:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Tuesday, October 07, 2008
  It CAN rain all the time...
“Raya ni kite lah kena kekalkan suasananye supaya tak luput dek zaman. walaupun leceh utk menyediakan juadah seperti lemang , ketupat, dodol, wajik , bahulu dan lain2 lagi...tapi ini tradisi kita org melayu.... kite kene pertahankan supaya anak cucu kita nanti tahu apa erti raya.
contohnye ketupat.... tiap2 tahun aku ajar adik2 aku tu anyam ketupat...tapi tiap2 tahun gak le mereka gagal utk buat walau satu pun. tapi happy le sebab boleh gelak2 dan kutuk yg mana tak jadi. kalau lemang lak....memang aku tak suka makan , tapi aku tau le gak macam mana nak buatnye. sukatan pun aku dah tanye kat nenek aku. dulu nenek aku lead kalau buat lemang , sekarang kite org je yg buat...dia jadi mandor je.... memang le kalau nak ikut banyak keluar duit bile time raya2 ni...tapi ikut le pada kemampuan masing2 .... janji kite memeriahkan suasana.”
~ Yus, ex-coursemate aku.

“Kalau bukan kita yg meriahkannya takut satu masa nanti raya akan macam cuti biasa ajer. So klu bab raya. aku memang raya sakan. Akulah yang dewasa menolong apa yang perlu dan akulah kanak2 yang pasti main mercun dan bunga api bersama sepupu dan tahun ini ada seorang anak buah. Aku jugak kepala rombongan berjalan raya satu kg. Kedatangan Ramadhan dan Syawal cukup bermakna bagi aku. Setiap tahun ada aje memori suka duka yang dipahat dalam ingatan. Kedatangan Syawal tahun ini aku harap akan ada kisah sukanyer dan tiada yang sedih. Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan ini tiada lagi yang sedihnyer.” ~ Cik Piah, ex-coursemate aku.

“Aku bukan ape..kekadang terpikir..concern psl raya ni.. klu kita x cuba memeriahkannya sekarang.. apa la yg akan berlaku 10 or 30 tahun lagi.. nnti raya takut jd x bermakna pulak.. mcm hari cuti yg biasa..InsyaAllah mudahan x berlaku.. klu ikutkan hari raya tu hari 'luar biasa'.. masa tu nak berkumpul, kenal sedara mara, masak best2..meriahkan suasana mcm main mercun... aku pn sebenarnya sblm ni lps semayang raya..balik umah..tido..he..he..penat kacau dodol.. tp tahun ni ingat nk ubah sket..nk g jln2 jumpa org.. biasa jumpa keta jer.. ye la masa jln jem kt kl!aku kira beruntung mak ayah pakcik makcik masih ada..tp derang pn dh tua..sapa lg nk smbung kemeriahan raya klu bkn kita..Alhamdulillah.. adikberadik sedara mara aku pn masih kuat ikatan.. hopefully masih terus kuat.. budak2 pn happy dpt duit raya n main mercun.. benda2 tu semua 'invaluable experience' yg kita x mudah nk dpt kt tmpat lain..”
~ Yusri, ex-coursemate aku.

Sigh…

Nak berlinang air mata pun ada membaca email kengkawan aku ni…

10 Sebab kenapa aku semacam dah hilang mojo nak menyambut Aidil Fitri.

1. Lebih kurang 10 hari sebelum bulan Ramadhan tahun ni, ayah aku, insan yang aku paling, paling sayang dalam dunia ni, my pillar of strength, my role model, manusia yang paling sabar dalam dunia ni, pulang ke rahmatullah. And no, I didn’t get to say that I loved him very, very much. ;(

2. Raya 2005 – arwah bapa mertua aku pulang ke rahmatullah. Arwah selalu aje menjadi orang tengah tatkala aku ada masalah nak menyesuaikan diri dengan husband dan mak mertua aku masa baru2 kawen dulu…

3. …dan dalam tahun yang sama, aku gaduh besar dgn husband aku, which nearly costs me my marriage. Sabar ada batasnya dude. (long story, korang takyah tau la. Bukan pasal Wentworth Miller atau fetish2 mengarut aku tu tau). Kalau aku elaborate, panjang gila post ni!

4. Sejak aku mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, aku selalu aje ditimbuni dengan bebanan kerja extra menjelang raya, sebab kalau dalam line akaun ni, bulan puasa/ raya selalu aje clash ngan budget/ audit preparation. Masa bujang, time aku kerja audit firm dulu, bulan Ramadhan aku spend almost every year outstation. Toksah tanya la aku solat terawih kat mana, memang tak dapat nak buat. Pulak tu kena audit resort2 yang langsung takde surau. Ko bayangkan ajelah staf2 Muslim kat situ. Ada yang tinggal solat zohor & asar, balik rumah baru qada’. Jadah hapa!

5. Dan selalunya geng2 outstation aku ialah mereka yang bukan Muslim (member2 baik aku tu tau!), so aku telan air liur aje tengok diorang makan depan aku (alah, setakat biskut chipsmore tu, apa sangat la…)

6. Kalau tak outstation pun, every day aku balik lambat. Pernah satu tahun tu, dekat nak tetiap hari aku berbuka makan mee goreng ngan air tembikai, sebab by the time aku sampai ke bazaar ramadhan kat bawah flat aku tu, itu aje yang tinggal…

7.
…itu belum lagi cerita berbuka dengan kurma sambil beratur menunggu bas feeder di stesen LRT.

8. Sejak kawen sampai sekarang, aku tak pernah berjumpa dengan nenek aku, my sole surviving grandmother, walaupun dia tinggal sekampung ngan aku. For some personal reason, hubungan yang estrange di antara mak dan nenek aku menyebabkan kitaorg lost contact antara satu sama lain. I wished she had a Facebook (attempt utk spruce up post serius ni dengan lawak bodoh tapi failed miserably). Aku bertemu beliau buat kali pertama (lepas aku kawen) masa arwah ayah aku meninggal hari tu. Dan introducekan Nabil dan Ikmal kepada moyangnya yang tak pernah ditemui sebelum ini.

9. Tahun ni lagi best. Aku dapat beraya di Kelantan! Fulamakatak! Aku baru aje balik KL semalam. Temankan mak ngan adik aku #5 yang nak melawat adik aku #4 yang kena tahan di Narathiwat. Mak aku dapat jumpa dia ada la dalam 15 minit. Dia kata polis Thai main tangkap aje warga Islam di Selatan Thai, but then, it’s his choice. Dia yang pilih jalan tu. Bukannya kitaorg tak nasihat/ larang etc. Apa pun konsekuensnya, aku harapkan agar beliau sentiasa akan mendapat cahaya kebahagiaan, di dunia dan akhirat. (According to him, kat pusat tahanan tu, penuh dengan pak2 imam, bilal dan orang2 agama yang juga ditangkap oleh pihak berkuasa Thai.). Ya Allah, selamatkanlah mereka ni semua… (%)


10. Aku dah lebih tiga tahun tak join open house (termasuk majlis hari raya kompeni aku). Rasanya kali terakhir aku attend open house ialah sebelum aku mengandungkan Nabil (rumah bos). Dunno why la, kekadang aku rasa inferior sangat dalam majlis2 keramaian ni. The thought of meeting people in real life, mingling, networking, etc really scares the shit out of me. Itu belum lagi bila ternampak dressing dan bling2 tetamu yang hadir, phew, rasanya self esteem aku dah sampai all-time low… (nak buat lawak bodo - I didn’t lose my self-esteem; I sold it on Ebay). Yeah. I’ve reached that point in life di mana aku rasa takut/ malas sangat nak berjumpa dan berinteraksi dengan manusia dalam erti kata sebenar (flesh and blood). (#) *re-inforce fortress*. I think I need a shrink. And another jar of Almond London. (la ni dah masuk balang ketiga). Depression sucks. Big time. :(



(#) This is like, my greatest fear masa zaman kanak2 dulu. Aku tak berapa rapat ngan cousin2 (jumpa setahun sekali aje beb), and I dunno, sometimes aku rasa agak rendah diri sebab keluarga kami besar, pastuh aku ni jenis yg tak reti nak melawa walaupun sekarang ni aku dah mampu, tapi fuck it la, more than 20 years down the road, aku masih tak boleh. Not even the Fab Five can help me here.

(%) Aku kena panggil ke Bukit Aman 9 September hari tu. Long story, malas nak cerita. Nanti kena panggil lagi, kuikuikui….:P

Labels:

 
Comments:
Zack, bukan u seorang yang rasa kecil diri dengan orang. I think everyone have that problem (well, if not everyone, I DO!). The thought of everyone dah maju ke hadapan and u are still stuck at that step...aahhh...I've been there...I felt cheated out of my own life! But that's another looonng story.

I've a friend that I recently met again at Facebook, that exudes positivity. That's what I've been obstructing myself from. Always thinking of the negativities and never thought of the beauty of life. God made things happen for a reason, Zack. Whether it's good or bad, there is a reason behind it and it is up to us to define and use it to our benefit.

You may have quoted me as saying that Aidil Fitri is the happiest day of the year, but only God knows how much tears I shed on that day including a few days before and after (that is also another longgg story).

But that is life Zack, it is full of ups and downs. And also only God knows all the stupid things I wanted to do when I was down.

My point is Zack, think positive (I know it's hard, I tried it) and remember (always remember) that Allah is with you.

Another friend also told me that Allah akan uji seseorang mengikut kemampuan seseorg itu. So hang in there Zack! I hope you find happiness soon!!!:P
 
Thank you sooo much Pia! *hugs* I really appreciate it.

Sigh… yeah, aku setuju, only God knows what I wanted to do (and am capable of!) masa2 mcm ni, but then, I looked at my sons and think.. weyyy.. I’m not ready to leave these kids! Not like this! Not now!

*wipes tears*
 
Tak silap aku, orang arab sambut raya dengan pergi bercuti dengan famili dorang (selalunya ke pantai2) lepas sembahyang raya eidulfitri...Tapi kalau eiduladha, memang meriah dorang sambut..hehe

Aku semenjak lepas sekolah terutamanya dah memang tak terasa kemeriahan nak raya ni. Dulu masa budak, ada la gak ikut orang surau pergi bertakbir malam raya, main meriam (hehe) tapi..ntah la.

Aku rasa yang part annoying nyer bukan takat masa open house je orang pakai baju lip-lap, nak pergi sembahyang raya tu siap pakai kebaya belah pergi masjid, jambul 3 inci terkeluar macam Datin Sri Ros..ops..mana nak carik?
Dah pagi2 raya menggelegak nafsu kaum2 adam ni ketika lepak2 di luar masjid sambil menghisap rokok menunggu nak mula sembahyang

Pasal lain2 perkara yang ko lalui tu, aku pun hanya mampu tumpang terharu je. Tapi benda2 ni jugak yang buatkan mental ko kuat kan? hehe.

Apa2 pun, be strong sis. "Adakah mereka boleh berkata "kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji?" -terjemahan bebas dari al-quran..

Selamat hari raya maaf zahir sahaja..
 
Bang, batin aku ada sedikit terusik bila baca bab nafsu kaum adam menggelegak tu, hahahahaha!!!!!

Sigh.. betul la kan, aku rasa kita mmg kena differentiate antara agama dan budaya setempat.. maybe kita takkan terasa sangat bila raya takde bunga api, mercun, ketupat bagai.

Tapi betul la bang, bak kata arwah ayah aku sebelum dia meninggal malam tu- "dah lama dah Allah bagi ayah sihat, ni sekali sekala Dia beri ayah sakit pulak." (arwah ayah aku kena chikungunya, ditambah pulak dengan heart problem, pastuh jatuh dalam bilik air).

Stay strong sistah! Hmm… susah jugak jadi anak sulung ni…
 
errrr, aku takleh nak cakap apa ah zack sebab tahun ini mmg aku raya sakan tapi sakan aku bukan dari segi bazirkan uang tapi more to preparation, aku tolong kemas rumah seminggu siap ngan cat pagar bagai sampai bini aku naik pelik tengok aku rajin gila,selalunya kalau time nak raya, aku lah manusia paling pemalas nak kemas umah dan tolong preparation raya tu tapi tahun ni aku jadi umat paling rajin kat dalam rumah aku tu.

buat kuih raya pun aku leh yg tolong tabur manik2,celup2 ceklat..tahun ni lak bini aku rajin nak wat kuih raya,selalu rajin tunjuk jek.

masa raya pun,aku lah paling galak ajak bini aku berjalan-jalan rumah sanak sedara dia ngan sanak sedara aku.never in my life,for 3 straight day on raya, aku sampai rumah pukul 12tgh malam!. giler babas punya raya tu!.

setelah difikirkan kenapa aku sakan raya sangat,aku rasa my little angel is the main purpose.my girl ain the explorer tu seronok giler dapat sampul raya tu.(dia obses sampul raya,duit dia tak heran).hahahaha.suka tengok dia ketawa with all her cousins far and near.

macam email dari kawan-kawan ko, we ought to preserve the pre celebration of our raya for the sakes of our children and futute generation. do not let the idiot box take over the raya mood. aku mmg pantang pagi2 raya dah melopong tengok tv. aku bukak tv pun lepas kul 2 ptg.

anyway, apa-apa pun,macam cik piah kata, u ought to think +ve for all the obstacles.ada hikmah di sebaliknya tu!.

oh ya!,jemput datang umah sister!.

p/s : aku rasa semangat raya kau masih ada, kalau tak takkan aku dapat kad raya dari kau kan?.
 
Haha, thanks Don! Ko tau tak, petang kau call aku nak wish selamat hari raya tu, aku terdiam jap, sebab ko pesan – “get back here in one piece!” Haha.. dah la aku dah lama tak naik kapal terbang, pastuh, mak ngan adik aku lak dalam proses nak menuju ke wilayah yg tengah bergolak… dalam hati aku, pergh.. memang timing baeeek punya. Even Ikmal pun dalam nangis2 tak bagi aku pergi, katanya, nanti mama ngan adik tak balik, kena bunuh dengan orang pakai topeng (seriau jugak aku dengar, sebab dua hari before ayah aku meninggal, dia menangis gilbab nak ikut mak aku balik Muar, padahal tak pernah2 dia buat gitu.)

Apa pun, betul le, kena banyakkan fikir positif. Kalau mandom 24 jam aku pun tensen. Nak kata PMS, ish, aku tengah menunggu jugak ni, apsal la tak datang2 lagi bendera jepang tu (haha.. way too much information!!!~ ko tau la, kalau breastfeed ni mmg tak regular sangat benda tu.) Harap2 tenang sikit la lepas ni. Tapi bukan tenang macam Si Tenang dugong tu!

Wah, anak kau minat sampul duit ke? Aku collect benda tu jugak. Besh wo, boleh tengok pelbagai gaya angpau dari dulu sampai sekarang. (Duit raya anak2 aku tahun2 yg lepas aku dah bukakkan SSPN).
 
Tertinggal pulak aku entry kau sebelum ni. Takziah Zack di atas pemergian bapa tersayang ke Rahmatullah.
 
Tima kasih Mensh, selamat hari raya.
 
"…dan dalam tahun yang sama, aku gaduh besar dgn husband aku, which nearly costs me my marriage."

Oh, shoot! So close yet so far.
 
Whut?

PS: Apa dah jadi antara kau ngan Komikoo? Apa dah jadi ngan komik tu, kualiti bangkai gila aku tengok sekarang ni. Kau ada fall out ngan Roy ke? Apa jadi ngan Noradz? Kena raid ngan BNM? Why? Why? Why?
 
Aku dah berpatah arang dengan Komikoo. Yes, bukan dengan Roy je, malah dengan the company itself. The Datuk was okay, but his menantu was totally a pain in the ass. Asalnya, semua orang set out to do something very new and bold, but in the end semua orang back out*. Tinggallah aku sorang2. Dengan nobody to back me up, aku mengambil keputusan untuk chiao.

*Aku tak faham, it's not like the majalah tak laku ke apa sbb sikap subversive kitorang. The majalah was laku like hell!¹

¹The best thing is, pastu diorang set up nak buat another comic mag yang boleh, ya know, puaskan hati bayi baru lahir dan tok nenek diorg dlm kubur. Haram sampai sekarang tak keluar2. Dan filem Saiful Apek yang diorang terbit tu? Haha, ada problem as well. Bwahahaha! Wahahaha! Wahah! Wahah! Bruargh! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!
 
This comment has been removed by the author.
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites