Mid- March Updates!
Current mood : [Chirpy]Current song : [The Kill - 30 Seconds To Mars]Spring cleaning yo!
Semalam aku cuti. Ikmal demam dan aku pun tak larat gila. Entah ngapa sejak kebelakangan nih, weekend aku rasa macam berlalu begitu saja. I feel like I’m not accomplishing anything during those two days. Nak kata aku melangut depan PC pun, tak jugak, dan kalau nak kata aku leka tonton DVD pun, tak jugak, sebab husband aku dah simpan DVD player sebab Ikmal asyik nak nonton CD jek. Nak kata housework pun, well, rumah aku still bersepah gak. Ah, mungkin sebab aku banyak spend masa ngan anak aku kot? Reading, writing or simply playing together. Sigh… sori la Ikmal, kau masih anak tunggal mama, dan aku memang takde kawan rapat kalau dah balik rumah, unlike my SO (which is an AJK surau yang aktif bersukan dan juga seorang anak yang rapat dengan mak dia, which means, dia akan selalu ada aktiviti yang tak melibatkan aku). Sigh…
The Kids Are Alright
The Ikmal Situation Part One
Aku tengah khusyuk basuh pinggan, when suddenly…
Ikmal: Mama! Mama! Saya tak boleh jalan!
Aku terperanjat gila, apa lak kena ngan anak aku ni, dan terus berlari ke depan.
Dalam bimbang2 tu, aku tanya dia : Kenapa Ikmal?
Katanya (siap dengan gaya berjalan macam robot) : Saya takde bateri.
Poyo betul.
Buat bimbang aku jek sebab dulu dia pernah kena cramp sampai jalan pun terhencut2. :P
Nampak gayanya gene loyar buruk aku memang sah tumpah ke anak aku.
The Ikmal Situation Part Deux
Satu hari yang indah…
Ikmal : Mama, saya nak tengok cerita yang sarung tangan merah tu.
Aku: Huh?
Ikmal: Ala, yang Mikey pakai sarung tangan merah tu.
Aku bukak PC dan cari kat folder aku. : Yang mana satu ni sayang?
Ikmal klik sendiri filename tu. Dan baru aku tau.
Aku : Oh, yang itu. Yang tu bukan Mikey la Ikmal. Yang tu Frankie.
Ikmal : Oh. Tu sapa?
Aku: Itu Bert McCracken.
Ikmal: Mikey main apa?
Aku: Dia main gitar bass tapi dalam ni dia main tamborin.
Ikmal: Kenapa dia tak main gitar, blablabla…
Aku: Tetap sabar menjawab setiap soalan anak aku, however absurd they may be.
(Video tu sekarang dah jadi faveret dia. MyChem + The Used, lagu Under Pressure masa kat MTV $2 Bill concert. Other than that, dia suka IDLY versi AOL Music. Nak tergelak aku tengok dia terkekeh2 tengok gaya Gerard nyanyi ngan penuh feeling).
Other people's kids, yo!
Oh ya, ini anak kawan aku, Shida dan Ezrien (B.Acc (Hons)) masa kat UITM dulu. Dah besar dah Aiman! Shida, rupa macam kau la!
Anak Kak Elly, my college mate masa kt UITM, also fellow rocker (tapi sekarang dah mellowed down dah)
The army of Faiz Hakim (gengster BBA Transport :P ) dan Nina (BAcc Hons).
Dan the latest addition, Alisa Balqis, the cute baby daughter of Yanty Rahayu, also ex-UITM. Lahir 1st March 2007. Tahniah Ayu & hubby, and welcome to the whole new world of parenthood!
Sigh… selamat menambahkan umat my dear friends!
My new nephew !
Oh ya, sebelum aku terlupa, adik ipar aku dah bersalin pagi semalam. Anak lelaki. Alhamdulillah, aku dengar anak dan ibu selamat. Aku happy, seriously happy dengan kehadiran orang baru dalam family aku. Tapi at the same time aku rasa sangat2 sedih, marah dan disappointed. Why? Well, khabarnya, this particular brother of mine, dah tak balik rumah sejak wife dia start mengandung lagi. Haram dia tatau yang wife dia dah bersalin, dan dia pun tatau yang his last surviving grandfather dah passed away. Honestly, aku tak object kalau kau nak join tabligh whatsoever, tapi isteri tu tanggungjawab suami. Aku dah tak larat nak cakap dah, sebab sedangkan dgn kedua mak ayah aku pun dia dah putus hubungan, inikan pulak adik beradik yang sama2 duduk 9 bulan dalam rahim yang sama. Seriously. Aku sangat. Sangat. Dissapointed. Aku harap isterinya bersabar dan ambillah tindakan yang betul. :-(
PS: Kau bayangkan macam mana nak uruskan pendaftaran baby tu nanti sebab bapanya takde. Kalau ikutkan hati, dah lama aku terajang. (sebab, kau tau la susah sikit nak cakap dengan orang yang tinggi ilmu agama ni).
My New Fave Haunt
Masa jenjalan around BBP hari tu, aku terjumpa this new shop, specializing in black tees (and at affordable prices too!). Tak perasan lak nama dia (T-shirt Republic gamaknya), tapi kedainya dekat2 ngan kedai Fusion. Adik yang jaga kedai tu agak friendly, dan dia terperanjat lak bila dengar aku nak beli t-shirt tu untuk aku, hehe :) Yeah, she’s a mother too and we two sempat gak share our motherhood story and our passion for black tees. Aku beli t-shirt gambar logo Alex DeLarge of The Clockwork Orange. RM15 jek. Buleh la pakai kalau nak buat gi beli barang dapur kat Carrefour :P
Oh ya, this is my new look. Or rather, my PC’s new look. Aku suka sangat wallpaper gambar Frankie ni (aku dapat dari website TIP (The Immortality Project~ banyak gila MCR stuffs and the admin is sooo friendly! Anna Elliot namanya. Aku kata dia friendly, sebab dia bother to reply my email :-). I really appreciate that!). And yes, I love that pic of a blond Gerard. Swoon…
My random MyChem fangirl moment
Last Friday aku gi jenjalan sensorang kat area BB ni, sebab anak aku minta Nissan Skyline ntah dah berapa lama dah. Aku cari kat ToyCity, tapi Ya Rabbi, Mahalnya! RM30!! Malas ah aku nak beli, sebab dia kecik lagi (dia dah ada Audi dan BMW yang satu jenis mcm yang tuh). Last2 aku belikan dia dua buah kereta Matchbox je (VW dan Chevrolet). Ok, back to the story, sedang aku jalan2 ni, aku lalu la depan kedai Jukebox ni. Ada lagu FLW!!! Can you believe it, aku masuk kedai tu dalam lebih kurang 5 minit semata2 sebab nak dengar lagu faveret aku tu. Sigh… Walaupun aku tak minat sandal Jukebox (sebab tapak dia licin yo) it made me smile again…
Heh, sticker ni aku perasan kat dalam salah satu gerabak monorel. Katanya “Dilarang Berkerut” dan “Dilarang Menunjukkan Kemarahan”. WTF? (aku tau la, it’s a part of the Glade advert) Kalau sesapa yang biasa naik monorel dari stesen Hang Tuah di waktu peak mesti fed-up gila. Last week, aku terpaksa menunggu selama 45 minit untuk actually BOARD the fucking train. 45 freaking minutes, man. (Jarak dari stesen ke ofis aku ialah lebih kurang 5 minit kalau guna monorel). Shite. Aku dah ulang dengar Black Parade dan Revenge entah berapa kali dah. Dah la crowd ramai gila, pastuh, every time tren sampai, takde orang keluar, dan cuma 3-4 orang jek yang boleh masuk. Tu tak kira lagi hantu2 mana yang suka potong line, ikut suka hati mak bapak diorang jek. Hish, kalau diikutkan hati, memang aku tolak jek diorang bagi jatuh kat landasan. Macam kasut aku dulu tu :-(
And they wonder why us KL-ites are a grumpy bunch. :-(
Prison Break Updates!
*may contain spoilers for Episode 20*
Haha, akhirnya the brothers dah sampai ke Panama ! Sigh… yang aku tensennya ialah, why, why, why don’t you let us peek at those lovely tatts, Michael Scofield. Aku rindukan Michael masa dalam Fox River. Sekarang ni, walaupun jalan ceritanya dah agak tak best, aku still follow sebab nak tau macam mana Michael dan Linc akan outsmart Mahone and the gang, and not to mention, apa akan jadi dengan T-Bag yang aku rasa, masih mencari awek yang sesuai untuk meneruskan keturunan Bagwell.
And just because I missed this guy….
Later yo!Labels: Ikmal, My Chemical Romance, Personal, Prison Break