Balik Kampung !!!
[Atau beberapa hari sebelum aku dan Ikmal diserang demam panas dan melepek dua beranak di rumah. Aku rasa ialah sebab perubahan cuaca yang mendadak la, sebab kat kampong aku, cuaca panas sangat dan kering, and then biasa la, bila dah balik KL ni, cam manja sikit]
Sempena cuti panjang ni, aku mengambil peluang untuk pulang ke Muar (the first time sejak banjir hari tu). Kawasan rumah aku tak terlibat, tapi jalan menuju ke rumah aku agak teruk ditenggelami air, jadi, unless aku ada private helicopter, memang agak sukar la kalau nak menuju ke destinasi tu dengan selamat.
Dan buat pertama kalinya, aku dan Ikmal balik dengan bas. Sebabnya, husband aku tak dapat cuti hari Jumaat tu, dan cuma boleh balik hari Sabtu. Since bos dah approve cuti aku untuk hari Jumaat tu, hey hey, apa lagi. Aku pun mintak la izin dia nak balik kampung hari Khamis tu. Dia bagi greenlight (after much negotiation), hantar kitaorang kat Puduraya dan tunggu kat platform sampai bas jalan. Bubbye abah!
Ini bus ride Ikmal yang pertama (other than the usual but very very seldom Intra Kota rides), jadi dia mungkin excited sikit. Member spend ¾ masa perjalanan menjenguk ke tingkap, sebab biasa la, kalau naik kereta tu, tak banyak benda yang dia boleh nampak. Nasib baik bas tak penuh (ada kurang 10 penumpang dalam bas tu, so, kitaorang conquer la seat belakang!) Siap boleh nyanyi sama2 lagi masa kuar lagu Famous Last Words kat radio bas (masa tu bas berhenti jap kat tol Tangkak for toilet break)
So, buat apa kat kampung?
Alhamdulillah, parents aku sihat2 je. Yang bertambah seronok ialah bila adik2 perempuan aku pun ada balik sama, (yay! Boleh jumpa Nizwan Aliff!!! Anak sedara aku yang sekarang ni dah masuk 3 bulan dan bertambah tembam!)
Hmm… matlamat utama setiap kali balik kampung ialah nak jumpa mak ngan ayah aku, sebab pada aku la, walaupun kita rajin hantar duit tetiap bulan atau call setiap selang sehari, namun, tak sah kalau kita tak jumpa parents kita personally. Yelah, itu aje mak ngan ayah kita yang tinggal kat dalam dunia ni, so selagi diorang masih hidup, ini le masanya untuk kita berbakti kpd diorang. Jangan bila keranda di bawa, baru nak bercucuran air mata…
Aktiviti Ikmal
Hmm… orang lain kalau balik kampung, itu le masa nak lari dari teknologi tapi apakan daya, family aku memang tech-savvy.
Aku baru jek perasan, aik, bila masa lak Ikmal ada Nigel ni?
Dan akhirnya!! Menonton LOTMS ngan adik aku (tapi masa ni parents aku dah tido la, kalau tak maunya bising ayah aku.) Oh ya, parents aku baru jek install Astro kat rumah (sebab ayah aku suka tengok Animal Planet), so technically, rumah aku sekarang yang paling chokia sebab takde Astro, haha! Jangan tanya aku pasal tu, sekarang aku cuma tau Channel 71 ngan 72 jek. Itu pun aku tunggu Double Shot, kekalau ada kuar band faveret aku.
Just like moi, she knew how to decorate her bedroom, hehe…
Oh yeah, apart from 2 more MyChem shirts (satu gambo electric chair dan satu lagi gambar cover album Revenge), aku beli t-shirt baru ni. Aku tujukan khas utk peserta2 Big Brother yang tersingkir dek Shilpa Shetty tu. Oi! Oi!
Labels: Ikmal, My Chemical Romance, Personal