:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Thursday, May 22, 2008
  Thursday Thirteen #21
“Breast milk is a living thing, with active blood cells. You have to treat it gently or you can destroy the delicate cell bodies. It’s still good food without the living cells, but you lose a lot of the protective properties of breast milk.” *

Thursday Thirteen # 21

13 Panduan Penyusuan Bayi dengan Susu Ibu versi MamaNabil (sebab Nabil yang masih jadi boob-monster).

NB: Ini cuma personal notes daripada segala maklumat yang aku kumpul dan amalkan tak kira dari kengkawan atau dari website2 berkaitan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada pakar laktasi atau doktor2 yang berdekatan. Terima kasih. :)

Gambar dari shorpy dot com

1. Kalau korang tengah pregnant, dan bercadang untuk breastfeed anak bila dah lahir nanti, lebih baik buat perancangan SEKARANG, jangan bila dah masuk ke labour room atau dah bersalin baru tergagau-gagau cari pam/ cara2 menyusu and such. You won’t have the time and the energy! Aku bercakap melalui pengalaman.

2. Pilihlah hospital yang menyediakan nursery dan ada pakar penyusuan. Aku bersalin di Pusrawi KL, dan honestly, bilik untuk menyusunya memang selesa (siap ada Astro lagi kau!). Dapatkan nasihat dan cara2 penyusuan yang betul sepanjang kau di hospital (heh, percutian tiga hari dua malam!). Kalau di Pusrawi, nurse akan terus letak baby di breast sejam lepas lahir untuk stimulate pengeluaran colostrum.

3. Invest in a good pump, sebab walau mahal macam mana pun, faedah yang diperolehi dengan susu ibu mengatasi segala khasiat dalam susu formula. Ala, lagipun dengan semua benda dah naik harga, kos beli pam tu dah boleh cover sebulan dua supply susu formula yang kursemangat mahalnya sekarang nih. Aku guna Avent Isis manual pump (lebih kurang RM220), memang disyorkan untuk ibu2 yang nak menyusu lebih lama.

4. Aku kurang suka pam yang pakai bateri atau elektrik, sebab, satu, kau kena selalu replace bateri, kedua, kena cari tempat yang ada power point. Tak berapa convenient.

5. Dapatkan kawan atau teman yang boleh memberi perangsang, tips dan nasihat tentang penyusuan bayi, tak kira la in real life atau dalam talian (ewah, aku nampak orang DBP senyum!). Tak tau la kenapa tapi kalau merujuk kepada ibu2 atau MILs rasanya korang MUNGKIN takkan dapat sokongan yang diharapkan, like yours truly la. Aku tak salahkan diorang, mungkin diorang taknak susahkan kita, terutama yang terpaksa kembali bekerja bila dah habis cuti bersalin nanti.

6. Kalau rasa macam kurang aje susu tu, kemungkinan besar itu cuma perasaan kita aje. Sebab badan kita Insya Allah memang dapat memenuhi keperluan bayi dari segi khasiat. Kalau nak tambah susu juga, especially yang ada dua orang anak menyusu, ambik le milk booster yang boleh melancarkan pengeluaran susu. Aku personally recommend the organic Earth Mama Angel Baby ni (RM9 untuk Trial Pack, boleh beli di Mom’s Little Ones ~ www.momslittleones.com). Alhamdulillah, coupled with regular pumping (at work) and feeding, sekarang aku dapat pam around 8 oz untuk dua sesi (dulu masa guna pam lama, nak dapat 2 oz sekali pam pun susah).

Image Hosted by ImageShack.us


7. Lain-lain makanan yang boleh menambah/ melancarkan pengeluaran susu – barli, soya bean, halba, jintan dan lobak putih. Aaand, jangan la selalu sangat blame semua benda pada susu ibu, macam aku hari tu. Nabil kembung – pasal susu badan. Tahi dia hijau – pasal susu badan. Apa hal!? Baby kembung perut tu perkara biasa, just don’t eat anything gassy or cold masa dalam pantang tu, sebab tu la orang lepas bersalin macam2 tak boleh makan. Bila dah alami semua ni, baru aku tau logiknya amalan orang2 tua. Jenuh telinga aku dengar ‘I told you so’s dari mak aku dan juga babysitter Nabil masa aku demam kuat dua hari lepas masuk kerja lepas bersalin hari tu. Tahi dia hijau & melekit? Itu mungkin ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk~ ada cara mengatasi masalah ni, jangan bimbang!

8. Relaks, jangan stress, sebab baby boleh detect kalau kita stress. Ingat perkara yang baik2, masa menyusu tu, belai muka dia, telinga dia, sambil bersyukur kepada Allah s.w.t sebab kurniakan kita anak yang sempurna sifatnya. Dan walaupun dia masih belum faham cakap kita, bagitau dia, Mama doakan Nabil jadi insan yang berjaya, di dunia dan akhirat. Taat kepada Allah, Rasul & ibu bapa etc. Ingat, doa ibu sentiasa makbul.

9. Talking about stress, ini bukan masanya untuk jadi perfectionist. Biarkan la kalau rumah bersepah, pinggan tak basuh atau kain baju belum berlipat. Get all the help you can get so that you can spend those precious quality time with the little one. Minta tolong suami untuk layan anak2 yang dah besar atau kerja2 rumah yang senang2. Kalau perlu, ambik temporary/ weekend maid untuk datang lets say, seminggu sekali untuk membantu dalam kerja2 rumah, yang ahem, obviously la, takkan habis sampai bila2 pun.

10. Jaga makan, tapi jangan terlebih makan! Terutama sekali kalau kau nak ambik apa2 medication ~ always consult your doctor and do mention that you’re breastfeeding.

11. Ingat rule demand dan supply. Bagi bayi boobie regularly kalau tak nak supply berkurangan. Dan jangan bimbang tentang saiz, sebab kalau yang comel lote pun (ala2 nasi lemak seringgit tak letak lauk) boleh menyusukan anak2 sampai besar (at least for the first 6 months, tapi kalau boleh, biarlah sampai 2 tahun~ itu memang dituntut oleh Islam).

12. Fully breastfeeding your child can make you lose that pesky post-baby weight. Jangan bimbang kalau baby weight tu susah sangat nak hilang. After all, kita kan dah spend 9 bulan lebih untuk gain all the weight, takkan la nak expect semua berat tu hilang dalam dua atau tiga bulan! Unless, ye la, kau ni celebriti ke hapa yang banyak duit boleh buat lipo atau hire personal trainer. I personally hate you.

13. Enjoy every moment of it!


* kata seorang poster di komuniti breastfeeding di LiveJournal (tentang mengapa kita tak boleh menggoncang susu ibu yang telah disuamkan untuk diberi kepada bayi).

Labels: , ,

 
Comments:
nasik lemak tak letak lauk? hahahahah! lawak la ko. kitorg dulu panggil 'nasik lemak 5o sen' instead. hehehe. pe pun, great tips! kalo aku nak buat revision, aku mai sini no?
 
wow.. from nasi lemak tak letak lauk hingga taik hijau, you got it all here dude. Very informative, thanks Zack.

Congrats also to you and all mothers in the world for being the Lactation Station to their kids.
 
Nadia, kalau sekarang kau mintak makcik warung nasi lemak 50 sen, mau kena gelak! Beras dah naik harga la…

Edd, one good thing for fathers yang wifenya breastfeed ialah diorang tak payah bangun malam untuk take turn bancuhkan susu formula untuk baby!
 
Here is a great Website to purchase all your Birthday Party Needs, Pinatas, Plates, Cups, Napkins Everything!! They also have wonderful customer service and extremely fast shipping. Please check out this site.

WWW.PartySuppliesWorld.com
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites