boss
Film-wise, aku memang bukan peminat Sienna Miller per se (di tambah pula dengan hubungan jadi/ tak jadi beliau dgn Jude Law), tapi aku suka betul dengan iklan TV Hugo Boss Orange, berlatar belakangkan lagu Drive My Car oleh The Beatles. Comel!
4. Rorschach a.k.a Walter Kovacs
Apa dia? Raw shark? Sushi jenis baru ke? Lepas tonton filem dan baca novel grafik Watchmen, Walter Kovacs a.k.a Rorschach kini merupakan hero komik atau uhm, anti-hero kegemaran aku. Atau sekurang-kurangnya sehingga aku berjaya menghabiskan komik Scott Pilgrim dan Preacher atau mungkin juga setelah kedua2nya muncul di layar perak nanti. Thanks to my BIL for downloading the comics!
Rorschach mungkin tak sehebat, sekacak, semacho, sehensem, setinggi, semuskular atau sekaya Batman, dengan latar belakang yag jauh lebih tragis daripada Bruce Wayne (dan mungkin juga ada masalah kebersihan walaupun aku suka gila dengan trenchcoat dan topeng muka beliau tu). Tapi bila beraksi, I was like, he’s not only a bad-a$$, he’s my bad-a$$!!! Total psycho.
Later peeps!