Kisah Penyu dan Katak
OH HAI AGAIN YU OLS!
Assalamualaikum & g’day mates!
Setelah lama menyepi, aku start balik dengan well, kisah dengan anak2!
Kisah i
Seperti biasa, sebelum solat maghrib, aku akan melayan sekejap si abang dan si adik menonton rancangan2 National Geographic di TV1 (Dua ibu jari utk RTM kerana menyiarkan rancangan2 ilmiah utk golongan2 marhaen yang tak mampu melanggan Astro walaupun agak mengacau waktu umat Islam nak menunaikan solat maghrib). Kebetulan semalam, kisah penyu di perairan Belize. Mungkin satu trait yg aku warisi dr arwah ayah, aku terangkan dengan panjang lebar tentang kitar hidup penyu kepada Ikmal sambil menonton TV.
(TV menunjukkan futej anak2 penyu yang baru keluar dari dalam pasir selepas menetas dari telur dan terus merangkak dan berenang ke lautan)
Aku: Ikmal tengok tu, kesian anak penyu. Mama dia tinggalkan aje lepas bertelur, dia kena jaga diri sendiri, hidup sendiri, cari makan sendiri. Kadang2 ada binatang lain makan dia. Kesian kan ?
Ikmal: Mama, macam mana dengan rumah sewa?
Alahai Ikmal.
Aku tengok aje dia yg masih terpaku pada TV.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyu, silalah ke
http://www.worldwildlife.org/species/finder/marineturtles/marineturtles.html
Apa yg kita boleh lakukan utk memelihara spesis penyu?
Antaranya, jangan gunakan beg plastik sebab most of it mungkin akan end up dalam laut dan membahayakan haiwan2 akuatik, jangan makan telur penyu dan jangan beli cenderamata yang diperbuat daripada penyu.
Sigh… kadang2 ada juga manusia yang ikut resmi penyu, lepas beranak, letak aje kat memana, dengan harapan ada org lain boleh menjaga….
Kisah ii
Entah angin apa yang melanda hari tu, aku decide untuk update wardrobe setelah sekian lama memakai baju kurung ke pejabat. I took a day off, hantar Nabil ke babysitter dan spent the whole day to myself. Aku end up dgn a few blouses, frocks, slacks, skirts, new court shoes and a handbag. Pendek kata, benda2 yang tak pernah aku bayangkan akan pakai, kuikuikui….(hey, pada sesetengah orang, ia perkara biasa, tapi pada aku, it’s a freakin big deal okay…).
So pagi tu aku gosok this frock. Nak pakai dgn slack. Ikmal yang sedang bersarapan, lengkap berbaju sekolah memerhati dari jauh.
Ikmal: Mama gosok apa tu?
Aku: Ni hah, mama baru beli frock.
Ikmal: Huh? (sambil membelek2 baju tu dengan lebih dekat) Takde pun katak!
Aku: (dalam hati) Ish ish, anak aku ni….
Ps: Handbag tu aku dah bagi kat adik aku. Aku tahan pakai 3 hari aje. Aku terpaksa akur, sesetangah perempuan memang tidak dilahirkan untuk memakai handbag.
Oh ya, Ikmal dapat #10 dalam kelas. Aku hadiahkan dia seekor Bumblebee yang dibeli di Petronas, dan juga majalah Top Gear Malaysia bulan Julai yang berharga RM10 (sebagai alasan dia dapat nombor 10).
Dan tahniah juga untuk aku, kerana dah mencecah milestone setahun setengah tempoh penyusuan dengan susu ibu, walaupun tak secara ekslusif! Way to go Zacko!!!!
Labels: Ikmal, Nabil