Alamak! Dia Merapu Lagi!!!!
This is it. The moment of truth. Hari ni, genap tiga hari aku tak klik ke mana2 link Prison Break/ Wentworth Miller. Aku rasa, aku dah officially over dia. Over. Macam Ogy dan Azwan Ali. So, Wenty-poo, thanks a lot for ruining my life for the past 5 months or so. Terima kasih bebanyak sebab hampir hilangkan rasional aku kepada dunia nyata dan mengenepikan segala lelaki kacak lain dalam dunia seni termasuk Christian Bale, Cillian Murphy, Fahrin Ahmad dan yang lain2 tu. Seriously, aku rasa aku demam Donnie Wahlberg daripada New Kids On The Block masa aku belasan tahun pun tak seteruk ini. Walhal masa tu hormon remaja tengah naik, dan secara rasionalnya- lah, memang perkara biasa bagi gadis2 remaja meminati artis/ pelakon, ahli sukan, dsb. Gila, kau memang gila, Wentworth.(mengata dulang paku serpih, Zack oi!!!)
Wentworth : (menangis) Jangan Zack. Katakan ini tak benar Zack. Apa kau dah lupa janji2 kita ?
Aku (perasan) : (angkat kening sikit) Ah, peduli apa aku dengan janji2 palsu kau tu. Dasar manusia tak berhati perut! Apa kau ingat dengan muka kacak kau tu saja boleh menjanjikan aku kebahagiaan sampai bila-bila ? Hah? Pengecut!
(Ayat skema ihsan daripada Datuk Yusuf Haslam)
Hmmm…. Sekarang, apa aku nak buat dengan 170++ gambar dia dalam PC aku ni…
Hah! Ada satu lagi PB yang aku suka tonton sekarang, setiap malam Ahad di TV2 gamaknya – Pesona Bintang. Ada Umie Aida, Sharifah SOOfea, dan sorang pelakon lelaki baru tu yg iras2 macam Adlin Aman Ramlie/ Farid Kamil. Best2 jugak citer2 baru Aziz M Osman ni (selain daripada siri Kawan setiap malam Isnin di TV3- ramai awek cun yang bermekap tebal dan ada ahem.. Syed Aiman). Tak lupa juga siri drama Realiti di 8TV, satu drama yang lain daripada yang lain, menampilkan pelakon2 remaja yang cantik2 dan cun2 mcm Azizan Nin, Alvin Wong, Melissa Maureen dan Chelsea Ng. Lydia Ibtisam pun ada ? Hmmm… satu refreshing change daripada watak Illyana yang cukup irritating di TV9 tu. Aku nak ucapkan kudos buat para penulis siri ini sebab berjaya membawa idea yang lain daripada biasa. For once, Malaysian TV taklah seboring dulu. For more info log on to --> http://www.dzof.org/realiti.html
Oh yeah! Oleh kerana terlalu asyik menonton episod ke-4 siri Prison Break musim kedua malam tadi (First Down - CD di download oleh Adreen, thanks babe!), aku terlupa yang siri Invasion telah pun bermula di 8TV (seriously my favourite TV channel now). Woah, yang ni harus follow nih (walaupun terhenti setakat satu season aje), alien invasion, menggunakan badan manusia sebagai hos, memang dalam genre faveret aku. It’s like watching V all over again!!!! (aku memang suka tengok TV sejak kecik lagi- Misfits of Science, Manimal, MacGyver, Scarecrow & Mrs King. Woah! )
Diana, salah sorang daripada alien Visitor yang datang ke bumi untuk menjadikan manusia sebagai bahan makanan. Otai gila. (sapa ada follow citer ni dulu, angkat tangan!)
Hmm.. apa lagi aku nak merapu ye, oh ya, aku cuma nak bagitau yang aku memang dah boring gila dapat email2 kononnya gambar2 pelik contohnya – ‘Must see – Beauty of Earth’, ‘Manusia gergasi ditemui-Kiamat sudah dekat men…’, bla3x, tapi yang nyata sekali gambar2 tu adalah gambar yang diphotoshopkan dan dapat dilihat di laman web Worth1000 dot com. Kekadang tak sampai hati pulak aku nak bagitau si sender yang gambar ‘ajaib’ yang diorang forward tu sebenarnya gambar tipu…
PS: Aisey, apa kebenda aku tulis ni, kata dah bagi penutup. *geleng kepala* Labels: Prison Break, TVgasm, Wentworth Miller