Thursday Thirteen #2
13 Benda Yang Aku Kumpul
1. Duit
Obviously. Tapi jangan lupa untuk menghulur kepada mereka yang memerlukan. Aku kumpul sejak mula memasuki alam pekerjaan. Koleksi sekarang – rahsia la.
2. Saham akhirat
World, world juga. Akhirat jangan lupa.
3. Setem
Sejak 1986. In fact, aku masih ada lagi buku setem yang aku beli masa darjah 4 dulu, yang mana aku mintak tolong one of my friends, Rina Salwani, tulis nama aku, sebab masa tu, budak yang mempunyai tulisan tercantik dalam kelas aku ialah Rina (aku rasa beliau sekarang menjadi seorang doktor di Ireland, menurut kakaknya yang aku jumpa semasa wedding aku dulu) dan Coy (babynwatashi dot blogspot). Aku tak lupa kirim pada sesiapa yang berkunjung ke luar negara, dan semasa aku di audit firm dulu, aku mintak tolong kakak cleaner tu simpankan aku setem2 yang dibuang. Koleksi sekarang – 3 full albums dan satu balang lagi loose stamps (> 100 pcs) yang aku masih belum sempat masukkan dalam album.
4. Funky T-shirts
Aku memang lemah dengan t-shirt2 funky, terutama t-shirt bundle. Kekadang aku pakai sampai koyak, mcm t-shirt Hooters berwarna biru muda aku tuh. Latest addition ialah t-shirt ni yang aku beli di pasar malam dengan harga RM5 jek (masa tu aku tengah gila Prison Break), tapi sampai la ni aku masih lum berani pakai lagi, sebab tatau sapa empunya terdahulu, hehe… (mana la tau, si empunya tu serial killer ke, perogol ke, mati la mak kalau jadi macam Denzel Washington dalam filem Fallen). Koleksi sekarang – approx. 30 helai.
5. Fridge magnets
Aku tak sure apa impak fridge magnet pada operation peti sejuk aku, tapi aku harap2 tak rosak. I love these things so much, that I would buy ANYTHING yang ada percuma fridge magnet. Dan tak lupa mengirim pada member2 jika berkunjung ke dalam dan luar negara.
Koleksi sekarang – approx. 50.
6. Teddy bear kecik
Aku sebenarnya memang tak suka stuffed toys, tapi aku suka teddy bear yang kecik2 (approx. 7 inches), yang datang free dengan ubat gigi/ deodorant, etc. Aku letak di kubikel di ofis. Koleksi sekarang – 7 ekor.
7. Books
Kerana aku suka membaca. Dan berhajat memiliki sebuah mini library bila aku berpindah ke rumah betul aku nanti. Juga untuk inculcate minat membaca di kalangan anak/ anak-anak aku sejak mereka kecik lagi. Aku ada buku dari hampir semua genre, kecuali romance. Koleksi sekarang – satu kabinet tinggi dan dua kabinet mini.
8. Hot Wheels
Sejak aku perkenalkan kereta kepada Ikmal, aku sendiri pun sama terminat dengan kereta2 miniature nih. Aku kumpul bukan secara professional, mcm mamat ni…
sebab semuanya dah dibuka bungkusannya. La ni jadi permainan Ikmal, dan aku suka susun di atas kabinet. Aku juga join hotwheelcollectors.com. Koleksi sekarang – approx. 100 buah. Dan filem Highway 35 on VCD.
Gambar dari hotwheelcollectors.com
9. Mainan Happy Meal McDonalds
Aku kumpul sejak di ITM lagi (masa buat diploma), dengan harapan bila aku dah ada anak nanti, aku tak payah spend banyak sangat untuk belikan dia toys (sangkaan yang meleset sama sekali). Tapi sejak tengok Supersize Me, aku dah kurang sikit, kalau tak, dulu, every week aku akan makan Happy Meal semata2 sebab nak dapatkan mainannya jek. Sekarang aku cuma beli fries, dan beli mainannya saja. Latest collection- watak2 filem Cars (kecuali Sally jek aku tak dapat beli sebab dah habis) dan dua permainan Sega. Koleksi sekarang – entah. Tak ingat. Ada la dalam dua tiga bakul gamaknya.
10. Packrat stuffs
Seperti yang aku tampal di kubikel aku dalam pos terdahulu.
11. Pen/ Pensel
Setiap hotel ada pensel/ pennya yang unik. Selain itu, aku pun suka dapatkan pen/ pensel cenderamata setiap kali menghadiri kursus/ seminar/ exhibition. Unik. Aku paling suka pen Mandarin Oriental yang diperbuat daripada recycled paper. Koleksi sekarang – around 50.
12. Angpau raya
Aku mula berminat kumpul benda ni sejak tolong ayah aku kirakan duit salam keruk masa adik aku kawin hari tu. Yang menariknya, ialah kita dapat lihat pelbagai jenis rekaan dari setahun ke setahun, terutama daripada bank2, serta angpau2 rare seperti Adidas. Koleksi sekarang - >100.
13. Leafy plants
More to a hobby actually. Aku suka pokok2 berdaun yang dibeli di sebuah nursery berhampiran Ampang Point.
Labels: Meme, Thursday Thirteen