:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Tuesday, February 10, 2009
  Waaayyy Better Than Jutawan Fakir, imho.
SLUMDOG MILLIONAIRE (2008)

~ MAY CONTAIN SPOILER ~

Malam tadi mmg aku tak bercadang nak tengok filem ni, tapi bila husband aku tanya…

Mick St John & Josef Kostan ~ the blood suckers from Moonlight. Image from Mick’s Facebook & Aleesha Henry Cullen – don’t bite me Mick!!!

Hubby: Moonlight lagi?
Aku: Uh-uh. (eyes on Mick St John on the TV, a puddle of drool on the floor)
Hubby: Eh, kan dah tengok episod yang nih?
Aku: Ha’ah, tengok sekali lagi (dalam hati ~ aisey, dia perasan pulak aku tengah marathon sekali lagi DVD Moonlight. Mati la mak kalau dia perasan obsesi aku yang baru nih). Takde benda kat TV, alah nanti tengok citer lain lah.

Aku pun pasang la filem ni.

Image from thecia.com.au

Menonton fiem Danny Boyle yang ini membangkitkan seribu nostalgia dan perasaan yang agak disturbed, imho. Filem terakhir beliau yg aku tonton, Millions, sampai sekarang tak habis2 lagi, ntah ngapa aku susah nak habiskan bila watak Alex Etel tu asyik membayangkan santa2 di sana sini.

Ok, berbalik kepada filem ni. Ceritanya tentang Jamal Malik, seorang pemuda pembuat teh di sebuah syarikat call-centre, yang berjaya menjadi pemenang Rp20 juta dalam pertandingan Who Wants To Be A Millionaire (WWTBAM) versi India. Beliau ditahan polis selepas memenangi hadiah Rp10 juta, kerana disyaki menipu, sebab well, macam mana seorang budak tak berpelajaran dan berasal dari kawasan miskin seperti Jamal dapat menjawab semua soalan dengan betul sedangkan golongan-golongan professional seperti doktor, peguam etc, tidak dapat sampai ke tahap tu. Anil Kapoor, (suatu ketika dulu yang aku minat tapi sekarang aku rasa mcm nyampah gila pulak sbb ada uncanny resemblance dengan a certain Datuk yang bermisai tu), memegang watak hos rancangan WWTBAM.

Sangat engaging, filem ni mengingatkan aku kepada City of God (2002). Premisnya sama, survival dua sahabat/ beradik dengan karakter berbeza yang berasal dari kawasan miskin, masing-masing mencuba untuk terus hidup dan berjaya dengan jalan yang dipilih (Jamal memasuki WWTBAM dengan harapan agar dapat bertemu kembali dengan Latika, gadis impiannya sejak kecil (aiyoh! Macam nama mak!); sementara Salim (Nazim Masnawi, is that you?) terus bekerja dengan kumpulan gangster, sebagai satu perlindungan kerana dia telah menembak ketua kumpulan yang mengeksploit kanak-kanak jalanan ~ aku kira agak serupa dengan kehidupan Rocket dan Lil Ze dalam City of God; seorang berjaya menjadi jurugambar yang hebat (ironinya, his break break ialah dengan mengambil gambar sahabatnya yang ditembak mati) dan seorang lagi menjadi pengedar dadah yang akhirnya, well, menerima nasib yang sama seperti Salim.

Kanak-kanak runts dalam City of God – image from theguardian.co.uk

Kalau korang dah tengok filem2 Danny Boyle sebelum2 ini, mungkin korang dapat melihat sedikit sebanyak reference atau persamaan dalam filem2 terdahulu eg. diving ke dalam lubang tandas (Renton dalam Trainspotting), atau kisah dua beradik berlainan karakter (Millions).

The disturbing part of the film, well, of course, brutality kehidupan kanak-kanak. Honestly, aku tak dapat bayangkan macam mana nasib anak2 kalau kehilangan tempat bergantung, seperti kanak-kanak di Gaza, Sri Lanka, Rohingya, Acheh (selepas tsunami) atau simply, anak2 yang kehilangan kedua ibu bapa atau keluarga dalam kemalangan. Itu memang amat2 menyedihkan, tambahan pulak sesetengah kanak2 tu disiksa, brutalized and so on, OMG, it just tugged at my heart.

Satu lagi perkara yang aku belajar dari filem ni, ilmu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan bukan setakat melalui sekolah atau pembacaan aje ~ ianya jelas tergambar sewaktu Jamal terlihat kanak2 berpakaian seperti dewa tu, juga ilmu dari sahabatnya yang ‘dibutakan’ utk meminta sedekah tu.


Aku bagi **** / *****.

BONUS:

Sedikit trivia tentang WWTBAM, daripada pengalaman aku di hot seat. Aku sampai stage RM16,000, tapi aku tak teruskan, dan pulang dengan RM8,000 sahaja.

1. Untuk menyertai pertandingan ini, kita kena call hotline berbayar tu, dan jawab 5 (agaknya) soalan multiple choice. Frankly speaking, memang susah nak get thru’ sebab ramai yang call, so kena try a few times before you actually get hold of the line. Kita juga dikehendaki membuat satu slogan ~ “Jika saya memenangi RM1 juta, saya akan…”.


2. Lepas tu, kalau kita terpilih, pihak TV kemudiannya akan menelefon kita dan bertanya satu lagi soalan, takde pilihan, kau memang kena jawab on the spot. Aku terima panggilan tu masa tengah lunch, gelabah gila! Soalan yang aku dapat tu – Berapakah diameter kawah bulan yang terbesar yang terdapat di Amareka?

3. Untuk life-line/ talian hayat, kau kena standby 5 nombor. Bila kau lepas aje stage siapa cepat tu, producer akan try call setiap nombor tu, dan akan meminta setiap orang standby di telefon dalam masa lebih kurang 2 jam. 5 talian hayat aku ialah arwah ayah aku, kawan baik aku Coy, abang ipar aku, Nitzus, adik aku Onn dan sorang lagi teman sepejabat, Eric (aku main bagi aje nama kawan aku ni sebab aku takleh nak fikir nama orang ke-5).

4. Aku rasa arwah ayah aku kecik hati sebab aku tak call dia utk lifeline, sedangkan dia tahu jawapannya. Aku tersalah call abang ipar aku (yang merupakan movie maestro), utk soalan sukan ~ Berapakan pingat emas yang dimenangi oleh Carl Lewis dalam sukan Olimpik 1984?


5. Bak kata Jamal Malik, ada benda yang semua orang tau, tapi kita tak tau, dan ada benda yang kita tau, tapi tak semua orang tau. Itu adalah perkara biasa dalam game-show. Tukang tonton memang boleh kata- alah, itu pun tatau ke? Tapi cuba kau duduk di atas pentas tu~ it’s totally different, man.

6. Oh ya, Abang Jalal, hos WWTBAM, memang macho in real life. Dia kata suara aku mcm suara DJ Lin Suria fm, yang co-incidentally ialah junior aku di kolej, Kak Roslinda Majid.

PS: Aku tgh usha netbook, I direly need one right now sebab every night husband aku guna PC rumah utk buat kerja dia. Any suggestions? Am thinking of a Lenovo or ASUS.

Labels:

 
Comments:
"Berapakan pingat emas yang dimenangi oleh Carl Lewis dalam sukan Olimpik 1984?"

Holy shit, senang gila!

Anyway, aku tertunggu-tunggu kau review filem ni sbb kau pernah jadi peserta WWTBAM. Thanks, man.

Kau annoy tak bila tgk dan perasan, "Hei, 'Who Wants To Be a Millionaire?' mana main live kat TV, man?!??

"Dia kata suara aku mcm suara DJ Lin Suria fm"

Kau tak rasa dia bersikap mendiskriminasi ke? Like, suara perempuan tua semua sama?
 
Computer gee.. lock dee ah jai!


"Berapakah diameter kawah bulan yang terbesar yang terdapat di Amareka? "

- betul ke soalan ni yg kau dapat? And u know the answer?


..go for lenovo. or Acer. Nice design, decent price, and good hardware.
 
"Holy shit, senang gila!"

Senang my ass.

"Kau annoy tak bila tgk dan perasan, "Hei, 'Who Wants To Be a Millionaire?' mana main live kat TV, man?!??"

Ini movie land dude. Brought to you by the same guy that says it’s cool to dive into a shithole.

"Kau tak rasa dia bersikap mendiskriminasi ke? Like, suara perempuan tua semua sama?"

Heyyy… Kak Lin tak tua ok. She’s like one or two years older than me. Perempuan tua is like, Shafinaz Selamat, Azizah Mahzan*, Norish Karman, Ifa Radziah, Normah Damanhuri, Aznah Hamid, and the likes.

* Aku rasa meremang tengok dia pakai wedding gown ala2 kemban dalam SpaQ2.

Ps: NM, kau perasan tak si Salim tu ada iras2 kau? Hehe…the first time I saw him I was like, OMG its Nazim Masnawi!
 
Edd:

Yup. Aku main taram aje. Cakap 11.5 kilometeres. Ntah betul ntah salah. Yang aku tau, pastuh aku dapat phonecall suruh gi rakaman.

*TRIVIA LAGI!

Outstation contestants get to stay at the hotel provided by the organizer, in this case, Holiday Villa Subang (rakaman dekat studio ntv7 in Shah Alam). Believe it or not, Ikmal was conceived on the night before the rakaman! Betul! Aku tak tipu!
 
yey Mama Zack dah tgk!!
 
"Ikmal was conceived on the night before the rakaman!"

so, that would make him, by george!.. a 'Million Dollar Baby!'.
..or 8000 ringgit baby.
 
Haha! Memang pun! Nak membesarkan dia aku rasa dah lebih RM8k!

Rasanya itu yg dinamakan rezeki anak. Aku gi ambik cek masa perut tgh besar!
 
Yes, aku ingat lagi kau masuk WWTBAM! Orang tu pesan kalau kau call kena buat suara ceria-ceria.

1 vote for Acer! :)
 
"Ini movie land dude. Brought to you by the same guy that says it’s cool to dive into a shithole."

Hey, just askin'. Some people still scarred with the whole geography deconstruction of Malaysia in Entrapment.

"NM, kau perasan tak si Salim tu ada iras2 kau?"

Bai, I definitely don't look like him.
 
Coy, thank you so much for being there! And oh, dah dua vote for Acer, nanti aku gi usha kat Loyat la.

NM, aku sampai sekarang tak tengok lagi filem tuh. And oh, in a another universe, you could be the Salim to my Latika. :)
 
patutlah aku tak perasan, Februari adalah bulan yg aku jarang sekali bukak blog sendiri hence your blog also had been navigated away.

anyway, aku dah tengok slumdog,,errr untuk kali ke 7!...mmg feel lah, kali pertama untuk layan storyline, kali kedua untuk layan watak, ketiga untuk layan emosi, keempat untuk layan soalan, keenam untuk layan LATIKA dan ketujuh untuk layan soundtracknya.

p/s : aku dah beli OST ya!. hehehe.

ok, ok pasni aku wat akunya review lak. mekasih. (tapi macam dah basi jek kan nak wat review?)
 
Takde basinya Don. Kekdg aku pun buat reviu filem2 lama...

OSTnya, hmmm radio abang sebelah ni hari2 ada Jai Ho, itu aje kot yg aku tau walaupun aku dah ada full album (abang ipar aku donlodkan).
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites