:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Thursday, May 03, 2007
  Update on Films and Such

*MAY CONTAIN SPOILERS*

Dear Wendy (2005)

Teenagers scare the living shit outta me

Bertitik tolak drpd kejadian pembunuhan beramai2 di Virginia Tech tempoh hari, tergerak pulak nak menonton filem karya Lars Von Trier arahan Thomas Vinterberg ni. Mengisahkan tentang sekumpulan remaja (read: losers) yang bersatu atas minat yang sama – pistol dan segala tok nenek tentang fire-arm, yang mereka namakan The Dandies. Satu perkumpulan yang bermula dengan satu minat dan obsesi yang harmless (iaitu berjanji tidak akan menggunakan senjata mereka selain daripada target practice di rumah kelab mereka di bawah tanah), tetapi terjadi satu insiden yang membuat mereka terpaksa melanggar janji tersebut (dengan konsekuens yang amat tragis). Dibarisi pelakon2 remaja yang aku lebih dikenali dalam filem2 indie seperti Jamie Bell, Alison Pill, Mark Webber dan mamat yang jadi Chuck Sherman dalam American Pie tu.

Aku bagi *** ½ /*****.
Soundtracknya best, dengan lagu2 60’an dendangan kumpulan The Zombies. Dan jelas sekali keganasan bukanlah penyelesai semua masalah. :-( Dan, ingat tu, senjata api dan kanak2/ remaja adalah satu resepi untuk kemusnahan dan kematian. Mereka sepatutnya belajar daripada kanak2 runts dalam City of God.


Confetti (2006)

If you marry me, Would you bury me? Would you carry me to the end?

Wajarkah perkahwinan diiktiraf sebagai satu industri?

Mockumentari arahan Debbie Isitt yang aku tonton beberapa hari selepas Grand Finale program Cari Menantu di TV9. Ironik, huh? Confetti mengisahkan tentang satu program realiti anjuran sebuah majalah pengantin yang ingin mencari pasangan yang dapat menganjurkan majlis perkahwinan yang paling unik. Ada tiga pasangan yang berentap untuk merebut hadiah yang ditawarkan (sebuah rumah!) iaitu – Matt & Sam (pasangan yang impikan satu majlis perkahwinan ala2 muzikal), Isabelle & Josef (tennis freaks yang mahukan majlis bertema tennis) dan pasangan ‘naturist’, Michael & Joanna (aku kira, terma yang lebih PC untuk nudist), yang mahukan majlis, well, untuk golongan naturist ! Dibintangi oleh pelakon2 komedi British yang lebih terkenal melalui siri2 TV (dan malangnya aku cuma kenal Martin Freeman :P), dan skripnya dibuat secara improvisation.

Aku suka filem ni, sebab macam pasangan2 normal, ketiga2 pasangan tak lepas daripada masalah2 yang biasanya mengganggu rumahtangga (this is before the wedding!), macam interfering in-laws, jealousy, difference in beliefs and thinking, vanity, dan macam2 lagi. Juga terdapat konflik di mana mereka terpaksa memilih sama ada inginkan satu majlis perkahwinan yang diimpikan sejak kecil atau terpaksa mengikut apa yang disarankan oleh penganjur (all for the sake of winning the house).

Aku bagi ****1/2/ *****.
Tapi bagi yang tak biasa ngan full frontal nudity (mostly men), pejam mata je lah (sebab ada babak di naturist camp). Tak banyak, I mean, this is not something from Tinto Brass; heck, even Eurotrip pun kira ok lagi la.


Jangan Pandang Belakang (2007)

Shite, man, aku hampir menjerit masa babak ni. Gambar dari website Grand Brilliance

Kau tau apa yang sucks kalau nonton filem seram di pawagam? No? It’s the fact that you can’t bring your bantal busuk to cover your face, macam yang selalu aku buat kalau nonton di CD/ DVD. Dan satu lagi, dengan skrin yang besar dan sound system yang menggegar, babak tu jadi 10x lebih takut. Cukup takut untuk membuat aku mengajak member temankan ke tandas ofis petang tu. Yes, pada pukul 6 petang :P

Kisahnya gini. Tunang Darma (Pierre Andre) iaitu Rose, bunuh diri secara mengejut. Then, dia dan adik kembar Rose iaitu Seri (Intan Ladyana) cuba mencari sebab mengapa minah ni boleh bunuh diri. Turns out yang ada satu makhluk ni dok ganggu dia. Logik? Entah le. I mean, dalam masa seminggu tu, takkanlah si Rose ni takleh langsung keluar dari rumah dia, dan mintak tolong dengan tunang atau adik kembarnya atau sesapa ajelah, jiran ke, kawan ke? Waktu siang hari? Takkanlah ‘abang’ tu dok haunt dia 24 hours?

Babak best – Babak dalam gambar kat atas tu, bila Darma dapat tau yang didukungnya tu, bukannya Opah, tetapi ‘benda’ tu! WTF!!! Dan satu lagi, aku suka masa malam lepas Darma solat Isyak, dan ‘benda’ tu mula mengacau. He put on the CD of Quranic recitals dan ‘benda’ tu mengamuk! (Hoho, masa taip ni pun aku dah rasa seram!)

Scene stealer ? Tak lain dan tak bukan Mak Mah, yang memegang watak sebagai Opah, nenek Darma. Dialognya, walaupun imho, nampak mcm dibuat2, tapi hell, man, bulu tengkuk aku semua naik every time dia muncul di skrin. Terutama referencenya kepada ‘benda’ tu, yang disangkakan kawan Darma. (“Darma, kenapa tak ajak kawan kau tu masuk. Kenapa dok tercegat jek kat luar tu?”) Heh, dan aku perasan dalam satu scene ni, mungkin sebagai homage kepada filem seram terseram, The Exorcist (babak Regan yang dirasuk menyamar menjadi ibu Father Karras yang telah meninggal dunia), yang mana bila Pak Imam bertanya kepada Opah, siapa dia, dia menjawab – “Abah kau!” (correct me if I’m wrong here, though, sebab aku nonton sekali jek)

Hell yeah Chemical!
Whaddayaknow? Masa babak Pierre tengah cari siaran radio masa dalam perjalanan balik ke kampong, guess who made a cameo appearance? Yeah, it’s MCR’s WTTBP!!! Heh, macam nak menjerit lak aku rasa, hehe…Tapi, serious la, masa jeep dia broke down tengah jalan yang sunyi tu, memang seram. Seram campur kelakar!

Aku bagi ****/*****.
Ingat tu anak2. Jangan kutip benda2 yang nampak mencurigakan kalau ke hutan, sungai atau laut. Benda tu mungkin bertuan, dan kalau dah terkutip, ingat ye, jangan pandang belakang!


Children of Men (2006)

One of the scenes yang bagi aku goosebumps ~ Theo dan Kee

After watching this film, I told my hubby, “Yang, if we’re gonna get more kids, we’d better do so before 2009.” Dia tanya aku balik, apa pasal? Aku jawab la, Alfonso Cuaron yang bagitau :P

Pergh, memang best. First of all, sebab Clive Owen. Kedua, sebab settingnya, kat dunia ala2 post-apokalips, di mana semua manusia seluruh dunia sekarang tertumpu di Britain. Pasal apa? Aku pun tatau. I think I have to read that novel by PD James* (a) dulu, baru le aku tau the whole story.

Kisahnya, sekarang dah tahun 2027, dan dunia sedang meratapi kematian manusia termuda di dunia yang berusia 18 tahun. Ya, manusia tidak lagi boleh menghasilkan baka dan bakal mengalami kepupusan. Atas permintaan ex-gf-nya, Theo (Clive Owen), seorang ex-activist terpaksa melindungi seorang perempuan mengandung bernama Kee di mana beliau merupakan satu miracle di saat itu, kerana dalam masa 18 tahun, tiada bayi yang dilahirkan. Kee menjadi harapan manusia sejagat, dan juga rebutan antara puak2 rebel yang mahukannya.

Aku suka babak: Masa ex-gf Theo (lakonan Julianne Moore) mati ditembak dan Theo breaks down in tears. Juga masa pertama kali Theo dan Chewietel Ejiofor (yang melakonkan watak puak rebel) mendapat tahu yang Kee mengandung, man, that was so shocking!

Aku bagi *****/*****.
Touching, and almost unreal.

* (a)
Masa gi Pesta Buku Antarabangsa dua hari lepas, aku terjumpa buku ni, dan banyak lagi novel2 yang membuat aku rasa nak jerit “kenapa aku tak bawak duit lebih!!!!” Siot, aku rasa most of Neil Gaiman’s books were there, and not to mention Jeffery Eugenides’ Middlesex (dah lama gila aku cari buku ni kat Pay Less Books), and guys, kalau korang free, just drop by PWTC for the KL International Book Fair. Sampai 6th May, kalau tak salah aku. Aku cuma sempat cover 2 floor jek masa first time gi tu (semua sekali ada 3 whole floors of books, books and more books!), dan Insya Allah, esok aku nak gi sekali lagi. Ada contest y’all, whereby kalau kau spend RM50 ke atas, boleh dapat satu borang cabutan bertuah (ada slogan too, if you’re creative enough). Aku rasa hadiah pertama ialah motorsikal.

Aku balik dengan beg yang penuh ngan buku (gila, buku2 cerita untuk budak murah2 belaka!). I bought so much books, sampai my fake Eastpak backpack patah. Serious. Sebab buku2 hardcover pun murah gila. (Imagine, buku citer mitologi untuk kanak2, satu set ada dalam 12 buah, kalau tak salah aku, and they only cost me around RM12. Per set!) Penat bawak buku je, so next time, I’ll have to remind myself to bring a trolley or something.

Labels:

 
Comments:
teruja laa bacer psl book fair tue. dh lamer giler tak beli novel (thanks textbook!)

and Clive Owen ftw! Along ader mentioned psl that movie, tp raser lebih contemplate ndak tgk lps bacer review KZack. haaa haruslah download lps nie.

and yeah, mcm susah la plak ndak carik dvd skang nie. huhuu
 
I think kalau nakkan review yang lagi phoar tentang CoM, kena tanya Nazim Masnawi la. His fave film, I presume, and that mofo writes awesome reviews, before turning his blog into, I dunno, some black hole filled with asian porn actresses :P

Akak, kalau novel, lebih suka sewa (kat Central Market, suatu ketika dulu....) ataupun cari second hand kat Pay Less Books. Kat book fair tu, pergh, banyak gila, tapi still considered expensive, imho (above RM30++, even after discount)
 
wooo Zacko.. dah lama tak buat movie review. good one.

Sha.. Children of Men is one of my fave too. MUST-SEE. Starting from that huge explosion at the beginning sampai la ke ending yang agak sedih, filem ni never lets u go. Tgk filem ni bukan hanya utk ceritanya yang menarik, tapi tgk utk Michael Caine dan teknik fotografi Alfonso Cuaron yg gila babi awesome. Kebanyakan shot dlm film ni dibuat dgn satu take dan hanya menggunakan handheld camera. It's like you're there in the action. Aku paling suka scene dlm van masa diaorang diserang oleh sekumpulan penentang. Berdiri bulu roma aku.. aku ulang tengok scene tu 3 kali.

Aku pun pegi jugak Book Fair kelmarin. Seriously dlm hati aku menangis, kalau la banyak duit aku, mmg aku borong habis buku2 kat sini. Shite! Banyak buku best dan murah kat sana. Aku cuma dapat beli some magazines and a book by Jim Schutze, 'Bully' (..just because I love Larry Clark so much). Mcm biasa, aku lepak paling lama kat Pay Less Books punya booth. Aku rasa kt situ ada complete collection of Elmore Leonard. Nasib baik takde buku Walter Mosley yg aku lum beli, kalau tak mmg abis duit aku.

"..boleh dapat satu borang cabutan bertuah (ada slogan too, if you’re creative enough). Aku rasa hadiah pertama ialah motorsikal."

- Apsal aku rasa mcm kau mmg ada peluang cerah untuk menang?
 
yeah, CoM mmg sempoi, kira sampai aku leh jadi touching.leh terpk,kot anak pompuan aku jadi special nanti satu hari camner ler gayanya nanti! ha ha ha

aku nak pi book fair lepas nie..tgh tunggu bini aku abih xm. aku nak borong buku utk daughter aku siap2. ha ha ha

zack, benda yg ko bagi tu. aku print 2-3 keping.betul ckp ko, naik bulat mata anak aku tgk nak2 gambo muka senyum tu.tunjuk gambo tu jek mula sengih. ha ha ha.

it did work eh...tq again.

ayobK yg malas nak login sbb nak cepat.
 
Edd:
Satu lagi yang best tentang CoM- Hush by Kula Shaker!
Memang real la kan, kau perasan tak masa scene tembak menembak tu, siap darah terpercik kat kamera. Heh, dan satu lagi scene yang aku suka ialah masa Theo terpaksa jadi bidan terjun (literally). Rasa cam gerun juge la, sebab ada pengalaman kan, tapi considering tempat tu yang takde fasiliti, kotor dan tak terurus, aku rasa like, ugh.

Aku baru jek balik dari book fair tadi (aku masuk lambat skit sebab tren lambat :P), yup, aku pun lepak lama kat booth Pay Less Books. Bought some more books (nanti rasa mcm nak buat one post about this la), dan about that contest, hmmm… kalau ada rezeki, ada la Edd, kalau tak, takpe, sebab banyak jugak entri aku nampak tadi. And, masih tak sempat nak visit Karangkraf punya booth yang sikit punya besar kat dalam dewan tu sebab tak sempat. Itu pun memula aku ingatkan nak gi tengok Spidey 3 hari ni, tapi tak jadi gak. Argghh, minggu ni ada orang kawin kat lorong aku, so kena join la.

Don:
Awat print 2-3 keping je? Aku cadangkan, kau print semua, tampal pada kertas keras dan letak kat tempat yang dia selalu tengok, macam kat tepi sleeping cot ke, atau sambil main2 dgn dia, kau tunjuk satu2. Hehe, hari tu aku baru jek buat kat anak sedara aku, seronoknya tengok dia sampai bulat2 mata!

PS: Tadi kawan aku cakap, anak dia umur 8 bulan sekarang ni pun dah suka baca buku dan tengok gambar dan berbeza sekali ngan anak2 buahnya yang lain. Dia pun gunakan benda yang aku bagi kau tu Don. Alhamdulillah la.
 
oh my, mama...

Children of men aku tak tgk2 lagi, ok, aku nak beli original dvdnya nanti..

Dalam exorcist, takde cakap "ur father" bila paderi tanya "who are you?" tapi "nowonmai-i am no one" dlm exorcist 1 dan "i am many, i am no one" dlm Exorcist 3...dont play2, tu filem kegemaran aku sampai sekarang.

fadz
 
Fadz, hari tu Carrefour ada sale, tapi original CD la. CoM dalam RM15, dan aku beli original DVD Mukhsin cuma RM8.90 aje! (Harga asal RM13.90)

As for Exorcist, maksud aku, bukan quote sebenar, tapi kau ingat tak ada satu scene tu, Father Karras terbayangkan Regan macam mak dia yang dah meninggal (seram gak sebab tetiba Regan bertukar jadi perempuan tua berpakaian putih), dan dia kata, (something in the line of) "Why do you leave me to die?", kira macam syaitan tu (Pazuzu?) nak mengabui mata dia dengan bertukar jadi something yang dia kenal (kalau tak silap aku, Father Karras tinggalkan mak dia dan mak dia mati tanpa dia di sisi). Satu lagi contoh ialah masa dia tempt Father Karras "Your mother's in here, Karras. Would you like to leave a message? I'll see that she gets it."

Oh ya, aku suka Exorcist yang ori (1973 tu), sebab aku rasa bila dah tiba sequel dan prequel macam tak berapa seram la.

PS: Fadz, kau tak kena bertugas kat Pesta Buku ke? Aku ada gak jenguk ke booth DBP dan Dawama hari tu.
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites