Soalan Haneem Tentang Buku2 Trivia
Haneem, salah seorang sahabat dari Friendster ada bertanya tentang buku2 reference yang aku baca masa nak masuk KK hari tuh. (sori la Haneem, lama gila akak peram soalan awak nih).
Alhamdulillah, aku dibesarkan oleh seorang ayah yang sangat cintakan buku (ayah aku kata, masa aku tiga tahun, aku dah boleh hafal nama presiden US of A masa tu, Jimmy Carter gamaknya). Bermacam2 buku ayah aku beli, dengan karya2 sastera Inggeris daripada Robinson Crusoe, Kidnapped hinggalah ke Alice In Wonderland, semuanya ada. Sayangnya kami 9 beradik ni bukan setakat baca, tapi juga (literally) loved them to death! Habih hancur semua. Mungkin ayah aku tahu, buku2 memang untuk dibaca, bukan untuk di pamer dalam kabinet.
Berbalik kepada soalan Haneem, ini antara buku2 yang boleh dijadikan rujukan untuk pertandingan2 kuiz mcm WWTBAM, Kunci Khazanah, Jeopardy, etc. Walaubagaimana pun, info trivia tentang Malaysia amat kurang sekali. Aku ternampak Akmal (agen yang menang Kia Spektra musim kedua KK tu) ada membaca satu buku terbitan tempatan ni sebelum bertanding, tapi aku tak berapa ingat tajuknya. Anyway, here goes…
(dari bawah ke atas)
The Showbiz Fact & Quiz Book by Paul Drew (Arcturus Publishing Ltd, 2002)
Setebal 672 mukasurat, buku ini purely on entertainment seperti trivia pelakon2 La La Land, siri2 TV (Dallas, Dynasty, soap2 opera, dan kebanyakannya yang tak sampai ke Malaysia seperti Coronation Street, Brookside, Hollyoaks) serta pemenang2 anugerah 1973 – 2000 (Emmy, Academy & Grammy). Aku beli dengan harga cuma RM8 aje, di Pesta Buku Antarabangsa KL tahun lepas.
The Biggest Trivia Quiz Book in the World (Arcturus Publishing Ltd, 2000)
Berharga RM29.90, aku beli di MPH KLCC pada 1/6/2001 (ye, aku tulis tarikh beli di buku2 yang aku beli, tapi kekadang terlupa gak). Rasanya masa tu aku baru aje dapat elaun overtime masa kerja kat audit firm dulu. Tebalnya 697 muka surat, mengandungi lebih 14,000 soalan2 trivia mengenai pengetahuan am, sukan dan hiburan.
The Second Empire Movie Miscellany (108 Years of Movie Trivia in 108 Pages) ~ compiled by Kim Newman and Ian Freer.
Sambungan kepada Empire’s First Movie Almanac, buku ni diberi percuma dengan pembelian majalah filem kegemaran aku - Empire (aku tak ingat isu yang ke berapa). Biasanya aku akan beli Empire bila dah masuk bargain bin (lewat 2-3 bulan), di mana harganya cuma RM10, berbanding keluaran terbaru yang berharga RM25-RM28 senaskhah, depending where you buy them.
The Trivia Quiz Bible (Indispensable Facts for the Perplexed Puzzler and the Struggling Scholar) ~ compiled by Market House Books Ltd. (Oxford University Press, 1999)
Yang ni banyak menolong aku masa masuk Kunci Khazanah dulu, sampaikan ada fellow contestant yang pinjam buku ni untuk difotostat! Kalau rajin cari, aku nampak ada lagi buku ni di Pay Less Book Ampang Point, berharga cuma RM10.00, iaitu sangat murah kalau nak dibandingkan dengan isinya yang padat dan sangat informative!
General Knowledge Quiz Book and Quizmaster’s Guide by Jace (Elliot Right Way Book, MCMLXXXVI ~ ntah, aku malas nak cari nombor Arabiknya) serta The Family Fun Quiz Book by Angela M Cockerill (Elliot Right Way Book, MCMLXXXV ~ ditto)
Masing2 mengandungi 1,000++ soalan pengetahuan am tentang sejarah, literature, politik, sports, geography, dan bermacam2 lagi, beserta dengan jawapan di bahagian belakang. Regenya RM2 satu, aku jumpa dalam bargain bin kat Berita Book Store, Kompleks PKNS Shah Alam (ada sesapa yang masih ingat lagi kedai ni?). Masa tu aku masih lagi buat diploma di ITM (circa 1994-1995) dan kedai tu sekarang dah takde dah. Aku pun tak tau diganti dengan kedai apa. Aku suka baca buku ni dalam toilet sebab ia kecik dan handy untuk dibawa.
Contoh soalan : 757. (Music) What is another name for the character Figaro? (Answer: The Barber of Seville)
Trivia Mania ~ Television
Mengandungi 1,099 soalan tentang siri2 TV sebelum tahun 1984 (M*A*S*H, Kung Fu, I Love Lucy, Bewitched, Get Smart, Dragnet, you get the idea), aku beli/ sewa di satu kedai India di Central Market (kira buat harta la ni, sebab cuma RM7.00 aje).
PS: Oh ya, buku yang kat atas sekali tu, aku beli di Pay Less Book juga ~ 169 Ways To Score Points With Your Boss by Alan R. Schonberg. Agak mahal bagi aku (dalam RM28.90; hard-cover) tapi berbaloi beb! ;)
PS: Selain daripada buku2, internet juga merupakan satu sumber yang sangat kaya dengan info. Everything is available online, as long as you know how and what to Google! Good luck!
PPS: Kekadang jadi so-called ensaiklopedia bergerak ni tak le best sangat. Kekadang seronok juga rasanya kalau ada sesapa yang nak tau sesatu maklumat (contohnya untuk Treasure Hunt) kekadang member2 yang dah lama tak contact aku pun siap call hujung2 minggu masa aku tengah relaks2 kat rumah sebab nak tau jawapan soalan treasure hunt tuh. Tapi most of the time, aku ni kira mcm Man Laksa la. Pulun la dok explain kalau ada orang tanya, sedar2 orang yang bertanya dah takde atau dah tukar topik :PLabels: Printed Materials