:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Tuesday, September 19, 2006
  September Bulan Sastera?

Itu yang terlintas di kepala aku semasa melihat poster ini dalam LRT daripada stesen Cempaka pada pagi Isnin 18 September 2006. Hmmm… selama ni yang ada cuma puisi2 Inggeris lama, poster filem anak ayam kecik atau wajah geisha Zhang Ziyi. Satu pembaharuan? Atau bukan?

Photobucket - Video and Image Hosting

Apa yang menariknya?

Budaya logo dan slogan ?

Poster tersebut ringkas saja. Dengan sebuah logo baru di bahagian atas (barangkali ini logo untuk tahun 2006?), logo Kementerian di bahagian kiri dan logo 'Cintailah Bahasa Kita' di bahagian bawah. Tertera dalam tulisan bold ialah slogan bagi tahun ini, barangkali – BAHASA MELAYU CITRA BANGSA MALAYSIA. Selain itu,tertulis juga nama2 Kementerian yang mengambil bahagian seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia serta Kementerian Penerangan Malaysia. Aku tercari-cari juga maklumat lain. Mana alamat laman web? Apa aktiviti yang sedang atau bakal diadakan? Di mana? Bila hari dan waktunya? Mana nombor telefon (hotline) yang boleh kita hubungi untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti2 yang dirancang oleh pengajur? Zilch, nil, nada. Tiada. Period. Lepas ni jangan mengadu jika program yang dianjurkan tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

Kenapa baru sekarang?

Aku perasan poster ni pada pagi 18 September 2006. Mungkin aku tak pernah lagi naik koc LRT yang ini, sebab setiap hari aku naik LRT ke tempat kerja. Tanpa gagal. Yang membangkitkan kemusykilan aku ialah mengapa setelah lebih setengah bulan berlalu, baru sekarang poster ini dinaikkan. Secara logiknya la, jika program yang anda bakal anjurkan itu jatuh pada bulan September, poster pemberitahuan sepatutnya telah naik pada selewat-lewatnya pertengahan bulan Ogos. Itu namanya pengiklanan, tuan-tuan dan puan-puan. Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadhan Al-Mubarak. Mungkin sebahagian besar daripada kita lebih berminat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti keagamaan, dan percayalah, mungkin mereka tiada masa untuk mengikuti program2 yang dianjurkan.

Ah well, mungkin aku bukan golongan sasaran mereka…

PS: Untuk maklumat lanjut tentang Bulan Sastera 2006, sila klik di hiper-rangkai DBP yang aku letakkan di bawah sub Language & Literature di sebelah kanan tu.

Labels: ,

 
Comments:
kafe kat tepi parking lot BB Plaza tu apa yg orang panggil yer? Abg Din, Pak Din? ok jugak makanan dia, aku baru sekali makan kat situ. Sorry, takde kena-mengena dengan Bulan sastera ...hehehe... Nanti bulan puasa ada jual juadah berbuka tak kat situ?
 
OMG! Abg Din yg lawa tu ke? Alamak. You're sooooo close Mensh, so close. Masa bulan puasa dia bukak 12-2 pm. Macam2 ada. Datang lah! Kalau nampak ada sorang minah sempoi dan grumpy je tu, jgn tegur. Dia tgh tension sebab nak siapkan budget 5 tahun ;)
 
zack, u wouldnt wanna know how the kementerian organize this (this years was not under dbp's responsibility)...the things...god...but i cant say more..

f-
 
Oh, ye ke. Baru aku perasan yang takde logo DBP kat poster tu. Sorry, my mistake.

Apa pun, kalau diteruskan macam nilah, aku rasa sampai bila2 pun takkan ada perubahan.
 
..september bulan sastera?

..aku cuma tahu Julai Bulan Melawat Kamdar.

.. pengiklanan mana yg lebih bagus?

..hmmm.
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites