:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Saturday, February 24, 2007
  Fateful Encounter with an Old Flame
Sewaktu berkunjung ke Kiosk Bukit Bintang ni utk mencari jajan emergency sebab perut aku dah rasa lain macam jek, aku terjumpa buku ni…

A gem hidden among the junks

Tajuk : Nirvana – Winterlong (Photography by Martyn Goodacre, Steve Gullick & Stephen Sweet)
Dec 1989 – Dec 1993
Harga : RM10 (jumpa dalam bargain bin, datang free ngan majalah Dazed bulan Sept 2006)
Penerbit dan tahun : Vision On (1999)

Wow. o.O

Buku ni merupakan koleksi foto2 hitam putih yang diambil oleh ketiga2 jurugambar tu, untuk majalah2 seperti NME dan Melody Maker. Setiap sesi fotografi disertakan dengan naratif ringkas tentang lokasi, konsert dan paling menarik, reaksi Kurt Cobain pada setiap kali sesi penggambaran. Tak hairanlah mengapa beliau digelar “reluctant spokesman of a generation”. Apparently, fame yang diperolehi menerusi muzik, amat membuatnya tertekan, dan ditambah dengan ketagihan dadah, Kurt telah membunuh diri dengan menembak kepalanya pada 8 April 1994.

Aku, dia (Kurt) dan Nirvana ~ Love at first byte!

Aku mula kenal band ni, masa nonton siri TV Life Goes On. (aku rasa aku dah pernah explain dalam post tentang Pearl Jam dulu) Fine, I told myself. Aku boleh study, boleh skor (walaupun tak dapat DL every sem), tapi aku takkan minat dengan akaun. Never!(*) Sejak tu, aku jadi rebel. Dan dari situ juga bermula minat aku dengan muzik bergenre keras \m/. Rock on babeh!

Nirvana dan pengaruhnya dalam hidup aku

Firstly, the clothings. During my diploma days, aku suka sangat pakai t-shirt funky kat dalam, dan flannel shirt kat luar, tapi kalau lalu depan post pak guard tu, cam cuak sikit la. Dan bermula dengan Nirvana, aku mula mengenali band2 grunge lain, terutamanya dari Seattle, seperti Alice In Chains, Mudhoney, Stone Temple Pilots, Pearl Jam, SoundGarden, Sonic Youth, Smashing Pumpkins dan ramai lagi. Pendek kata, Nirvana berperanan sebagai mukadimah dalam dunia muzik kegemaran aku. \m/

Kurt dengan anak tunggalnya, Frances Bean.

“I genuinely don’t remember who, but someone suggested writing Diet Grrrl on Frances Bean…. I asked Kurt to sit by the window and he held the baby on his knee. I asked if she was still keeping him awake at nights? He nodded slowly and his eyes focused sharply.” Stephen Sweet, Hollywood, Sept 1992

So, which songs are your fave?

Well, aku start dengan Nevermind, yang mana pada aku merupakan album terbaik band ni (bila aku kata terbaik, maknanya aku boleh dengar dari mula sampai habis tanpa skip mana2 lagu, just like what I did with The Black Parade). Kemudian, aku beli Unplugged in NY (which was fuckin’ awesome!), dan pinjam In Utero ngan member. In no particular order, 10 lagu Nirvana kegemaran aku ialah:

1. Lithium (my all-time favourite)
“I'm so happy 'cause today I've found my friends, they're in my head

I'm so ugly, but that's okay, 'cause so are you ...We've broken our mirrors
Sunday morning is everyday for all I care and I'm not scared
Light my candles, in a daze 'cause I've found god, Yeah, yeah !”

2. Smells Like Teen Spirit
3. In Bloom
4. Where Did You Sleep Last Night ?
5. Polly
6. About A Girl (Unplugged)
7. Rape Me ~ lagu ni adalah berkenaan invasion of privacy, bukan rape per se :P
8. Heart-Shaped Box
9. Breed
10. Drain You

Eyeliners ftw! Gambar ni juga digunakan untuk poster filem arahan Nick Broomfield, Kurt And Courtney

“They (NME) never used the portrait of Cobain that I spent the whole night in the darkroom printing and reprinting trying to improve, bringing in the eyes more or darkening the background. I thought Kurt looked like a total lost-it rock star with the eyeliner. For a micro-second, he had given me a deep, soulful, unguarded stare.” Martyn Goodacre, London, Oct 1990.

Ironinya, gambar Kurt ni tidak digunakan sehinggalah dua ke tiga tahun selepas itu, dan lebih banyak digunakan selepas Kurt membunuh diri. Bak kata Goodacre “I’ve counted the picture on at least 30 front covers of various publications over the last 9 years. It was the photographer’s equivalent of getting a number one in the charts.”

Pengalaman menakutkan dengan Nirvana

Aku pernah tampal giant poster Nirvana kat dalam bilik aku masa kat kolej dulu. Nak dijadikan cerita, satu malam ni, satu kolej black-out. (btw, aku duduk bilik sorang dari semester 2 sampai ke semester 6 – bilik 319, kolej Cempaka 3) dan ntah mcm mana, aku nampak poster Nirvana aku ni lain macam jek (yelah, dah la gelap, pastuh yang ko gatal2 gi tampal gambar orang mati kat bilik tu buat pe?). Bulu roma aku rasa cam meremang jek, dan aku terus keluar dan dok lepak kat bilik member sampai elektrik ada. Takut siot! Lepas tu, terus aku tanggalkan poster tu. Tobat beb!


(*) Walaupun tak minat, tapi aku rasa bidang ni memang sesuai untuk aku, sebab aku ni jenis yang introverted. Jenis yg sanggup duduk mengadap report atau PC berjam2 lamanya daripada bertemu dan berinteraksi dengan manusia secara face to face. Memang, memang aku tak reti. Sampai la sekarang ni.

Trivia:

Video klip Smell Like Teen Spirit (yang mana pernah diparodi oleh Weird Al-Yankovich utk lagu Smells Like Nirvana) telah diarahkan oleh Samuel Bayer, yang mana merupakan pengarah dua video klip MyChem – Welcome to the Black Parade dan Famous Last Words. Walaubagaimanapun, disebabkan kecederaan yang dialami ketika penggambaran klip video FLW, MyChem mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat pengarah kegemaran mereka, Marc Webb, utk video klip single berikutnya, iaitu I Don’t Love You. (Marc juga merupakan pengarah video klip Helena, I’m Not Okay dan Ghost of You).

Labels: ,

 
Comments:
jelesnyer tgk buku tue :P

haruslah lps nie haunting for that book. or *ahem* credit card please, Along? *bat eyelashes*
 
Heh, akak beli RM10 jek, jgn mare.
 
tak aci, tak aci!
*tersgt jeles :P*

suker sgt layan vcd unplugged in NY time boring2... alternate with Metallica S&M, LP's rock am ring 04 ngan Ev's Anywhere But Home. sampai skang dok contemplate ndak beli With The Lights Out box set. bess ker ar? (I really want the booklet actually :D)
 
Hahaha! Siap ada pengalaman menakutkan dgn Nirvana tu! Tp, aku cukup jeles bila ko dpt beli buku tu dgn rega RM10!

Aku kenal Nirvana bila aaa, taun 1992 kot? Biasa la, masa Nevermind. Tapi lepas tu baru aku dpt discover album lain mcm 'Incesticide' & 'Bleach'. Lagu2 dlm album lebih raw & grunge berbanding Nevermind yg diterbitkan utk komersial.

Lagi satu aku suka stail dressing Nirvana. Cool abis! Especially Cobain yg cukup fotogenik!

Ok la, 10 lagu favourite aku :

1. Breed
2. Lithium
3. Aneurysm
4. Dive
5. Floyd The Barber
6. Come As U Are
7. About A Girl (version letrik album Bleach)
8. Radio Friendly Unit Shifter
9. Very Ape
10. Milk It
 
jeles!
p/s: itu live! tonite! soldout! ada dvd version kan? aku nak beli la. kalo ko terjumpe kat memane, habaq mai (cewahh..testing slang utagha). dulu aku ada video je. gambo hampeh. boring betui.
 
Ahahaa, kapel faveret aku!

Mcm mana persediaan korang? Yatt, lama ke kau gi sana? Temporary ke, permanent? Shite, man, I’m soooo gonna miss you guys kalau ada apa2 gathering nanti ;(

Yatt:
Dressing stail Nirvana? Itu kira mcm uniform aku masa diploma dulu. Fotogenik? Yeah. Diva-esque? Pun ya juga. Based on this book, nampak sangat dia tak gemar dengan benda2 berkaitan fame nih. Pergh, kalau aku ada scanner, memang aku scan gambar2 dia. Cun siot!

Btw, cakap pasal Come As You Are, aku tau plucking gitar kapuk main intro dia jek. Itu pun terkial2, hehe… (peh dah lama tak main, siot!)

Nadia:
Aku pun cuma ada video dia je, itu pun kat kampung. Aku tengah tunggu donlod habis (full discography), pastuh, layan!!! (at least sampai aku pregnant la, sebab hubby aku bagi some sorta deadline untuk era rockin’ aku (termasuk MyChem), which explains naper aku cam gila skit dua tiga minggu nih.
 
ahaaaa,RM 10 jek?.aku mmg menyampah betul ko dapat buku tu dgn harga tu!.

dulu masa jalan2 klcc,aku jumpa buku the who.ingat nak beli tapi tgk harga rm98!.gulp!.makan lagik baikkk.hahahah.

anyway.dulu,sblm nirvana raid our country,budak2 cam aku yg benci jiwang karat songs nie layan metallica sooooo sangat2.then bila ada satu budak singapore (nama dia rudy)masuk sekolah aku bawak nirvana nevermind.terus semua metallicats convert jadik kurt cobain.hahaha.

anyway, aku punya top ten nirvana songs

1. Come As You Are
2. Plateau
3. Smell Like teen spirit (lagu penutup setiap kali jamming session)
4. Love Buzz
5. In Bloom
6. Heart Shape Box
7. Rape Me
8. You know your right
9. In a Plain
10.All Apologies

sib baik kurt cobain mati.kalau tak mmg takkan ada foo fighters sampai skang!.rite?

p/s : entri ko nie mengingatkan aku satu entri yg aku nak buat lama dah tapi asyik tangguh due to colazyoniasie syndrome.
 
zack,
rockin' & headbagin' pun ada deadline ke beb?...alahaiii...takpe. semoga berbaloi. hhehee..

p/s: feveret kapel? mekacihhh..we gonna miss u too. kite jumpe di alam siber je la. insya-allah.
 
Babai Zack... Ehek! Ehek!
AKu dedicate lagu 'Come As U Are' spesel utk kau. Tu lagu theme aku ngan Nadia tau.

Kos punya pasal la aku layan balik semua lagu2 Nirvana. Selongkar punya selongkar aku jumpa kaset Nevermind,In Utero & Unplugged Live In New York.

Aku ada CD 'Bleach' beli kt MPH RM19.90 jek. Pastu double CD cetak rompak Nirvana With The Lights Out, CD cetak rompak Nirvana Greatest Hits & Incesticide. Hahaha!
 
Huhu, aku busy la dudes. :P

Balik karang aku kena make sure Ikmal buat homework, sebab dah kena tegur ngan cikgu tadika, hehe. Yelah, mana la aku tau bebudak tadika pun ada homework!?!?!
 
oopps! btw aku baru je perasan komen seorang minah itu kat myspace rottw. hehehehe..;-)
 
haha, mmg aku dah ada MySpace. tapi untuk kengkawan je lah. :)
 
btw, jgn lupe beli rottw mac ye? heading yg aku tulis tu dah jadik satu kontroversi kat myspace rottw walopun mag tu blum jual lagi. haha..dasat tak? check it out..;-)
 
Oh, baru aku teringat. 20 Februari ialah birthday Kurt! Happy post- death birthday Mr Kurt Donald Cobain !!!

Nadia:
Harus, kak, memang aku nak gi cari nih.
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites