Thursday Thirteen #4
13 perkara yang membuat air mata aku bergenang menjelang Aidil Fitri
1. Mendengar takbir raya.
2. Mengenangkan yang aku tidak fully utilize Ramadhan kali ini. ;( serta memikirkan apakah aku sempat bertemu Ramadhan yang akan datang.
3. Mendengar berita tentang jumlah kemalangan maut yang tak pernah tak ada setiap hari raya serta kemalangan akibat mercun.
4. Memikirkan saudara2 seIslam kita di Iraq atau Lebanon yang kurang bernasib baik, dan terpaksa menyambut Aidil Fitri dengan dentuman bom dan bedilan peluru, sedangkan masyarakat kita sanggup membakar duit (read: berbelanja besar) semata2 untuk mendengar bunyi dan letupan mercun yang sama kuatnya.
5. Iklan Raya Petronas. Sebenarnya, bukan iklan Raya je, malah iklan Gong Xi Fa Cai atau Hari Kebangsaan, man, they’re so good, they hurt me deep inside.
6. Mengenangkan saudara mara dan sahabat handai yang telah pergi.
7. Mendengar berita di TV1, tentang dua pasangan suami ister yang uzur, tetapi tidak layak menerima bantuan daripada JKM kerana mereka mempunyai 8 ORANG ANAK. Dan tak seorang pun ada hati untuk menjenguk kedua ibu bapa mereka yang sudah uzur walaupun kedua2 orang tua tersebut telah bersusah payah membina rumah yang agak besar untuk mereka jika pulang ke kampung. Wtf? Aku cuma berdoa yang anak aku takkan buat aku macam ni bila aku tua nanti.
8. Melihat lautan manusia di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang berpusu2 membeli belah di saat terakhir (sigh… terpaksa juga, sebab tahun ni aku ingin sangat melihat Ikmal lengkap dengan baju Melayu, bersamping, bersongkok serta bercapal)…
9. … dan melihat baju2 raya anak aku lebih mahal daripada baju raya aku (yang dibeli ketika jualan murah di Nagoya) Betul le kata orang, raya memang untuk anak-anak.
10. Menonton siaran solat tarawikh dari Makkah, serta mendengar bacaan ayat2 suci Al-Quran yang sungguh menusuk kalbu…
11. …serta berfikir, bila la aku dapat menjejakkan kaki ke tanah suci…
12. … dan berfikir yang sekali lagi, hasrat aku untuk khatam Quran di bulan Ramadhan tidak kesampaian (bersemangat pada awal2 Ramadhan je).
13. Memikirkan yang buat kesekian kalinya aku terpaksa beraya di KL bersama2 keluarga Abah Ikmal (aku akan balik ke Muar juga, tapi lambat sikit la). Sorry mak & ayah :( Walaucamne pun, aku dah terbiasa dengan perkara ni, sebab my MIL tinggal sorang jek sejak pemergian my FIL last Ramadhan, dan beliau takde anak perempuan. Aiman tak kisah la…
Untuk semua pembaca, blogger, lurker serta semua sahabat handai online dan real life, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin jika selama ini ada kata2 yang membuat anda tersinggung atau terasa hati. Dan berhati-hatilah ketika berada di jalan raya. Biar lambat asalkan sempat dan selamat. Have fun on this festive season, jangan membazir dan semoga rahmat bulan Ramadhan berkekalan sehingga Syawal dan bulan2 berikutnya.Labels: Meme, Thursday Thirteen