:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Monday, November 24, 2008
  Film Updates Yo.
Speed Racer (2008)

Bro, sekali lagi kau buat lawak Nama Saya Rain, aku betul2 akan tumbuk muka hensem kau tu.

Speed Racer memang beruntung. Selain drp mempunyai seorang makwe yang seksi dan bijak (yang juga telah membantu beliau untuk menghabiskan persekolahan), dia juga mempunyai ibu bapa yang penyayang serta benar2 memahami minat dan kecenderungannya dalam bidang perlumbaan kereta, tidak seperti 90% anak2 muda Melayu yang kebanyakkannya end up menjadi mat rempit yang tak habis2 menyusahkan orang dengan gelagat mereka di jalan raya, serta gejala2 sosial yang timbul drpnya seperti bohsia, dsb. Oh yes, setakat ni aku dah tonton filem ni sebanyak lebih 18 kali, walaupun TV aku rosak (gambar jadi hijau dan kuning) dan kami tak dapat menikmati keindahan filem ni dengan warna warna pelangi hasil garapan adik beradik Wachowski. Agak kekartunan, but hey, apa yang kau expect daripada filem yang dibuat berdasarkan salah sebuah siri kartun kegemaran kita masa kecik2 dulu?

Oh ya, jgn tanya macam mana muka Racer X boleh berubah menjadi Dr Jack Shephard. Hensem gila.

Wah lau eh, mou tak ting!

Aku bagi: ***/*****. Sesuai ditonton bersama anak2.


Step Brothers (2008)

Jadi bff setelah dipaksa makan tahi anjing?

Selepas bergandingan dalam Talladega Nights: The Ballad of Ricky Bobby, Will Ferrell sekali lagi dengan bergandingan dengan John C. Reilly dalam sebuah komedi keluarga, tapi amat tak sesuai ditonton oleh budak2, sebab well, kalau diikut norma the powers that be, filem ni mungkin akan menjadikan anak2 lelaki akan terus bergantung hidup dengan mak ayah dan tak nak bekerja walaupun dah tua bangka mencecah setengah abad. Lawak? Yes sir, memang a laugh a minute kalau kau memang familiar dengan lawak2 longkang stail McKay/ Apatow/ Adam Sandler (aku tak tahan gila tengok Will Ferrell teabagging drum set tu! Dan tahi anjing putih!). LOL! Cuba bayangkan gelagat budak2 lelaki remaja, tapi dilakonkan oleh lelaki dewasa. Memang nak pecah perut! Wooowowo Sweet Child O’ Mine!

Rating : *** 1/2/ *****. Walaupun agak keanak-anakan, tidak sesuai ditonton bersama anak2.

Aku gelak tak hengat masa : Good Will Hunting. Dan sweater mendiang mak Dale yang dibuang shoulder pads.


Baby Mama (2008)

Fey + Poehler = LOVE

Kate (Tina Fey) dah 37. Masih bujang. Dia wanita bekerjaya yang berjaya, tapi biasa la, bila dah tiba satu stage, jam biologikalnya mula berdetik. Dia mahukan anak. Masalahnya, bukan dia takde pasangan, tapi ada masalah dengan ovarinya yang mana memberikan dia peluang satu dalam sejuta. Tapi, kalau ada duit semua jadi, aight? Dia ke agensi surrogate, terpaksa membayar USD100,000, dan voila! seorang trailer trash bernama Angie (Amy Poehler) sanggup menjadi ibu tumpang kepada benih Kate. Haha.. bila seorang yang prim dan proper bertemu dengan seorang yang spontan dan selamba, memang haru biru jadinya.

Banyak babak2 kelakar. Selain drp Fey/ Poehler, sorang lagi yang kelakar ialah Steve Martin yang memegang watak sebagai bos Kate. Eksentrik dan loklak tahap dewa.

Aku bagi : *** 1/2 / *****


Where In The World Is Osama Bin Laden ? (2008)

Morgan Spurlock selepas diet detox post Super Size Me

“Osama bin Laden cuma seorang lelaki” ~ kebanyakan Muslim yang ditemubual.

“Peh, cerita ni menghina Islam” ~ my husband, masa dia tengok filem ni dalam agak2 1 minit, pastuh dia sambung tidur.

Selepas berjaya menakutkan dunia dengan McDonalds dalam Super Size Me, Morgan Spurlock kembali lagi dengan sebuah dokumentari mengenai pencarian salah seorang tokoh yang paling dikehendaki oleh Amareka. Kali ni, Spurlock bakal menjadi seorang bapa dan mcm kebanyakan rakyat Amareka yang paranoid, beliau amat bimbang dengan keadaan dunia sekarang, sama ada selamat ke, nak membesarkan anak dalam dunia yg terpaksa berdepan dengan ancama pengganas ni.(Well, that, and salah satu sebab lagi ialah dia mahukan wang ganjaran USD25 juta tu).

Berbekalkan tip2 bagaimana hendak melindungi diri drp serangan bom, mob atau gas pemedih mata, hero kita menjelajah dari Arab Saudi ke Pakistan, singgah sebentar di Israel dan Morocco, bertanya kepada orang ramai dan tokoh2 agama dan politik (muslim dan bukan muslim), dimana agaknya OBL (nama manja?) bersembunyi. Lihat juga bagaimana hero kita sanggup menjelajah ke kawasan2 berbahaya seperti semenanjung Gaza (yang mana beliau hampir2 terkena peluru sesat, selain di halau oleh golongan2 Yahudi Ortodoks), serta kawasan rejim Taliban di Afghanistan.

Aku tak tau la sama ada ini reverse psychology or something, tapi Spurlock dilayan dengan baik oleh golongan muslim yang ditemui, tapi telah dimaki hamun oleh golongan Yahudi. Member rasa, umat Islam di dunia bukanlah seperti yang dicanang2kan oleh media barat. Ah well.

I give : *** / *****.
Aku baru tau : Morgan Spurlock merupakan seorang production assistant untuk filem Leon: The Professional.

Labels:

 
Comments:
filem Osama Laden tu macam sangat berbaloi! hantar dvd dia kat aku..
 
Holy shit! Kau salah eja "Laden"!
 
Fadz, Insya Allah. Nanti bagi aku alamat baru kau ye, nak hantar kad raya.

Nazim Masnawi: Yelah, yelah...
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites