Thursday Thirteen #19
Thursday Thirteen #19
13 Things That Make You Go Yum! or Yuck!
Aku terfikir nak buat pos ni masa baru nak makan soto yang aku beli malam semalam. Pergh. Makcik ni tak agak2 masukkan TIGA (yes, 3) ketul kaki ayam dalam sup soto aku. Well, aku tak kisah makan kaki ayam, tapi aku dok teringat kat Arwah FIL aku yang selera makannya mesti terbantut kalau ternampak kaki ayam (or something that resembles kaki ayam, anyway) dalam masakan tu. As they say, one man’s meat is another man’s poison. Terfikir lak nak buat list ni, and what say you guys about these local delicacies? (well, some are not delicacies but you know, edible parts of animals). Yum? Or simply no-no?
1. Kulit ayam ?
Yum! My fave sejak kecik lagi, but only if deep fried dan dibuang semua lemak2.
2. Fish head curry ?
Er, no thanks. I’ll take the curry only. Hehe, aku kagum betul dengan orang yang boleh makan kepala ikan sampai bersih, even slurping the eyes like it’s some kind of jelly >.<
3. Tempoyak?
Tak makan, but is my hubby’s favourite.
4. Tongkeng ayam?
Only in small doses. Sedap digoreng tepung, tapi dengan syarat buang dua ‘biji’ lemak tu dan semua bulu2 yang tertinggal.
5. Siput sedut ?
Yum! My fave! Tapi cuma kalau masak lemak dengan keladi le, hehe… My dad selalu mengeluh sebab ketiga2 menantunya (yang lelaki) tak makan siput sedut tapi anak2 perempuannya suka! Kalau aku makan, I’ll make sure not to eat in front of my husband sebab dia macam ‘alergik’ dengan bunyi kitaorg sedut siput tu.
6. Sambal petai ?
Nope. I eat the sambal and the prawn/ ikan bilis only. My hubby’s fave though, so kalau makan, aku akan bagi petai2 tu kat dia.
7. Perut lembu ?
Only if made into satay, sebab aku macam boleh bau hanyir perut tu (phobia takut basuh tak bersih).
8. Limpa atau peparu lembu ?
Nope. Depends also on how they prepare it. Aku suka kalau paru yang dihiris nipis dan digoreng tepung garing2, but also in small doses.
9. Buffalo meat ?
If you didn’t tell me that the dish is made from buffalo meat, I wouldn’t know the difference. Biasanya kalau kenduri kawin kat kampung2 la, dan as far as I’m concerned, dagingnya liat sikit berbanding lembu.
10. Belut ?
Tak pernah makan lagi, so I dunno. Yep, not even unagi.
11. Cincaluk ?
Pernah makan sekali. Dah lupa pun rasa dia camner. I guess it’s a no kot?
12. Sup gearbox ?
No!!! Aku tengok orang dok sedut dengan straw tu pun rasa like, alamak! The cholesterol! And please, jangan mention sup torpedo kat aku. Seram kau!!!
13. Ikan pekasam ?
Aku pernah rasa sekali, kira okay kot, tapi aku lagi prefer ikan masin.
Labels: Meme, Thursday Thirteen