Random Things About My Second Pregnancy
Hari ni pregnancy aku genap 37 minggu 6 hari. Ada lebih kurang 15 hari ke tarikh due, tapi aku harap2 dapat bersalin dalam tahun ni juga. Hari Khamis lepas aku gi check up. Oleh kerana aku check up guna panel hospital, kitaorang takleh nak pilih doktor mana nak jumpa (free, mah!), tapi mungkin sebab lepas Raya Korban hari tu, doktor yang sepatutnya aku jumpa (MO, sebenarnya), bercuti, jadi kami dapat jumpa salah sorang doktor faveret di Pusrawi ni ~ Dr Daud (him with the funky hair~ srsly, aku rasa beliau tak berubah pun dalam masa 5 tahun nih!).
Nampak gaya, anak aku ni makin membesar. Doktor kata dah 3.2 kgs (in utero), lebih kurang 2 kilo heavier daripada abangnya dulu (berat Ikmal masa lahir ialah 3.05 kgs). Did I mention that my blood sugar level was quite high? Yeah *shakes fist at J Co honey glazed donut yang cair di mulut tapi manisnya Ya Rabbi!* so, doktor kata, kalau masih tak bersalin lagi, Insya Allah baby akan di induce pada 28hb ni. Yikes! Takut pun ada, sebab sekarang ni pun aku dah rasa sakit2 (kekadang susah sikit nak distinguish antara contraction ngan heartburn/ gastric aku ni~ lenguhnya lebih kurang sama jek!).
These are a few of my favourite things…
Kaki bengkak? Doktor aku kata, ‘bengkak shopping’, wtf? Aku nak gi kedai runcit dekat sebelah taman ni pun dah tak larat dah, tapi nasib baik bukan pre-eclampsia la. Stretch marks? Tak yah nak cerita la. Kalau aku ni askar, aku pun tak tau pangkat apa nak digelar dengan calit sebanyak tu. Weight gain? Huhu… sekarang dah 84.9 kgs (kira okay la kalau nak dibandingkan dengan Milla Jovovich atau Datin Norjuma, hehe…). Tapi yang paling best ialah si abang yang suka sangat menerpa dan memeluk perut boyot aku sambil menyapa “Assalamualaikum adik!” atau “Hello baby!”.
Me? Pre-Diabetic?
Okay, aku mengaku yang aku suka sangat makan benda2 manis sejak kebelakangan ni, biasa la, dengan alasan nanti bila dah berpantang banyak benda yang aku takleh nak makan. (Satu trick yang seriously backfired ke tuan punya badan, walaupun keluarga aku takde gene kencing manis). Ice blended coffee (bukan Starbucks, mmmkay!), kek coklat, brownies, donut J Co yang heavenly (thanks to Sany, my colleague yang sudi membelikan aku setiap kali sedozen donat, sebab satu-satu kalinya aku menapak ke Pavilion (masa tengah sarat ni, srs!), barisan rakyat Malaysia yang nak membeli donat franchaise dari Indonesia tu lebih kurang macam barisan PATI/ PADI Indonesia yang beratur di depan kedutaan Indonesia untuk urusan visa setiap pagi tu (you should really see it to believe it, man). Gila ramai! (seriously, man, kali terakhir aku depressed lepas beratur camni ialah masa nak ambik pas tengok Good Charlotte hari tu!).
Kesimpulannya, from now on, aku kena kontrol makan. Kurangkan carbs, sugar and fat, lebihkan protein, dan senang cerita la, amalkan 5M! (Aku start dengan membeli buku Pre-Diabetes, tulisan Dr Bruce Miller).
Rezeki Anak-anak…
Alhamdulillah, kata orang, jangan takut kalau isteri mengandung, sebab rezeki anak2 tu Insya Allah, ada. Masa awal2 pregnancy hari tu, aku naik pentas dua kali untuk ambil hadiah masa mesyuarat agong tahunan koperasi kompeni aku (sebelum ni, haram sekali pun aku tak pernah kena cabutan bertuah tu!). Okay la, walapupun cuma dapat tuala mandi dan set cadar, daripada tak dapat apa2 pun, aight? Dan masa National Accountants Conference hari tu, aku dapat hadiah buku (Companies Act, 1965, edisi terbaru) untuk pertandingan Sudoku (haha, selepas wang tunai RM1k dan baucer restoran RM100, makin kecik pulak hadiah yang aku dapat, tapi Alhamdulillah, drp tak dapat langsung.) Dan yang paling menggembirakan aku ialah salary revision yang seumur hidup aku selama 31 tahun ni, aku tak pernah bayangkan ~ lebih kurang 15% daripada basic salary aku! Walaupun mungkin pada sesetengah orang, nampak tak seberapa, tapi Alhamdulillah, aku sangat2 bersyukur.
Tapi yang paaaaling memeranjatkan aku pada penghujung tahun 2007 ni ialah satu memo daripada HR yang aku terima hari Rabu lepas. Re: Penyeragaman Kumpulan Perjawatan dan Nama Gelaran Jawatan di (insert company name here) dan Syarikat Kumpulan. Bermula Januari 2008, Insya Allah, my new post kat sini ialah Penolong Pengurus. Ya, aku pun susah nak percaya, sebab gelaran aku sebelum ni cuma Resident Machai, hehe. Well, bukan aku sorang sebenarnya dan aku pun ada terdengar cakap2 belakang yang tak sedap didengar, tapi pada aku, Alhamdulillah, itu dah cukup bagus dah. Bak kata orang, rezeki anak-anak… :)
Labels: Motherhood, Personal