The Mega Post on Breastfeeding
Ok, first things first. It’d be so cool if you guys could sign this petition (click on the pic to go to the site). Thanks a lot!
Copy-pasted from the email:
"I've just signed this petition calling for support to women to breastfeed their babies, you might want to do the same. Already thousands of babies have fallen seriously ill and some have died because they were fed milk that was contaminated. Their mothers lacked support to breastfeeding."
Phew, dah lama aku tak buat TT nih. Rasa nak buat pulak bila seorang teman sepejabat menegur kenapa aku bawak beg besar ke pejabat. Aku bagitau la, kat dalam ni ada pam, ada botol susu, ada makanan spare, etc, dan dia macam terperanjat! Dia yang baru aje melahirkan anak lebih kurang dua tiga bulan lepas berasa hairan kerana aku masih menyusukan Nabil (sekarang setahun sebulan).
13 ‘JANGAN’ untuk memastikan penyusuan ibu yang berjaya, versi MamaNabil1. Jangan bertangguh untuk mendapatkan bantuan atau sokongan sekiranya ada masalah dalam memulakan penyusuan eg, latching, inverted nipple, susu tak keluar, clogged ducts etc.
2. Jangan hiraukan pendapat-pendapat orang yang boleh membunuh semangat anda untuk menyusukan bayi, yang mana mereka ni mungkin orang2 yang rapat dengan anda, eg, ibu, ibu mertua, suami, tapi…
3. Jangan lupa untuk decline dengan cara baik, nanti dikatakan derhaka pulak!
4. Jangan malas untuk mendapatkan ilmu tentang penyusuan ibu ~ anda boleh bertanya dengan teman2 yang sama2 menyusukan bayi, tak kira teman online atau in real life.
5. Jangan kedekut untuk membeli pam yang benar2 berkualiti, agar dapat memaksimumkan pengeluaran susu ketika er, mengepam. Rasanya kalau dibandingkan dengan harga susu formula sekarang ni, aku rasa dalam dua tiga bulan dah boleh balik modal dah. Lagipun, khasiat susu ibu langsung tak boleh diukur dengan wang ringgit!
6. Jangan lupa untuk menjaga pemakanan, agar anak kita akan sama-sama dapat manfaat dan khasiat daripada apa yang kita makan. Cuba jauhkan diri dari makanan/ minuman yang boleh memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti susu, eg, air batu, kafein.
7. Jangan abaikan postur badan ketika menyusu untuk mengelakkan sakit belakang. Gunakan bantal untuk menyokong lengan atau bayi anda supaya kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang selesa.
8. Jangan sia-siakan peluang untuk merapatkan lagi hubungan anda dengan bayi semasa menyusu ~ belailah rambutnya, usik hidungnya, berbuallah agar hubungan ibu dan anak menjadi lebih mesra, Insya Allah sehingga dewasa kelak.
9. Jangan cepat putus asa jika tidak dapat menyusukan bayi dengan sempurna pada peringkat awal ~ dapatkan nasihat dan bantuan daripada kaunselor laktasi (di hospital2 yang ada pusat penyusuan ) atau support group di internet.
10. Jangan sesekali berkata yang susu anda tak cukup untuk bayi ~ insya Allah, dengan cara yang betul, bayi anda akan mendapat susu yang cukup, dengan syarat – jangan berhenti menyusukan bayi dan jangan lupa pam regularly.
11. Jangan terlalu taksub untuk menurunkan berat badan lepas bersalin sehingga memberi kesan kepada pengeluran susu. Ingatlah, ibu yang menyusukan bayi membakar 200-500 kalori sehari. Insya Allah, berat badan kita akan berkurangan dengan sendiri tanpa perlu berdiet. After all, kita mengambil masa 9 bulan untuk sampai kepada berat post-baby, tak logik rasanya kalau nak terus slim dalam masa dua tiga bulan, right> Contohnya macam aku la, ewah! Lepas bersalinkan Nabil (anak kedua), aku terpaksa pakai jeans saiz 38. Setahun kemudian, aku dah muat balik pakai jeans yang aku beli sebelum aku mengandungkan Ikmal, 7 tahun lepas ~ saiz 31! (walaupun macam sarung nangka la, hehe…)
12. Er, jangan marah. Aku takleh nak fikir sebab #12 nih. :P
13. Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur dan berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki untuk anak2 dan keluarga.
And oh, here’s a very, very good book on breastfeeding, somewhat like Breastfeeding for Dummies Mummies. At only RM10, it’s really a bargain, yet is full of information. Click on the book to buy it!
Later!Labels: Breastfeeding is LOVE, Motherhood, Thursday Thirteen